Subscribe

SAY FOOL yang semakin hilang arah


Assalamu alaikum,,..

DRAMA LIWAT ke 2 DSAI sudah sampai ke kemuncak.Alibi DSAI sudah siap dan tersedia untuk dibentangkan,lapuran perubatan SAY FOOL disahkan dan doktor yang memerikasanya juga diperjelaskan. Apa lagi yang rakyat mahu tahu? Mungkin pengakuan terus terang budak SAY FOOL yang disembunyikan.

Atau barangkali pengakuan polis bahawa tiada kes untuk disiasat. Tiada kes seperti kes liwat dato' M.Daud Kilau atau tiada kes seperti kes raba bekas menteri. Namun kedua duanya tidak menjadi kenyataan,sebaliknya SAY FOOL mengeluarkan kenyataan melalui peguamnya mempertahankan bahawa DSAI meliwatnya dan polis menegaskan siasatan akan diteruskan.


Di mana lagi yang hendak disiasat polis? SAY FOOL telah diperiksa,kenyataan saksi seramai 18 orang telah diambil,DSAI juga telah disoal siasat serta telah menjalankan pemeriksaan kesihatan. Kondo yang didakwa SAY FOOL sebagai tempat dia diliwat juga telah disiasat. Jadi di mana lagi siasatan hendak diteruskan?

Persoalan DNA juga sudah terjawab. Ana tidak nampak bagaimana polis mahu meneruskan siasatan. Lantaran itu,saranan beberapa cawangan MCA harus diberi keutamaan,dakwa DSAI sekarang atau gugurkan kes. Ana juga tidak faham kenapa SAY FOOL masih sanggup mempertahankan dakwaannya.

Kenyataan SAY FOOL yang dibaca oleh peguamnya juga mengandungi elemen yang meragukan serta lucu. SAY FOOL melalui kenyataan yang ditulisnya dan dibaca oleh peguamnya menyatakan yang dia menyerahkan kepada polis sedangkan satu Malaysia menyaksikan kepelikkan polis mengendalikan kes ini. Lapuran polis yang tidak diserahkan kepada DSAI,desakan DNA yang kemudiannya dijawab oleh DSAI,tangkapan polis terhadap DSAI yang dibuat secara luar biasa semuanya menampakkan keanehan dalam kes ni. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab SAY FOOL sepatutnya komited untuk menyatakan kebenaran dan ketegasnya. Tetapi dengan pernyataannya menyerahkan kepada polis yang terang terang melaksanakan tugas secara berat sebelah ,sudah tentu rakyat yang semakin cerdik berhak mengesyaki adanya satu konspirasi untuk memalukan DSAI serta mematikan kareer politiknya seperti pernah berlaku di tahun 1998 dulu.

SAY FOOL juga meminta DSAI supaya tidak berdolak dalih pada masa dia sendiri bersembunyi dan kenyataannya hanya dibaca oleh peguamnya yang juga tidak dikenali. Kalau peguam SAY FOOL ialah karpal singh atau seseorang yang dikenali kredibilitinya mungkin juga rakyat mahu tahu dengan lebih lanjut tetapi kerana peguamnya yang mungkin juga ahli UMNO tidak dikenali ramai,sudah tentu kenyataan SAY FOOL hanya layak di letak di tong sampah sahaja. Itu logiknya,tetapi yang lebih penting sekarang ialah soalan siapa sebenarnya berdolak dalih?DSAI atau SAY FOOL atau orang orang yang menyembunyikannya?Barang diingat DSAI telah menfailkan saman kerana fitnah SAY FOOL serta melapurkan qazaf di JAWI. Jadi secara praktikalnya,SAY FOOL tidak akan terlepas dari DSAI.

Sama ada DSAI didakwa atas tuduhan liwat atau tidak SAY FOOL masih terpaksa berdepan dengan saman dan lapuran qazaf DSAI. Oleh itu SAY FOOL sedang tersepit. Begitu juga orang orang yang merancang skrip drama ini. Mereka juga tersepit. Kerana tersepit inilah mereka berdolak dalih dan sedang mencari jalan keluar untuk melepaskan diri. Polis diminta terus menyiasat kes yang tiada kes ini,sambil SAY FOOL mengeluarkan kenyataan menyerahkan kepada polis. Selama DSAI tidak didakwa dan selama penyiasatan polis tidak ditutup maka selama itulah SAY FOOL dan puak perancang konspirasi ini terselamat. Jadi siapa berdolak dalih sebenarnya?

Di hujung kenyataan,SAY FOOL mengatakan tiada sebab kenapa dia hendak menganiaya DSAI tetapi rakyat kebanyakan mempunyai banyak sebab untuk mempercayai SAY FOOL dijadikan umpan kepada konspirasi menjatuhkan DSAI dan terlalu banyak sebab untuk percaya bahawa ganjarannya cukup lumayan.

by Ning
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

'Zero' Undi untuk Ezam!


Ezam Mohd. Nor mahu mencabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di mana sahaja kawasan parlimen yang bakal ditandingi oleh DSAI.

‘Kehebatan’ si Ezam yang nampak seperti hero masyarakat yang bakal memulihkan penyakit lumpuh Umno ternyata dipandang sepi oleh kebanyakan pimpinan tertinggi Umno sendiri. Jawatan menteri jauh sekali!

Sewaktu baru-baru ini berceramah di Kota Bharu, Kelantan, Mat Ezam telah mendapat tamparan yang amat berbisa. Ini kerana selain daripada kehadiran yang amat sedikit, (dipenuhi dengan kerusi-kerusi kosong!) pihak penganjur juga dikatakan menyesal dan tidak mahu lagi menjemput Ezam sebagai pemidato di tempat tersebut.

Ezam, seperti semua tahu, bekas pembantu DSAI yang setia (suatu ketika dahulu), malah gaya ucapannya juga saling tak tumpah seperti DSAI, telah ternyata menikam bekas bossnya itu secara terangan dan berdabik dada dengan not RM100.00 bersama Pak Lah didepan media umum.

Manusia yang bersifat 'sesumpah' ini mesti diajar! Dia yang dahulunya hebat dengan sumpah keramat, kini sudah bertukar menjadi sesumpah yang hebat!

Semua pihak mesti memastikan Ezam akan mendapat 'zero' undi (jika boss baru membenarkan dia melawan DSAI). Kempen besar-besaran mesti digerakkan agar istilah 'sifar pembangkang' yang pernah diidamkan (dimimpikan) oleh Dato' Seri Khir Toyo suatu ketika dahulu, berbalik menjadi 'sifar' undi untuk Ezam.

Semua sedia maklum kemasukan Ezam kerana habuan wang ringgit dan 'misi' untuk menggagalkan kem Najib untuk menguasai Umno secara keluruhannya, terutama diperingkat akar-umbi.

Pertuduhan terhadap Anwar telah mendapat perhatian Tok Guru Nik Aziz, sehingga beliau sendiri mengetuai doa' bagi memberi kekuatan kepada Anwar. Akan tetapi sebaliknya berlaku kepada Ezam. Jauh panggang dari api, ibarat langit dan bumi!

Diharap nama Ezam akan nanti digugurkan dalam arena politik, supaya dia lebih tertumpu kepada kerja-kerja membaiki rumah banglo, atau mengumpul harta secukupnya! Masyarakat amat membenci untuk melantik orang semacam ini menjadi pemimpin.

Maaf sekadar ini, luahan rasa yang terbeku dihati yang amat tidak menyenagi dengan Ezam yang pernah dikenali dahulu.

Wallahu a'alam.

bY : Atan
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu Liwat.. "Bodoh"nya Kita


Mengenai kenyataan media yang dibuat oleh Hospital Pusrawi semalam, saya ingin membuat sedikit analisis berkaitan kenyataan media tersebut.

1.Hospital Pusrawi semalam menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid "tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat. Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi."

Di sini ingin saya tegaskan bahawa kenyataan media ini mungkin tidak benar sama sekali dan mungkin Hospital Pusrawi telah ditekan oleh pihak tertentu untuk menafikan kesahihan laporan perubatan tersebut.

2. Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata "ia kelihatan sama".

Dari kenyataan di atas, dapat lah kita mengandaikan bahawa laporan perubatan yang telah tersebar adalah sahih. Ini kerana Wan Mahmood tidak menafikan bahawa laporan perubatan tersebut sahih dan tidak direka-reka oleh pihak tertentu. Beliau berkata "nampak sama tapi tidak sama." Ini bermakna salinan yang tersebar luas itu sama dengan salinan asal yang ada di tangannya.

3. Wan Mahmood berkata terdapat dua gaya tulisan tangan di laporan pemeriksaan kesihatan Mohd Saiful kerana dua doktor terlibat. "Memang ada dua tulisan"

Dari kenyataan ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa laporan yang tersebar luas itu adalah BENAR sama sekali. Ini bermakna Hospital Pusrawi telah melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap Saiful Bukhari yang telah mengadu diliwat.Pada mulanya Saiful datang dan hendak berjumpa dengan doktor. Dia dirujuk kepada doktor perempuan yang bertugas pada hari itu.

Tetapi apabila doktor perempuan ambil kenyataannya sedikit, sudah tiba waktu untuk pemeriksaan selanjutnya, beliau serahkan kepada doktor lelaki. Dari kenyataan yang dibuat, memang benarlah bahawa laporan perubatan tersebut adalah BENAR!!!

4. Kesimpulannya kenyataan media yang dibuat oleh Hospital Pusrawi adalah untuk menyelamatkan imej Hospital tersebut ataupun telah ditekan oleh pihak tertentu supaya menafikan apa yang telah tersebar..

"Bodoh"nya Kita..

PETIKAN DARI : aznan_ismail
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kenapa Wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar Tidak Disiarkan?

Suatu persoalan yang sememangnya bermain di fikiran semua orang yang membaca atau menonton laporan kes pembunuhan Altantuya ialah kenapa wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar tidak pernah disiarkan oleh mana-mana akhbar mahupun mana-mana laporan berita TV.

