Subscribe

Saiful sudah bersumpah - Anwar, bila lagi??

Akhirnya Saiful Bukhari bersumpah jua. Memang inilah yang dinanti nantikan oleh semua pihak. Alternatif sumpah laknat yang digembar-gemburkan sebagai langkah terakhir setelah ketiadaan bukti yang boleh mensabitkan segala dakwaan liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Azlan. Sebelum ini, isu mubahalah menjadi satu topik hangat sehinggakan semua pihak bersuara dalam hal ini.

Semalam,bertempat di Masjid Wilayah, dia diiringi oleh bapanya bersumpah laknat,bahawa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim secara paksa ( tanpa rela ). Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).Sejurus sumpah laknat selesai,dia mengadakan sidang media dan mencabar anwar ibrahim untuk turut sama bersumpah sekiranya dia ingin membuktikan dirinya benar.

Dan baru sebentar tadi, saya menyaksikan sekali lagi ulasan mengenai sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari di TV3. Turut diselitkan adalah komentar daripada Datin Wan Azizah mengenai sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful. Beliau mengatakan bahawa Saiful sengaja ingin menjatuhkan maruah suaminya dan sumpah yang dibuat oleh saiful itu tidak dikira kerana sumpah sedemikian adalah untuk kes lian yang melibatkan suami isteri. Beliau sepatutnya (saiful) mendatangkan bukti untuk mensabitkan setiap dakwaan yang dibuat.

Sejurus berita mengenai kata-kata Wan Azizah itu, menyusul pula berita mengenai Tuan Guru Nik ABdul Aziz nik Mat yang mengatakan bahawa sumpah sedemikian adalah dibenarkan dalam Islam,cuma caranya yang menggunakan Al-Quran itu adalah salah.

Apapun,saya berpandangan, inilah masa yang sesuai dan ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk menilai kebenaran dalam kes liwat ini (Saiful Bukhari-Anwar Ibrahim). Rakyat yang selama ini berada dalam kepeningan,berserabut, perlu diperjelaskan dan segala persolan adalah sangat wajar disegeratamatkan. Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah laknat sebagaimana Saiful dalam membuktikan kebenarannya agar segala kecelaruan tidak timbul. Susah sangat ke untuk bersumpah? Atau ???

Sesungguhnya, saya tidak percaya dengan segala tuduhan liwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Memang ia perkara mustahil dan tidak masuk akal. Si muda belia yang gagah berdaya tewas (dipaksa) dengan si tua.Tidak logik.Malahan saya percaya Anwar berada di pihak yang benar. Namun Saiful telah bersumpah laknat untuk membuktikan dakwaannya benar. Dan sewajarkan Anwar Ibrahim perlu mengambil jalan yang sama dalam membuktikan dakwaan si Saiful adalah fitnah. Selebihnya adalah terserah kepada Allah. Allah yang Maha Mengetahui.

Saya juga kecewa dengan jawapan Datin Seri Wan Azizah kepada media. Seharusnya dia mengatakan begini "Saya akan buktikan bahawa suami saya tidak meliwat dan beliau akan bersumpah laknat dalam masa terdekat". Inilah jawapan yang ditunggu-tunggu.Saya amat yakin dan percaya, sekiranya Anwar tidak bersumpah dalam masa terdekat,peluang untuk menang kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah sedikit sukar. Walaupun Permatang Pauh diketahui umum sebagai kubu Anwar Ibrahim, namun isu sumpah laknat Saiful Bukhari mampu untuk menenggelamkan cita-cita Anwar Ibrahim menang di kerusi Permatang Pauh. Barisan Nasional akan memainkan isu ini dengan menggila agar rakyat tidak memilih Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Hanya satu cara yang mampu membersihkan nama dan menyelamatkan Anwar Ibrahim. iaitu "Bersumpah..!!! "

Saya yakin dan percaya,desakan agar DSAI bersumpah laknat bukan dari saya seorang sahaja,malahan ramai bersetuju agar beliau mengambil tindakan yang sama dengan Saiful Bukhari.

by Farhan Shah




4 comments:

Sumpah Laknat said...

Saya merasakan Anwar Ibrahim perlu bersumpah untuk membuktikan bahawa dia berada di pihak yang benar. Ia perlu disegerakan. Sekiranya ditangguh,lambat laun kepercayaan rakyat kepada ANwar Ibrahim semakin pudar.

umi abrar said...

Sumpah laknat orang seperti saiful bukanlah jenis sumpah yang perlu dilayan dengan sumpah juga...sumpah saiful bukan menepati tuntutan sumpah sebenar...sepatutnya saiful bersedia mendengar sumpah Anwar di mahkamah di hadapan Hakim yang benar2 ahli...bukan setakat di hadapan imam atau pegawai masjid yang dilantik karajaan (UMNO)...bila saiful banyak menjawab soalan wartawan dengan ayat: "itu akan diberi keterangan dalam mahkamah.."...sepatutnya dia juga bersabar untuk bersumpah dengan meletak tangan kanan di atas Quran di dalam mahkamah..bukan di masjid di hadapan kamera...bak kata seorang sahabat blogger...usahkan bersumpah dengan memegang Quran...kalau Saiful makan Quran sehelai demi sehelai pun kata-katanya masih dusta...

Anonymous said...

DIA BERSUMPAH DEMI ALLAH..KALO AKU..AKU X SANGGUP MAIN-MAIN SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH..
UNTUK MASA SEKARANG BIARLA ALLAH YANG JADI HAKIM KERANA DIALA YANG MAHA ADIL DAN MAHA MENGETAHUI APA YANG BERLAKU DAN APA YANG AKAN BERLAKU..
KALO KITA XDE BUKTI BAIK TOKSAH MASUK CAMPUR DAN BUAT CERITA ITU INI TAKUT JADI FITNAH..

Anonymous said...

DIA DAH BERSUMPAH..KALO DIA ( SAIFUL ) BERSALAH PASTI ALLAH AKAN TURUNKAN AZAB PADANYA..BEGITU JUGA SEBALIKNYA..
KITA ORANG ISLAM..BALIKLA PADA AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH...KENAPA KITA NAK BERPECAH BELAH KERANA PERKARA-PERKARA DUNIAWI YANG KITA TAHU HANYA BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA..BILA KITA MATI..PANGKAT, KEDUDUKAN, HARTA DAH X BERGUNA PADA KITA..
KALO SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI BERPECAH BELAH..SAPE YANG RUGI?
MUSUH - MUSUH ISLAM SEDANG BERTEPUK TANGAN DAN MENUNGGU MASA UNTUK MENEKAN KITA..FIKIR - FIKIRKAN LA

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.