Subscribe

BN yang sedang nazak!

Jika BN itu boleh diumpamakan seperti seorang manusia nyatalah manusia itu kini sedang nazak di ambang maut. Usia seawal 50 an bukanlah terlalu tua namun disebabkan `cara hidup’ yang tidak sihat berbagai penyakit membarah hingga ke urat-sendinya.

Rasuah,politik wang dan salahguna kuasa semakin kronik. Jika 20 tahun lepas mereka boleh lagi dirawat sebagai pesakit luar kini tidak lagi. Mereka barangkali sekali lagi memerlukan `jantung ‘baru untuk terus hidup!Jantung peninggalan Tun menjelang PRU 2004 dulu nyata bertahan sekejap saja dengan konsep hadharinya. 2008 dipukul pula oleh rakyat.

Mengapa Tun kini merayu-rayu kepada ahli UMNO agar menyelamatkan UMNO `as while as’ menyelamatkan negara dari tangan yang beliau lantik sendiri.(Mstar)“ Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.”Apakah beliau fikir jika Pak Lah berundur Najib boleh menyelamatkan UMNO dari kehancuran?Apakah najib boleh menjadi `jantung’ baru dan menyambung hayat UMNO?Tidak!Jika satu organ yang rosak boleh dipotong bagi menyelamatkan seluruh badan,tapi UMNO sudah mereput hingga ke akar umbi.Jika dimesyuarat cawanganpun kerusi berterbangan apatah lagi diperingkat atasan.Pelik! apalagi yang diharapkan Tun dari UMNO .Adakah kerana sayangnya beliau pada UMNO hingga beliau tidak nampak ada parti lain yang boleh mengambil-alih fungsinya.?

Kerisauan Tun ini sebenarnya bersebab.16 september yang dijanjikan Anwar semakin hampir sementelah pelbagai peristiwa akhir-akhir ini seakan menjurus kepada berlakunya perubahan drastik dalam politik negara.Keengganan sebahagian MP Sabah dan Sarawak memeterai Akujanji,desas-desus ada parti komponen yang bakal beralih arah,insiden ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang,belanjawan gula-gula buat rakyat dan kemurahan hati kerajaan ingin menurunkan harga minyak buat kali kedua dalam masa sebulan seakan ada sorong tarik antara kerajaan dengan PR.

Pak Lah seakan cuba memujuk hati rakyat agar tidak bersetuju dengan peralihan ini.Dengan alasan BN mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya yang lalu bukanlah dalih terbaik.Ada pihak berpendapat jika tidak kerana peggunaan media dan jentera kerajaan yang keterlaluan BN sudah lama berkubur dalam PRU Mac lalu.

Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas menyifatkan perubahan yang bakal berlaku itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya kerana dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. "Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam. "Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit,".

Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga setiap yang bermula pasti akan berakhir dan UMNO tidak terkecuali daripada hukum alam ini.Antibodi `sekular’ mereka yang sudah luput tarikh gagal menjadi vaksin kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih adil amanah.

dari : jinbukitridan

http://pemudamuadzam.blogspot.com//




2 comments:

tamupulaumelaka said...

TDMahathir amat sayang dengan UMNO(Baru) ini kerana yang ini adalah ciptaan beliau. UMNO dulu garapan Dato Onn Jaafar dah jadi gemulah tahun 1987.
TDM cuma mahu PakLah berundur dari jawatan PM dan Presiden Umno.Pastu dia akan masuk UMNO semula utk menyambung hayatnya setelah by-passed.Benci mak nenek dia dengan Mr Cleannya itu.macam2 dia kata dan tuduh, hingga rasanya terpalit benar dengan KJ menantu PakLah.
Kita tunggu dan lihat bersambung baik ke tidak talian hayat itu, apatah lagi menjelangnya usikan hantu angka keramat 916.
mahu kemana lari TDM???

Jashamsulnizam said...

Salam Farhan Syah...

Di bulan Ramadhan yg mulia ni baik kiter smue sbg rakyat Malaysia ambil tindakan "kafan" kan saje penganggak2 Umno nie dr muke bumi, aku dh naik malas nk dgr temberang diorg kt dlm TV tu, dlm bulan2 pose nie pon lg nk memburukkan org2 dlm Pakatan Rakyat especially DSAI...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.