Subscribe

Komen Pembaca SiasahDaily Berhubung Dakwaan Liwat Anwar Ibrahim

Komen Pembaca SiasahDaily

Wan Ismail

Begitu mudah DSAI nak liwat ke atas seorang pemuda yang berumur 23 tahun. Tak kan DSAI terus pegang dan terus liwat. Tak kan dia (remaja berkenaan) tak melawan langsung terus aja membiarkan DSAI terus membuat kerja tak senonoh terhadap dirinya. Bukankah dia seorang remaja (lelaki) nak membiar jubur tahinya dimasukkan tanpa melawan.

Kita nak sembilih seekor ayam pun susah terpaksa menggunakan dua orang. Seorang tukang pegang dan seorang lagi tukang sembelih. Bayangkan jika DSAI terus pegang buka seluar terus buat kerja liwat. Hai!! senang benar DSAI buat kerja tak senonoh. Nak masuk bukannya senang terpaksa ada kerelaan suka sama suka (barulah mudah).

Hinanya DSAI, dah berumur umur 61 tahun nampaknya lebih kuat dan gagah daripada seorang remaja berumur 23 tahun terus buat kerja tak senonoh.

Kenapa remaja membiarkan jubur tahinya dibelasah sehinga tidak melawan hanya dibiarkan dirinya dikerjakan oleh seorang yang lebih tua daripadanya. Sedar-sedar buat laporan polis. Ada apa-apa ke?.

Ramai gadis kita ditipu membawa dadah yang didalangi oleh orang asing kerana wang (duit). Apakah tidak mustahil kerana duit sanggup menjual maruah dan terus membuat tuduhan ke atas DSAI yang dikatakan perancang utama untuk mengalih alih pemerintahan negara.

Bila ada kes aduan rasuah (buktinya ada), kes meraba punggung, kes skandel seks, dakwaan bersumpah oleh Raja Petra kenapa polis senyap aja tak ada apa-apa respon pun, sedar-sedar DSAI pula dikatakan liwat. Pelik tetapi itu lah Malaysia yang serba boleh.

" Malaysia Boleh" Boleh buka fail. Boleh tutup fail
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Perhimpunan solidariti untuk Anwar di Parlimen esok

Wan Nordin Wan Yaacob

Sun | Jun 29, 08 | 5:24:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen esok (30 Jun).


Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.


Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.


Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari


Untuk keselamatan, Anwar ditempatkan di Kedutaan Turki - Azmin


Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Sun | Jun 29, 08 | 5:40:41 pm MYT


KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ditempatkan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.

Image

Naib Presiden Azmin Ali mengesahkan bahawa Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.


"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6.00 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.


Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.


Kini para penyokong KeADILan sedang mula berkumpul di kedutaan tersebut bagi menyatakan solidariti terhadap Anwar


sumber : http://www.harakahdaily.net

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Anwar 'disembunyikan untuk keselamatan' - Syed Husin

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Sun | Jun 29, 08 | 3:28:55 pm MYT


SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Penantian para wartawan untuk mendengar penjelasan dari Ketua Umum KeADILan berhubung laporan polis yang dibuat Saiful Bukhari Azlan atas dakwan kes liwat akhirnya tidak kesampaian apabila Anwar tidak datang ke Sidang Media di Hotel Quality dekat sini sebentar tadi.

Image

Ini kerana Menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, parti memutuskan untuk 'menyembunyikan' Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.


Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media dekat sini sebentar tadi.Turut hadir ialah, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Mustaffa Kamil Ayub; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Faiz Khairuddin; peguam-peguan Anwar, ahli-ahli Parlimen KeADILan, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ketua Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.


Di Lobi Hotel, kira-kira 300 penyokong setia Anwar menunggu perkembangan terkini dengan laungan reformasi dan takbir.


Sementara kira-kira 70 orang wartawan dan jurugambar menanti sejak malam tadi untuk mengetahui perkembangan terkini kes Anwar.


