Subscribe

UMNO TERDESAK !! Punggung Saiful Jadi Talian Hayat

Dalam media arus perdana, diwar-warkan bahawa Anwar Ibrahim telah menggunakan isu liwat,sumpah laknat untuk mendapat simpati daripada pengundi Permatang Pauh. Dalam arus perdana juga, PakLah menasihati kepada pengundi agar tidak memberi kad pengenalan kepada 'mereka' yang difahamkan bermain kotor dan memanipulasi PilihanRaya Kecil Permatang Pauh.Seolah-olah UMNO turut sama membasmi dan tidak redha dengan insiden tersebut.

Tapi siapa punya angkara sebenarnya?? Siapa yang memanipulasi kes liwat dan sumpah laknat?? siapa yang mengambil kad pengenalan penduduk Permatang Pauh??Siapa sebenarnya yang keji dan hina? Siapa? Semakin hampir berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh, siapa yang semakin terdesak?

semakin kuat tektik kotor UMNO dan semakin jelas ketidakmatangan UMNO.Umno memperlihatkan pergantungannya kepada punggung Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk menghadapi pilihan raya itu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar "Umno seolah-olah menjadikan punggung Saiful sebagai talian hayatnya," kata beliau. "Umno begitu mabuk dengan tuduhan liwat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Kepentingan rakyat dan negara semuanya seolah-olah diletakkan pada kedudukan nombor 50 atau nombor 60. Mabuk nombor satu Umno ialah tuduhan liwat," katanya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Umno itu akan menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada parti itu."Nampaknya Umno dalam keadaan sangat tertekan dan tidak berupaya membersihkan segala kekotoran mereka. Keputusan rakyat (dalam pilihan raya 8 Mac lalu) langsung tak jadi teladan."Umno seolah-olah begitu asyik dengan pembohongan, tuduhan yang zalim dan fitnah," katanya.

Sambil memnyifatkan pilihan raya kecil Permatang Pauh menentukan hayat politik Umno, Mahfuz hairan mengapa Umno tidak malu apabila parti itu seolah-olah menjadikan punggung Saiful sebagai talian hayatnya."Mengapa Umno begitu terdesak sehingga menggunakan punggung yang busuk untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan perbuatan kotor?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan kezaliman tidak boleh ditutup dengan kebusukan yang jelek.

by Farhan Shah
Sumber : HarakahDaily






No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.