Apa yang kita dapat lihat hanyalah sekadar dua manusia yang bertopeng lengkap hinggakan tidak dapat langsung kita agak bagaimana rupa wajah kedua-dua supek pembunuhan wanita Mongolia tersebut.


Yang terbaik dapat kita lihat hanyalah lakaran wajah kedua-dua mereka seperti di bawah:


Selain dari lakaran, di peringkat awal pembicaran dulu pernah tersiar sedikit wajah kedua-dua mereka yang tertutup :

Wajah Azilah Hadri (atas) yang hampir terselindung dan wajah Sirul Azhar yang hanya nampak sedikit di sebelah kiri sahaja.

Jika tidak kita hanya akan dapat lihat dua orang suspek yang bertopeng penuh sedang diarak keluar masuk mahkamah - itu sahaja.

IB tidak mempunyai sebarang jawapan kecuali beberapa persoalan tentang kenapa wajah mereka berdua itu ditutupi penuh. Yang menghairankan ialah tidak ada langsung mana-mana akhbar yang berani menyiarkan gambar mereka ini dari mana-mana sumber lain.

Adalah mustahil untuk pihak media tidak dapat mencari gambar-gambar dari arkib mereka atau mencari kenalan kedua-kedua suspek tersebut bagi mendapat gambar-gambar lama mereka. Langsung tidak munasabah ini tidak dapat diusahakan oleh pihak media cetak mahupun media elektronik.

Jadi persoalan lain ialah, apa istimewanya kedua-dua mereka ini hingga dilindungi supaya wajah sebenar mereka ini tidak diketahui umum?

APakah mereka berdua ini memang sebenarnya “kambing hitam” untuk dijatuhkan hukuman bagi menyelematkan suasana yang lebih gempar dari berlaku? Apakah ini tujuan wajah-wajah mereka ini perlu dilindungi dari awal lagi?

Tetapi jika kita turuti perjalanan perbicaraan kes Altantuya akhir-akhhir ini, keberangkalian untuk kedua-dua mereka ini terlepas dari tuduhan kes ini nanti adalah agak tinggi juga. Cara penghujahan bahagian pendakwaan sebelum ini dan bagaimana pula hujah serta persoalan yang dibawa untuk membela kedua-dua mereka dan juga untuk Razak Baginda menampakkan ruang-ruang awal untuk mereka terlepas.

Sepertimana IB sebut awal tadi, IB tidak mempunyai jawapan tetapi kesukaran untuk pihak media untuk menyiarkan wajah mereka dan orang awam langsung tidak mengenali mereka sepanjang perjalanan pembicaraan kes ini banyak menimbulkan persoalan. Dan IB juga yakin pembaca sekalian pun mempunyai banyak lagi persoalan-persoalan lain yang memungkinkan banyak andaian yang berlegar difikiran kita.

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/07/31/kenapa-wajah-azilah-hadri-dan-sirul-azhar-tidak-disiarkan/


[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pendedahan Badrul Hisham Bahrin


"Di dalam suara keadilan terbaru,..

"SAYA DIBERITAHU OLEH DUA ORANG YANG HADIR DI MESYUARAT TERSEBUT BAHAWA EZAM MENYATAKAN AKAN BERLAKU TERHADAP ANWAR TUDUHAN YANG SAMA TETAPI WATAK YANG BERBEZA. DARIPADA PERCAKAPAN ITU EZAM MEMBAYANGKAN BAHAWA BELIAU MENGETAHUI SESUATU AKAN BERLAKU KE ATAS ANWAR DALAM MASA TERDEKAT...BADRUL MENDAKWA EZAM JUGA MEMBUAT PERTEMUAN SULIT DENGAN SI SIFUL SEHARI SEBELUM BELIAU BUAT LAPORAN POLIS.

BADRUL JUGA MENDAKWA SI SAIFUL TELAH DIIRINGI OLEH SEORANG KENALAN RAPAT EZAM SEMASA SI SAIFUL PERGI HOSPITAL..."

SI EZAM!!
KALAU BEGINILAH CARA KAMU BERMAIN POLITIK DAN SERTAI UMNO PULA...
MAKA BEBERAPA SOALAN HARAUS KAMU JAWAB PADA DIRI SENDIRI;

1. DI MANA RUKUN ISLAM KAMU

2.DI MANA RUKUN IMAN KAMU

3.DI MANA AHKLAK KAMU

4.DI MANA MARUAH KAMU

5.DI MANA AGAMA KAMU

5.SIAPA YANG MELAHIRKAN KAMU

6.SIAPA GURU MEMBERI ILMU

7. SIAPA PENSYARAH KAMU DI UNIVERSITI

8. SIAPA BOSS KAMU SEMASA DI KEMENTERIAN

9. SIAPA YANG MEMBERI REZEKI

10.SIAPA YANG MENGHIDUPKAN KAMU

11.SIAPA YANG MEMATIKAN KAMU

12.KAMU TAHU ATAU TIDAK APA ITU DOSA

13.KAMU TAHU ATAU TIDAK APA ITU PAHALA

14.KAMU TAHU ATAU TIDAK APA ITU NERAKA

15.KAMU ATAU TIDAK APA ITU SYURGA

16.KAMU TAHU ATAU TIDAK PEMBALASAN ALLAH

"KETAHAUILAH BAHAWA KERJA-KERJA BERSUBAHAT DENGAN ZINA AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH"

OLEH : Neraca
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Jawatan TPM buat Pas?


Nampaknya, tawaran jawatan kepada PAS oleh UMNO datang semakin mencurah-curah . Cerita terbaru datangnya dari Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakob yang menawarkan jawatan Exco kepada wakil rakyat Pas jika Pas sanggup bergabung atau berkerjasama dengan UMNO.

Tawaran ini sedikit sebanyak (bukan sepenuhnya) menjawap persoalan yang pernah aku timbulkan di dalam artikel sebelum ini iaitu "Jawatan MB : Jangan perpedaya dengan tektik Umno

Aku kata bukan sepenuhnya adalah kerana, di Pahang, mereka cuma menawarkan jawatan Exco sahaja kepada Pas, bukannya jawatan Menteri Besar seperti yang ditawarkan oleh Umno Perak (walaupun Umno Perak punyai lebih banyak kerusi berbanding Pas, sama seperti keadaan di Pahang).

Aku percaya, tawaran yang terkeluar dari mulut Dato Seri Adnan itu sudah tentunya telah mendapat restu dari Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib yang juga merangkap sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri Pahang.

Persoalan lain yang aku timbulkan didalam artikel itu juga ialah, adakah Umno (terutamanya DS Najib) sanggup memberi laluan kepada Pas untuk jawatan-jawatan di peringkat pusat seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri? Soalan itu pun masih belum ada sebarang respon lagi dari pemimpin-pemimpin Umno.

Walaubagaimana pun, tawaran demi tawaran yang diwar-warkan oleh UMNO, isu ini masih belum lagi menjawap seruan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz untuk membubarkan kedua-dua parti dan menubuhkan parti baru.

Semasa timbul sosek-sosek mengenai pertemuan beberapa orang pemimpin Pas dan Umno (yang dikatakan bertemu di London itu). Tak lama dulu, aku ada menulis 1 artikel dengan tajuk yang sama "Jawatan TPM untuk PAS". Di waktu itu, Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai desas-desus pertemuan Pas-Umno itu.

Alasan terkuat aku berkata Pas sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika ada penggabungan dengan Umno ialah, Pas berada di kedudukan nombor 2 didalam jumlah ahli parlimen terbanyak di dalam komponen Barisan Nasional selepas Umno. Maka, seharusnya jawatan TPM itu berhak menjadi milik Pas.

Adakah benda ni akan terjadi? Sudah tentu tidak dan sudah tentu DS Najib tidak mahu melepaskan kerusi sedapnya itu.

Sebenarnya, didalam hal memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Pas ini, sepatutnya DS Najib tidak perlu risau dan gundah gulana, bukankah Pak Lah telah berjanji akan ada peralihan kuasa presiden Umno pada 2010 tu nanti?

Maka, apabila berlaku peralihan kuasa itu nanti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik DS Najib jugak. Jadi, DS Najib cuma kehilangan jawatan TPM itu buat sementara sahaja. Takkan DS Najib tak confident dengan boss sendiri kot?

Tapi, aku memang confident la yang DS Najib tak akan bersetuju dengan idea ni.


Jadi, memandangkan jawatan TPM itu tidak mungkin akan menjadi milik Pas. Maka, di sini aku ingin menyatakan bahawa, Umno memang "Don't have a ball" untuk membuat tawaran atau memberi laluan jawatan tersebut kepada Pas.

Aku juga percaya bahawa, tiada penggabungan antara Pas dan Umno akan terjadi buat masa terdekat ini. Dan aku juga amat berharap, benda ini tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana bagi aku, Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya, sukar untuk aku percayai.

Akhir sekali, aku menentang sebarang bentuk penggabungan atau perkongsian kuasa dengan Umno buat masa ini melainkan, saranan Tuan Guru Nik Aziz untuk menubuhkan satu parti baru yang berlandaskan kepada Islam itu terlaksana

AWANG SLUMBER
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

KENAPA UMNO GILA TALAK ?


UMNO sudah gila talak kepada PAS, yang pernah bekahwin satu waktu dan dicerai oleh UMNO. (Tak perlu kami singkat sejarah). Umno pernah warkan bahawa UMNO satu-satunya parti yang bertahan lama dan terkuat dalam Barisan Nasional. Bermula dari zaman Tun Husein On, era Tun Mahathir dan terkini zaman Datuk seri Abdullah Badawi.

Intipati semua pemimpin UMNO dari peringkat tertinggi hingga terbawah ....UMNO satu parti yang paling kuat dan dominan kepada umat melayu dan kaum bumiptra Sabah. Umno dan pemimpin pada setiap masa dan waktu benci dan menfitnah Pas dari dulu kini dan selamanya. Bercakap dengan orang melayu pemimpin UMNO burukan PAS modal yang paling disukai tak kira pemimpin itu cerdik atau puak baruan UMNO sama sahaja.