Ujar Syed Husin, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi 'kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri'.


Kata Syed Husin, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.


Anwar dikatakanb masih berada dalam negara dan tidak berlindung di mana-mana kedutaan seperti yang gembar-gemburkan pihak tertentu.


Bagi pihak KeADILan, Dr Syed Husin menegaskan bahawa ahli dan kepimpinan menyokong penuh Anwar malah Anwar sendiri menafikan dakwaan liwat ke atasnya itu.

Image

Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'satu percubaan yang paling jelik dan hina'.


Sementara itu isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.


Dr Wan Azizah berkata, suaminya itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman, justeru antara sebab beliau tidak hadir ialah berhubung soal keselamatannya.


Beliau kesal dengan pihak yang cuba menjatuh dan mengaibkan Anwar sekali lagi dengan cara 'politik setan' seperti yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.


Beliau melahirkan kebimbangan dengan pihak kehakiman, polis dan pihak berkuasa yang tidak lagi boleh dipercayai.


Sementara itu Tian Chua mengumumkan bahawa pucuk pimpinan parti akan membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.


Bagaimanapun beliau tidak menyatakan di mana laporan itu akan dibuat selain antara isi kandungan laporan



Sumber :http://www.harakahdaily.net

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar � Nik Aziz

Lanjusoh
Sun | Jun 29, 08 | 2:23:00 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.


�Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni,� katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.


Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.


Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.


Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.


Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.


Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.


�Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.


�Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.


�Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh,� ujar beliau.


Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.


Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.


Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.


Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.


�Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,� katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.


�Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,� katanya.


Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Siasat dakwaan liwat ke atas Anwar, PM nafi BN terbabit

Siasat dakwaan liwat ke atas Anwar, PM nafi BN terbabit
Harakahdaily
Sun | Jun 29, 08 | 3:36:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis untuk mengadakan siasatan bagi menentukan kesahihan berhubung dakwaan bahawa Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

Image

Katanya, siasatan wajar dibuat dan bukan hanya bergantung kepada penafian Anwar sahaja kerana sepertimana kes jenayah lain, sudah semestinya sesiapa sahaja yang dituduh akan menafikannya.


"Kalau sudah begitu pihak polis lah yang kena ambil apa-apa tindakan yang sewajarnya. Laporan telah diberi, polis akan buat siasatan dan tentukan bahawa benda itu betul atau tidak betul.


"Apa yang Anwar kata bukan kita boleh tentukan...dia tentulah buat penafian. Itu lazimnya begitulah. Orang yang dituduh akan buat penafian,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.


Perdana Menteri mengulas demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara, demikian menurut laporan Bernama.


Dalam reaksi balasnya, Anwar menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu 'hanya rekaan semata-mata'.


Anwar menyifatkan ia bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.


Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan bahawa BN merancang untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar dengan melemparkan berbagai-bagai tohmahan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


"Umno tak terfikir nak kacau dia macam ini. BN pun tak terfikir nak menyusahkan dia, nak kacau atau nak timbulkan perkara yang macam ini kerana nak buat sesuatu yang tak baik pada dia.


"Tidak ada niat seumpama ini...tak terlintas dalam fikiran saya langsung untuk nak khianati dia. Saya dan kawan-kawan saya, Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun tak terfikir macam itu.


"Orang yang berkenaan yang buat laporan, kita nak buat apa lagi. Dia ada hak untuk buat laporan. Kita tidak boleh menegah dia buat laporan. Kita tidak ada sebarang rancangan untuk membuat sesuatu pada dia (Anwar) kerana dia kata dia sudah pulih balik dalam politik," katanya.


