Subscribe

Aduhai PakLah Aduhai Khairy -Sumber HarakahDaily

Malam tadi saya menyaksikan Buletin Tv3, perihal penundaan mesyuarat agung UMNO dan sedikit perbincangan mengenai pelan peralihan kuasa PakLah-Najib. Bila satu soalan ditanyakan kepada PakLah,adakah bangkangan daripada Ahli MT UMNO mengenai hal tersebut,tergagap-gagap PakLah menjawabnya .. " Tak ada..Sayaa.. apa.. sayaa..apa ni ..saya .. " hehehehe.. Tergelak jugak mulut jahat bila menyaksikan kegabrakan PakLah Perdana Menteri kita ni.Ya .. Memang tidak dinafikan. Kedudukan PakLah sekarang ni berada dalam keadaan kritikal. Tengok gaya percakapan dan riak wajah PakLah pun dah faham "Betapa PakLah sangat tertekan dan talian hayatnya akan ditentukan dalam 2 minggu ini"

Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010.Hal ini berlaku disebabkan desakan serius daripada pihak-pihak tertentu dalam UMNO supaya Abdulllah berundur segera,kerana pelbagai masalah yang timbul sepanjang musim pemerintahan dibawahnya,ditambah dengan kekalahan paling teruk UMNO dalam PRU-12 yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 51 tahun BN memerintah Malaysia.

Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi.Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian.Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.

Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal.Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya.

Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau.Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

by Farhan Shah




1 comment:

enjit2semut said...

POLITIK TEKAN MENEKAN.
itulah frasa yang layak disebut buat menterjemah perebutan kuasa dalam UMNO. Almarhum Tunku kena tekan, ganti Almarhum Abah Jeeb...Tunku keluar UMNO akhirnya zaman Chedet. Almarhum Tun Husein PM3 ditekan oleh Chedet, menangislah Tun Husein.Beliau keluar juga dari UMNO, kenape? Chedet juga tertekan lalu lepaskan kpd Pak Lah@Mr Clean. Chedet keluar UMNO Mei 2008..hingga kini belum rujuk wlaupun katana nak buat U-turn kalau PakLah tidak lagi jadi PM.

Sambil tu Chedet tekan Pak Lah, Jeeb tekan, Mahyuddin ,Ku Li tekan, ramai lagi tekan...last2 letak tarikh yg berubah2...terbaru Mac 2009.Telur Pak Lah di hujung tanduk kini...menantu emasnya...mula reput taringnya!!!

PR...pembangkang2 yg berjaya PRU12 dulu dan aura DSAI juga nak buat peralihan kuasa, mahu reformasiiii.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.