Subscribe

Ramlang Porigi di Pentas PKR Permatang Pauh!!

Alhamdulillah ..!! Ternyata Ustaz Ramlang Porigi merupakan seorang imam yang mempertahankan kebenaran yang sebenar-benarnya. Itulah, hakikatnya. Semua Imam tidak akan bekerjasama dan berminat untuk terlibat dengan Sumpah Laknat si Saiful ini. Betapa terkejut dan terkujat semua, ditemani Azmin Ali, Ramlang Porigi gah berdiri di Pentas PKR di Permatang Pauh,memberikan ceramahnya berhubung sumpah laknat Saiful Bukhari.Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini. Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.

Dengan disaksikan oleh beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh,Ramlang Porigi memberitahu bahawa beliau telah dipaksa oleh 'pihak atasan' untuk turut serta dalam sumpah laknat Saiful Bukhari. Namun beliau enggan mengulas bila dipersoalkan siapa 'pihak atasan' itu.

Ramlang Porigi menambah,seharusnya, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful."Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

ramlang porigi ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu"Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu". Wagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

by Farhan Shah
Sumber : MalaysiaKini






No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.