Subscribe

Rakyat Yang Kecewa


Apa sudah jadi dengan negara tercinta ini ? Setiap hari ada sahaja berita yang begitu memalukan yang menyentuh maruah sebagai sebuah negara yang berjaya dan dikatakan sentiasa cemerlang di mata dunia. Malu. Sungguh memalukan. Malu kepada negara luar khususnya kepada negara-negara jiran.

Para pemimpin negara kelihatan tidak mampu mengawal isu-isu yang mendangkalkan pemikiran rakyat, isu-isu yang merendahkan pemikiran kemanusiaan. Rakyat dibiarkan membicara dan memikirkan isu-isu yang jijik dan kotor lantaran kuasa yang perlu dipertahankan.

Setiap-hari dalam media massa khususnya TV 3 mengulang-ulang perkara yang kotor dan dakwaan yang jelek dan hina. Begitu juga dengan akhbar-akhbar perdana. Media-media ini beralasan demi keadilan dan kebenaran tidak menyedari mereka sering menjadi melampau dan terlampau. Pemimpin membiarkan isu-isu jelek ini berlegar dalam minda rakyat. Apakah tujuannya ini? Apakah ini isu-isu yang mampu menjadikan rakyat negara ini mencapai tahap pemikiran kelas pertama seperti yang diwara-warakan oleh para pemimpin negara ? Tidakkah pemimpin negera ini yang memerintah pada waktu ini risau memikirkan isu-isu lucah yang sedang meracuni pemikiran segenap lapisan rakyat ini ? Atau biarkan rakyat kita begitu kerana itulah yang kita mahu mereka fikirkan dan bincangkan.

Kalau itu yang diperlukan oleh para pemimpin negara pada waktu ini, tidakkah para pemimpin sedar, kamu mengajar rakyat membuang masa dan kerana itu kita semakin ketinggalan dalam persaingan global dalam semua bidang. Rakyat negara jiran sangat maju dalam bidang pertanian, kita masih berlegar membicarakan liwat, liwat, liwat, liwat! Rakyat negara jiran sangat maju dalam pelbagai sector industri, kita terus berdiskusi soal liwat, liwat,licwat,liwat ! Negara jiran sudah beberapa kali turun harga minyak, pemimpin kita masih sibuk urus soal liwat, liwat, liwat, liwat ! Malu ! Itu sahajakah yang pemimpin kita pandai ? Tidakkah malu kamu wahai sang pemimpin Malaysia. Seantero dunia menonton dan melihat kamu memerintah negara ini ! Agaknya…mereka senyum sinis sambil mengulas – pemimpin Malaysia dan agensi penguatkuasaannya begitu pakar dalam mengurus bontot manusia. Malu !

Sebagai rakyat Malaysia saya rasa sungguh malu. Cukuplah wahai sang pemimpin. Sumbatkanlah minda rakyat dengan persoalan yang lebih memartabatkan kemanusiaan bukan menghina pemikiran. Cukuplah…hentikanlah. Jika tidak mampu juga kamu hentikan hal ini segera, kamu semua perlu berhenti. Letak jawatan kerana rakyat rasa sangat kecewa.

Oleh X-Ray

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.