Namun UMNO dan pemimpin bercakap dengan bangsa lain bukan melayu ugut dan mengadu-dumba, jika PAS memerintah semua kudung Tangan, dan orang bukan Islam tidak bebas. Solah-olah PAS zalim. itulah modal ckap orang UMNO.

Selepas 51 tahun UMNO dan barisan Nasional memerintah Malaysia. Satu kesedaran politik berlaku bagaikan TSUNAMI melanda dalam pilihanraya kedua belas. Timbul semula UMNO mahu bergabung dan merujuk semula dengan berbagai tawaran dan janji manis sehingga membawa satu siri MUQABALAH diantara UMNO dan PAS.

Selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri dan Kelantan kekal dengan PAS. UMNO yang tergugat dalam semua komponen Barisan Nasionalpada PRU12. Teringat kepada PAS yang pernah ditalak tiga oleh UMNO menawarkan hadiah yang lumayang agar dapat bersama dengan UMNO.

Umum analisa politik yang matang Barisan Nasional tidak teguh seperti era mahathir . Bukan kerana Barisan Nasional kuat dan hebat, Tapi era mahathir gunakan kuasa kukubesi dan mengunakan imbuhan projek kepada kroni dan nepotisma. Orang benci pada mahathir tapi takut kerana pangkat dan jawatan dan wang atau projek.

Era Abdulah Badawi zaman peralihan meng hebat dan keputusan PRU11 cemrlang dan terbilang dengan konsep Islam Hadari yang sesat. Proses tranfomasi. Namun hujan ditengah hari Abdullah badawi disarankan berhenti dari jawatan perdana menteri dan sehingga diusulkan undi tidak percaya dalam sidang dewan rakyat. (walaupun ditolak).

Gabungan barisan nasional nampak tidak bertahan lama , melainkan diumpankan dengan wang dan projek jtaan ringgit serta kaum kerabat barisan nasional ditwarkan jawatan yang tinggi dalan kerajaan BN. Namun sudah terlambat kesilapan UMNO dan Barisan Nasional sedah terbongkar durjana dan kerakusangnya membolot harta baik dari parti UMNO, MIC, MCA, semuanya pemimpin dan juak0juaknya kayaraya.

Yang paling malang melayu hampir tergadai semua yang dimiliki. bahasa melayu dan kaum melayu dilacur dang rakusnya berselindung untuk pengbangunan dan seribujanji. Hakikatnya 51 tahun tida yang boeh dibanggakan. Pelajar melayu dilacurkan dengan PTPTN . hak melayu dan bumiptra dirampas konon untuk tidak menjadi melayu subsidi. Hujahnya duli kini dan selamanya.

Akhirnya patutkah PAS bergabung dengan UMNO yang sedang gila talak?. Kenapa dalam sitausi UMNO lemah ada bibit cinta dan ingin kekasih yang pernah dinikahi satu waktu dulu?. Wahai UMNO ingatkah bagaimana UMNO ceraikan PAS tika itu.?

Dalam waktu dan ruang yang terhad ini saya saran pada PAS tak perlu kawin semula dengan UMNO. Jodoh UMNO dengan PAS sudah tiada. Walaupun PAS gagal dalam PRU 13 nanti. Perlu ada satu parti yang berkonsep Islam berasakan perjuangan dan politik yang dirintis zaman Rasullah SAW serta para sahabat.

Payung UMNO sedah robek dan komponennya sudah terkulai layu. Umno mengharap MCA, MIC, untuk pegang kuasa memerintah. Jika UMNO, MCA, MIC dibenci oleh oarang melayu, Cina dan India, Barisan nasional runtuh seperti PRU!2 yang lalu.

lima puluh satu tahun berjuang dengan nepotisama dan kronisma UMNO, MCA, MIC serta berjuang berasakan kaum bersifat perkauman yang keras sudah tidak relivan lagi. Api perkauman dimainkan oleh UMNO dan semua komponen Barisan Nasional. Pemimpin UMNO cukup jelas merompak harat secara modern, malah terlibat dalam dalam skendal rasuah, pembunuhan, penipuan, sex yang terlarang, dengki, fitnah. itulah asam garam pemimpin UMNO atas sampai ke JKK.

UMNO bercakap BAGAIKAN SINGA LAPAR DAN NAMPAK HEBAT BAGAIKAN SANG BELANG MENERKANG MANGSANYA. NAMUN HAKIKATNYA KITA TERTIPU PERMAINAN PEMIMPIN ,BAGAIKAN SINGA DAN HARIMAU SARKAS, NAMPAK GARANG TAPI HATI DAN JIWANYA SERTA NAFSU MAKANNYA DITENTUKAN OLEH PENJAGA SARKAS.

PAS perlu mencari jalan yang terbaik untuk kekal dalam Pakatan Rakyat, Walaupun ada spesis yang nakal seperti Karpal Singh, dan orang yang sewaktu dengannya. Pas perlu ada MUQABALAH dengan semua parti dalam pakatan Rakyat bagi mencari titik pertemuan yang baik dan mnegurangkan politik dalaman.

PAS, DAP, PKR perlu belajar dari kelemahan gagal yang terdapat dalam dalam barisan nasoinal , Hanya yang menjadi batu penghalang ialah Karpal Singh, .....

Jika sadah tidk ada sepakatan dalam pakatan Rakyat disebabkan seorang individu Pas boleh beralih arah dengan berjuang bersendirian. namun politik perlu orang dan undi, Jika tersilap perhitungan PAS tidak disokong dalan PRU13 nanati. Pas perlu undidari orang bukan Islam, untuk mengharap melayu agak sukar kerana melayu suka makan rumput.

Akhirnya UMNO mengharap yang teramat sangat mahu PAS berkabung dengan UMNO atau sanggup kongsi kuasa dan menawarkan jawatan. kekuatan dalam barisan nasional dan UMNO sendiri sudah goyah

Petikan ; Mohd Noor Awang
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Harga runcit petrol/diesel tak akan turun, percayalah

Harga minyak mentah di pasaran dunia telah mula turun, kerisauan tentang perang dan program nuklear di Iraq sudah beransur lega. Begitu juga berita mengenai serangan kepada pekerja-pekerja minyak oleh pengganas di barat Afrika terutamnya di Nigeria sudah berjaya dipatahkan.

Kerajaan Malaysia, macam biasa, telah mengambil langkah awal dengan menaikkan harga runcit petrol dan diesel di pum setelah harga meningkat lebih USD130 setong bulan lalu. Kenaikan sebanyak 40% itu berkuatkuasa tidak sampai 12 jam dari masa pengumumannya.

Ini menyebabkan keadaan seperti berlaku kekecohan di petrol pum di seluruh negara. Setakat hari ini, harga minyak mentah berlegar disekitar USD120 setong. Menurut beberapa pakar ekonomi, ada kemungkinan harga minyak mentah akan menurun di bawah paras USD100 setong tidak lama.

Didalam keadaan harga minyak dunia yang beransur lega, aku sebagai rakyat Malaysia yang dah masak dengan cakap-cakap politik UMNO, memang confident harga petrol dan diesel di pum tidak akan diturunkan.

Walaupun jaminan dan janji telah diberikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahril Abdul Samad bahawa, kerajaan akan mengkaji harga runcit petrol dan diesel jikalau harga minyak mentah di pasaran dunia menurun. Tetapi, kaji tinggal kaji aja la. Buat membazir kertas A4 aja kajian tersebut. Harga runcit tetap tidak akan diturunkan. Macam biasa, itu janji dan cakap politik UMNO yang dari dulu kini dan mungkin selamanya tak boleh dipercayai.

Jika kita imbas balik, semasa kempen pilihanraya yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib sendiri memberi jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya. Tapi, berapa bulan selepas itu, harga petrol dinaikkan lebih dari 40%.

Pada februari tahun lalu, kerajaan telah menaikkan harga petrol di pum sebanyak 30 sen iaitu dari RM1.62 kepada RM1.92. Pada ketika itu, harga minyak mentah dunia telah meningkat kepada lebih USD80 setong.

Media kerajaan pada masa tu, hari-hari dok canang pasal harga minyak mentah naik di pasaran dunia.

Tiba-tiba, tidak lama selepas itu, harga minyak mentah telah menurun ke paras antara USD45-55 setong.

Masa harga minyak mentah itu turun, Perdana Menteri ditanya adakah kerajaan akan menurunkan harga petrol atau tidak, ini kerana, beberapa negara di eropah sudah pun mula menurunkan harga petrol masing-masing. Tetapi, Perdana Menteri menjawap, harga petrol di dalam negara tidak akan diturunkan kerana dana yang tidak digunakan untuk subsidi itu akan digunakan untuk membiayai pembangunan- pembangunan yang lain – jawapan standard pemimpin UMNO.

Bila aku baca balik tulisan bloggermate aku, Lord Azaab di dalam artikelnya yang bertajuk “Beberapa perkara yang saya terfikir tentang Laporan Kewangan Petronas”. Jelas, aku paham bahawa kenaikkan harga minyak sebenarnya akan memberi faedah kepada petronas dan negara.

Buktinya cukup jelas, kenaikan harga minyak mentah dunia telah meningkatkan jumlah keuntungan petronas setiap tahun. Secara tidak langsung, kerajaan akan mendapat habuan dari cukai dan royalty yang dibayar oleh petronas.

Jadi, jikalau harga minyak mentah menurun, sudah tentu hasil kepada petronas dan juga negara akan menurun.

Oleh itu, jikalau hasil kepada kerajaan telah menurun, sudah tentu kerajaan tidak akan menurunkan harga petrol di pum-pum.

Berita mengenai kenaikan harga minyak hanyalah peluang untuk pemimpin UMNO terus merompak duit rakyat Malaysia secara halal.

Pesanan aku, jangan terpedaya lagi."