Ditanya adakah Anwar akan ditahan polis, Perdana Menteri berkata: 'Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya, cukuplah...tiada spekulasi, tiada"


"Apa yang saya tahu ialah satu laporan telah dibuat kepada polis dan polis akan tentukan apa yang mereka mahu lakukan dan bagaimana," kata Abdullah

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pemeriksaan perubatan telah dilakukan ke atas Saiful Bukhari

Harakahdaily
Sun | Jun 29, 08 | 4:06:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Polis mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dikalankan ke atas pengadu (Saiful Bukhari Azlan) dalam kes dakwaan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas Saiful.


Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.


Beliau memberita demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini.


Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.


Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.


Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.


Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.


Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh KeADILan.


"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.


Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Usah percayakan 'khabar angin', fitnah saya - Ustaz Nasharudin

Awang Harun
Sun | Jun 29, 08 | 5:10:44 pm MYT


KUALA NERUS, 29 Jun (Hrkh)- Rakyat umumnya diingat agar tidak terlalu cepat memberi 'respons' dan mempercayai sebarang bentuk berita 'khabar angin' yang belum tentu ketepatannya bagi mengelakkan salah faham.


Ini kerana, sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai usaha serta perancangan �jahat� pihak tertentu bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, lalu.


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengingat ahli serta penyokong PAS agar tidak terlalu cepat �respon� dan mempercayai berita berbentuk �khabar angin�.


Katanya, terdapat usaha-usaha pihak tertentu dibuat melalui media yang mahu memecah-belahkan Pakatan Rakyat.


"Sekarang ini nampaknya, ada unsur-unsur memecah-belahkan kekuatan saf dalam Pakatan Rakyat yang cuba dimainkan oleh pihak media dengan �mainan-mainan� yang cukup bahaya.


"Kita sebagai orang PAS, ahli PAS usah 'respon' terlampau cepat. Sebabnya, kita (PAS) ada kepimpinan, kita ada majlis syura, kita ada pimpinan PAS Pusat, kita ada pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.


"Jangan cepat kita 'respons' kepada berita yang rujuk 'kitabnya' Utusan Malaysia, jangan cepat kita 'respon' kepada berita yang 'kitabnya� adalah TV3," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Masjid At-Taqwa Batu Enam, dekat sini, semalam.


Ustaz Nasharudin mendedahkan, tersiar berita 'khabar angin' yang memfitnah dirinya ketika beliau berada di London bagi menggugat keyakinan ahli serta penyokong PAS.


"Keluar berita baru-baru ini, Saya difitnah kononnya ada berjumpa dengan Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak di London dan 'peluk' dengan dia (Najib) di sana.


"Ini fitnah untuk menimbulkan keresahan di kalangan ahli, penyokong dan pendokong PAS supaya kekuatan yang ada pada kita (PAS) sekarang ini dapat dilemahkan,� jelasnya dihadapan lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati.


Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat dan sedang meningkat naik setelah berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri selepas pilihan raya lalu.


Menurutnya, sokongan rakyat terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini semakin menurun dan tidak popular lagi.


Namun begitu, katanya kekuatan yang sedang dibina sekarang adalah satu suntikan baru yang sedang berlaku dalam parti PAS hari ini

Sumber: http://www.harakahdaily.net
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) � Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini.


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya.


�Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut,� katanya dalam satu kenyataan di sini.


Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan segala tuduhan itu.


Husam berkata, pertuduhan pertama pada 1998 yang masih segar di ingatan rakyat sehingga meninggalkan kesan yang besar kepada senario politik negara.


�Betapa ia bukan sekadar hampir meranapkan karier politik Datuk Seri Anwar, bahkan keaiban yang sudah pasti mencemar nama baik dan maruah beliau serta keluarga.


�Secara sedar atau tidak, kezaliman yang terhasil dan implikasi pertuduhan yang melibatkan banyak pihak tentunya memberi kesan yang negatif kepada semua individu yang terbabit,�
ujarnya.


Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkeyakinan penuh konspirasi terbaru yang terdesak itu tidak akan berjaya memandangkan rakyat dapat menilai sendiri.


