Subscribe

Kita Menang walaupun 16 Sept Gagal !

" Kita Menang walaupun 16Sept Gagal ! Tanggal 16 September hanya tinggal 8 hari sahaja lagi. Bersediakah kita untuk melalui saat manis setelah sepuluh tahun berjuang, atau setelah lebih 50tahun berjuang?

Saya tahu ada di antara kita yang resah menanti, memikirkan apakah yang bakal terjadi sekiranya tiada apa-apa yang berlaku pada 16September dan seterusnya, kerajaan Barisan Nasional masih lagi memerintah sehingga ke akhir penggal.

Apa yang terjadi kepada Anwar, apa yang terjadi kepada pendukungnya, apa yang terjadi kepada rakan karibnya iaitu PAS? Ingin saya tegaskan di sini, janganlah kita resah dan khuatir. Tiada apa yang hendak dirugikan dan tiada apa yang hendak dikecewakan kerana di dalam situasi sekarang ini, kita rakyat dan juga Pakatan Rakyat telah menang dalam setiap sudut. Yakni secara zahir, moral, secara psikologi dan juga secara praktikalnya kita telah menang. Kita menang walaupun tiada perubahan pada 16 September.

Saya katakan kita menang kerana kita dapat membuktikan betapa korupnya kerajaan Barisan Nasional. Kita berjaya menyedarkan rakyat kebanyakkan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang dan yang terdahulu adalah kemungkaran semata-mata. Kita telah membuatkan sebuah kerajaan yang begitu kuat menggelupur untuk mendapatkan tandatangan dari Ahli Parlimen miliknya. Menggelintin bagi cepat-cepat menganjurkan lawatan sambil belajar para YB ke Taiwan selama 8 hari secara tergesa-gesa.

Sedar atau tidak, ini adalah tindakkan yang klimex kepada kebodohan dan ketakutan yang amat ketara tatkala setiap hari melaungkan "Mustahil Anwar berjaya pada 16 September". Wakil-wakil rakyat ini telah dipaksa meninggalkan rakyatnya di bulan Ramadan yang mulia ini. Ahli-ahli parlimen dikerah untuk turut menyertai pembaziran seumpama lawatan ini dengan meninggalkan rakyatnya dalam musim tengkujuh.

Apalah nasib rakyat yang mengharungi musim banjir tanpa Ahli parlimen di sisi, atau sememangnya ahli parlimen itu memang selalu tiada di sebalik kesusahan rakyat. Persoalannya, jika bukan kerana 16September, mengapa lawatan ini secara tiba-tiba hadir pada bulan puasa? Ingin jadi musafir? Langkah ini adalah salah satu perkara yang membawa kepada kemusnahan kepada BN dan UMNO.

Percayalah. Dari sudut ini kita telah menang walaupun sekiranya Anwar gagal. Tapi saya tidak kata Anwar akan menempuhi kegagalan. Saya tidak kata gagal, bermakna saya menyimpan keyakinan dan saya juga menaruh harapan. Difahamkan hanya 48-50 ahli parlimen yang mengikuti rombongan ke Taiwan ini.

Selebihnya masih di sini, bersedia. Minggu ini dikatakan minggu penentu. Jangan kita lupa, tanggal 10hb September Anwar bakal dibicarakan di mahkamah. Minggu ini minggu penentu, mungkin sudah ada clue, sama-sama kita lalui."

by edyesdotcom





1 comment:

Jashamsulnizam said...

kebenaran pasti dtg..
yg benar pasti menang..
kite bukan fikir ttg kita tpi ttg anak cucu cicit kita.. kalo ko org fikir ttg x kesah ttg sape pemimpin kita hancurlah nagara malaysia.. adakah ko org nk mengemis di negara sendiri tentu xnk kan??? ko org pernah pg sabah dan sarawak ke??? pnah tengok kehidupan org2 ktc2.. andai kata ko org penah tengok x kescihan ke tgk kehidupan d org.. makn x menantu kehidupan xpenah tenang dgn kemiskinan… 50thn xcukup ke nk basmi kemiskinan 50thn xcukup ke nk bangkitkan negara kita supaya setanding dgn negara asia yg lain????? adakan ko org semua dah BUTA??? adakan ko org semua dan cukup kaya cukup senang dgn ape yg kerajaan dah bg… kita cukup kaya tapi d sebabkan kerajaan yg lemah dan rakus memajukan diri keluara tampa memikirkan rakyat nie jwapannya KITA TTP MISKIN.. dan SEMAKIN MISKIN D BAWAH PEMERINTAHAN UMNO & BN.. ubah nasib korang semua.. kesenangan utk kita seumur hidup hanya dtg sekali.. ingat 2… maju nagara kerana kerana pemimpin yg fikirkan rakyat…ANWARIBRAHIM DIA YG AKAN UBAH KEHIDUPAN KITA.. KITA YAKIN DAN SELEBIHNYA BESERAH KEPADA PENCIPTA KITA YG MAHA ESA DAN MAHA BERKUAsA…

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.