Subscribe

PKR Vs BN

Kali ini akan diberikan maklumat tentang pura-pura lupa pemimpin UMNO/BN tentang fakta sebenar yang sudah menjadi sejarah jika kita betul-betul menggunakan akal fikiran dan rasional. Sesudah 50 tahun UMNO/PERIKATAN/BN memerintah, mereka menjadi semakin nyanyok. Di samping itu, mereka turut menjadi pembelit dan pengamal low class politic.
Anda perlu mengambil sikap yang betul pada 26 Ogos 2008 nanti.

Undilah PKR. Berhati-hatilah dengan jerangkap samar UMNO/BN yang pastinya dipasang di mana-mana. Jangan lupa. UNDI PKR. UNDI PKR. UNDI PKR!!!

Sekali lagi diturunkan wawancara yang tersiar dalam MM keluaran 17 Ogos 2008 antara wartawan dengan Najib. Kita akan dapat melihat taraf kecerdikan Najib khasnya dan pemimpin-pemimpin UMNO umumnya. Sekali lagi dimaklumkan bahawa istilah ini digunakan menurut tafsiran yang diberikan oleh Nazri Aziz yang tersiar dalam akhbar tak lama dulu.

MINGGUAN:

Tetapi mereka mendakwa pakatan itu bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua kaum.

NAJIB:

Kalau kita gunakan akal fikiran dan rasional, adalah jelas berdasarkan fakta sejarah dan bukti yang nyata memanglah kita sebenarnya juara rakyat selama ini.

Selain itu, mereka juga menuduh seolah-olah kita tidak adil kepada semua kaum. Itu yang saya saya hendak nafikan kerana daripada mula lagi kerangka Perlembagaan kita termasuk peruntukan-peruntukan di dalamnya, kita memberi sesuatu keseimbangan dan penerimaan atas tuntutan semua kaum.

Misalnya, kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Tidak ada negara di rantau Asia Tenggara ini yang ada sekolah Cina dan Tamil umpamanya. Tetapi kita benarkan.

Apa yang kita buat ialah untuk melaksanakan proses liberalisasi dalam struktur ekonomi negara dan dasar-dasar kita dengan memberi peluang yang saksama kepada semua kaum dalam pelbagai bidang.

Tengok senarai syarikat di bursa saham, siapa yang memiliki syarikat-syarikat swasta yang besar dan siapa yang dapat lesen dan sebagainya. Apakah ini tidak menggambarkan pertimbangan yang adil? Di samping itu, kalau kita tidak ada sesuatu program yang khusus kepada kaum bumiputera, mereka akan terus terpinggir dan ketinggalan.

Kita ada program tertentu tetapi tidak merentap hak dan kepentingan kaum lain. Maknanya ini bukanlah zero sum game, maknanya, kalau kita tolong bumiputera bukan bererti bahawa kita menafikan atau tidak menolong kaum lain.

ULASAN/PENJELASAN

UMNO/BN ialah juara rakyat taik minyak. Setelah ditolak oleh rakyat dalam PRU 12, mereka masih tak sedar. Memang mereka mudah lupa. Fakta sejarah dan bukti menunjukkan merekalah perampok besar yang mengkayakan diri sendiri dan kroni-kroni. Juara akan ditatang oleh rakyat. Perampok akan dijatuhkan.

Tiada apa yang salah dalam Perlembagaan Malaysia. Semua rakyat Malaysia menjunjung tinggi aspek itu berasaskan kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Tetapi mereka sedar ada perkara yang tak boleh dicapai dengan adanya sistem pendidikan seperti itu, yakni perpaduan. Masalah besar ini boleh menggugat keselamatan negara. Oleh sebab itu, timbullah isu sekolah wawasan dan isu memperkasakan sekolah kebangsaan. Apa jadi dengan isu-isu itu, sudah selesaikah? Anda jawablah sendiri. Anda tengoklah sendiri sekolah-sekolah di sekeliling anda.

Semua rakyat sokong proses liberalisasi dalam struktur ekonomi negara. Persoalannya ialah siapa yang memegang syarikat-syarikat besar yang tersenarai di bursa saham itu? Majoritinya nonbumi dan orang asing. Kita tak perlu berdengki dengan nonbumi kerana mereka kuat bekerja. Yang kita tanyakan ialah mengapa jumlah syarikat-syarikat besar Melayu ciput saja di situ. Betulkah UMNO/BN tolong Melayu supaya mereka tidak terpinggir? Adakah mereka tidak ketinggalan dan terpinggir selepas UMNO/PERIKATAN/BN memerintah selama 50 tahun? Ekuiti Melayu dicampur dengan GLC cuma sekitar 19%. Nonbumi punya sudah ada lebih 40%. Ini apa cerita? Punca utama budak Melayu menganggur ialah tak banyak syarikat besar Melayu yang boleh ambil mereka bekerja. Syarikat nonbumi, terutama Cina perlukan pekerja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin bukan Inggeris. Peluang Melayu tipis di situ. Mengapa hal ini berlaku? Peluang hanya diberikan kepada kroni, terutama orang-orang UMNO yang tak ada kemahiran langsung dalam perniagaan, akhirnya jadi ali baba atau jual kepada nonbumi untuk dapat untung atas angin. Sudahnya, yang ada pun gulung tikar macam Business Focus Group milik Amin Shah Omar Shah. abang Arif Shah (?). Inikah bukti UMNO/BN jadi juara rakyat? Jauh panggang dari api.

Juara rakyat tidak akan hulur bantuan masa kempen pilihan raya. Juara rakyat tidak akan gunakan sumpah laknat dalam kempen pilihan raya. Juara rakyat tak kan tunjukkan rakyat kampung tak ada bekalan air paip yang dia sendiri tak bagi masa memerintah sebelum diambil PR. Juara rakyat takkan tunjuk di tv calonnya tengah bubuh minyak atas belakang mangsa pukul pada hari penamaan calon. Juara rakyat takkan jaja lawannya ganas tetapi sembunyikan puteri dan puteranya menggunakan aksi sodomi untuk menjatuhkan hukuman bersalah serta menaikkan kemarahan lawan. Apa akan jadi jika dialog ini diucapkan kepada puteri semasa kempen, "Tengok tu betina gaghit dah sampai." atau "Podah betina gaghit." atau "Nak pi mana pulak betina-betina gaghit ni?" Kalau tahan telinga tak apalah. Ini semua low class politic. Tak bertamadun. Kita sama dengan Somaliakah? Sama dengan Congokah?

by RuHaN




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.