Oleh itu kata beliau jaminan terbaik untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam dakwaan itu Islam menetapkan empat saksi perlu dibawa bagi menyokong tuduhan dibuat.


�Penekanan terhadap soal keadilan dan soal memperhalusi setiap pertuduhan boleh membawa mereka yang menuduh diambil tindakan sekiranya tuduhan itu ternyata palsu.


�Peristiwa di mana lima Adun PAS Kelantan diculik pada 1964 seharusnya dijadikan peringatan dan saya pasti sikap rasional semua pihak dapat mengelakkan peristiwa seumpama itu berulang kembali,� ujarnya.


Sementara itu, penganalisis politik berhujah isu itu kemungkinan besar dicetus bagi menenggelamkan banyak konflik membabitkan pemimpin kanan Umno termasuk akuan bersumpah blogers, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa pembabitan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes Altantuya.


Selain itu, perpecahan dalaman Barisan Nasional (BN) di mana Parti Maju Sabah (SAPP) secara jelas menyatakan sudah tidak yakin lagi dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


�Sepatutnya konspirator yang mencetus isu tersebut belajar sejarah kegagalan BN pada pilihan raya umum lalu dan 1999 kerana isu yang hampir sama dicetus hari ini.


�Kesilapan strategi ini akan menyebabkan kerajaan BN semakin cepat tumbang apabila rakyat tidak mampu lagi membendung kebencian mereka
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo



Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo. ImageKeadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.


Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.


Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan 'Bob' juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.


Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut.


Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

Image

Pihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya.


Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.


Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.


Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).


Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Image

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.


Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.


Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.


Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.


Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.

Image

Ujarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.


Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.


Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut.

http://www.harakahdaily.net
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Etika Berpakaian Di Kelantan

"akOTA BHARU 23 Jun – Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

....Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.

Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.

Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500. — BERNAMA.

DIPETIK DARIPADA : http://purnama2u.com


ULASAN SAYA.



Pada pukul 8.15 pagi tadi,saya menyaksikan rancangan di TV9, " Nasi Lemak Kopi O " . Topik hari ini membincangkan tentang isu hangat dan "kontroversi" iaitu isu " Gincu dan Tumit Tinggi". Nasi Lemak Kopi O telah menjemput undangan istimewa Datuk Haji Takiyuddin Hassan selaku Exco bahagian Pihak Berkuasa Tempatan dan Pelancongan negeri Kelantan untuk memberi penjelasan yang jelas tentang perkara berkenaan. Beliau yang juga bekas majistret Makamah Kota Bharu telah memperincikan hal berkenaan dan membidas balik kenyataan media yang sengaja menjadikan isu tersebut sebagai isu yang besar. Beliau menjelaskan, perkara ini hanyalah sebagai satu pekeliling etika berpakaian kepada para pekerja wanita agar memakai pakaian menutup aurat selaras dengan lunas-lunas Islam. Undang-undang ini bukanlah menjadi satu larangan mutlak kepada seluruh warga Kelantan namun hanya berkuatkuasa kepada para pekerja wanita yang bekerja sahaja.

Sementara perkara yang berkaitan dengan tajuk Nasi Lemak Kopi O hari ini, mengenai kasut tumit tinggi dan memakai gincu, sebenarnya pemahaman kepada apa yang hendak disampaikan oleh kerajaan Negeri Kelantan harus diteliti dengan jelas. Mengenai isu ini ulas beliau, tidaklah menjadi larangan kepada mereka yang hendak memakai gincu dan kasut tumit tinggi, cuma tidaklah keterlaluan. Tidak keterlaluan dalam konteks "memakai gincu supaya tidak menjadi tarikan lelaki dan memakai kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada getah yang tidak berbunyi kuat".Tiada larangan mutlak dan dianggap satu kesalahan besar berhubung isu ini. Lagipun, perkara itu bukanlah satu perkara yang baru. Lagipun,dimana-mana pejabat juga telah ada papan tanda " Jangan Bising". Maka adab sopan ini diterap,dimasukkan serta diberi penjelasan agar orang ramai lebih memahami.


