Subscribe

Tanah Runtuh : Kenapa PR dipersalahkan?

Sikap pak menteri yang mengeluar kenyataan menyalahkan pembeli kediaman lereng bukit adalah satu tudingan yang melampau dan tidak wajar sama sekali. Menyalahkan pembeli semata-mata adalah menampakkan kecetakan akal pak menteri, mengiyakan kedunguan sendiri kerana segala projek tidak dapat dilaksanakan andai tiada sebarang projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Persoalan yang timbul di sini bukanlah mempertikaikan pembeli kediaman, tapi pertikaian yang sewajarnya adalah mengapa pihak pentadbiran meluluskan projek tersebut.

Maka adalah pihak yang menyalahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan menyalahkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Rasionalnya, kita sebagai rakyat tidak perlu menyalahkan mereka. Rakyat kena bijak dalam menilai. Kerajaan mana yang dah lama memerintah Selangor itulah yang kita wajar persoalkan dan bukanlah kepada kerajaan yang baru setahun jagung memerintah. Adakah betul projek-projek lereng bukit ini diluluskan pada zaman PR memerintah? Ini persoalan yang sepatutnya, persoalkan mereka yang bertanggungjawab. Khususnya dato Khir Toyo yang telah banyak meluluskan projek lereng bukit. Buktinya Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu

Azmin Ali berkata :

“Saya ingin ingatkan Khir Toyo, jangan melampau membuat kenyataan dan jangan cuba menyembunyikan kesilapan yang beliau lakukan dengan mencari salah Tan Sri Khalid. Seperti yang saya sebutkan tadi, undang-undang sudah diluluskan pada tahun 2001 tetapi kenapa dari tahun 2004 hingga 2007 terdapat 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan?

Dan kalau kita lihat, pemaju terus berani membuat projek-projek ini kerana mereka tahu tidak ada tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Kenapa mereka sebegitu berani? Kerana mereka inilah yang menyalurkan dana kepada Umno.

Sebab itu, biarpun undang-undang sudah ada tetapi sanggup dilanggar kerana ada pihak yang akan mengaut keuntungan. Ini juga boleh dikatakan telah berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam meluluskan projek-projek ini kerana sanggup melanggar undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan pusat.”

by Farhan Shah







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.