Dipetik dari : Awang Slumber
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Uncle Pet VS Raja Petra



Doktor Pet marah sebab doktor pusrawi check sekejap je..dia nak doktor tu kalau leh bedah bontot saiful..ambik gambar bontot saiful...buat kajian dalam tesis kedoktoran Pet..itu laa.dia marah sangat..kenapa laa doktor pusrawi tak layan kehendak dia..


by Teman Youtube
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

APA ULASAN UMNO DAN SEKUTUNYA TENTANG LAPORAN DOKTOR SAIFUL TIDAK DILIWAT? - Ref Malaysiakini

Nampaknya tiada sebarang ulasan dan komen dibuat oleh pemimpin Umno setakat ini terhadap laporan seorang doktor Pusrawi bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat berdasarkan tiada kesan atau tanda beliau diliwat.

Mengapa mereka senyap seribu bahasa?, mungkin sedang mencari idea untuk membuat komen selepas ini. Sekarang ini tumpuan kita ialah kepada doktor Pusrawi tersebut kerana besar kemungkinan beliau juga akan mengalami nasib seperi Penyiasat Persendirian, Bala yang hilang tanpa berita selepas membuat akuan bersumpah terhadap keterlibatan AlNajib dalam kes Altantuya.

Mungkinkah pemimpin Umno akan menuduh doktor ini gila, sewel, separuh sedar atau dipaksa membuat laporan itu? Atau mungkinkah doktor ini akan dipaksa supaya membuat pengakuan bahawa laporan itu tidak lengkap, di mana mungkin akan berkata beliau tidak memeriksa bahagian dalaman cuma memeriksa di bahagian luar dubur sahaja. Jadi tidak nampaklah kesan-kesan tusukan benda keras dilubang 'shit' Saiful.

Kita juga sedang menunggu komen dari Saiful tentang laporan doktor ini. Apa yang Saiful hendak katakan.? Apakah Saiful akan mendakwa Doktor hanya memeriksa dibahagian dubur atau tidak memeriksa langsung sekadar memberi ubat sahaja.

Semua boleh terjadi. Tidak ada yang mustahil di Malaysia ini. Tilampun boleh diusung. Saksi boleh diupah dan dipaksa membuat pengakuan. Malah Hakim juga boleh dilantik secara tidak professional. Inilah Malaysia salahsatu negara yang terpelik dan terajaib (kalau boleh saya guna istilah ini) di dunia dari segi perundangan. Malah orang-orang atasan juga boleh mengatasi mahkamah dengan mengarahkan mahkamah tidak memanggil mereka menjadi saksi malah disapina pun tidak, walaupun jelas mereka adalah saksi penting dalam sesuatu kes.

Media internet hari ini melaporkan bahwa PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan itu diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya hari ini berhubung isu tersebut. Beliau mempertikaikan siasatan polis terhadapnya susulan pendedahan laporan perubatan tersebut dan menganggap laporan polis Mohd Saiful sebagai usaha terancang pihak berkuasa.Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam.

by Mutaligat
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

AUUUWWW!!! UNCLE PET BERSUARA LAGI - Ref Malaysiakini

AUUUUWWW!! Uncle Pat bersuara lagi (geli geleman you) bagi mewakili anak sedara kesayangannya Saiful Bukhari Azlan yang menuduh diliwat Anwar.

Kesian Uncle Pat, Pak Sedara Saiful Bukhari Azlan, terpaksa bersuara untuk mempertahankan anak sedaranya yang 'kena liwat'. Mati-matian Uncle Pet mengatakan bahawa laporan Doktor Pusrawi yang menyatakan tiada kesan penembusan di dubur Saiful adalah cuma nota pemeriksaan bukan laporan doktor. Mengapalah Uncle Pat suka sangat supaya anak sedaranya kena liwat.

Inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya bertemu dengan seorang Pak Sedara (Pak Menakan orang utara panggil) yang suka anak sedaranya diliwat oleh orang lain. Tak pernah dalam hidup saya yang hampir 40 tahun ini berjumpa dengan manusia seperti Uncle Pat ini. Ini Uncle bukan sebarang Uncle, seorang dalam sejuta mungkin. Setahu saya kalau manusia yang siuman sudah tentu Pak Sedara akan bersyukur dan bergembira (bergumbira kata P. Ramlee) kalau anak sedara di sahkan tidak diliwat atau dirogol. Apa jenis Pak Sedara macam ini saya pun naik pening memikirkannya.

Uncle Pat jelas kurang senang dengan laporan doktor Pusrawi yang menyatakan tiada kesan penembusan di jubur (pungkoq kata orang utara) anak sedaranya. Agaknya kalau boleh Uncle Pat mahu doktor Pusrawi itu menyatakan bahawa terdapat begitu besar luka di dalam laluan shit Saiful. Malah mungkin Uncle Pat suka kalau doktor kata pendarahan di laluan shit Saiful tidak henti-henti akibat tusukan benda tumpul yang agak lembut.

Kalau beginilah perangai Uncle Pat saya rasa beliau lebih layak dipanggil dengan Uncle S#@& lebih sesuai nama itu diberikan kepadanya atau setidak-tidaknya kita namakan dia Uncle Pet.

Yang pelik satu lagi budak Saiful ghaib entah ke mana. Tak mau keluar-keluar ....kalau berani keluarlah buat press statement atau tunjukkan 'p#@&^% hang yang kena liwat tu pada orang ramai. (Maaf bahasa sedikit kasar). Baru gentleman.

by Mutaligat
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gulingkan Kerajaan Gila...

Agak melucukan apabila membaca tajuk utama yang dipaparkan dalam surat khabar hari ini:-

“Tawaran Kepada PAS” – Utusan Malaysia
“Tajol Rosli gila talak, ajak PAS bentuk kerajaan di Perak?” - Harakahdaily

Memang sah Tajol Rosli dah gila. Bukannya gila talak tapi benar-benar gila. UMNO juga semakin sasau.

Takkan Tajol Rosli dan UMNO dah lupa yang negeri Perak bukan lagi dibawah kuasanya? Macam mana seseorang itu boleh menawarkan sesuatu yang bukan miliknya kepada orang lain? Lupakah lagi Tajol dan UMNO yang MB Perak sekarang ni adalah dari PAS? Macam mana Tajol dan UMNO boleh menawarkan jawatan yang sememangnya milik PAS kepada PAS. Anda pun mungkin semakin pening membaca tulisan saya ini. Tak mengapa, asalkan anda tak jadi gila seperti Tajol dan UMNO.

Mungkin anda pernah terbaca tentang sesorang lelaki baru ditipu oleh skim cepat kaya menaiki basikal ke stesyen minyak untuk mengisi minyak kedalam tangki basikalnya. Itulah lagak yang ditunjukkan oleh Tajol dan UMNO sekarang ini

Logiknya, kalau benar-benar UMNO mahu berbaik dengan PAS, kenapakah mahu ambil sesuatu yang menjadi milik PAS. Kenapakah ditawarkan jawatan MB di negeri Perak? Itu bukan lagak untuk berbaik. Itu lebih kepada lagak pembohong dan penipu. Bukankah lebih realistik kalau dtawarkan sesuatu yang menjadi miliknya. Tawarkanlah jawatan MB kepada PAS di negeri Johor, Pahang, Trengganu, Perlis atau Negeri Sembilan. Tawarkanlah jawatan Ketua Menteri kepada PAS di negeri Melaka, Sabah dan Sarawak

Barulah terserlah sedikit kecerdikan dan keikhlasan tu..


Alhamdulillah YB Ir Nizar masih waras untuk tidak bercampur dengan orang-orang bodoh dan gila. Dan diharap selepas ini, tiada lagi pemimpin PAS yang akan berurusan secara senyap-senyap dengan orang bodoh dan gila. Amat malang sekali kalau ada pemimpin PAS diperbodohkan dengan tawaran orang bodoh dan gila.


Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor adalah milik Pakatan Rakyat…Janganlah lagi ada individu-individu yang menggunakan nama parti untuk merelakan diri ditipu dengan tawaran jawatan dinegeri yang sudah kita miliki..Sebaliknya gandakan usaha untuk mengambil alih kuasa yang dipegang oleh orang-orang yang bodoh dan gila ini….

by SaF
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tuduhan liwat palsu, tidak berasas dan bermotif politik

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin tuduhan liwat ke atasnya sudah berakhir dengan pendedahan laporan doktor Pusrawi yang membuktikan tiada kesan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi yang disebar meluas menerusi portal berita semalam membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Anwar dalam sidang media di ibu pejabat KeADILan berkata, beliau sekali lagi dimomokkan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional kerana melengahkan penyiasatan dan cuba untuk menutup bahan bukti yang paling penting iaitu maklumagt dari doktor pertama yang ditemui oleh Saiful.

Anwar juga enggan memberi DNA kepada polis atas nasihat dan rujukan daripada Presiden Maljlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan yang menegaskan kewibawaan sistem kehakiman terus digugat begitu juga golongan profesional iaitu doktor dan peguam.

"Ini ada kaitan juga dengan keterangan yang saya kemukakan kepada polis yang mengaitkan penglibatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Peguam Negara Ghani Patail dalam percubaan memadamkan maklumat sejak tahun 1998 dan 1999," katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga meminta pihak berkuasa supaya menjaga keselamatan doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful terjamin agar mereka tidak terdedah dengan apa-apa bahaya atau dihilangkan sepetimana yang dihebohkan sebelum ini.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.

Anwar yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

Image"Saya rasa ini sudah berakhir kerana saya ada urusan yang lebih penting untuk bersama rakyat terutama dalam pilihan raya kecil Parlimen Kulim-Bandar Baru, saya akan tumpukan kepada bahagian agenda pertumbuhan ekonomi dan pembelaan nasib rakyat," katanya.

Kini, Anwar akan menumpukan kepada masalah negara dan menggesa kerajaan supaya meninggalkan cara yang tidak profesional iaitu dendam dan politik kotor demi menghukum musuh politik.

Turut sama dalam sidang media, Peguam Sulaiman Abdullah iaitu peguam kanan yang akan memimpin pasukan peguambela seandainya kes ini diteruskan.

Beberapa pimpinan dari PAS turut serta iaitu Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali.