Di samping itu Kerajaan negeri Kelantan juga giat melaksanakan kempen kepada wanita Muslim di Negeri Kelantan supaya memakai pakaian sopan yang menutup aurat mengikut lunas syara'. Penguatkuasaan dan kempen ini bukan hanya dilaksanakan di kawasan Kota Bharu sahaja sepertimana yang didakwa oleh pihak media,malah turut dilaksakan di beberapa majlis tempatan negeri yang lain di Kelantan. Penerangan ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan kepada mereka yang termakan hasutan media yang menggembar-gemburkan isu terpencil ini. Sesungguhnya orang Kelantan tidak menghadapi masalah untuk berhadapan dengan peraturan ini memandangkan wanita di Kelantan sudah maklum dan biasa dengan peraturan Islam yang ditetapkan di sini. Maka isu ini tidak timbul. Lagi pula tambahan beliau, perkara ini sudah sebati dengan adab dan adat orang Kelantan.


Beliau juga mengulas cadangan daripada panggilan penonton dari Alor Setar Kedah yang memuji tindakan Negeri Kelantan dan bertanya perihal pelaksanaan di negeri-negeri lain, beliau berkata "Kami akan cuba melaksanakan perkara tersebut memandangkan ia adalah satu tuntutan agama" di samping dapat menjamin keselamatan wanita semasa bekerja. Beliau juga menyarankan media yang ingin membuat liputan terhadap sesuatu isu atau apa sahaja di negeri Kelantan supaya bertanya kepada orang yang selayaknya dan bukanlah pergi ke kaki lima bertanya kepada mereka yang tidak arif dalam hal berkenaan. Ketelusan dalam menyampaikan kebenaran harus menjadi satu prinsip yang penting kepada media massa tanah air.

Apa yang saya tertarik ialah langkah berani kerajaan negeri Kelantan ini.Tindakan yang dikeluarkan ini nyata maju ke hadapan dalam menjadikan Kelantan sebagai role model untuk negeri-negeri lain.Kelantan sememangnya telah banyak melaksanakan program bercorak Islam sejak tahun 1990.

Antara program yang mendapat tempat hati rakyat ialah skim Kifaalah,Sukan Nisa' Malaysia (walaupun mendapat bantahan dari pihak tertentu),Ladang Rakyat dan sebagainya.Dan dengan pengumuman etika pakaian ini nyata ia akan menambahkan lagi bukti seriusnya Kelantan dalam mengatasi isu sosial khususnya di Kota Bharu. Bukan sahaja dapat melahirkan Muslimah Islam sejati,malah turut sama dapat menarik mereka yang luar daripada Kelantan untuk sama-sama menutup aurat bila berada di bumi Kelantan.

Namun setiap kebaikan akan tetap diuji.Jangkaan akan wujudnya kritikan-kritikan berhubung isu tetap berlaku.Bukan semua pihak menyokong perkara baik.Jika semua menyokong sudah tentu umat Islam dah berada dalam sebuah negara Islam sejati.

Justeru buat para pendokong gerakan Islam,kuatkan azam serta tambahkan ilmu dunia dan akhirat dalam menghadapi setiap tentangan ini.Walaupun kita meraih sedikit kemenangan dalam pilihanraya umum ke-12 namun ia belum tentu akan kekal.Dakwah mesti diteruskan selagi kiamat belum tiba.Saya berharap tentangan tidak akan timbul mengenai etika ini malah menjadi contoh buat semua.Saya juga memohon agar kerajaan Kedah turut mengeluarkan etika sebegini bagi membendung gejala sosial. Allahuakbar!!!


layari blog takiyyuddin : http://takiyuddinhassan.blogspot.com/

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Anwar bakal hadapi tuduhan liwat lagi?


