Subscribe

Majlis Sambutan Hari Malaysia ke-45: Mampukah Anwar Ibrahim mengotakan janjinya?

Malam tadi, satu perhimpunan perdana dengan permit sempena sambutan Hari Malaysia, julung kalinya diadakan di lapangan Stadium MBPJ anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya semalam. Perhimpunan kali ini memberikan satu pengharapan yang pasti mengenai status kerajaan yang bakal ditubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai satu realiti dan bukan satu bujukan dan omongan kosong semata-mata.

Di pentas stadium,disaksikan oleh ribuan penyokong Pakatan Rakyat tidak mengira kaum bangsa dan keturunan, dengan lantang Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa satu pertukaran kerajaan yang korup, berpenyakit, mengamalkan rasuah dan menindas rakyat akan bertukar kepada kerajaan baru yang bersih, mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, aman, berdaulat dan membela nasib rakyat serta menghormati The Rule of Law sebagai perundangan Malaysia. “ Pertukaran ini akan berlaku kerana kita sudah ada lebih kerusi di Parlimen untuk membentuk satu kerajaan Malaysia yang baru..Hari ini,satu perutusan khas telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menggesa agar tawanan ISA dibebaskan dan juga membincangkan bagaimana satu peralihan kuasa dapat dijalankan dengan aman tanpa sebarang huru-hara dan kekacauan dalam negara..” kata Anwar Ibrahim dalam ceramahnya.

Anwar Ibrahim juga menyebut bahawa beliau akan mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan di samping akan memberikan keadilan untuk kaum-kaum lain dan tidak mengambil hak mereka untuk kepentingan Melayu dan Islam. Pendekatan ini dilihat bakal membentuk satu premis baru perhubungan antara rakyat negara ini khasnya dan mampu menyatukan rakyat keseluruhan secara amnya.

Kita sebagai rakyat menunggu detik,masa dan ketikanya. Ketibaan Malaysia yang menjanjikan keamanan dan kesejagatan kaum yang sebenarnya akan bermula tidak lama lagi. Mampukah Anwar Ibrahim yang diwar-warkan bakal Perdana Menteri Malaysia ini mengotakan janjinya? Kita tunggguuu….

by Farhan Shah




1 comment:

Anonymous said...

akhirnya kita keraih...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.