ImageDalam sidang media itu, KeADILan turut mengedarkan laporan pemeriksaan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam.

Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebelum membuat laporan polis, Mohd. Saiful telah mengunjungi Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak dan kemudian Hospital Kuala Lumpur. - mks

Petikan : HarakahDaily
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ahli Politik Malaysia Yang Sempit

Malang dan sungguh malang.


Dikala kita menuju ke arah dunia kelas pertama, di kala PRU ke-12 sudah lama berlalu, masih ada desas-desus di kalangan pihak UMNO ataupun pihak PAS untuk bermuzakarah @ bermuqabalah di antara suatu sama lain. Untuk apa Muzakarah @ Muqabalah ini????

Apa yang kita tahu Bulan September ini, Kerajaan Pusat akan bertukar. So untuk apa kita bermuqabalah lagi???

Adalah amat sedih apabila media cuba dan terus mencuba mengsensasikan isu ini dengan mengambil kenyataan dari pelbagai pihak khususnya dari pihak UMNO dan Barisan Nasional. Dan tambah menghangatkan lagi keadaan, apabila rata-rata pihak UMNO cukup bersetuju dengan Muzakarah ini, malah lebih dahsyat terdapat Badan Perhubungan UMNO Negeri yang cuba mengajak PAS untuk 'lompat parti' dan membentuk sebuah Kerajaan Negeri yang baru.

Apa sudah hilang akal ker, politikus-politikus kita ini?? PRU-12 sudah lama berlalu. Masa yang ada sekarang adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat yang menagih janji-janji kita. Tidak kira kepada Pakatan Rakyat @ Barisan Nasional..

Saya cukup tertarik dengan kata-kata dari YAB Menteri Besar Selangor yang menyebut:-


Khalid gesa PR utamakan tanggungjawab

SHAH ALAM- “Saya tidak mahu komen apa-apa. Itu hanya spekulasi sahaja. Saya tak nak jawab soalan yang berubah-ubah tiap-tiap hari,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang mahu Pakatan Rakyat (PR) mengkaji semula keanggotaan Pas dalam PR. Sebaliknya, Abdul Khalid menggesa keanggotaan Pakatan Rakyat (PR) agar lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Menurut beliau, buat masa ini, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Sekarang ini, adalah lebih baik mereka buat kerja dan cari jalan untuk selesaikan masalah rakyat,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pentadbiran Tanah dan Peluang Pembangunan di Selangor, di Bangunan Annex, di sini, semalam.

Mengulas kenyataan itu, Abdul Khalid berkata, sebagai anggota PR, Pas tidak melakukan apa-apa kesalahan. “Ini politik. Jika kita menilai keadaan dan kenyataan kepimpinan Pas, hubungan kerjasama PR masih mantap malah, kita bekerjasama dengan semua pihak untuk pembangunan ekonomi rakyat,” tegasnya. Tambah beliau, sebagai anggota PR, Pas tidak melakukan sebarang kesalahan. “Jadi, masalah dalaman politik masalah biasa,” katanya.


Sebagai bekas tokoh korporat terkenal, YAB Dato Menteri Besar Selangor mengambil tindakan bijak untuk tidak terheret sama dalam kekalutan politik semasa.
Dengan mengambil pendekatan " Actions Speaks Louder Than Word", seharusnya menjadi pengiktibaran yang besar kepada SELURUH PIMPINAN PAS untuk tidak terjebak dalam kancah kekalutan ini.

Oleh itu, wajar sangatlah kita hentikan isu muzakarah / muqabalah ini. Rakyat tidak mendapat apa-apa hasil daripada isu ini. Apa yang kita tahu, UMNO berjaya sedikit-sebanyak membuatkan kita lupa dalam isu-isu nasional seperti

1. Harga Barang Naik
2. Harga Minyak / Bahan Bakar Naik
3. Kisah Liwat Tipu DSAI
4. Kisah Kehilangan BALA
5. Kisah Tuntutan Zon Ekonomi Batu Putih oleh Singapura
6. Pembangunan di setiap Koridor Ekonomi yang dijanjikan oleh Pak Lah.
7. Kisah Skandal YAB Timbalan Perdana Menteri dengan kes ALTANTUYA

Seharusnya, banyak lagi isu yang media dan Ahli Politik Malaysia perlu fikirkan. Tidak perlu untuk membuat suatu pusingan U hanya untuk kekuasaan duniawi.
Rakyat menunggu apa yang kamu semua janjikan.

Let's Check Out!!!!

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
http://www.mdikhmal.blogspot.com

by ikhqoi
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bila nak bawa Anwar ke Mahkamah?

Sesiapa sahaja yang duduk tempat Anwar Ibrahim kini pasti tidak akan berdiam diri. Tuduhan meliwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan benar-benar mencabar kredibiliti Anwar. Pelbagai pendedahan dibuat oleh Anwar bagi menafikan perkara berkenaan. Cabar mencabar dan akhirnya Anwar direman sekejap bagi mendapatkan keterangan beliau.

Bukan tidak mahu bekerjasama, tapi pengalaman lalu mengajar Anwar untuk lebih bijak mengatur langkah dan menggunakan massa. Ini adalah langkah bijak. Anwar ternyata hebat untuk dikenakan oleh Saiful dan mereka yang duduk dibelakangnya.

Walau apa pun yang telah berlaku, pihak Polis kini seolah-olah hilang arah dari menyiasat kes ini. Hingga kini, peguam Anwar tidak dimaklumkan isi kandungan laporan Polis yang dibuat Saiful. Perkara ini adalah isu asas yang perlu didedahkan kepada Anwar sebagai defendan agar beliau tahu bentuk pertuduhan yang dikemukakan.

Segala laporan perubatan juga dirahsiakan. Walaupun doktor di Pusrawi mendedahkan laporan awal pemeriksaan perubatan ke atas Saiful, tapi semua itu mungkin akan diabaikan oleh pendakwaraya.

Masalah terbesar kini adalah status kes berkenaan yang hampir sebulan disiasat. Ini adalah kes berprofail tinggi dan melibatkan nama baik seorang pemimpin negara. Jadi pihak polis haruslah mempercepatkan siasatan.

Pendakwaraya harus segera membawa kes ini ke mahkamah dan buktikan Anwar bersalah kalau benar tuduhan Saiful itu. Kalau tiada bukti atau faktanya tidak lengkap atau sengaja direka-reka, maka ini adalah suatu kezaliman untuk Anwar.

Keadilan untuk kedua-duanya wajar diketengahkan, dan mereka berhak untuk didengar dan membela diri. Dalam sistem undang-undang Malaysia, seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Jadi Anwar pada masa ini bukanlah ‘peliwat’ seperti yang difikirkan oleh ramai musuh-musuh politik beliau.

Prosiding harus berjalan segera sebelum lebih banyak spekulasi dihamburkan dalam media. Perkara ini bukan sahaja memalukan Anwar tapi negara kerana sistem yang ada terlalu lembap untuk menyelesaikannya.

by hermansamsudeen
Dari: http://syukran.wordpress.com
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Harga Minyak di Singapura turun lagi, kali kelima dalam masa 20 hari


HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.



Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.

'Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya.

'Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,' kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu.

by BHS
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

EZAM CARI PUBLISITI MURAHAN, NAK CABAR ANWAR DI KULIM-BANDAR BAHARU - Ref Malaysiakini

Oleh: SofiWahab

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang kembali kepada Umno, Ezam Mohd Nor hari ini mencari publisiti murahan apabila menawarkan diri untuk bertanding menentang Anwar di Parlimen Kulim-Bandar Baharu andaikata Mahkamah memutuskan untuk mengosongkan kerusi parlimen tersebut.

Ezam yang sememangnya sedang mengintai apa juga isu untuk menonjolkan diri tangkas mempromosikan dirinya untuk bertanding di kerusi tersebut walaupun sebenarnya Ezam tahu peluang beliau untuk menang adalah tertutup rapat andaikata pilihanraya itu berjalan dengan telus dan mengikut lunas demokrasi.

Beliau sendiri mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini.
"Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," kata dipetik dari Malaysiakini, ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac.diisytiharkan tidak sah.

Inilah manusia yang sanggup buat apa sahaja asalkan namanya tidak tenggelam dan dilupakan sebagaimana yang terjadi kepada bekas orang kuat KeADILan seperti Ruslam Kassim, Zahid Mat Arip, Lokman Noor Adam, Dr Abdul Wahid Suhaimi dan lain-lain yang bukan sahaja ghaib malah 'ghuyub' dari kamus Umno.

Memang Ezam ini seorang yang tak sedar diri kerana kita tahu bukan mudah untuk Umno Bahagian memberikan pelepasan untuk beliau bertanding sedangkan ramai lagi 'penyangak' yang terdiri dari pimpinan Bahagian Kulim-Bandar Baharu mengintai peluang untuk bertanding di kawasan tersebut. Ini termasuklah calon yang tersungkur pada Pilihanraya Umum lalu iaitu Aziz Sheikh Fadzir yang semakin dilupakan selepas membawa diri dari pergerakan Pemuda Umno. Beliau telah dimalukan oleh Zulkifli Nordin yang menewaskan Aziz di kerusi tersebut dengan majoriti lebih dari 5,000 undi.

Apakah Ezam ingin masuk lubang dan mengambus dirinya sendiri jika bertanding di kerusi parlimen ini lebih-lebih bertanding dengan bekas mentornya Anwar yang terkenal mempunyai pengaruh yang kuat di Permatang Pauh dan negeri-negeri utara. Lebih-lebih lagi Kulim-Bandar Baharu terletak bersebelahan dengan Permatang Pauh.