KUALA LUMPUR, 28 Jun: Cerita lama bakal berulang kembali. Itulah yang diramalkan oleh para petugas Parti Keadilan Rakyat apabila seorang petugas pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahri ditangkap polis petang tadi.

Mereka mendakwa, Saiful ditahan dengan alasan diliwat dan pelakunya didakwa Anwar Ibrahim sebagaimana dakwaan Azizan sebelum ini.

“Kami menjangka Anwar akan ditahan malam ini atau dalam dua tiga hari ini,” kata Ketua Pengarang Suara Keadilan, Zulkifly Anuar Ul Haq atau Zunar ketika dihubungi Siasah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Aziz juga memaklumkan perkara yang sama lepada Siasah.

Menurut mereka, Saiful Bahri mula bekerja di pejabat Anwar selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.

“Mengikut maklumat yang kami tarima, Saiful dipaksa mengaku diliwat Anwar,” kata mereka berdua.


sumber : http://siasahdaily.blogspot.com

Farhan Shah

terdapat pelbagai tuduhan terhadap DSAI seperti Agen Amerika, Agen yahudi, kes liwat dan sebagainya….

keberanian Raja Petra untuk membuat pengakuan bersumpah dalam isu Altantuya, dipandang tinggi oleh rakyat .Bukan calang-calang orang yang berani membuat pengakuan bersumpah atas kebenaran maklumat yang beliau terima, nah..Kini penulis berasakan sudah tiba masanya untuk DSAI membuat pengakuan bersumpah bagi menangkis tuduhan-tuduhan yang ditujukan ke atas beliau sekiranya tuduhan-tuduhan itu tidak berasas…masakan pokok akan bergoyang…sekiranya tiada angin atau tangan yang menggoncangkannya….


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang



Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti diteruskan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk) yang akan diadakan esok bermula jam 3.00 petang di empat tempat pertemuan.

Image

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.


Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis dijangka menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.


Sekretariat Geramm, Shamsul Iskandar Mat Akin dalam sidang media selepas demonstrasi aman di Masjid Negara hari ini menjelaskan program tersebut akan bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Semua peserta digalakkan memakai baju berwarna merah.


Katanya, Kempat-empat tempat pertemuan ini akan disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm.


Beliau yang juga Ketua AMK mengalukan masyarakat untuk ikut serta dalam 'Peace Walk' tersebut.

Image

"Ini bukan demonstrasi tetapi merupakan berjalan kaki secara aman untuk memberikan kesedaran kepada rakyat. Dan apabila berkumpul di Sogo, kami akan mengedar risalah mengenai kesan kenaikan harga minyak serta ucapan daripada beberapa orang pimpinan kami," katanya.


Di samping itu katanya, pihaknya juga akan berusaha untuk mengumpul satu juta petisyen rakyat yang dilakukan secara online dan bertulis.


Katanya, orang ramai yang ingin melakukan petisyen secara online boleh melayari laman web Geramm di www.geramm.org.


Tambahnya, sejak seminggu petisyen tersebut dilancarkan, Geramm berjaya mengumpul 10,000 tanda tangan. Beliau menaruh keyakinan Geramm dapat mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat seluruh negara sama ada secara online atau bertulis.


Sementara itu, Shamsul menegaskan pihaknya juga akan mengerahkan seluruh jentera Pemuda di peringkat negeri bagi mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai dan akan diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turut serta dalam perhimpunan 6 Julai nanti.

Image

"Pada 7 Julai, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa usul bantahan kenaikan harga minyak di parlimen berdasarkan bantahan sejuta rakyat," katanya.


Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan Pemuda PAS telah menggerakkan semua ahlinya terutama di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi memastikan sasaran sejuta rakyat tercapai dalam perhimpunan 6 Julai nanti.


Katanya, bermula esok Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun ke pasar malam di seluruh kawasan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan kenaikan harga minyak ini.


