Subscribe

16 September 2008 (8 Hari Lagi) Anwar Mula Maklumkan Pemimpin Pakatan Rakyat

"16 September, 2008...

Apakah yang terkini, terbaru?
Sekembalinya dari Jakarta, Anwar Ibrahim bertemu dengan para pemimpin Pakatan Rakyat, di Kuala Lumpur, selama 3 jam.

Demikian dilaporkan oleh G. Manimaran, mSTAR OnLine.
Kesemua para pemimpin Pakatan Rakyat, yang berkenaan, hadir, kecuali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Ini adalah satu pertemuan informal untuk membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini oleh Anwar Ibrahim dan pasukannya dengan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Fokus pertemuan informal ini ialah pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September, 2008, dengan membawa masuk Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat.

Usaha Anwar Ibrahim masih tidak berubah, dan masih tetap berjalan dengan lancar, sebagaimana yang telah dirancangkan. Sambutan adalah positif.

InsyaAllah, para pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi Isnin.

Terdahulu kedengaran suara Lim Kit Siang mewakili DAP, yang menegaskan ia tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Tambah Lim Kit Siang lagi, DAP hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.

Seterusnya Lim Kit Siang berkata, jika wakil rakyat Barisan Nasional keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

Suara ini ialah petanda baik kepada Rakyat Malaysia. Sebelum ini DAP dikaitkan tidak akan menyokong sebarang tindakan melalui jalan yang tidak demokratik. Bagaimana pun, penerimaan DAP terhadap langkah yang dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim ini, difahami masing-masing pihak telah dapat rasionalnya.

Suara ini juga bermakna, kemasukan Ahli Parlimen yang berniat busuk dan membawa segar budaya lama, ke dalam Pakatan Rakyat, tidak memberi makna yang diharapkan semua yang terbabit.

Pun, begitu Lim Kit Siang dan Nik Aziz Nik Mat, khususnya molek mendidik mereka yang menyertai Pakatan Rakyat dari Barisan Nasional. Pengalaman mereka diperlukan, dan adalah lebih buruk jika Ahli Parlimen ini terus bergelumang dan tenggelam dalam budaya UMNO dan Barisan Nasional secara berterusan. Pakatan Rakyat adalah platform untuk menyelamatkan mereka.

Tambahan lagi, Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Pakatan Rakyat tidak sama dengan Barisan Nasional, dari aspek keprihatinan mereka terhadap Rakyat. Namun, selagi belum mencapai pembentukan kerajaan Malaysia baru, Pakatan Rakyat masih belum dapat melenyapkan Barisan Nasional dan segala keburukannya.

Ini adalah perkembangan terbaik. Amat dinanti-natikan oleh Rakyat Malaysia.

Sementara itu, 50 daripada 78 Ahli BN-BBC yang membuat lawatan sambil belajar ke Taiwan, telah memendekkan tempoh lawatan ke 8 hari sahaja, dan dijangka kembali ke tanahair pada, InsyaAllah, pada 15 September, 2008.

Bagus! Masing-masing dapat menyambut keraian pada 16 September, 2008.

Rujukan:

Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL
08-09-2008 12:56:17 AM
Oleh G. MANIMARAN

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_3ad6ad5d-c0a85062-14d774f0-24077448






No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.