Saya nasihatkan Ezam supaya duduk diam dan jangan buat bising sebab sebenarnya bukan sahaja ahli-ahli PAS dan PKR yang meluat kepada beliau tetapi ahli-ahli Umno juga menyampah kepada beliau kerana masuk Umno atas kepentingan tertentu. Jadi tidak perlulah Ezam menonjol-nonjolkan diri kerana ibarat pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
by Mutaligat
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

SESIAPA SAHAJA YANG BERLAWAN DENGAN SAIFUL DAN NAJIB PASTI 'TIDAK SELAMAT' - Ref Malaysiakini

Sesiapa sahaja yang 'berlawan' dengan Saiful Bukhari dalam kes liwat dan berlawan dengan Najib dalam kes Altantuya pasti tidak selamat.

Begitulah apa yang berlaku terhadap Penyiasat Persendirian, Bala yang sekarang ini tidak diketahui di mana beliau dan keluarga berada. Begitu pantas Bala 'menghilangkan diri' setelah membuat Pengakuan bersumpah pertama dan menafikannya dengan mengeluarkan pengakuan bersumpah kedua.

Begitulah apa yang berlaku terhadap ke atas Doktor yang memeriksa Saiful, iaitu Doktor yang menyatakan bahawa tidak kesan sodomi didubur Saiful. Doktor ini sekarang sedang bersembunyi kerana takut beliau 'terkena' macam Bala.

Inilah bahananya berada di dalam negara Malaysia negara caca marba yang berdiri bukan lagi atas dasar kebenaran. Yang penting kuasa dan pangkat mesti diselamatkan tidak kira dengan apa cara sekalipun.

Hari ini Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi.""Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya," kata Salehuddin.

Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu "tanpa asas dan berniat politik."

"Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan," katanya.

"Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini"

by Mutaligat
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dulu Mahathir Kini Najib Pula Kebal Undang-Undang

Tersentak juga bila baca lapuran akhbar ketika peguam pemerhati Warga Monggolia yang memohon mahkamah untuk mengarahkan Bala dan Dato Najib hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes Altantuya. Apa yang berlaku pihak pendakwaraya pula beria-ia menghalang dan akhirnya hakim menolak permohonan Karpal itu. Sepatutnya pendakwaraya yang beria-ia ingin bala dan Najib dibawa sebagai saksi di mahkamah, ini terbalik pulak.

Pelik, dulu Mahathir dihalang oleh hakim untuk datang menjadi saksi kes Dato Seri Anwar dengan tuduhan liwat sepuluh tahun lalu kerana dia kebal dari segi undang-undang, kini Najib pula kebal. Dahsyat! Dahsyat!.

Kalau gitu tak peliklah dengan adanya berita mengatakan Dato Najib merasuah sebanyak RM20 juta kepada hakim, pendakwaraya, peguambela dan polis dari bawah hingga yang tertinggi semata-mata untuk menutup penglibatan Najib dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya ini.

Kalau ada kelihatan pendakwaraya bertengkar dengan peguambela dalam mahkamah dalam kes Altantuya, percayalah, itu semua hanya lakunan dengan skrip yang telah dipersetujui bersama.

Sebenarnya banyak berita pelik dalam Negara kita sekarang. Bila Dato Sri Anwar buat lapuran polis terhadap peguam Negara dan Ketua Polis Negara, BPR buat siasatan dan hantar kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Tak ke gila namanya tu, buat siasatan dan lapuran, kemudian hantar kepada orang yang disiasat.

Tapi rakyat Malaysia percaya, Akuan bersumpah Raja Petra dan Bala yang pertama adalah benar dan sebenar-benarnya.

Fikirkanlah, siapa Razak baginda yang boleh mengarah anggota Unit Tindakan Khas meletupkan Altantuya. Siapa Razak baginda yang boleh mengarahkan agar bom C4 milik tentera di keluarkan untuk tujuan membunuh? Apa kuasa Razak baginda, siapa dia?

Yang pasti dan benarnya ialah ada kuasa-kuasa tertinggi yang mengatur dan menjadi pengarahnya.

Ini agaknya tanda-tanda Malaysia diambang kehancuran dan kehinaaan. Tukarlah kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan Pusat sekarang, agar semuanya ini akan dapat dibongkar satu persatu dengan jelasnya.

by Tok Janggut
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PAS-Umno: Amaran Azizan kepada DAP

Menteri besar Kedah memberi amaran kepada DAP berhubung sikap rakannya itu dalam Pakatan Rakyat yang menghendaki keanggotaan parti Islam dinilai semula susulan berunding dengan Umno.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata PAS tidak akan mengikut telunjuk pihak lain dalam perjuangannya dan DAP "tiada hak menghalang atau menentukan tindak-tanduk PAS", lapor Bernama.

"PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN dalam pilihanraya lepas, bukan gabungan macam BN," katanya.

"Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mengulas kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh semalam.

Azizan berkata Karpal tidak berhak mempertikai tindakan PAS atau meminta parti itu merujuk DAP atau Pakatan jika ingin berbincang dengan Umno.

"Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan Umno. PAS sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut)," Azizan sebagai berkata.

Tambahnya, PAS menyambut baik usaha perdana menteri dan juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bermuzakarah kerana PAS telah lama berharap usaha murni itu menjadi kenyataan.

"Cerita PAS mengajak Umno bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbezaan PAS dan DAP itu sebagai "masalah politik yang biasa" dalam setiap parti politik.

Beliau, yang juga ketua perhubungan PKR, berkata pergeseran dan perbezaan pendapat bukan sahaja berlaku dalam Pakatan tetapi juga wujud antara komponen-komponen BN.

"Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam Umno pun ada masalah politik, dalam Pakatan Rakyat pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat.

"Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik," katanya, seperti dilaporkan.

Ditanya sama ada beliau berpendapat tindakan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno itu bukan satu kesalahan, Abdul Khalid menjawab:

"Tak ada, ini politik... saya rasa ia (PAS) akan cuba nilai keadaannya tetapi bagaimanapun kepimpinan PAS, PKR dan DAP menyatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah mantap."

Petikan : MalaysiaKini
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Debat kedua, Saifuddin sedia berdepan dengan Khairy

PASIR PUTEH, 28 Julai (Hrkh) - Mungkinkah debat pusingan kedua diadakan lagi selepas ini, biar pun Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan gagal menggalas harapan Umno pada debat pertama.

Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak penganjur debat ada menghubunginya mempelawa tampil dalam agenda debat pusingan kedua

"Saya telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan siapa sahaja dari kalangan pemimpin Umno termasuk juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin," katanya pada satu ceramah di Kampung Air Tawar, Semerak, baru-baru ini. Hadir sama pada program itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, Adun Limbongan, Zainudin Awang Hamat dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Baru-baru ini debat yang membahaskan topik 'Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak' menyaksikan pertemuan antara Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Malaysia.


Pada debat itu rata-rata orang ramai yang menonton melalui siaran lansung di TV9 memuji kemantapan hujah bekas timbalan perdana menteri berbanding Shabery yang lebih emosi. Sehubungan itu Saifuddin mengulangi beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat.

"Saya sanggup, tidak ada masalah. Sekarang saya tunggu kad jemputan secara rasmi," kata beliau.
Saifudin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, kesanggupan berdebat bukan kerana mahu publisiti, sebaliknya mahu memartabatkan falsafah keadilan dan kebenaran selepas kehidupan rakyat terbeban setelah harga minyak dinaikkan Jun lalu.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menegur sikap sesetengah pihak khususnya pemimpin politik yang membeza-bezakan di antara politik dan agama.

"Keadaan sebegini memisahkan politik dari agama menyebabkan mudahnya berlaku perkara negatif dalam pentadbiran seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya. - mj

Sumber: HarakahDaily
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO Perak Berbohong dan Menyebar Fitnah untuk Menebus Kekalahan - Us Ahmad Awan

Maksud firman Allah SWT:
“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63)
UMNO Gunakan Badan NGO
Setelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak.

Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini mereka lakukan pada hari-hari pertama mereka kehilangan kuasa. Namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan walaupun media perdana yang dikuasai UMNO/BN mewarwarkan perhimpunan yang gagal itu sebagai satu kejayaan. Semenjak itu timbullah tuduhan-tuduhan dan fitnah yang diatur secara terancang. Kesemuanya cuba memberikan persepsi bahawa Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar yang menjadi Menteri Besar adalah boneka kepada DAP Perak yang diketuai oleh Dato’ Ngeh Koo Ham.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 pada hujung bulan lalu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Menteri Besar. Namun strategi serangan mereka memakan diri sendiri apabila isu yang mereka lontarkan disanggah oleh Menteri Besar dan pihak kerajaan. Di luar dewan, Dato’ Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang mendominasi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah dibuat secara konsensus. (rujuk kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam akhbar The Sun 25 Jun 2008)

Pimpinan UMNO diketuai oleh Tajol Rosli dengan dibantu oleh media arus perdana pro-UMNO terus memainkan pelbagai perkara yang mereka putar belitkan sehingga dilihat sebagai isu yang mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negeri Perak. Di antaranya, arahan pertukaran jawatan Dato’ Haji Jumry, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dalam tempoh 24 jam yang kemudiannya ditarik balik setelah mendapat nasihat pihak istana. Perkara ini mereka permainkan habis-habisan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menegur raja-raja. Bagaimanapun isu ini selesai apabila DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengeluarkan kenyataan memuji sikap Menteri Besar dalam menangani perkara berkenaan dengan cara yang harmoni dan penuh kebijaksanaan.

Geran Kekal 999 Tahun?

Tuduhan yang boleh mengelirukan rakyat terutama orang-orang Melayu di negeri Perak ialah mengenai tawaran geran pemilikan tanah Kampung-kampung Baru di negeri Perak yang diberikan taraf Pemilikan Kekal selama 999 tahun. Kononnya kerajaan Perak membuat keputusan sedemikan adalah kerana desakan DAP. Perkara seperti ini memang sangat mudah dipermainkan apabila media perdana terus mewarwarkannya, jangankan orang-orang biasa, pemimpin PAS pun ada yang ikut terbawa-bawa dengan propaganda UMNO ini. Ramai orang terkejut apabila Dato’ Mustafa Ali dalam catatan awalnya dalam blog beliau pada bulan lalu secara terbuka menegur Menteri Besar Perak tentang perkara ini. Padahal beliau boleh bertanyakan kepada saya atau memberikan pendapatnya terus tanpa perlu mencatat dalam blognya.

