Subscribe

Surat Terbuka Untuk Dr. Chandra Muzaffar

Salam sejahtera,
Tahniah kpd Dr. kerana berani memberikan pandangan mengenai usaha Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pentadibiran negara. Walaubagaimanapun, saya kurang setuju dengan pendapat dr yang menyifatkan usaha tersebut sebagai menjadi PM melalui pintu belakang.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hak memberi pandangan, saya melihat luahan dr chandra sebagai tidak tepat dengan situasi politik semasa. Mungkin anda melihat keadaan politik semasa dari kacamata anda sendiri. Anda seorang yang well educated, economically secured dan tak perlu bersusah payah untuk survive.

Politik tidak boleh dipisahkan dari ekonomi. Kedua-duanya saling berkait dan bergantungan. Politik stabil, insya allah ekonomi makmur. Politik kalut, for sure, ekonomi merudum. Justeru, ketika membicarakan politik, jangan sampai mengkesampingkan ekonomi. Hari ini, majoriti rakyat tertekan dengan peningkatan kos sara hidup, kerana itu mereka perlu merubah kuasa politik untuk mendapat keuntungan ekonomi.

Sebagai seorang yang terpelajar, anda sepatutnya dapat menilai persoalan yang lebih utama di antara membentuk kerajaan secara beretika dan kerajaan yang beretika. Sifirnya mudah, jika untuk membentuk kerajaan yang beretika itu kelihatan mustahil, tiada salahnya membentuk kerajaan baru walaupun dikatakan tidak beretika. Apa yang paling penting ialah sokongan rakyat, kerana rakyat adalah penampan segala tindakan kerajaan. Andainya majoriti rakyat bersetuju Anwar Ibrahim menjadi PM ikut 'pintu belakang' apa masalahnya?

Apakah pandangan anda mengenai proses peralihan kuasa Presiden UMNO dan PM pada 2010? Adakah ia beretika dan mulia? Adakah tindakan itu demokratik? Siapakah yang berkuasa memilih presiden parti? Ahli parti atau individu tertentu dalam parti? Siapakah yang berkuasa memilih Perdana Menteri menurut Perlembagaan Malaysia? Yang Dipertuan Agongkah atau individu tertentu dalam kerajaan? Cara siapakah yang lebih beretika untuk menjadi Perdana Menteri? Cara Najibkah atau cara Anwar? Siapakah yang mengkhianati kepercayaan rakyat di antara kedua-dua manusia ini:
i- Wakil Rakyat yang tidak melompat parti kerana kepentingan peribadi.
ii- Wakil Rakyat yang melompat parti kerana kepentingan rakyat.

Saya mohon kepada anda untuk menjawab semua soalan di atas secara rasional dan adil. Letakkan kepentingan rakyat terbanyak yang menerima tekanan ekonomi sebagai asas perbincangan. Letakkan diri anda pada aras masyarakat desa yang tidak mendapat sebarang manfaat dari projek-projek kerajaan yang menelan berbilion ringgit wang mereka. Fikirkan, kemudian jawablah.

by Nanang

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.