Dalam pada itu katanya, sehingga hari ini lebih 40,000 tanda tangan berjaya dikumpul Pemuda PAS.


Sementara itu, demonstrasi yang diserta 5,000 orang Masjid Negara berjalan aman tanpa sebarang kekecohan atau gangguan daripada pihak keselamatan.


Dalam pada itu, baju T Geramm berwarna merah turut dijual di perkarangan Masjid Negara dan mendapat sambutan orang ramai
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mengapa kita tidak bersyukur?

“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: “Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?” (Allah berfirman): “Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?”
“[Al An'aam' , ayat 53 ]


Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Ali 'Imran , ayat 180]


Perhatikan foto-foto di bawah ini!


Jika dibandingkan dengan kita sekarang, sudah beryukurkah kita?


“I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering.”

“I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.”

” Think & look at this…when you complain about your food and the food we waste daily…” MAY ALL BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!! “

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Luasnya Neraka serba 70 ukuran

by Farhan Shah

Luasnya Neraka

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
“Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah mela’nati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal.”
[At Taubah , Ayat 68]


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”


Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”


Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibril:


“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,


Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.


Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”


Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”


Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)


Dari Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu:


Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat.


Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.


Wallahua’lam.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Perpaduan Islam boleh satukan seluruh rakyat

Awang Harun


KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Hrkh) - PAS lebih selesa menekankan soal Perpaduan Islam kerana ia lebih adil, baik dan menyeluruh bagi semua masyarakat dan rakyat di negara ini.


Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata hanya Perpaduan Islam yang boleh mengikat hubungan antara semua kaum di Malaysia.


"Kita (PAS) menekankan soal Perpaduan Islam sebab, kita (PAS) melihat Islam ini sebagai asas yang boleh mengikat bukan sahaja di kalangan orang Melayu dengan orang Melayu tetapi mengikat seluruh rakyat Malaysia," tegasnya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Media Bersama Pimpinan PAS di sebuah hotel, dekat sini, semalam.


Katanya, kalau bercakap soal perpaduan Melayu ia seolah-olah meminggirkan bangsa lain yang berada dalam masyarakat dan negara hari ini.


"Kalau kita bercakap Melayu sahaja, seolah-olah kita pinggir orang lain daripada perjuangan dan itu tidak kena.


"Kita (PAS) hendak perpaduan yang menyeluruh bagi rakyat Malaysia dan ini kena diurus dan ditangani secara bijaksana tanpa kita menafikan bahawa soal perpaduan dalam konteks Malaysia," jelasnya.


Justeru katanya, PAS memainkan peranan yang sesuai bagi mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat dalam negara hari ini.


"Kita (PAS) akan memainkan peranan kita. Kita respons berdasarkan apa yang sebenar berlaku dalam masyarakat dan negara kita.


"Sebab, kita mempunyai tanggung jawab kita juga kepada masyarakat yang memberikan sokongan kepada kita (PAS) dalam pilihan raya yang lepas (PRU Ke-12)," ujarnya.


Pada majlis tersebut lebih 30 orang wartawan, jurugambar dan mengamal media dari Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) hadir berdailog serta bertukar-tukar pendapat antara kedua-dua pihak.


Antara pimpinan PAS negeri yang hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Dato' Abu Bakar Chik, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Terima Wang Derma Syarikat Swasta Atau Wang Cukai Rakyat?

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ahli parlimen BN marah pada Nazri

Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBCC) membidas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz kerana melabelkan anggotanya - yang mengalihkan sekatan terhadap wartawan di lobi Parlimen Selasa lalu - sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Pengerusi BNBCC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata wakil rakyat BN berasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.

"Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) dari Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan," katanya kepada Bernama hari ini.

nazri abdul aziz smillingDua hari lalu, Nazri mengutuk perbuatan beberapa ahli parlimen BN yang mengalihkan sekatan itu di kawasan lobi Parlimen, tempat sidang akhbar diadakan, sambil menyifatkan mereka sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Tiong berkata, tidak wajar bagi Nazri menganggap ahli parlimen sebagai samseng dan budak-budak kerana mereka merupakan wakil rakyat.

