Subscribe

Tuduhan seksyen 377B tidak adil pada Sayfool, tunang serta keluarganya dan Najib

Seperti diberitakan, DSAI didakwa atas perbuatannya yang suka sama suka dengan Sayfool. Tuduhan yang dibacakan di Mahkamah sebagai seksyen 377B itu nampaknya tidak mengadili Sayfool walaupun tujuannya hendak menzalimi DSAI.

Sayfool sudah kena getah kerana tuduhan di Mahkamah itu berlainan dari apa yang Sayfool hasrat samada melalui blog bidan terjunya atau peguamnya. Tuduhan rasmi itu tidak adil kepada Sayfool kerana tuduhan itu memburukkan imejnya sendiri.

Tuduhan suka sama suka itu sebenarnya mendedahkan bahawa Sayfoollah yang suka, DSAIlah yang tidak suka kerana DSAI tidak mengaku bersalah dengan tuduhan suka sama suka itu. Sebaliknya tuduhan itu secara otomatik memberitahu bahawa Sayfool yang suka berbuat begitu.

Banyak kali Sayfool melalui blognya dan peguamnya berkata kononnya tujuan dia ialah untuk mendedahkan kebenaran seterusnya bagi mendapat keadilan untuk dirinya. Sekarang tuduhan di Mahkamah itu sendiri sudah mendedahkan kebenaran dan keadilan tidak memihak kepada Sayfool. Bahkah memalukan seluruh jentera yang digerakkan untuk mencari kebenaran dan keadilan buat Sayfool itu.

Sebaliknya tuduhan yang di bawa ke Mahkamah yang sudah melalui proses undang-undang itu sebenarnya amat berlainan dari matlamat Sayfool. Bahkan ia mendedahkan kebodohan Najib juga.

Atas gerangan apa Sayfool seram sejuk seperti diceritakan oleh Najib itu kalau sudah perhubungan terlarang itu suka sama suka?. Atau Najib sudah difoolkan oleh Sayfool.

Tuduhan seksyen 377B itu nampaknya tidak adil kepada tunang Sayfool juga. Seolah-olah tunangnya itu sudah kena fool dengan Sayfool, sepertimana Najib dan menteri-menteri UMNO lain. Kali ini tunang Sayfool kena ingat sebab pertunangannya itu sudah tentu suka sama suka juga. Tapi rupanya Sayfool ada kesukaan lain. Sekarang bagaimana ayah, emak dan keluarganya, adakah sanggup mempunyai menantu dan ipar seperti Sayfool itu?.

Akhirnya ditegaskan bahawa tuduhan suka sama suka itu tidak diakui oleh DSAI, menunjukkan dia tidak suka (tidak melakukannya). Semua bukti yang dibawa oleh DSAI menjurus kepada pembuktian dia tidak suka berbuat begitu, sebaliknya Sayfool dan jenteranya cuba membuktikan DSAI suka berbuat begitu, perlahan-lahan persoalan penting yang terjawab ialah perbuatan itu hanya disukai oleh Sayfool sorang saja.

Kedurjanaan sudah mula timbul kepermukaan untuk dinilai oleh manusia yang waras.

muramatsu
United Kingdom





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.