Subscribe

Tanda Tanya Penangguhan Perhimpunan Agung Umno

ADA beberapa pihak di dalam dan luar Umno yang mengalu-alukan penangguhan perhimpunan agung tahunan dan pemilihan Majlis Tertinggi daripada Disember ini kepada Mac tahun depan.

Mereka dari dalam Umno yang mengalu-alukan keputusan itu nampaknya keliru. Mereka mencampuradukkan kemungkinan Presiden Umno dan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan lebih awal dengan perhimpunan agung tahunan.

Ini sekali gus membuktikan ketidakpedulian Majlis Tertinggi terhadap perasaan dan kehendak keahlian parti keseluruhannya. Jelas ahli MT terus mengutamakan kepentingan sempit mereka daripada kepentingan parti.

Majlis yang sama, yang menolak tuntutan diadakan persidangan agung luar biasa bagi membincangkan prestasi hambar parti dalam pilihan raya umum 8 Mac, sewenang-wenangnya menangguhkan perhimpunan tahunan yang dijadualkan Disember ini.
Kalaupun benar Abdullah hendak bersara dan mempercepatkan peralihan kuasa, adakah perlu persidangan agung tahunan ditangguhkan?

Sebaliknya jika benar-benar Abdullah hendak bersara, persidangan agung dan pemilihan MT Disember ini tentulah menjadi tambah penting dan mendesak.

Belum apa-apa lagi, sudah ada ahli Umno dan orang Melayu menyatakan sokongan kepada keputusan MT itu dan “kesian” kepada Abdullah.

Yang tidak mereka sedari adalah sikap terlalu mudah digula-gulakan dan memberi simpati tanpa bertempat inilah yang menjadi salah satu punca orang Melayu mudah diperalatkan.

Orang Melayu terlalu cepat lupa dan terlalu mudah percaya dengan kata-kata manis pembesar mereka dan oleh sesiapa sahaja yang pandai memutarkan kata-kata.

(Sebab itulah agaknya Abdullah melantik begitu ramai “spin doctors” – tukang putar belit – dalam struktur super pemerintahannya, khasnya dalam media massa).

Saya berani berkata, hatta pembesar yang (kononnya) mereka tidak suka seperti Khairy Jamaluddin pun akan mereka tangisi dan terima atas talam emas jika dia pandai gula-gulakan dan ambil hati mereka.

Kalau tidak, masakan orang Umno dan orang Melayu boleh terima pemimpin yang jelas korup, rendah pekerti, sombong dan didapati bersalah oleh mahkamah?

Kalau kita hendak mengartikulasikan politik orang Melayu, kita mungkin boleh membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak mengutamakan prinsip dan perjuangan .

Jadi, apakah alasan yang begitu mendesak sehingga MT menangguhkan perhimpunan agung tahunan Disember ini?

1. Adakah kerana Abdullah membuat janji kepada mereka bahawa dia akan mempercepatkan peralihan kuasa dan tidak akan mempertahankan jawatan presiden?;

2. Kalaupun benar, mengapa perhimpunan agung perlu ditangguhkan?;

3. Adakah Abdullah dan para penasihatnya masih menaruh harapan dapat memulihkan sokongan dan simpati terhadap beliau dengan berjanji mempercepatkan proses peralihan kuasa?;

4. Adakah Abdullah akan membuat pengumuman sebelum bahagian-bahagian Umno mula bersidang 9 Oktober ini yang dia tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan seterusnya bersara menjelang Mac?;

5. Adakah Abdullah akan bersara lebih awal kerana mahu memberi peluang kepada Mohd Najib Abdul Razak atau kerana dia bimbang tidak akan mendapat pencalonan yang sepatutnya daripada bahagian?; atau

6. Adakah ahli MT sendiri begitu cepat menangguhkan persidangan agung tahunan kerana mereka berasa peluang mereka menang lebih besar jika pengundian MT dilewatkan hingga Mac?

Bagi Abdullah, bayangkan betapa aibnya jika dia tidak mendapat pencalonan yang cukup banyak bagi menentang Tengku Razaleigh Hamzah.

Atau lebih memalukan jika Mohd Najib dicalonkan untuk melawan beliau dan mendapat pencalonan yang lebih banyak pula.

Sementara itu, yang lebih mendesak sekarang bukanlah kepemimpinan Umno dan Kerajaan per se tetapi kurannya keyakinan rakyat jelata dan pelabur terhadap kepemimpinan Abdullah.

Prognosisnya cukup jelas. Berikanlah apa pun jenis ubat dan penawar, rakyat jelata dan pelabur tetap tidak yakin dengan kemampuan kepemimpinan Abdullah untuk mengatasi krisis ekonomi tempatan dan global yang meruncing sekarang.

Apa pun mereka lakukan demi kelangsungan politik mereka, para pembesar Umno wajib sedar bahawa kontrak asal dengan ahli Umno, orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak laku lagi. Ia sudah ditolak pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Sekiranya mereka mahu diri mereka dan Umno terus relevan dan berguna, mereka wajib meyakinkan ahli Umno, orang Melayu dan rakyat Malaysia bahawa mereka bersedia memeterai perjanjian baru.


Petikan http://kadirjasin.blogspot.com







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pencacai UMNO: dedah Azmin Ali letak Jawatan Dalam PKR

Satu fitnah telah dicipta oleh pencacai UMNO yang berjaya hack blog Azmin Ali dan membuat satu pengumuman perletakan jawatan Azmin Ali dalam PKR. Pengumuman tersebut berbunyi seperti berikut :

"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul."

tak lama selepas itu(setelah Azmin Ali sedar bahawa blognya telah dipecahmasuk)beliau Azmin Ali membuat pengumuman lain yang berbunyi

"Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR serta ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum."

