Subscribe

Saiful Jerut Leher , Gantung Diri ? ...Kenapa Jadi Macam Tu ?

Kenapa Saiful Suka Bercakap Sekarang ?

Sebenarnya , dari mula kes ini ‘dikeluarkan’ oleh kerajaan regim umno/bn , minat tu langsung tidak ada , malas nak fikir langsung , rasanya buang masa saja , bukan apa…. takut nanti kalau dilayan , makin menjadi – jadi dia ni.

Tapi sejak beberapa hari lalu , nampaknya peguam dia ‘galak’ sikit mengeluarkan kenyataan – kenyataan akhbar , dan saiful sendiri juga , katanya sekali – sekala keluarkan tulisan dalam blognya , termasuk dalam berita sebentar tadi , bahawa dia iringi DSAI keluar negara sebanyak 3 kali , Hong Kong ,Bangkok dan Singapura , maka timbul keraguan – keraguan yang agak sukar bagi mengesahkan bahawa liwat itu benar – benar berlaku.

Kalau ditanya kepada pakar – pakar , samada Pakar Psikologi – Sakit Jiwa , Pakar – pakar Motivasi dan lain – lain , bagi sesaorang yang bermasalah , iaitu yang menjadi mangsa , sikap dan sifat serta perwatakannya ‘TERSENDIRI’ , seperti tidak waras , kurang siumannya , murung , cepat marah , mengurung diri [ dalam kes ini saiful dikurung , bukan mengurung diri , oleh polis dengan tujuan – tujuan tertentu ? ] , dan lain – lain.

Saiful Mencari ‘Keadilan’ Menerusi Media

Sepatutnya , seperti kata Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri juga Sdr Ezam , ini bukan konspirasi atau perlu dikaitkan dengan dorongan politik , tetapi Saiful pulak yang sedang cuba mempolitikkannya, dia yang banyak bercakap sekarang ini , kes ini sepatutnya diselesaikan melalui proses perundangan.

Dia yang membuat laporan polis , kononnya menjadi mangsa liwat DSAI . Setakat ni ok lah , kita terima lah , dan biar polis menjalankan siasatan , dan Alhamdulillah sudah lengkap rupanya , walaupun secara tiba – tiba.
Dalam hal ini , yang tertuduh , iaitu DSAI sepatutnya yang membela diri , bagi menafikan semua fitnah ini
Apa yang berlaku , sebaliknya saiful yang beriya2 mengeluarkan kenyataan demi kenyataan , seolah – olah dia yang menjadi mangsa fitnah.

Ini sudah terbalik.

Kenapa jadi macam tu ?

Adakah saiful juga tidak mempercayai keadilan yang sedang dituntutnya , melalui mahkamah supaya diberikan keadilan kepadanya ?

Kalau dia betul – betul nak kena kan DSAI , dan untuk membunuh karier politiik DSAI , atau untuk mempastikan kes ini betul – betul lekat atau sangkut ,sepatutnya dia tak dedahkan semua “barang dan bukti kes“ ini
Hanya mahkamah tempat dia perlu membentangkan dan menceritakan perjalanan kes ini

Ini berlainan dengan DSAI , dia kena gunakan saluran di luar , bagi membela dirinya , kerana mahkamah bukan tempat untuk diberikan keadilan bagi nya. Ini telah terbukti dalam Konspirasi Liwat 1 1998 dulu.
Saiful Telah dan Sedang Mendedahkan “barang dan bukti kes“

Katanya , dia iringi DSAI keluar Negara sebanyak 3 kali , Hong Kong ,Bangkok dan Singapura – Ini adalah keterangan bagi barang atau bukti kes

Ianya hanya perlu dan boleh didedahkan di mahkamah Sedangkan kes ini masih di pejabat Peguam Negara

Belum pun diketahui samada Peguam Negara bersetuju untuk meneruskan pendakwaan di mahkamah atau tidak.

Pejabat Peguam Negara masih mengkaji kes ini , samada ada keterangan – keterangan dan bukti – bukti cukup , untuk mensabitkan tertuduh , DSAI di mahkamah

Tuduhan rasmi di mahkamah belum lagi dibuat

Nampaknya , dia sudah memberi keterangan , mendahului keterangan sebelum daripada bacaan pertuduhan di mahkamah yang sepatutnya diberikan oleh Pegawai Penyiasat

Adakah saiful sudah bertindak sebagai Pegawai Pendakwa , mengambil alih tugas DPP Timbalan Pendakwa Raya ?

Adakah saiful juga sudah bertindak sebagai Pegawai Penyiasat , mengambil alih tugas IO JSJ ?

Ini kerana Pegawai Penyiasat belum lagi mengemukakan soalan di mahkamah
Jawapan sudah diberikan , wal hal soalan belum lagi dikemukakan.

Kacau macam ni !!!!!!!!!!

Kenapa dia tidak sabar untuk memberikan keterangan di mahkamah , sepatutnya ia sabar menunggu , iaitu sebaik saja kes ini disebut nanti ?

Tunggu mahkamah panggil dia sebagai saksi utama.Masa tu dia boleh bercakap dan ceritakan segala - galanya.Kenapa pihak polis tidak menghalangnya dari terus memberikan kenyataan akhbar melalui peguamnya ?

Adakah pihak polis juga turut bersubahat ?

Adakah pihak polis yang menggalakkan dan menasihatinya supaya membuat kenyataan media dan melalui blognya ?

Tidak diketahui samada ada campurtangan politik atau “suruhan“ politik berkaitan kenyataan akhbar saiful dan juga tulisan di blognya ?

Kes Liwat 2 Saiful Sudah Terbalik Kot

Berserabut kes ini

Itulah , nak buat konspirasi , tapi tak dibincang betul – betul
Sepatutnya pemimpin – pemimpin UMNO yang mencadangkan projek ini ‘CONSULT’ dulu TDM , orang yang merencana Projek Liwat 1 1998 dulu , yang dikira agak berjaya , walaupun rakyat Malaysia tidak mempercayainya sampai hari ini.

Tapi , masalah juga , TDM dah tak jadi ahli UMNO lagi
Tak kan dia nak jadi penasihat

Dalam hal ini , dah lama memikirkan [ sebenarnya malas , tetapi terlintas juga ] beberapa soalan payah untuk dijawab sendiri , seperti ;-

i. Betul ke dia ‘diliwat’ ?
ii. Betul ke dia benar – benar ‘diliwat’ ?
iii.Mengapa ia bersungguh – sungguh mengatakan
dia “diliwat“ ?
iv.Adakah dia nak cari publisiti ?
v.Tapi nak buat apa ye ?
vi.Adakah dia sudah dijadikan sebagai ‘alat’ oleh pihak – pihak tententu ?

[Nota ]

Kalau ditanya kepada rakyat Malaysia , yang berumur 21 tahun ke atas [ had umur syarat sebagai merdeka dan boleh dipertanggungjawabkan ] , adakah mereka percaya bahawa saiful bukhari azlan betul iaitu dia diliwat ?
Saya rasa tak ada orang yang percaya , kecuali pak lah , najid, syed hamid albar dan ezam SAHAJA.

Sebenarnya dengan Sdr Saiful bercakap lebih banyak , selalu buat kenyataan akhbar menerusi peguam , selalu menulis dalam blognya , dia telah Jerut Leher , Gantung Diri.

by UlitMayang

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.