Katanya BNBCC akan berbincang Isnin ini mengenai tindakan yang akan diambil seterusnya kerana mereka melihat kenyataan Nazri itu "melampau".

Naib pengerusi BNBCC Datuk Bung Moktar Radin pula berkata isu sekatan terhadap wartawan itu turut dibangkitkan oleh wakil rakyat BN dan bukan hanya oleh wakil pembangkang.

"Pada masa rehat waktu makan tengah hari, kami pergi berjumpa Tan Sri Speaker, dan memandangkan tidak ada keputusan, barulah kami bertindak mengalihkan sekatan itu," katanya.

Ekoran bantahan wakil-wakil media, pihak pentadbiran Parlimen semalam membenarkan mereka berada semula di situ.

DIPETIK DARI : http://www.malaysiakini.com
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

SEJARAH- SAIYIDINA ABU BAKAR AL SIDDIQ R.A.

by Farhan Shah

Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.


Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.


Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.


Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku:


"Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.


"Benar, jawabku.


"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?


"Benar, ujarku lagi.


"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?


"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.


Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?


Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.


Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.


Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!


Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?


"Boleh sahaja, jawabku.


Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?


Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.


Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.


Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!


Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?


Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.


Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?


Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!


Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?


Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.


Akhirnya aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.


Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.


Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.


Selain danipada itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakan. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.


Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidma Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.


Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.


Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.


Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.


Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?


Kemudian Rasulullah S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakan, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pennah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.


Ucapan antana dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.


Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang yang paling murah hati dan dermawan sekali.


Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:


"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?


Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.


Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakan R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w


Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.


Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.


Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:


"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:


"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.


Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.


Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.


Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya baginda berkata:


"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini
bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.


Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.


Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena memintas cakap orang itu dengan katanya:


"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!


Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari hanta kerajaan.


Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memenintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.


Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.


Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:


"Denganlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah mi telah jadi lautan api.


Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.


Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri niwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian danpada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga niwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

4 Ahli Parlimen Berbasikal Dari Bank Negara Ke Parlimen

by Farhan Shah



Berbasikal sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga petrol dan diesel...


YB terlibat:

Zulkifli bin Noordin
Chua Tian Chang
Hee Long Siang
Gobalakrishnan a/l Nagapan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Raja Petra & Akuan Berkanun Berkaitan Najib & Altantuya

by Farhan Shah

[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

ISU MURTAD LINA JOY

Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan dengan rapi.

2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

3. Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.


LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang terlibat.

2. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.

3.Faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
Bercakap Melayu dan Beramal dengan budaya Melayu

4. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

5. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.

2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.


FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

2. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak).

3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.

4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.

6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy.

7. Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.

8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

10. Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

* Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.

* Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.

* Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.

a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

b. Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

* Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

* Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

*
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.

2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.

4. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

7. www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotao oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

* Majlis Peguam (Bar Council)

* Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.

* Malaysian Women Power Organization

* National Council of Women Organization

* All Women Action Society

* Sister in Islam

* Women Health Organization

* Women Council of Change

* Women Developmen for Change

* Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)

9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution…”


TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

* Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

*
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

*
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

* Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;
-Haji Mat Buruk
-Dato Dr Zaiton Osman
-Dato Abu Zahar
-Dato Ainuddin
-Zulkifli Nordin
-Tuan Haji Mohd Buruk
-Pak Wan Chik Marican, Peguambela bagi Pihak Negara
-Baharuddin
-Subki Yusuf
-Radhi, Setiausaha NGO Melayu
-Zainddin Ismail
-Kamar Aniah
-Zainur Ridaun
-Shamsuriya
-Azril Abim
-Raja Mustafa

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

3. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.

* Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya.

* Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku.

* Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir

5. Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.

8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]