Subscribe

UMNO PEJUANG MELAYU?

"Apa benar UMNO pejuang Melayu atau pejuang Melayu Feudal?

Kalau kita imbas kembali sejarah perjuangan UMNO kita sedar bahawa ianya bermula dari istana dan ditujangi oleh para bangsawan dan putera raja!
Mereka kesemuanya mendapat pendikan Ingeris dan majoritinya belajar di England sebelum pulang dan berkhidmat dipejabat pejabat kerajaan sebagai Civil Service Officer! Secara jelas pihak British merestui pejuangan mereka!

Adakah semasa itu mereka perjuangkan Bangsa Melayu atau menjaga kepentingan British dan para Bangsawan! Jelas mereka sebenarnya 'English Wannabee' dan sehingga sekarang mereka tetap English Wannnabee" Maka tidak hairanlah perjuangan memertabatkan Bahasa Melayu oleh mereka adalah perjuangan sambil lewa kerana dilubuk hati mereka Bahasa Inggeris adalah segala galanya!

Maka kalau mereka benar benar pejuang Nasionalisme yang tinggi sudah pasti mereka telah pun dari awal lagi menukar nama mereka yang berbau Inggeris kepada yang berbahasa Melayu dan bukannya UMNO! Bukan kah ini secara jelas mereka itu golongan English Wannabee!

Dan juga seandainya mereka benar benar memperjuangkan Nasionalisme Melayu sudah pasti Bahasa Melayu hari ini berdiri megah semegah kemajuan Bangsa Malaysia dan bukan nya bahasa Inggeris yang sehingga kini bermaharaja lela. Bahasa Melayuyang mereka perjuangkan sambil lewa umpama bahasa yang melukut ditepi gantang!

Tak usahlah beralasan bahawa masyarakat kita masyarakat majmuk dan kita menuju era globalisasi sebagai alasan untuk menidakkan peranan bahasa Melayu!

Kerana mereka yang sebenarnya English Wannabe maka sebab itulah mereka sendiri mengabaikan bahasa Melayu!

Seandainya para pejuang sebenarnay seperti Pak Sako serta Burhanuddin Helmi menerajui pejuangan semasa menuntut kemerdekaan sudah pasti negara ini mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan bangsa dan bukannya seperti yg terjadi dewasa ini!

Cuba fikir sejenak apa yang boleh diharapkam pada UMNO yang secara jelas gagal memertabatkan Bahasa Melayu! Apakah mereka boleh kita harapkan memperjuangkan nasib bangsa Malaysia pada masa masa yang akan datang?

by zein_el





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.