Subscribe

Siapa takut kena laknat...???

Gegak geger rakyat....dalam suspen nak menyaksikan penamaan calon di Permatang Pauh...tetiba media berpusu-pusu ke Masjid Wilayah....seorang anak muda kacak penuh kontroversi sejak Jun lalu tiba-tiba tampil dengan beradab, bahasa tertib ala-ala mengadap tok kadi...

dengan memegang sebuah kitab (dikatakan Quran) dengan skrip di tangan kanan dan kitab itu di tangan kirinya...dengan yakin melafaz sumpah...bersumpah lubang penting pada badannya yang sepatutnya mengeluarkan kotoran...telah dinodai seorang lelaki glamour yang akan menamakan dirinya calon Ahli Parlimen keesokan harinya...

banyak pihak mula bersuara selepas itu...ramai pakat-pakat yakin anak muda itu berani kerana benar....ramai juga yang kata itu bukan cara kita...pertikaian dengan pendapat yang macam-macam mula kedengaran....yang pasti anak muda muka baik senyum manis menawan itu sudah bersumpah dengan nama Allah....

siapa takut kena laknat tak berani buat sumpah macam tu kalau ianya sekadar dusta dan untuk fitnah....tapi masalahnya zaman sekarang berapa ramai yang takut dengan laknat Allah...?

ramai yang tak takut laknat daripada takut kena laknat...kalau si anak muda kacak menawan yang bersumpah di masjid itu berdusta, bezanya hanya dia berani mencabar Allah melaknatnya secara terang-terangan....

ramai lagi yang tidak takut laknat....kalau tidak sembahyang, berzina, bercampur-gaul lelaki perempuan....mengaku muslimah tapi free hair....buat botox...bunuh orang...letup orang....tak kena laknat ke.....bezanya dengan anak muda kacak yang berakad sumpah itu hanya mereka tak minta kena laknat....bagaimana halnya kalau orang yang memang tak takut tuhan bersumpah laknat....

memetik kata sahabat paling rapat dengan saya....kalau tak sembahyang pun kena laknat...bayangkan kalau orang yang tak menunaikan sembahyang sempurna 5 waktu bersumpah ala-ala sumpah saiful, teruna yang sejak akhir-akhir ini bersongkok itu....bukan sesuatu yang pelik kalau dia minta dilaknat kalau menipu...sumpah bukan wajib pun, sembahyang lagi utama....kalau yang wajib, yang tak buat sah kena laknat pun dia tak buat....sudah pasti nak bersumpah pun tak takut kena laknat....


by UMMI ABRAR



1 comment:

takut laknat said...

kalau artis-artis yang terkinja-kinja di pentas tetiba buat sumpah cam saifool ni dengan airmata sekali..korang caya tak....memang...,.ramai yang tak takut laknat ....!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.