Subscribe

Shah Rukh Khan Dapat Datuk

Tindakah Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan merupakan satu lagi perkara yang pelik tapi tak sepatutnya berlaku. Tun Dr M sepatutnya lebih terbuka dan logistik dengan menilai penganugerahan Datuk itu sendiri sebagai satu penganugerahan kehormat yang diiktiraf oleh Malaysia dan Rakyat Malaysia dengan mengambilkira pandangan dan penilaian semua pihak.

Industri filem Bollywood yang sememangnya terkenal itu telah maklum bahawa mereka akan membuat penggambaran di luar negara ( termasuk Malaysia) sekiranya mendapat sokongan dan support daripada kerajaan itu sendiri. Kata produser dan pengarah filem Anwardi Jamil, produksi filem Bollywood tidak akan mengeluarkan duit sendiri apabila melakukan penggambaran di Malaysia selain menggunakan duit kerajaan.Jadi sememangnya tiada kewajaran jika Shah Rukh Khan mendapat anugerah Datuk dengan hanya berlakon dalam enam klip video di Melaka sahaja.Sepatutnya Kerajaan Melaka faham strategi Bollywood membuat filem. Mereka akan membuat filem menggunakan lokasi di luar negara apabila dipanggil dan dibayar oleh sesuatu pihak itu

Seramai Kira-kira 20 artis yang melakukan bantahan dengan penganugerahan tersebut kerana mereka tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri Melaka di atas penganugerahan Darjah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena ulang tahun ke-70 hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob minggu lalu.

Satu penilaian semula hendaklah dibuat berhubung perkara ini. Penilaian tentang adakah wajar anugerah yang tidak setimpal kepada pelakon daripada luar yang bukanlah bersungguh-sungguh mempromosikan Malaysia seperti mana yang diwara-warakan.Dalam hal ini, rujukan hendaklah kepada mereka yang bersesuaian seperti FINAS yang mempunyai kelayakan dalam menilai penganugerahan yang diberikan kepada Shah Rukh Khan ini.

Menurut Datuk Aziz Sattar: "Isu memberi anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan ini ibarat kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

"Tiga tahun lalu, saya ada mengarah telefilem Father lakonan pelakon Bollywood Kabir Bedi yang sudah disiarkan. Dia begitu terkenal di sini. Barangkali pihak tertentu minat kepada Shah Rukh Khan. Saya akui itu hak kerajaan tetapi kami juga memperjuangkan artis kita."

Ahmad Idham: "Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama."

Arash Mohamad: "Memanglah orang yang menonton filem One Two Ka Four mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?"

Jalil Hamid: "Saya mewakili aktivis-aktivis yang aktif dalam industri ini terasa sangat seperti melukut di tepi gantang"

by Farhan Shah







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.