Subscribe

Soalan untuk Shabery Cheek

Teringat masa Debat Antara Shabery Cheek dengan Anwar Ibrahim dikaca televisyen. Sebelum debat, macam-macam Shabery Cheek menuduh Anwar Ibrahim. Ideologi tidak realistik,cakap pandai, tidak fikir kesan kepada ekonomi negaralah, itulah, inilah.Yang lagi best,bila berdebat, hujah yang dicanangkan power dan mampu diterima rakyat akhirnya dikutuk bukan sahaja oleh rakyat, malah penganalisis Politik UMno sendiri, Chedet sendiri. Menampakkan ketidakmatangan dalam berhujah dengan Anwar Ibrahim.

Keputusan debat antara Shabery Cheek dan Anwar diberi total 1-5. Kalah kepada Anwar Ibrahim. Yang herannya dengan selamba mengisytiharkan menang oleh media arus perdana dan beliau sendiri. Walhal debat diadili rakyat yang menyaksikan pada malam itu.

Antara hujah yang diberikan oleh Shaebery Cheek ialah kesan kepada penurunan harga minyak adalah menyebabkan kadar inflasi negara akan meningkat. Inilah antara hujah yang dikira realistik oleh Shabery Cheek. Sekarang apa yang berlaku? Minyak dah diisytiharkan turun 15 sen. Walaupun 15sen tak ada inflasi ke? Belum buat analisis minyak pun lagi dah cakap tak boleh turunkan harga minyak. POOoDahhh!!


by Farhan Shah



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.