Subscribe

Umno takut kalah majoriti lebih tinggi di Permatang Pauh

PARIT BUNTAR: Umno hari ini semakin terdesak dan akan melakukan apa sahaja kerana takut mengalami kekalahan dengan majoriti lebih tinggi di Permatang Pauh. Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Haji Mahfuz Omar berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di sini.

ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar ini mengandingkan Tuan Haji Mahfuz bersama Ust. SufianYusof dihadiri lebih 2000 orang di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

"Saya bimbang Tindakan SPR menetapkan hari bekerja, Selasa 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi adalah satu lagi taktik untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam agenda Umno-BN memastikan undi kepada Pakatan Rakyat berkurangan sekaligus boleh dijadikan bahan kononnya sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berkurangan " Kata Haji Mahfuz

Penetapan tarikh pembuangan undi itu hanya akan menyusahkan pengundi yang duduk di Permatang Pauh tetapi bekerja di Butterworth; Georgetown atau Balik Pulau.

"Jika mereka tidak mendapat cuti, bagaimana mereka hendak membuang undi dengan hanya pulang pada waktu rehat yang hanya ada masa satu jam untuk menunaikan kewajiban mereka sedangkan perjalanan dari bahagian pulau ke Permatang Pauh mengambil masa yang lama" Katanya lagi.

Menurut Haji Mahfuz, PAS akan menggerakkan jentera parti itu di seluruh negara bagi membantu Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan

"Saya percaya, pengundi Permatang Pauh tidak ada masalah dengan Anwar yang sinonim dengan kawasan tersebut,"




Haji Mahfuz juga mengajak semua petugas pilihanraya PAS di Parit Buntar membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PAS di sini pergi ke Muktamar PAS Pusat di Ipoh bagi meraikan perhimpunan tahunan terbesar PAS.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Sdr. Bahrain Mat Desa menafikan khabar angin yang menyatakan PAS Kawasan tidak mahu mengadakan ceramah kerana sudah menang di Parit Buntar.

" Ceramah adalah media tradisi kita, baru-baru ini lama tak buat ceramah sebab kerap hujan. Selepas Ramadhan ini, kita akan susun lebih banyak ceramah bagi memenuhi permintaan penduduk Parit Buntar " Terang Sdr. Bahrain.

Sila lawati http://paritbuntar.pas.org.my untuk berita-berita dari Parit Buntar.




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.