Subscribe

PTG PAUH : BN KIAN TERSEPIT TAWAR MUFTI PERLIS JADI CALON ~ Ref Malaysiakini

BN kian tersepit untuk menentang Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Setelah kegagalan Imam Pencen, Pirdaus Ismail merampas kerusi parlimen tersebut, mereka menawarkan pula kerusi tersebut kepada Mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin untuk menjadi calon parti zalim dan busuk ini.

Namun Asri masih waras, sebab itulah beliau menolak tawaran BN dengan baik. Entah apa yang ditawarkan kepada Asri kita pun tidak tahu. Biasanya jika BN tawarkan sesuatu kepada seseorang sudah tentu ada habuan dunia yang dijanjikan BN kepada individu tersebut.

BN khasnya Umno sebenarnya tersilap langkah kerana rakyat sedar bahawa orang agama di sisi Umno tidak ada nilainya. Sebab itu nasihat dan pandangan orang agama diketepikan malah dihina. Cuma orang agama sahaja yang masih 'terhegeh-hegeh' melutut kepada Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya. Cuba perhatikan mana perginya Abdullah Md Zin yang pernah menjadi Menteri yang menjaga agama sebelum ini. Beliau diketepikan begitu sahaja sedangkan beliau jauh lebih layak dari Zahid Hamidi untuk memegang jawatan menjaga agama sebab Zahid sendiri bukanlah berkelulusan agama. Begitu juga Ustazah 'Mekap' Mashitah Ibrahim jelas tidak ada peranan yang dimainkan oleh beliau.

Mungkin atas kesedaran itulah Asri menolak tawaran dan habuan dunia yang dijanjikan BN/Umno. Asri sedar bahawa segala nasihat dan tegurannya kepada kerajaan dan pemimpin Islam Hadhari ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Paling baru beliau menegur Imam Hadhari yang masih berdegil mengalungkan bunga di Tugu Negara. Namun sehingga kini Imam Hadhari buat 'dek' sahaja, tidak respon atau komen tentang isu ini.

BN/Umno nampaknya sudah tidak yakin lagi kepada Imam Pencen, Pirdaus Ismail untuk menyinsing lengan menentang Anwar. Manakan tidak sudah dua kali tergolek. Malah kekalahan Imam Pencen pada Pilihanraya lalu dengan majoriti lebih dari 13,000 merupakan pukulan KO kepada beliau. Namun Imam Pencen yang suka menyepak tong undi ini masih belum serik, masih sanggup menebalkan mukanya untuk berlawan sekali lagi.

BN/Umno sekarang ini seolah-olah buntu untuk mencari calon yang sesuai dan setanding dengan Anwar. Kalau payah sangat, saya cadangkan ambil sahaja Mat Ezam jadi calon supaya selepas karier politik terus berkubur selepas tewas di tangan Anwar. Kalau ambil orang lain pun tewas lebih baik matikan sahaja Mat Ezam ini supaya selepas ini beliau terus senyap. Ini kerana kalau Mat Ezam dibiarkan terus 'hidup' dalam Umno saya khuatir beliau akan memporak perandakan Umno yang sudah sememangnya porak peranda sekarang
by Sofi Wahab

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.