Subscribe

UMNO, Pohon Raksaksa Yang Pasti Tumbang

Kononnya BPR akan menyiasat PM dan TPM di atas kesalahan salah guna kuasa, yang dilaporkan oleh pemimpin UMNO sendiri. Apakah ini isyarat bahawa kepimpinan Pak Lah dan timbalannya akan menghadapi perjuangan yang panjang dari dalam UMNO sendiri. Atau hanya satu ugutan sementara menjelang pemilihan akan datang?. Kita tunggu dan kita saksikan sendiri selepas ini.

Membaca tulisan A.Kadir Jasin dalam artikelnya Bahaya UMNO hadapi ledakan Dalaman, seakan mengiyakan bahawa perjuangan Pak Lah dan timbalannya, malah UMNO keseluruhannya akan menemui kehancuran secara tiori 'implosion', yakni ledakan dari dalaman.

Kalau sebelum ini, UMNO ternyata masih bertahan dan tangguh dalam menghadapi perlawanan yang keras dan bertubi-tubi dari pihak lawan, tapi perkembangan mutakhir ini memberi isyarat yang sangat jelas, bahawa saatnya sudah tiba untuk mengiringi jenazah yang tersohor ini ke pusara yang abadi.

Ini sangat meyakinkan, apabila ditelusuri bagaimana dosa-dosa UMNO pada ugama, ummah dan negara ini. Apa yang lebih dikesalkan mereka terlalu sombong dan angkuh untuk melihat kesakitan dan penderitaan rakyat, natijah kezaliman dan kerakusan mereka dalam mengurus negara.

Percayalah, saat yang ditunggu-tunggu itu pasti tiba, dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita buktikan dan menghantar mesej untuk sekian kalinya di Permatang Pauhi, tanpa peduli siapa dan bagaimana calun ummah atau calun rakyat nanti.

Semua ini meningatkan saya apa yang pernah ditulis Dale Carnegie dalam salah satu buku motivasinya. Tulisnya, Di lereng Long Peak Colorado terdapat sepohon kayu raksaksa yang berusia ratusan tahun. Ianya wujud sejak zaman sebelum kedatangan Columbus lagi. Pohon ini sangat kuat, kukuh, tegap dan membesar zaman berzaman.

Walau pun dilanda banjir, dipanahi petir, dilanda ribut dan dicabar oleh pembangunan di sekelilingnya, ia tetap tegak berdiri dan membesar dengan megahnya.

Tapi akhirnya, pohon raksaksa yang hebat ini, malah diyakini tidak akan tumbang itu akhirnya roboh kerana dimamah oleh kumbang secara berterusan tahun demi tahun dengan gigihnya.

Apakah kumbang itu merupakan perjuangan rakyat kecil atau koloni di dalam pohon itu sendiri.

Mari kita saksikan!.


by abuhikam

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.