Subscribe

Soalan bocor PAS kepada UMNO andainya ada Muzakarah PAS-UMNO - Sumber HarakahDaily

Apa perlunya muzakarah antara Pas dengan UMNO memandangkan dasar perjuangan adalah tidak sama. PAS memperjuangkan Islam yang sebenarnya, yang menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang haram. PAS sangat bertegas dalam soal agama Islam kerana itulah prinsip utama dan tunjang perjuangan PAS.Tidak seperti BN. Mereka memperjuangkan Islam atas dasar liberal, bernamakan Islam Hadhari yang semua boleh. Halal dan haram dua dua jadi halal.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak perlu hendak bermuzakarah dengan Umno memandangkan parti itu sudah jelas tidak mahu menerima Islam.

"Kalau hendak muzakarah juga kita tanya mereka sebab apa tidak mahu menerima Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi dan budaya. Kita kena tanya mereka di mana tidak kena Islam sehingga Umno tidak mahu menerimanya.Hanya ini sahaja yang boleh.. kalau kita hendak muzakarah dengan Umno," katanya ketika berucap mengulas usul memperkukuh Pakatan Rakyat yang dibentang wakil Dewan Pemuda pada muktamar hari terakhir pagi ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di sini.Namun katanya, setelah sampai di Perak diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.
"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama. Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama.

Beliau juga bimbang sekiranya dibiarkan Umno terus menguasai negara, tidak dapat ditolak kemungkinan pada masa akan datang al Quran juga akan dicetak dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan di Turki semasa di bawah Kamal Antartuk.

Menurutnya, penyakit itu akan berlaku di Malaysia kalau kita biarkan parti itu menguasai pentadbiran negara. Beliau juga berkata, PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan orang Melayu hidup sejahtera di lima negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat.

"Kalau Umno tiada di muka dunia ini.. orang Melayu pun tidak rosak. Di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang orang Melayu pun boleh hidup juga," katanya.
Mursyidul Am juga menegaskan penerimaan orang bukan Islam kepada Islam itu menjadi perkara utama baginya. Kata beliau orang Cina, India dan orang Asli boleh menerima perjuangan PAS sehingga mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum lalu. Oleh beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan.

"Kalau kita sayangkan Umno kita keluarkan mereka daripada kegelapan, yang tua-tua itu biarlah.. sudah payah, begitu juga mereka yang mempunyai duit banyak.. biarlah.
"Seperti juga kita payah hendak tebang pokok besar, kecuali dengan cara kita buangkan dahulu ranting, dahannya dan lama-kelamaan pokok besar itu akan mati juga.
"Cuma kita tumpulah kepada golongan muda dengan mengajak mereka kepada Islam," ujarnya.

Sekali lagi beliau menegaskan kalau Umno merasakan mereka cukup kuat sehingga tidak mahu menerima Islam, lebih baik buat bumi sendiri dan jangan tinggal di bumi ciptaan Allah Taala

by Farhan Shah




3 comments:

Anonymous said...

soalan - soalan di atas juga patut di tanya pada kawan - kawan dalam DAP dan PKR..
kalo dah ada jawapan tolong masukkan dalam bolgger ni bleh

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR

Anonymous said...

YA BETUL..KATAKAN PAKATAN RAKYAT DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI..
SANNGUPKAH MEREKA MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN BERLANDASKAN AGAMA ISLAM..
BAGAIMANA PERLAKSANAANYA?SEDANGKAN IDEOLOGI MASING-MASING TIDAK SAMA..

Anonymous said...

PAS tidak akan teragak agak utk keluar daripada Pakatan Rakyat andainya pelaksanaan Islam diabaikan. Itu prinsip perjuangan PAS. apapun kite tengok, andainya Pakatan Rakyat memerintah kelak.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.