Subscribe

Saiful oh SayFool... Nasib badannn...

Saiful oh Sayfooll... Memang Saiful Bukhari Azlan dah terdesak.. Pengakuan Bersumpah Laknat (Tindakan Berani Mati) yang dibuatnya membuktikan beliau sangat-sangat buntu dan menampakkan lagi kebodohan diri sendiri.Sudahlah bersumpah sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh(sure orang pikir ini dirancang),gugup plak tu semasa bersumpah laknat. Siap tersalah sebut tarikh diliwat (sebut tarikh hari pengundian 28/8/08).

Tidak cukup dengan itu,tindakan 'cerdik' yang kononnya ingin membuktikan dia berada di pihak yang benar diselar oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia,Musa Awang yang berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat sebagai tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah.

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media.

Saiful sebenarnya dah terdesak. Pening memikirkan bila orang atasan hari-hari desak beliau supaya bersumpah. Konspirasi yang ditaja oleh N*j*b nampaknya tidak berkesan memandangkan bukti yang kukuh untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dalam kes ini sukar untuk direka-reka.DNA tak dapat,sumpah laknat pun jadilah.

Apapun,syabas Saiful Bukhari. Watak sebagai boneka UMNO dilakonkan dengan baik. Tapi apakan daya,anda tak berjaya memikat hati kami sebagai penonton. tapi takpe,tak dicalonkan sebagai pelakon terbaik tahun ni,cuba lagi tahun depan..

by Farhan Shah



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.