Sebenarnya, cadangan pemberian geran milik kekal kepada Kampung-kampung Baru dan Kampung-kampung Tersusun bukannya datang dari DAP tetapi perkara itu adalah sebahagian dari sepuluh tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam PRU Ke-12 yang lalu. Semestinya untuk memenuhi janji BA, perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh DAP. Tidak timbul sama sekali hanya Kampung Baru sahaja yang berhak mendapat geran milik kekal, tetapi Kampung Tersusun juga sama berhak. Bahkan kerajaan juga bersetuju menawarkannya kepada perkampungan Orang Asli. Apapun, tawaran geran milik kekal iaitu pegangan bebas (freehold) itu adalah ditawarkan secara pilihan (option) kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30 atau 60 atau 99 tahun. Kesemuanya bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.

Bagaimanapun, jika diandaikan kesemua penghuni Kampung-kampung Baru menerima tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas, maka kawasan Kampung Baru itu sampai bila-bila pun tidak akan bertambah keluasannya (kira-kira 6,000 ekar) sedangkan Kampung Tersusun yang kini keluasannya kira-kira 7,000 ekar boleh bertambah bila dibuka lagi Kampung-kampung Tersusun pada masa akan datang. Kampung-kampung Tersusun ini hampir seratus peratus penghuninya adalah orang-orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO sangat mengetahui perkara ini sebab pada zaman mereka memerintah 50 tahun itulah terbangunnya Kampung-kampung Tersusun sedangkan Kampung Baru wujud pada zaman penjajah semasa darurat kerana ancaman komunis. Dalam hal ini saya sukalah mengingatkan semua pihak khasnya orang Melayu bahawa sepanjang UMNO/BN berkuasa di Perak, mereka telah mengorbankan puluhan ribu ekar Tanah Rizab Melayu untuk kepentingan golongan tertentu atas nama pembangunan. Sebagai satu contoh, kira-kira 7,000 ekar Tanah Rizab Melayu di kawasan Beruas telah dikorbankan untuk membangun Gula Perak Berhad. Hari ini apa sudah jadi dengan syarikat itu, adakah ia mati tanpa kubur? Inilah yang patut rakyat tanya pimpinan UMNO seperti Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli.

UMNO Mencipta Fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’

Fitnah terbaru ialah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang direka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menimbulkan pelbagai fitnah lagi, samada untuk tujuan memecahbelahkan antara PAS dengan rakan Pakatan Rakyat atau untuk menimbulkan keresahan atau pertelingkahan di antara pimpinan PAS dengan ahli-ahli grassrootnya. Untuk menegakkan fitnah ini seolah-olah satu fakta yang benar, UMNO Perak terpaksa mendapatkan pandangan seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan UMNO yang dianggap sebagai pakar iaitu Dato’ Seri Rais Yatim yang juga Menteri Luar. Padahal pakar undang-undang mereka inilah yang bertanggungjawab melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura kerana tidak berjaya menegakkan hujah Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Padanlah Malaysia kalah, kerana dalam fitnah yang direka UMNO inipun beliau memberikan pendapatnya berasaskan andaian semata-mata seperti yang beliau sendiri sebutkan. (rujuk Utusan Melayu 9 Julai 2008)

Ada pula di antara pemimpin UMNO mengatakan perjanjian itu dimeterai di Pulau Pangkor di antara Hj Nizar dan DAP (masyaAllah!). Inilah bukti yang menunjukkan mereka meraba-raba di dalam mencipta fitnah tersebut. Ke sana-sini mereka mewarwarkan bahawa kerana ‘Perjanjian Pangkor II’ itu Menteri Besar Haji Mohammad Nizar tidak boleh menyebut perkataan-perkataan Islam dan istilah Islam seperti hudud, qisas dan seumpamanya. Terlampau dangkal nampaknya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO mencari modal untuk membuat fitnah. Mereka cuba menggambarkan PAS Perak kononnya mengkhianati perjuangan dan jihad menegakkan Islam. Fitnah ini turut dijual dalam ceramah-ceramah kursus-kursus BTN kepada peserta-peserta dari kalangan guru-guru agama SMABK baru-baru ini.

Begitu juga dalam suatu perhimpunan belia di Padang Rengas baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mereka memperalatkan seorang abang kepada Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Kedah. Beliau menuduh adiknya Dato’ Seri Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kononnya sentiasa tunduk kepada DAP akibat dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang didakwa oleh UMNO.

Demikianlah UMNO terus memfitnah dan mengharapkan dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka reka-rekakan itu akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka agak kecewa apabila lontaran fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka permainkan di tengah-tengah rakyat, ianya begitu mudah ditendang keluar padang oleh Menteri Besar dan Pengerusi DAP Perak apabila kedua-duanya menafikan kewujudan perjanjian yang UMNO fitnahkan itu. Realiti yang disaksikan oleh rakyat dalam tempoh 3 bulan Menteri Besar menerajui Pakatan Rakyat, beliau tidak pernah lupa menyebut ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah Islam samada dalam ucapan rasmi atau dalam ceramah umum. Bahkan setiap kali Mesyuarat Exco pun, beliau memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan tahmid serta salawat. Tidak pernah mana-mana Exco DAP membantah atau persoalkannya. Bukan itu sahaja, malah saya sendiripun ketika mempengerusikan mesyuarat di antara ketiga-tiga parti, berbuat demikian juga dan menutup mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-‘Asr. Tiadapun sebarang masalah.

Kononnya Menteri Besar tidak berani menyebut istilah syariat Islam seperti hudud dan qisas. Saya fikir eloklah pemimpin UMNO cermin muka mereka dulu. Bukankah UMNO yang paling keras menentang hudud dan qisas yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Bercakap fasal kedudukan Islam dan kepentingannya di negeri Perak, saya kemukakan pertanyaan kepada UMNO, bukankah kerajaan UMNO/BN yang membunuh Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak? Bahkan Sekolah Agama Negeri yang hanya ada dua buah (Izzudin dan Raja Ta’yah) itupun telah diputuskan oleh kerajaan UMNO/BN Perak yang lalu untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Alasannya kerajaan negeri Perak tidak mampu membiayainya. Nasib baik kerajaan Pakatan Rakyat sempat menarik balik keputusan itu sebelum penyerahan rasmi dilakukan. Kini hanya tinggal beberapa buah Sekolah Agama Rakyat di Perak yang terselamat. Baru-baru ini juga Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membantu sekolah-sekolah tersebut. DAP tidak teragak-agak menyokongnya.

Sementara itu pelbagai perancangan sedang disusun oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ummah seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan. DAP tak bangkang pun. Begitu juga pemilihan Ketua-ketua Kampung seramai lebih dari 700 orang secara demokrasi yang hampir seratus peratus terdiri dari orang Melayu, pun tidak dipertikaikan langsung oleh DAP.

Satu perkara yang UMNO patut tahu bahawa DAP sebagai rakan sepakat dalam kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menerima keputusan yang dibuat secara syura (konsensus) oleh pemimpin ketiga-tiga parti pakatan. Sebagai contoh, jawatan Datuk Bandar Ipoh dipersetujui secara syura supaya jawatan tersebut dipegang oleh penjawat awam, bukan ahli politik seperti yang dihasratkan oleh DAP. Pemimpin DAP menerima dengan senang hati keputusan ini. Bahkan semenjak awal-awal perlantikan Menteri Besar tiga bulan yang lalu, pimpinan DAP tidak bermasalah menerima keputusan syura kami supaya tidak diwujudkan jawatan Timbalan-timbalan Menteri Besar dari kalangan orang bukan Melayu yang pernah diura-urakan oleh DAP.

Inilah sebahagian daripada realiti yang menjadi bukti bahawa fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ itu adalah rekaan yang memakan diri UMNO sendiri.

Sumber : http://usahmadawang.blogspot.com/2008/07/umno-perak-berbohong-dan-menyebar.html"
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tak Faham Faham Fatwa Hari Pahlawan

"Tak tahulah. Tak faham, buat-buat tak faham, tak faham Bahasa Melayu ? Tak tahu apa nak cakap lagi dah. Selamat Menyambut Hari Pahlawan.

Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

TAJUK : MELETAKKAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU PERINGATAN http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371 ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.” TAJUK : BACAAN DOA DI TUGU PERINGATAN http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428 Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”. Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu TAJUK : UPACARA HARI PAHLAWAN DI TUGU PERINGATAN http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608


Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

oleh : AMKNS
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO MULA MEROYAN:PENGIKUT PAS NAK IKUT SAMA?

Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,,

MEROYAN.Itulah yang sedang melanda keluarga UMNO serta pemimpinnya,Di Selangor anak Toyo kepanasan dek meroyan yang semakin kuat.DSAI dituduh penghalang kepada kerajaan campuran UMNO-PAS.di Perak Tajol Rusli meroyang dengan perjanjian Pangkor II dan di Terengganu Ahmad Said juga meroyan dengan Mecerdis ben E200 Kompresornya.

Begitu juga pemimpin peringkat pusat UMNO,semakin ramai yang meroyan.Paklah masih menyimpan kerjasama UMNO-PAS,Najib meroyan pasal peralihan kuasa sambil beberapa menteri sibuk meroyan pasal pembubaran PAS dan UMNO untuk menubuhkan parti lain bagi penyatuan melayu.Terselit di tengah tengahnya ialah segolongan pengikut PAS yang tururt meroyan kerana isu muzakarah dan perjumpaan pemimpin PAS dan UMNO yang dikatakan dilakukan secara sembunyi.Suara suara meroyan pengikut PAS ini boleh didengari beberapa hari kebelakangan ini.

