Subscribe

PRK Permatang Pauh - Menentukan Bakal PM ke-6..

26 Ogos ini, satu lagi sejarah negara akan tercipta. Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan selepas penyandangnya, Datuk Seri Wan Azizah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga artikel ini ditaip, UMNO/BN masih tercari-cari calon yang sesuai untuk bertanding melawan DSAI.

Ura-ura sebelum ini kedengaran yang UMNO cuba memujuk mufti Perlis, SS Dr. Asri untuk menjadi calon mereka tetapi ditolak mentah2 oleh beliau. Hanya beliau sendirilah yang tahu apa sebab yang sebenar menolak tawaran tersebut.

Sesungguhnya, UMNO/BN memang menghadapi masalah untuk mencari calon untuk PRK ini. Walau siapa pun calon yang diletakkan, harus diingat bahawa lawan mereka adalah satu nama besar yang memang sinonim dengan Permatang Pauh. Jika Pak Lah di Kepala Batas & Najib pula sinonim di Pekan. Ceritalah apa pun, kempenlah macam mana pun, pasti mereka akan menang (InsyaAllah). Contohnya PRU-12 yang lalu. Segala rasuah Najib didedahkan. Komisyen kapal selamnya, jet pejuangnya. Itu belum termasuk Altantuya. Tapi apa keputusannya? Najib tetap menang dengan majoriti yang sangat besar. Sebabnya apa? Sebabnya adalah Najib sinonim dengan Pekan. Pengundi2 di Pekan tetap nakkan Najib.

Begitulah juga dengan Anwar di Permatang Pauh. Tempoh berkempen dari 16 ogos hingga tengah malam 25 ogos nanti sudah tentu akan digunakan sepenuhnya oleh UMNO/BN untuk memburukkan beliau. Jangan terkejut nanti jika berita dari pukul 8 hingga 8.30 malam semuanya tentang Anwar. Anwar agen Amerika, agen cina, agen yahudi, pengkhianat bangsa, kaki liwat, pandai menagih simpati dan macam2 lagi. Surat khabar pun macam tu juga. Dari muka depan sampai muka tengah mungkin, akan 'mendendangkan lagu yang sama'. Pemimpin2 kerajaan pun macam tulah juga. Senang cerita, Anwar tu semuanya teruk, tak betul, takde moral dan sebagainya. Tetapi sepertimana Najib di Pekan, Pak Lah di Kepala Batas, begitulah juga dengan Anwar di Permatang Pauh, InsyaAllah akan menang dengan majoriti yang besar. Pengundi2 di Permatang Pauh memang nakkan Anwar. Selama ini mereka mengundi DSWA pun kerana Anwar.

UMNO/BN sedar tentang perkara ini. Walau siapa pun calon yang diletakkan, InsyaAllah akan kalah teruk. Justeru itu SPR pun terpaksalah pilih tarikh 26 ogos untuk mengundi. tarikh tersebut jatuh pada hari selasa. Sudah tentulah orang yang bekerja, susah sedikit untuk datang mengundi. Tujuannya semata-mata untuk mengurangkan majoriti. Khabar yang diterima, sudah ada perayu2 undi yang menjalankan kempen dari rumah ke rumah menyatakan bahawa ' tak payah lah keluar mengundi, Anwar dah tentu menang'. Pengundi2 di Permatang Pauh jangan terpedaya dengan taktik ini. Keluarlah beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab anda.

Pengundi2 di Permatang Pauh kena ingat satu perkara. Dengan mengundi saudara Anwar, anda bukan hanya memilih ahli parlimen biasa, malahan lebih dari itu beliau adalah " bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6". InsyaAllah.

by Selancar2

1 comment:

Anonymous said...

matlamat nak jadi perdana menteri je ke?

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.