Subscribe

Menuju 16 Sept, pimpinan Pakatan Rakyat adakan mesyuarat hari ini

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Harakahdaily dimaklumkan pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP kini sedang memulakan mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat KeADILan, di Mercant Square dekat sini bermula jam 10.00 pagi tadi.

Antara yang kelihatan memasuki pejabat KeADILan bagi menyertai mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Dr Zulkifly Ahmad; Bendahari KeADILan, William Leong.

Harakahdaily difahamkan Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub turut akan menyertai mesyuarat bersama kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Antara isu yang bakal dibincangkan hari ini ialah isu perpindahan anggota Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat yang kini menjadi isu besar yang memberi tekanan kepada BN.

Sebelum ini Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pihaknya mampu mengambil alih pemerintahan negara dan beliau meletakkan 16 September sebagai tarikh penubuhan kerajaan baru.

Hingga kini ia masih menjadi teka-teki, namun Anwar menegaskan bahawa usaha itu sedang berjalan seperti yang dirancangkan. _

by Farhan Shah



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.