Subscribe

SENJATA MAKAN TUAN..!!!

Senjata pertahanan dan modal utama kempen UMNO (Sumpah laknat Si Sayfool) telah makan tuan! Iya..Sumpah laknat dalam isu liwat yang dimainkan oleh BN dengan rancak bagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat ambik pistol dan diacukan ke kepala sendiri.. KadaBOOmm!! Kerana modal yang memboringkan inilah menyebabkan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam dimenangi dengan majoriti besar oleh penasihat PKR Anwar Ibrahim. Isu sumpah ditolak pengundi kerana "masyarakat kampung sudah muak dengan cerita seperti itu.

Isu bermula apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan secara mengejut berbuat demikian sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kerusi parlimen itu 16 Ogos lalu.Tektik Bee End yang menjadikan rakaman acara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan itu sebagai modal utama tak berhasil walaupun dinafikan pemimpin tertinggi Bee End dalam media arus perdana(tak jadikan isu liwat sbg talian hayat Bee End). Dengan kuasa dan sepenuh kontrol terhadap media,juga ceramah para pemimpin Bee End yang turut sama menyelitkan dengan isu salah laku seks itu boleh dianggap sebagai satu faktor terbesar kekalahan teruk Bee End di Permatang Pauh.Apa yang pasti, semua maklum, para pemimpin Bee End mula bermain api ini dan akhirnya diri sendiri di jilat api.

Dengan kemenangan besar DSAI dengan majoriti 15,671 undi merupakan satu peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

Menurut seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM punca lain kekalahan Bee End di Permatang Pauh adalah kebangkitan jentera BN yang dilihat lambat untuk menangani kempen dan serangan pembangkang khususnya daripada PKR.Tambahnya, perebutan jawatan pemimpin Umno di bahagian Permatang Pauh yang tidak pernah berkesudahan membuatkan penduduk di kawasan itu bosan kerana merasakan hak dan keinginan mereka diketepikan.

Tidak cukup dengan itu,Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir mendesak agar Perdana Menteri segera meletakkan jawatan ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh semalam...Haiiiii.. nasib badan la Labuuu.. Rakyat di Permatang Pauh tidak bodoh. Walau dimomok seribu fitnah sekalipun, RAKYAT PERMATANG PAUH MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA BIJAK MEMILIH ANTARA SIAPA PEMBELA, DAN SIAPA PERAMPOK..

by Farhan Shah





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.