Subscribe

Kerajaan yang tidak ikhlas

Kerajaan Persekutuan seharusnya mencontohi kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang sedikit sebanyak telah menjalankan manifestonya yang berteraskan kebajikan kepada rakyat di negeri masing-masing. Tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing wajar dicontohi dan dipuji kerana keikhlasan kerajaan negeri membantu rakyat. Berbanding kerajaan BN yang bermuka-muka, dilihat seolah-olah ikhlas membantu mengurangkan bebanan rakyat dengan pengurangan tol (diskaun 10 peratus) yang bermula dari tujuh jam selepas tengah malam hingga pagi keatas kepada pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite. Walhal Cara kerajaan menetapkan kadar tol yang rendah pada waktu tertentu berbanding waktu siang memberi gambaran bahawa kerajaan terajuan UMNO tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Sekiranya kerajaan ikhlas membantu rakyat,maka tak perlulah ditetapkan masa kepada pengguna jalanraya untuk menerima penuh diskaun yang diletakkan oleh kerajaan. Tak perlu hanya untuk waktu tertentu. Inilah keikhlasan yang sebenar yang wajar dilakukan. Bila kerajaan negeri Perak, Selangor dan Penang telah meringankan bebanan rakyat dinegeri masing-masing para pemimpin UMNO masih mengutuk dan mengatakan kerajaan Negeri ini tidak melaksanakan manifesto dan gagal walaupun pelaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat ada di depan mata.

Berhubung kenaikan harga tol,tidak pula ditentukan masa tetapi apabila penurunan harga tol, pandai pula nak tetapkan masa dan mesti tertakluk pada masa.Cara kerajaan menetapkan tempoh masa yang terhad kepada pengguna jalanraya hanyalah memberi manfaat kepada pihak yang tertentu khususnya pengguna kenderaan berat seperti lori dan kontena yang lebih banyak beroperasi dan menjalankan kegiatan pada waktu malam di jalanraya.Jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa.

Maka kesimpulannya,kerajaan BN memang tidak ikhlas membantu rakyat dan hanyalah sekadar mahu mengaburi rakyat agar berfikir kerajaan telah berupaya membantu rakyat. Kerajaan BN sememangnya gagal dan tiada pujian pun yang layak diberikan.

by Farhan Shah







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.