Subscribe

Sdr Ezam Calon MP Kuala Terengganu?


Simpati saya terhadap Sdr Ezam semakin mendalam semenjak Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang lalu. Saya dapati Sdr Ezam bersungguh-sungguh ingin berjuang membela orang-orang Melayu. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar Sdr Ezam menubuhkan satu parti baru yang mana parti ini nanti boleh memohon untuk terus bersama BN atau bergabung dengan Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat tergamak menerimanya.

Saya suka mencadangkan agar parti baru yang Sdr Ezam boleh tubuhkan dianggotai Majlis Tertingginya seperti berikut:

1. Presiden - Sdr Ezam Mohd Noor
2. Timb Presiden - Dato Nallakaruppan.
3. Naib-Naib Presiden:
a. Dato Paduka Ibrahim Ali
b. Roslan Kassim
c. Lokman Noor Adam
4. Setiausaha - Zahid Md Arip
5. Bendahari - Presiden PEWARIS
(tak tau nama pasal tak popular)

Manakala bagi jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda dan Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi, Sdr Ezam boleh pilih daripada mana-mana ahli yang ada di dalam Kumpulan `Reformis' yang terlibat semasa Demontrasi Bogel kat Selangor ini nanti. Kumpulan `Reformis Bogel' ini wajar diberi jawatan kerana `keberanian' dan sifat `kemelayuan' mereka yang tinggi. Ini merupakan cadangan saya sahaja untuk membantu Sdr Ezam yang saya lihat umpama `ada tidak menambah, tiada tidak mengurang' di dalam UMNO sekarang.

Percubaan pertama, Sdr Ezam boleh mencuba lagi menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon MP yang kosong di Terenggganu sekarang. Di Terengganu nanti, Sdr Ezam boleh berkempen dengan lebih berkesan. Cuma, jangan pula Sdr Ezam berkempen di Terengganu mengatakan PAS lebih layak memerintah di Terengganu dari UMNO seperti yang baru-baru ini Sdr Ezam katakan terhadap PKR di Selangor. Semoga Sdr Ezam berjaya, jika tidak menjadi calon MP di Terengganu sekurang-kurangnya Sdr Ezam boleh menjadi Presiden parti barunya sendiri.

by WFAUZDIN NS







2 comments:

enjit2semut said...

Lagi2 Ezam...lagi2 Ezam...menyampah I dengan Mamat Kotak sekor ni.

kingpahat a.k.a Yet said...

kalau betul niat dia nak bela nasib org melayu.aku doakan moga dia berjaya.

http://kingpahat.blogspot.com/

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.