Subscribe

Tangguh Pemilihan Untuk Kepentingan Siapa?

Seperti yang dijangka, mesyuarat khas MT UMNO yang diadakan pada hari ini akan membuat keputusan yang mengejutkan kerana dengan penuh terdesak menangguhkan pemilihan parti dan Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac 2009.

Walaupun pada peringkat awalnya terdapat suara-suara yang membantah cadangan tersebut termasuk Najib Razak sendiri namun akhirnya seluruh ahli mesyuarat bersetuju dengan keputusan tersebut.

Keputusan tersebut dikatakan diambil kerana mengambil kira sentimen dan padangan serta hasrat akar umbi. Najib menyebut bahawa ia adalah keputusan yang ‘bijaksana’ kerana mengambil kira pandangan akar umbi.

Muhyidin yang sebelum ini dilihat cukup ‘kental’ menegakkan dan mempertahankan pandangannya juga menyebut bahawa keputusan tersebut mengambil kira pandangan akar umbi dan tidak akan menjejaskan kewibawaan PM

Ini bermakna, pada bulan Disember ini UMNO tidak akan mengadakan pemilihan parti dan seterusnya akan meredakan sedikit kegoncangan dalam UMNO.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa perkara yang masih belum selesai. Di antaranya,

1. Adakah Pak Lah akan berundur pada bulan Mac 2009?
2. Adakah ia membawa makna Najib akan pasti diberikan jawatan Presiden UMNO?
3. Adakah ia bermakna Muhyiddin Yasin akan dinaikkan taraf sebagai Timbalan Presiden UMNO?
4. Adakah penangguhan ini terpaksa dibuat kerana ingin membolehkan Pak Lah ‘menyelesaikan beberapa agenda peribadi’ sebelum melepaskan jawatan?
5. Adakah penangguhan ini dibuat untuk menyelamatkan masa depan politik Khairy Jamaludin yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Sebagai seorang pemimpin utama negara, apabila Pak Lah menyebut bahawa peralihan kuasa akan berlaku pada bulan Jun 2010, sudah tentu ia membawa maksud bahawa ada sesuatu ataupun pelan tindakan yang sudah difikirkan oleh Pak Lah untuk merencanakan sesuatu untuk kepentingan rakyat sebelum ia melepaskan jawatan PM dan Presiden UMNO tetapi Pak Lah mengambil keputusan 15 bulan lebih awal daripada tarikh asal.

Persoalannya,adakah Pak Lah yakin bahawa agenda yang dirancang selama 15 bulan tersebut dapat diselesaikan? Hakikatnya, tiada apapun yang ada di dalam fikiran Pak Lah bila diumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010.

Pak Lah yang sesuai dengan slogan ”Perancangan Hari Ini Adalah Untuk Hari Esok” tidak mampu untuk mentadbir negara ini. Sudahlah gagal memimpin, agama baru Islam Hadhari juga gagal dilaksanakan dan terus sepi daripada mulut pimpinan UMNO/BN.

Apa yang pasti, ‘rayuan’ Pak Lah agar MT dapat memberinya peluang untuk terus bertahan untuk bebarapa bulan hanyalah untuk memastikan bahawa beberapa kepentingan peribadinya dan keluarganya akan dapat diselamatkan terutamanya masa depan KJ yang semakin merudum selepas pilihanraya umum yang lalu.

Agenda rakyat bukannya menjadi keutamaan Pak Lah ketika ini tetapi yang paling utama adalah untuk kepentingan peribadi.

Inilah sebenarnya ‘wajah’ sebenar Pak Lah untuk kita tatapi.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/

26 September 2008, 7.37 malam



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.