Subscribe

Politik Wang = Rasuah = UMNO

Setiap kali menjelang pemilihan UMNO, perkara yang menjadi salah satu perkara yang cukup penting untuk diperingatkan kepada semua ahli UMNO sama ada mereka akan bertanding atau tidak adalah berkaitan dengan amaran bahaya politik wang.
Dalam utusan online hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail sekali lagi memberikan amaran tegas kepada bahagian UMNO yang akan memulakan persidangan Khamis ini agar tidak mengamalkan politik wang dan terlibat dalam salah guna kuasa kerana ia melanggar peraturan parti.

Dalam utusan online hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail sekali lagi memberikan amaran tegas kepada bahagian UMNO yang akan memulakan persidangan Khamis ini agar tidak mengamalkan politik wang dan terlibat dalam salah guna kuasa kerana ia melanggar peraturan parti.

Lebih menarik, ketegasan ini disebut akan dilakukan sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku pada masa depan.

Harapan beliau bahawa pemilihan kali ini mencatatkan lembaran baru bagi UMNO supaya parti tidak lagi berdepan dengan kes politik wang seperti yang berlaku pada pemilihan lepas.

Beliau juga berharap agar individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang undang-undang seperti majistret dan peguam dapat bersama-sama memperkukuhkan kredibiliti Lembaga Disiplin yang kini berjumlah kira-kira 18 anggota.

Sejauh manakah UMNO akan berjaya menghindarkan diri daripada rasuah politik dalam UMNO? Lebih-lebih lagi Malaysia yang sedang berusaha untuk mencapai ke tahap Negara yang bebas rasuah menerima tamparan hebat apabila diletakkan dalam kategori sederhana pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International dan menduduki tempat ke-47 daripada 180 negara yang mengambil bahagian tahun ini. Malaysia yang memperolehi mata 5.1 markah masih kekal dengan mata yang sama pada tahun lalu tetapi merosot empat anak tangga.

Ditambah pula, calon Ketua Bahagian Kota Tinggi yang dilhat mampu mengalahkan Syed Hamid Alba iaitu A. Malek A. Rahman telah digantung keahliannya kerana terlibat politik wang sehingga menyebabkan Syed Hamid menang percuma. A. Malek digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan.

Hukuman itu berdasarkan Perkara 5 Tataetika Ahli dalam Perlembagaan UMNO terhadap A. Malek yang sebelum ini mendahului 23 pencalonan berbanding Syed Hamid sebanyak 21 pencalonan bagi persaingan jawatan nombor satu bahagian itu. Turut digantung adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Mohamadon Abdu Bakar dan ahli biasa, Musa Ngaman, 48, dan Muszaide Makmor.

Apa yang pastinya, politik wang ataupun rasuah politik di dalam UMNO masih lagi berleluasa dan memang payah untuk dihapuskan. Ahli UMNO sudah lama diajar untuk menerima suapan daripada pimpinan atasan, maklumlah sekarang ini harga barangan sudah pun meningkat naik hasil daripada tangan-tangan pimpinan UMNO juga.

Setiap calon dalam bahagian sedang menunggu-nunggu peluang untuk mencari apa jua tindakan yang dilakukan oleh lawan masing-masing yang boleh dijadikan bukti bahawa politik wang telah pun berlaku maka mereka akan diistiharkan menang tanpa bertanding seperti mana yang telahpun dialami oleh Syed Hamid Alba.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/








No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.