Subscribe

UMNO KOYAK GAMBAR TIDAK KURANG AJAR TAPI KALAU PEMBANGKANG KOYAK KURANG AJAR ~ Ref Malaysiakini

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

Inilah sikap 'double standard' yang menjadi amalan media pengampu ini yang langsung tidak mengikut etika kewartawanan. Apa yang penting bagi mereka ialah ampu sana ampu sini 'fulus masyuk' itu sahaja.

Malah pemimpin-pemimpin Umno juga langsung tidak memberikan kenyataan menasihat atau meminta maaf dalam hal ini. Keegoan mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi seolah-olah dunia ini mereka yang punya dan seolah-olah mereka akan hidup menongkat langit tidak mati-mati.

Insya Allah tuan-puan keegoan dan kebongkakan pemimpin Umno ini lambat laun akan diajar oleh rakyat Malaysia.

Sudah sampai masanya golongan yang berhidung tinggi berdada lebar dan berhidung 'cegeng' ini akan tahu suatu hari nanti langit itu tinggi atau rendah. Mereka lupa bahawa di sana ada Allah S.W.T yang maha berkuasa yang berkuasa untuk menghukum sesiapa sahaja hatta Firaun yang tidak pernah sakit dan Namrud yang membina istana dari batu, sekelip mata sahaja dimusnahkan oleh Allah. Inikan pula BN yang tidak langsung layak untuk dibandingkan dengan kebongkakan Namrud dan Firaun.

Dipetik dari : Mutaligat





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.