Subscribe

916: Bahannya masih hangat ...

"Assalamu alaikum,,.. 916 telah berlalu pergi.Kerajaan masih belum bertukar, PR masih menjadi pembangkang.DSAI dilihat sebagai pembohong, angkuh, sakastik dan berangan angan serta PR masih dikatakan tidak akan mampu menggugat BN.

Ekonomi negara tidak perlu diselamatkan kerana negara tidak terjejas oleh krisis ekonomi global sekarang. Saranan mengemukakan bajet alternatif 2009 hanyalah saranan yang angkuh dan sakastik. Tidak perlu bajet yang baru kerana bajet yang dibentang oleh Menteri Kewangan yang bertemakan kerajaan prihatin serta dibentang selama satu jam setengah itu sudah memadai.

Hujah ketua pembangkang bahawa angka angka dalam bajet 2009 sudah berubah dan tidak dapat dihujah sedangkan ketua pembangkang mengambil masa 6 jam membahaskan bajet dipersoalkan.Demikianlah antara Maklum balas yang boleh kita dengar sepanjang persidangan Parlimen terkini.Namun ada beberapa perkara lagi yang menarik serta perlu diambil perhatian oleh segenap lapisan rakyat.Antara yang paling menonjol ialah komen komen mengenai 916 yang masih kedengaran di Parlimen.

Beberapa MP dari BN telah membangkitkan mengenai 916.Umumnya kesemua mereka cuba menunjukkan kegagalan PR.Ada yang mempersendakan pemergian beberapa pemimpin PR ke Taiwan kerana gagal menemui mereka.MP batu di lebel sebagai pembohong dan tindakan pemimpin PR ini dianggap satu pembaziran.

Lebih dasyat dari itu,pemimpin PR yang ke Taiwan dikatakan menangis nangis memujuk beberapa MP BN untuk menandatangani pengakuan "lompat".Pendek kata, PR digambarkan hanya berangan angan dengan 916.Persendaan ini kedengaran beberapa kali bergema di Parlimen.Namun tiada seorangpun MP PR memberi respon kepada persendaan ini.Satu gambaran bahawa memang benar apa yang didakwa mereka.

Persoalan maruah juga kedengaran dengan jelas dengan MP Batu Pahat kelihatan menjadi juara kepada keteguhan maruah yang dilaungkan.MP Batu Pahat sering menggunakan kesempatan yang diperolehinya untuk melaungkan betapa tidak bermaruahnya PR dalam usaha 916 ini.

Hebat sungguh para MP BN mempertahankan maruah mereka.Tetapi dalam usaha mempertahankan maruah mereka,tanpa disedari salah seorang dari mereka ia itu MP Jaya Gading telah melondehkan kebimbangan serta fobia mereka kepada 916.Rupa rupanya MP BN berlindung disebalik kegagalan PR dan maruah dari fobia mereka kepada 916.MP Jaya Gading dalam hujah panjang sambil cuba memperlihatkan keburukan ketua pembangkang(tetapi dengan bahasa yang lebih baik dari si katak) akhirnya mendedahkan fobia mereka kepada 916.

Kata MP Jaya Gading, mereka ada maruah untuk dipertahankan.Kalau mereka lompat mereka akan digelar pengkianat oleh rakyat.Isteri mereka juga akan mendapat gelaran yang sama, anak anak mereka juga akan turut digelar pengkianat.Mereka memikul tangggungjawab yang diamanahkah oleh rakyat yang mengundi mereka dan dengan hujah ini MP Jaya Gading merayu kepada DSAI dan PR supaya menghentikan segala usaha memujuk mereka untuk melompat.Rahsia akhirnya terdedah.Mereka takut atau mungkin ditakut takutkan oleh "bos" mereka.Pada tahap ini sebahagian MP BN yang ada boleh dianggap pengecut untuk membawa perubahan yang menjadi aspirasi rakyat di kala ini.

MP BN juga kelihatan bersubahat untuk terus berketuakan seorang yang juara dalam skandal.Ini boleh didengar dengan ucapan mukkadimah MP Muar ketika membahaskan bajet bilamana beliau memuji bakal PM serta tindakan MP Jaya Gading bertanya DSAI kenapa masih menalipon MP Batu Pahat bertanyakan isu lompat?Keengganan mereka untuk melompat boleh difahami sebagai persetujuan menerima PM baru yang paling banyak skandal di belakangnya.

Inilah harga sebuah maruah yang dipertahankan oleh setengah MP BN.Mereka bimbang digelar pengkianat kalau melompat tetapi langsung tidak bimbang dipanggi pencacai atau penjilat bontot dengan persetujuan menerima PM baru nanti.Mereka melalui MP Jaya Gading merayu rayu DSAI supaya tidak meneruskan usaha memujuk tetapi mereka langsung tidak berbuat apa apa dengan pelan peralihan kuasa yang nampaknya semakin menjejaskan negara di mata dunia luar.

Pun begitu, jelas fobia mereka kepada 916.Semakin mereka bercakap mengenai kegagalan PR, semakin mereka melondehkan fobia mereka.Perkara ini diburukkan lagi dengan kualiti hujah yang didengar di Parlimen.YB Azmin Ali paling bijak untuk menunjukkan kedangkalan hujah para MP BN ini.MP Lahad Datu memalukan dirinya sendiri apabila bertanyakan soalan kenapa pada tahun 1998 ketika DSAI menjadi menteri kewangan tidak ada bajet tambahan sedangkan ketika itu negara juga melanda krisis ekonomi.Satu soalan yang tidak berdasarkan kepada kerja rumah yang mencukupi.Akhirnya diri sendiri dimalukan di Parlimen.YB Azmin Ali diberi ruang yang cukup luas untuk menghentam sehingga akhirnya beliau mencadangkan satu kuliah ekonomi diberikan kepada beberapa MP BN yang kelihatan tidak tahu ekonomi serta mencadangkan MP PR dari PJ utara sebagai pemberi kuliahnya.

Begitu juga MP Jaya Gading dan Batu Pahat yang cuba memerli PR dengan isu maruah dan 916, akhirnya mereka terperangkap dengan soalan soalan bijak dari MP PR.Paling menarik ialah soalan YB Dr.Hatta yang menyusun soalannya mengikut format soalan MP Batu Pahat serta komen YB Khalid Samad bahawa 'itulah jawapan paling baik kepada soalan yang tidak dapat dijawap".Inilah yang ketara sekarang di Parlimen, jurang kualiti semakin jauh antara MP BN dan PR.Dan ini patut kita semua ambil sebagai signal bahawa 916 sudah semakin hampir serta PR sedang mengatur langkah berhemah dan bijak kearah itu."

by Ning







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.