Subscribe

Isu bogel: respons kepada Ramlan Abu Bakar

" Merujuk kepada artikel "Isu Demostrasi Bogel" oleh saudara Ramlan Abu Bakar, Presiden Reformis yang disiarkan di Tranungkite pada 19 November 2008. Terlebih dahulu terima kasih kepada saudara Ramlan yang telah menjelaskan bahawa cadangan berbogel itu hanya sebagai simbol kemiskinan sesetengah rakyat di Selangor hinggakan tak mampu membeli pakaian.

Saya juga ingin ucapkan tahniah kerana cara yang mengemparkan yang saudara gunakan itu telah berjaya menarik perhatian ramai terhadap masalah rakyat miskin di Selangor. Tapi saya rasa amat perlu ditegaskan bahawa pemerintahan YAB Tan Sri Khalid hanya baru lebih kurang 7 bulan, maka terdapatnya kemiskinan di kalangan sesetengah rakyat Selangor sebenarnya adalah hasil dari pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun.

Yes sir, kemiskinan yang masih ada adalah hasil 50 tahun BN memerintah. Tolong jangan salahkan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid yang baru 7 bulan berkuasa.

Seharusnya saudara Ramlan tanya apakah telah dilakukan oleh Khir Toyo dan Menteri-Menteri Besar Selangor dari parti BN yang lain seperti Dato Harun Idris, Tan Sri Mike Tyson (one million dollar man), Dato Seri Abu Hassan Omar untuk membasmi kemiskinan di Selangor. Zaman pemerintahan mereka secara terkumpul adalah selama 50 tahun. Jangkamasa 50 tahun itu amat lama sekali. Kalau diibaratkan dengan umur manusia, bila dah umur 50 tahun itu rambut yang dulu hitam dah mula putih atas bawah.

Yes, 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional di Selangor telah ditamatkan oleh rakyat pada PRU ke-12 pada 8 Mac 2008. Yes pemerintahan kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor baru berusia 7 bulan, maka hampir segala masalah yang dihadapi rakyat di Selangor adalah hasil terkumpul 50 tahun pemerintahan corrupt Barisan Nasional. Malah kerajaan campuran PKR-DAP-PAS boleh diibaratkan sebagai mencuci mangkok kotor penuh taik yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Kenapa rakyat Selangor terajang BN di Selangor? Jawabnya mudah sekali - sebab Barisan Nasional bergelumang dalam taik rasuah, pecah amanah, salahguna kuasa dan bermacam-macam lagi penyelewengan selama 50 tahun memerintah hinggakan ada rakyat Selangor yang saudara Ramlan baru sekarang ini sedar berada dalam keadaan terlalu miskin sampai tak mampu membeli pakaian.

Kenapa selama ini saudara Ramlan Abu Bakar tak bersuara tetapi diam membisu. Yang diam membisu tidak mahu dengar rintihan kesengsaraan rakyat adalah UMNO dan BN - selama 50 tahun pulak tu.

Isu roboh rumah tanpa notis dan tanpa pampasan bukan perkara baru, tetapi telah banyak dilakukan di zaman pemerintahan Khir Toyo dan lain-lain MB dari BN.

Di mana saudara Ramlan waktu dirobohkan dua tiga tahun yang lalu beberapa kawasan perumahan rakyat berpendapatan kecil di Ampang, di tebing sungai di Ulu Kelang dan di lain-lain tempat di Selangor. Saya ingat lagi kerajaan Khir Toyo yang corrupt dan zalim itu telah tergamak merobohkan rumah-rumah rakyat jelata di Ulu Kelang semasa perperiksaan SPM diadakan hinggakan pelajar-pelajar yang mengambil perperiksaan tersebut terpaksa mengulangkaji di dalam khemah-khemah. Seksanya dan sedihnya perasaan pelajar-pelajar tersebut. Di mana kamu waktu itu wahai Ramlan, Presiden Bogel.

Kenapa dulu kamu berdiam diri wahai Ramlan. Maka timbul persoalan, adakah kamu ikhlas. Adakah kamu diperalatkan oleh golongan BN yang kini frus tertonggeng? Adakah kamu diupah? Saya bukan menuduh, hanya mahu bertanya.

Baiklah. Mungkin apa yang saudara Ramlan bangkitkan itu ada sedikit sebanyak kebenarannya. Maka saya kira eloklah PR mengadakan penyiasatan, dan elok kiranya kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan itu.

Jangan PR ikut jejak Barisan Nasional yang dengan bongkak dan sombong selama 50 tahun tidak menghiraukan masalah yang dihadapi rakyat. Kerajaan Barisan Nasional hanya mahu dengar puji-pujian tapi pekakkan telinga terhadap masalah rakyat. Jangan kita ikut cara BN yang tidak amalkan ketelusan. Kerajaan BN selama ini tidak amalkan ketelusan sebab banyak pekong dan taik yang hendak disembunyikan.

Antara sebab rakyat di Selangor, Perak, Kedah dan Penang menerajang keluar kerajaan BN adalah kerana mahukan perubahan. Rakyat inginkan perubahan dari kekotoran BN kepada yang bersih. Rakyat mahukan perubahan dari BN yang nyata corrupt dan telah salahgunakan kuasa kepada kerajaan alternatif yang berintegriti serta beramanah. Maka PR jangan pula ikut cara-cara haprak BN yang corrupt, pecah amanah, sombong dan bongkak itu. Kita perlu amalkan ketelusan dan respons kepada rintihan kesengsaraan rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan PR hendaklah bermatalamatkan kesejahteraan rakyat. Kita telah melihat bagaimana kerajaan Barisan Nasional telah sering melaksanakan projek-projek yang sebenarnya bukan untuk menafaatkan rakyat tetapi untuk kayakan pemimpin BN anak beranak dan kuncu-kuncu. Janganlah kita pula ikut jejak kotor BN yang menyalahgunakan kuasa untuk kayakan diri sendiri.

Tarabulsi







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.