Subscribe

Teori 916 realiti atau fantasi

DR Mahathir berkata " BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN" ( ucapan Dr M ,dalam mstar 3.09.2008 ).

Penulis sengaja memetik ucapan Dr M diatas untuk mengambarkan fenomena politik semasa Malaysia kini. Daripada luahan hati bekas PM ini jelas " Titanic BN " akan karam.

Tambahan lagi asakan demi asakan dari bekas seterus Dr M yang kini mengetuai Pakatan Rakyat meresahkan lagi BN.Jika BN digambarkan sebagai "Titanic " , PR pula adalah " Iceberg" yang akan menahan rempuhan kapal raksaksa BN yang sudah tua , rapuh namun angkuh itu.

16 september 2008 yang penulis sendiri termimpi - mimpi apakah benar akan berlaku "tsunami politik " dikatakan BN akan " tersembam menyembah bumi ".

Ada pihak yang berkata ini adalah pembohongan Anwar Ibrahim . Malah riuh rendah UMNO dan pimpinan mereka menafikan .Tetapi suara - suara dari komponen mereka agak perlahan seolah - olah mengiakan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu .

Lebih menghairankan lagi didalm laporan bajet 2009 tempohari , kerajaan telah mencadangkan lebih kurang 3.3 bilion diperuntukan untuk Sabah / Sarawak.

Apakah kerajaan tiba - tiba terprihatin ? .Apakah setelah Anwar mengumumkan bahawa ahli -ahli parlimen Sabah/Sarawak akan menyeberang kedalam Pakatan ?.

Penulis percaya tindakan kerajaan BN membuat pelbagai tawaran baru kepada rakyat membuktikan 16 sept 2008 ini adalah benar dan bukan retorik politik Anwar.

Secara logiknya mana mungkin seorang yang seperti Anwar boleh mereka - reka cerita.Dunia sedang memerhatikan setiap perkara yang berlaku keatas beliau .Jika benar dia berbohong sudah pasti beliau menggali liang lahat karier politiknya sendiri.Apakah mungkin ini suatu pembohongan ?.

Dalam politik segalanya mungkin , memang benar ada pendapat tidak perlu tergesa - gesa dalam mendapatkan kuasa kerajaan pusat.Saya yakin rasionalnya ialah jika dibiarkan sehingga Pru 13 negara kita mungkin hampir nazak jika dilihat kepada prestasi kini.

Jika berlaku atau pun tidak teori 16 sept 2008 ini rakyat pasti akan membuat pilihan dimasa hadapan .Tiada satu kerajaan diatas dunia ini yang tidak tumbang semua terlipat dalam sejarah.Lambat laun pasti menyembah bumi maka akan diganti dengan kerajaan yang lain.
Sept 16 apakah realiti atau pun fantasi sama- sama kita nantikan .
Anwar , ayuh buktikan janji - janji mu !!!

katakanlah: " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Ditangan Engkaulah segala kebajikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas segala sesuatu.( Al quran surah al - imran 26 )

Semoga ayat ini memberi kekuatan kepada kita semua.
Petikan dari : Sang Kelulut
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com




1 comment:

Jashamsulnizam said...

Salam.

Rasa semacam nak ‘muntah’ apabila riuh terdengar pekik lolong ‘barua2′ UMNO tentang 16 SEPT. yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pelbagai usaha dan serangan psikologi dijana, bagi memastikan hasrat murni PAKATAN RAKYAT ini tidak menjadi realiti. Usaha YB DSAI dimomok2kan oleh mereka sebagai ‘gula-gula’seorang pemimpin yang gila kuasa, rakus menjadi Perdana Menteri.

Malah apa sahaja tindakan dan kata2 DSAI ini disanggah dan dipertikaikan. Masing2 cuba menjadi jaguh/ ayam sabung melawan DSAI. Pastinya kerana pemilihan Agung parti ‘haprak’ itu yang tidak berapa lama lagi. Makanya ‘berkokok’ lah mereka lantera menunjukkan ‘KeUMNOan’ mereka.

Yang paling ‘dungu’ pula mempertikaikan usaha DSAI sekarang sebagai ‘hipokrit’. Mereka mempersoalkan mengapa semuanya itu tidak DSAI lakukan semasa dipuncak kuasa dahulu, sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI.Mengapa sekarang? Mengapa bila kuasa sudah tidak ditangan? Setakat bercakap dan berjanji, memang senang, kata mereka.

Wahai pemimpin2 UMNO sekelian, kalau sekarang pun kamu hanya mampu menjadi ‘YES MAN’ kepada DSAAB,PM, yang suka tidur itu, apalah yang mampu DSAI buat dan lakukan semasa menjadi TPM dibawah kekuasaan TUN MAHATHIR/ diktator UMNO tersohor dan paling digeruni dalam sejarah. Tidak melawan pun sudah dibuang, dituduh meliwat, rasuah dan segalanya. Kalau melawan, mungkin akan timbul tuduhan2 yang lebih dahsyat..membunuh..merogol dsb. Jangan diungkitlah.. tak ada gunanya.

Kami pun tak mengharapkan DSAI mampu melunaskan semua janji dan manifesto PR. Kami realistik, kami bukan bebal dan ‘tongong’ macam kamu. Malah 16 September ini kamu nanti harapan menggunung!!..namun andai tidak kesampaian, kami tidak sesekali musykil, heran, marah, kecewa dan seumpamanya. Kami tahu rintangannya cukup besar! Andai 10 tahun sanggup kami tunggu..maka apalah sangat 4-5 tahun lagi sehingga PRU-13??. Disaat itu, yang dinanti,yang dicita..PASTI.. milik kami.

WASSALAM.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.