Subscribe

Risikan Terkini: Calon BN “LEAD“ 20 000 undi?

Mengikut laporan terkini , calon BN sudah memperolehi jumlah undi sebanyak 20,000 & untuk menang , beliau perlukan lagi sebanyak 8,000 undi , maka dengan jumlah undi sebanyak 28,000 , beliau dijangka akan menang , tetapi dengan majoriti tipis.

Maaf , bukan saya kata , ni diambil dari satu berita Malaysiakini , seperti di bawah

Apa yang boleh kita lakukan lagi ?

i].
Tidak diketahui ,samada bahagian perang saraf PKR & PR “aware“ dengan ‘FIGURE’ ni ?

ii]
Tidak diketahui , petugas – petugas di Unit Komunikasi & IT PKR & PR ada melawat laman – laman web pro – PR , setiap hari ?

iii].
Tidak diketahui , petugas – petugas di Unit Komunikasi & IT PKR & PR ada melawat laman – laman web pro – PR , TKO dll dan meng’EDIT’ , dan menyebarluaskan maklumat & Info untuk 58,459 orang pengundi P-44 54 PP ?

iv]
Lima [ 5 ] hari menjelang 26 hb , maklumat - maklumat terkini , dari sumber yang betul , harus perlu dibekalkan kepada jentera kempen PKR & PR , perayu – perayu undi untuk disampaikan kepada semua pengundi.


Apa yang boleh dipelajari ?

i].
Agak kuat jugak bahagain perang saraf umno ni

ii]
Taka pa , kita bagi lah dia orang memperdayakan orang – orang tertentu daripada golongan – golongan tertentu

Nota

Walaupun info ini tidak boleh dipakai , ‘counter attack’ yang bersesuaian , bagi mematikan hujah dan fakta ini , perlu lah harus ‘one step a head’.

Kita harus perlu lead game ini

Catatan Peribadi
Angka 20,000 itu adalah angka kita
Angka 20,000 ialah sasaran majoriti PKR

Kenapa pulak calon BN ambil angka itu , & jadi kan nya mcm KPI & sebagai 'performance ' dia orang ?
Kenapa dia orang rebut angka yang kita target kan ?
Tak ' smart ' jugak bahagian perang saraf dia orang main angka.
Bodoh punya orang !!!
Ingat kan dia orang cerdik !!!

Arif perlu 28 000 undi untuk menang

Muda Mohd Noor | Aug 21, 08 12:46pm

Risikan terbaru Barisan Nasional (BN) menunjukkan sehingga semalam, calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat kira-kira 20,000 undi.

Menurut Arif Shah, beliau memerlukan 28,000 undi untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

"Jika trend ini berkekalan, saya akan menang dengan majoriti tipis," katanya ketika ditemui di majlis meraikan sambutan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei di Bukit Mertajam semalam.

Dalam pilihanraya kecil itu, Arif berdepan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamad.

Arif Shah berkata, perkembangan terbaru menunjukkan para pengundi menyebelahi beliau berbanding dengan Anwar.

Bagaimanapun, katanya, beliau lebih suka dilihat sebagai 'underdog' berbanding Anwar.Permatang Pauh mempunyai 58,459 undi. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,348 undi, menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Pirdaus mendapat 16,950 undi.

Arif Shah berkata, peluang untuknya menang cerah kerana jumlah ahli BN yang ramai di Permatang Pauh.

Mengenai kempen, beliau berkata, beliau menumpukan perhatian kepada kawasan di mana pihak pembangkang banyak menyentuh serangan peribadi terhadapnya.

"Kita banyak petugas pilihanraya dari seluruh negara dan mereka menjalankan kempen di kawasan yang saya tidak sempat lakukan," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di majlis tersebut, Arif Shah berkata, pengundi Permatang Pauh perlu menolak Anwar kerana tokoh pembangkang itu tidak mempunyai masa untuk membantu penduduk kawasan tersebut.

"Anwar mahu menjadi perdana menteri menyebabkan masanya dihabiskan di Kuala Lumpur dan bagaimana hendak berkhidmat kepada orang Permatang Pauh," katanya.


by UlitMayang


No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.