Namun perkembangan muktakhir ini memperlihatkan bagaimana kedudukan UMNO semakin terdesak.Terdesak dengan berita bahawa tiada kesan liwat di dubur sayfool,terdesak dengan kenyataan DSAI bahawa beliau mempunyai alibi bagi setiap minit di hari yang didakwa sayfool DSAI meliwatnya.UMNO juga semakin terdesak kerana kegagalan DSC dalam debat dengan DSAI,terdesak kerana harga minyak dunia mula turun,terdesak kerana inflasi semakin meningkat,terdesak dengan berita beberapa MPnya akan melompat parti,terdesak dengan pengumuman DSAI akan bertanding pilihanraya dan terdesak menjelang september nanti.

Akibatnya,semakin kuatlah meroyannya.Hari ini media perdana memainkan isu pakatan PAS-UMNO pada ketika PAS dengan tegas menyatakan komitmennya untuk terus mengukuhkan PR.Hari ini media perdana turut mempengaruhi sebahagian kecil penyokong PAS sehingga mereka mengkianati seruan untuk memboikot media perdana.

Seiring dengan itu juga kalangan penyokong PAS yang terpengaruh ini turut meroyan.Bermacam macam igauan yang boleh kita baca dan dengar sehari dua ini.istilah seperti 3 Abdul,minta pemimpin berundur,minta penjelasan dari pemimpin dan sebagainya.Paling menarik dalam meroyannya pegikut PAS ini dilihat juga nama Syed Hussein Al atas yang dikatakan tahu mengenai niat Tok Guru presiden untuk membawa PAS masuk UMNO.Tok Guru dikatakan agen UMNO,musang berbulu ayam dan berbagai bagai tohmahan lagi.

Semuanya kerana pengaruh media perdana yang telah lama disarankan untuk diboikot kerana pembohongannya.Begitu jugalah ada segelintir tidak senang dengan DSAI.Pada golongan ini DSAI tidak layak memimpin PR malah ada yang terang terang menyatakan kritikan mereka.Kesemua ini menggambarkan suasana meroyan di kalangan pengikut PAS yang berjangkit dari meroyannya orang orang UMNO.Seperti orang latah,mereka turut latah bila orang lain latah.

Itulah gambaran yang boleh dilihat dalam senario politik tanah air dewasa ini.DSAI, samaada suka atau tidak sedang dan semakin mara menuju putrajaya.Jadi wajar setiap orang dari kita bertanya apakah ingin bersama DSAI atau menongggak arus.Pilihan di tangan masing masing dan risiko juga tanggung sendiri.Jangan salahkan ibu mengandung sekiranya yang berlaku itu tidak seperti dijangka dan jangan menjilat ludah sendiri sekiranya segala tohmahan yang dilemparkan tidak betul.Dan apakah penyokong PAS nak ikut sama meroyan macam UMNO?"

by notan Forumer TKO
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

ANWAR AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH DAN TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN - YB SAIFUDIN

Ahli Parlimen Machang yang juga Perancang Strategi PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa laporan Doktor untuk pemeriksaan kesihatan Saiful Bukhari Azlan menjelaskan bahawa tidak ada kesan penembusan di duburnya walaupun beliau mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya sebanyak sembilan kali
"Doktor telah memeriksa Saiful dan mendapati bahawa tiada penembusan dikesan di dubur Saiful, Laporan penuh tersebut akan disiarkan oleh media internet hari ini dan Suratkhabar Keadilan hari Selasa" .

"Kita yakin bahawa dengan laporan ini maka pihak terbabit akan cuba mencari helah dan taktik baru untuk membuktikan berlakunya liwat tersebut" kata Saifudin.

Sementara itu Saifudin juga menjelaskan bahawa Anwar telah mengumumkan akan bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan bahawa kerusi tersebut kosong pada 19 Ogos ini.

"Beliau telah mengesahkan akan bertanding pada pilihanraya kecil Kulim-Bandar Baharu jika kerusi tersebut kosong. Pengumuman ini dibuat sebentar tadi di mana sekarang ini Anwar sedang berceramah di depan ribuan pendengar di Kulim" tegas Saifuddin.

Kita yakin Anwar akan menang kerana keputusan Pilihnaraya Umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak BN secara total di kerusi tersebut. Katanya calon PKR, Zulkifli Nordin menang lebih dari 5,000 undi sedangkan sebelum ini pembangkang tidak pernah menang di situ.

Menurutnya, rakyat mesti turun habis-habisan membantu Anwar jika ditakdirkan pilihanraya kecil berlaku di Kulim-Bandar Baharu.

Zulkifli Nordin katanya, telah bersetuju memberi laluan kepada Anwar untuk berdepan dengan calon BN di kawasan tersebut. Malah PAS Kedah telah awal-awal lagi telah membuat kenyataan akan turun habis-habisan untuk membantu Anwar.

Saifuddin berkata demikian ketika menyampai ceramah umum di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Beliay juga mendakwa pelbagai usaha akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha Anwar untuk kembali ke parlimen dan akhirnya membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini.

Usaha pertama ialah menuduh beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dengan menjadi Saiful sebagai pelakon utamanya.

"Tuduhan liwat merupakan usaha untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan pusat".


"Kalau diibaratkan keretapi Butterworth ke Kuala Lumpur, keretapi kita sudah sampai ke Rawang dan tergelicir sedikit dari landasan, maka sudah tentu ia memakan masa untuk diperbaiki" .


"Saya yakin keretapi kita akan sampai ke Kuala Lumpur dan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional" kata Saifudin ketika berceramah di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.
Menurutnya Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau.


Jadi usaha terakhir mereka untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah menghadapkan Anwar ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan tidak membenarkan Anwar diikat jamin.

"Kita kena ingat bahawa hakim adalah hakim politik, Peguam negara adalah lantikan politik, ini terbukti apabila perkara sama berlaku dalam kes liwat tahun 1998 dahulu" kata Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Machang dan Perancang Strategi PKR.

Ceramah beliau tersebut mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila orang melimpah sehingga keluar dataran Pejabat PAS Bukit Katil.

by http://Mutaligat.blogspot.com
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Dubur Saifool tidak koyak! Doktor Sembunyi


Tiada kecedaraan, koyak atau apa-apa tanda yang menunjukkan berlaku sodomi terhadap Saiful dan dubur-duburnya. Laporan perubatan bebas yang dilakukan terdahap Saiful membuktikan kebenaran. Mengikut sumber tertentu Doktor ini juga sedang menghilangkan diri dikhuatiri dipaksa untuk mengubah laporannya.


“Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.”

doctor’s report says it very clearly. Saiful was never sodomised, either by Anwar or anyone else. Why is the government still pursuing the case against Anwar? And why are they looking for the doctor who has now gone underground with his whole family?


by ibnukhuzaimah
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

MUQABALAH..Betapa Liciknya Media BN


Di mana-mana sahaja isu 'muzakarah dan kemudiannya 'muqabalah' telah menjadi isu utama diperkatakan dan berjaya menenggelamkan isu2 panas yang lain seperti rasuah,liwat,pembunuhan malahan kenaikan harga minyak.

Perkara yang perlu difokuskan ialah kewajaran kita untuk menghangatkan lagi spekulasi dan menambahkan polemik unsur-unsur ketidakpercayaan dan ketidakyakinan terhadap parti sendiri apabila isu ini dipanjangkan dan diperbesarkan. Secara dasarnya isu ini telah tamat apabila diputuskan bahawa tindakan susulan diistilahkan sebagai'muqabalah' sahaja dan hanya berbentuk pertemuan peribadi antara PAS dan UMNO dan tidak menjurus ke arah persefahaman atau penyatuan antara parti yang sudah diketahui tidak sehaluan utnuk sekalian lamanya.

Walaubagaimanapun,seharusnya para penyokong PR harus faham dan sudah matang dengan karenah media masa yang menghangatkan lagi isu ini dengan memutarbelitkan fakta dan sehingga kini laporan mereka masih lagi menunjukkan kesediaan PAS untuk berunding, bekerjasama dan mencapai kata putus dengan Be End sendiri yang sudah diketahui 48 hari lagi jangka hayatnya..(sekiranya PR memerintah menjadi realiti 16Sept ini).

Ironinya, media bergerak dengan pantas dengan tidak habis-habis mengejar TGNA dan mendapatkan kenyataan daripadanya dan yang terbaru memutuskan kenyataan bahawa seolah2 PAS mahu UMNO dan PAS dibubarkan untuk membentuk kerajaan baru berteraskan Islam walaupun pada asalnya TGNA menyatakan itu pandangan peribadinya sahaja dan belum diputuskan lagi dan akan dibawa ke Muktamar nanti. Pada masa yang sama media terus mendapatkan reaksi PR yang lain seperti DAP yang sudah tentu tidak bersetuju kerana dilihat dari perspektif berbentuk perkauman.

Di sini rakyat melihat bibit2 ketidaksefahaman timbul dan ia diperkukuhkan lagi dengan pandangan pemimpin2 BN yang lain yang rata-rata bersetuju dan amat berlaku baik terhadap parti PAS sekarang ini. Selepas ini media sudah tentu akan mengupas apakah nasib PKR dan DAP sekiranya PAS dan UMNO bersatu dan sekali lagi segala sejarah ketidaksefahaman antara PAS dan komponen PR yang lain akan dibongkar kembali seperti isu kegagalan PROTES dahulu dan sekali lagii kenyataan daipada Shabery,Muhyiddin,Najib,Ezam,Muhd taib,Presiden MCA,Pak Lah akan diambil untuk sekian kalinya...!

Kita lihat betapa berjayanya media memecahbelahkan PR dan MOTIF media BN ini berjaya dilaksanakan sehingga membutakan mata rakyat yang menelan bulat2 dan percaya dengan kerapuhan dalam PR yang berlaku dan kekuatan UMNO yang akan bersatu dengan PAS satu hari nanti..

Oleh itu, waspadalah dengan permainan media dan berfikirlah dengan rasional dan janganlah sampai ulama direndah-rendahkan dan jangan tertipu dengan taktik BN yang terdesak sekarang.Seharusnya isu ini dihentikan serta-merta dan ISTIQAMAHLAH dengan parti kerana pada dasarnya tiada pincangnya dalam PR malahan tetap kukuh membentuk kerajaan baru tidak lama lagi."

by Ixora08
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]