Subscribe

Zaid Ibrahim join Pakatan Rakyat ?

Satu lagi berita mengejut diterima UMNO setelah krisis Melayu yang dibawa oleh Datuk Ahmad Ismail beberapa hari lepas. Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatannya dalam kerajaan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam!!

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri semalam.Surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira 2 petang semalam ekoran tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.Ahli politik BN yang lantang bersuara itu meletak jawatan mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

Walaupun Kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai alasan kuat untuk menahan mereka yang terlibat namun ia tetap tidak dipersetujui Zaid Ibrahim yang menyifatkan sebagai kerajaan yang menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan kepada rakyat.

"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota 2 hari lepas.

Zaid juga berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa."Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan...komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu.Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya.

Sementara itu, dalam ceramah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim semalam di Kelana Jaya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid Ibrahim yang memahami prinsip keadilan terhadap rakyat dan cara penangkapan tanpa bicara di ISA merupakan satu cara yang zalim dan sewajarkan ditentang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Zaid Ibrahim kerana meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan penangkapan exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara..dan insyallah. Ada berita baik mengenai Zaid Ibrahim dalam beberapa hari lagi .."

Mungkinkah Zaid Ibrahim salah seorang MP UMNO yang akan melompat ?? Wallahua`lam.

by Farhan Shah



1 comment:

Jashamsulnizam said...

PENAT!!

Itulah yang boleh digambarkan akan suasana politik Malaysia.

Terasa lama pulak nak tunggu pilihan raya yang seterusnya.

Sepatutnya bulan ibadat ni kita lebih fokus kepada mencari bekalan akhirat.

Kata ustaz, Bulan Ramadhan terbahagi kpd 3 fasa.

Fasa1. Rahmat dan hidayah Allah mencurah. Sebab tu 10 hari pertama Ramadhan masjid/surau penuh.

Fasa2. Pengampunan. Hemm..nampaknya tak ramai dapat mengampunan walaupun di bulan puasa. Nabi s.a.w aminkan doa Jibrail yg kata celaka org yg jumpa Ramadhan tapi tak dapat pengampunan dosa.

Fasa3. Pelepasan dari Neraka. Dah hujung2 puasa lagi kurang orang ke masjid. Semua sibut membuat persediaan raya hingga amal ibadat tak terjaga. Maknanya..tak ramai masuk syurga.

Oleh itu saya serulah kepada semua muslimin agar lupakan pasal POLITIK HARU BIRU ni.

Masih ada baki ramadhan yang sempat kita kejar. Kita pun tak pasti dapat jumpa ramadhan yg akan datang.

DSAI, AAB, Tuan Guru Nik dan yang lain tu..kita orang muslim. Bila mati Allah tak tanya dah dapat jadi PM ke tidak.

Kepada semua selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.