Subscribe

Salah BABI atau salah kita..?

Sebelum ini, isu ternakan babi di Selangor mendapat liputan yang meluas daripada media arus perdana sehinggalah ke ruangan blog.

Dan kini, isu tersebut merebak ke Kedah pula bila kerajaan negeri yang diterajui PAS telah bersetuju untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.

Mengikut rekod, projek ternakan babi secara bersepadu di Selangor dan Kedah merupakan projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin disebabkan projek ini tidak ada papan tanda “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” seperti projek-projek yang lain, maka ianya tidak disedari oleh rakyat.

Pertikaian mula timbul bila kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil-alih kepimpinan negeri Selangor dan Kedah telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut. Maka, isu ini pun disensasikan dengan tujuan untuk memperlekehkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika difikirkan, ada buruk dan baiknya isu ini diketengahkan.

Apa kebaikannya?

Bila isu ini dibangkitkan, secara tidak langsung penternak babi di negara ini akan lebih berwaspada dengan aktiviti penternakan mereka. Jika sebelum ini aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar tidak menjadi keutamaan bagi mereka, mungkin selepas ini, para penternak babi terpaksa memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan penternak babi mula mengubah kaedah ternakan mereka ke arah kaedah yang lebih moden, bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Apa pula keburukannya?


Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perlu menghormati tradisi dan cara hidup kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini mesti menghormati pandangan orang Islam di negara ini tentang pengharaman babi.

Dan orang Islam juga harus menghormati cara hidup bukan Islam di negara ini yang masih menjadikan babi sebagai sumber makanan mereka.

Bila isu ternakan babi ini dijadikan isu di sebelah pihak sahaja, ianya akan dipandang sebagai penindasan kaum tertentu kepada kaum tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan jurang perpaduan antara kaum di negara ini akan menjadi semakin melebar dan bukannya bertambah baik.

Apa yang perlu dilakukan berhubung isu ini?


Pertama, semangat toleransi perlu dikekalkan. Hubungan kaum perlu dijalinkan melalui semangat saling menghormati antara hak dan tradisi kaum-kaum yang wujud di negara ini. Misalnya, babi antara perkara yang diharamkan oleh Islam sebagaimana arak, judi, zina, riba dan lain-lain lagi.

Justeru orang bukan Islam harus menghormati pandangan umat Islam berhubung pengharaman ini.

Dalam masa yang sama pula, orang Islam harus menghormati tradisi penganut lain yang memakan daging babi. Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak, ternakan babi seharusnya dibenarkan tetapi mestilah berpandukan kepada syarat dan peraturan tertentu. Misalnya, aktiviti ternakan tersebut mestilah menepati piawai alam sekitar, tidak menganggu ketenteraman penduduk dan mengikut kuota yang telah ditetapkan.

Isu ini tentunya tidak menjadi isu jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Malangnya, terdapat segelintir pengusaha dari bukan Islam yang tidak menghormati peraturan dan hanya mementingkan keuntungan.

Misalnya, arak tidak boleh dijual kepada orang Islam-dijual juga, bilik hotel tidak boleh disewakan kepada pasangan Islam yang bukan muhrim-disewakan juga, transaksi riba tidak dibenarkan kepada orang Islam-dibenarkan juga dan nombor ekor tidak boleh dijual kepada orang Islam-dijual juga.

Tidak dapat dinafikan, umat Islam di Malaysia begitu jijik Lebih menyedihkan, ada pula di kalangan umat Islam sendiri yang begitu melenting bila berbicara isu babi tapi dalam masa yang sama, mereka ini tidak kisah bila melihat kegiatan haram lain yang berlaku depan mata mereka.

Tidak dapat dinafikan, umat Islam di Malaysia begitu jijik dengan babi tapi meleleh air liur bila melihat peha dan betis anak dara sunti yang gebu, tertelan air liur bila melihat botol Jack Daniel dan Carlsberg serta tak senang duduk bila melihat rakan lain kena nombor ekor.

Persoalannya, apakah kita benar-benar melihat sesuatu yang diharamkan itu sebagai dosa ataupun hanya melihat yang diharamkan itu sebagai tegahan tradisi dan kepercayaan turun-temurun?

Tulis sambungan post di sini

by Nur Aflah




http://www.sabahdaily.com/2008/11/salah-babi-atau-salah-kita/






No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.