Bila terbaca mengenai perihal tersebut di blog Azmin Ali pada mulanya setelah berita tersebar,saya terkejut jugak.Orang kuat DSAI meletakkan jawatan dengan sewenangnya tanpa disertakan alasan kukuh dan munasabah.??Namun... rupanya angkara khianat manusia yang berkhidmat setia sebagai pencacai UMNO melakukannya.Berniat malafide terhadap Azmin Ali.Melakukan kejahatan fitnah ini dengan upaya teknologi demi menjatuhkan maruah Azmin Ali khasnya dan PKR amnya,semata-mata habuan wang dan menjilat UMNO.Terasa sedih jugak dengan perangai manusia sebegini. Yang masih mahu bertaat setia menjadi pencacai-pencacai keji UMNO ini. Kalo dah nama pencacai,maka pencacai jugaklah. Bekerja saban hari hanya untuk menjilat UMNO. Sudah lah.. Lupakanlahhh.. Hentikanlah..Janganlah mencemari di bulan Ramadhan Kareem ini dengan dosa...


by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BIARKAN FATAMORGANA BERLALU

"aSama ada keputusan yang diambil oleh MT UMNO itu tepat atau tidak, semua ahli UMNO terpaksa menerimanya. Namun demikian, hakikatnya setiap keputusan buatan manusia pasti ada baik buruknya. Hanya Allah Yang Maha Sempurna.

Oleh sebab itu, kita dapat membaca dan mendengar pelbagai pendapat yang diluahkan oleh para pemimpin UMNO yang terlalu gemar diwawancara itu bersangkutan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang di dalamnya wujud pemilihan jawatan dalam parti.

Yang pasti, tarikh PAU telah diubah ke bulan Mac 2009. Mesyuarat bahagian tetap bermula pada 9 Oktober 2008. Maka panjanglah masa untuk berkempen. Kepanjangan tempoh berkempen juga ada baik buruknya. Calon dapat berjumpa ramai ahli dalam tempoh tersebut. Waktu memberi penjelasan tentang visi dan misi yang panjang membolehkan perwakilan yang akan mengundi benar-benar faham tentang inti perjuangan seseorang calon.

Harus diingat bahawa tempoh yang panjang juga mengundang musibah. Modal yang besar perlu disediakan. Begitu juga dengan tukang kempen. Hanya yang berduit mampu melakukannya. Orang yang tidak berduit juga boleh melakukannya jika disponsor oleh taukeh-taukeh. Maka berleluasalah rasuah politik. Hal ini pasti tidak dapat dikawal kerana pelbagai taktik boleh digunakan untuk mengabui mata pemantau.

Oleh itu, ramailah perasuah muncul sebagai pemimpin UMNO. Yang pasti mereka akan melakukan rasuah yang lebih besar sepanjang berkuasa demi kepentingan diri dan membalas balik jasa taukeh-taukeh. Lantaran itulah merebaknya salah urus, salah guna kuasa, dan penyelewengan dana sehingga mencacatkan pelbagai projek yang direncanakan untuk kemudahan rakyat.

Ini tidak termasuk lagi perencanaan yang sedang dan akan dilakukan oleh Pak Lah dan Najib. Sukar untuk kita menerima Pak Lah tidak akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden. Bertambah sukar untuk kita menerima bahawa Najib tidak menggerakkan orang-orangnya untuk mendapat sebanyak mungkin pencalonan bagi jawatan yang sama. Pertempuran antara dua gergasi ini tidak syak lagi akan mengundang kemusnahan dahsyat dalam batang tubuh UMNO.

Masa yang panjang juga memberi kesempatan kepada calon untuk menyerang peribadi lawan mereka. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana jawatan dalam UMNO menjanjikan pulangan yang lumayan. Sesiapa juga yang berkesempatan akan menggunakan apa jua cara sama ada baik atau buruk demi mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Akhirnya, terbentuklah dua golongan ahli dalam UMNO. Pertama, golongan yang berjaya. Golongan ini akan menikmati pelbagai habuan yang melimpah ruah. Kedua, golongan yang kecewa. Golongan ini tidak akan mendapat apa-apa selain daripada marah, dendam, dan hasad yang meluap-luap. Golongan inilah yang tanpa segan silu akan mensabotaj parti sendiri.

Situasi inilah yang menyeret perpecahan dalam parti. Dengan demikian sukarlah bagi sesiapa juga untuk menerima keputusan MT UMNO itu sebagai sesuatu yang bijaksana. Respons yang diberikan oleh kebanyakan pemimpin itu hanyalah berstatus propaganda murahan. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO berpecah setiap kali berakhirnya pemilihan jawatan.

Implikasi daripada tindakan yang kurang bijak itu ialah kelahiran pemimpin yang tidak berwibawa. Jika ada sekalipun pemimpin yang berkaliber, kehadiran mereka merupakan kes yang terpencil dan tidak memberi apa-apa makna kepada kestabilan dan kecemerlangan parti. Hasilnya ialah keberkesanan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara akan terjejas. Pembangunan terencat, ekonomi terbantut, dan keadilan sosial tercemar.

Kesemua kecacatan yang dinyatakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Oleh sebab itu, kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Taiwan, Singapura, dan Korea Selatan. Padahal negara kita kaya dengan pelbagai hasil mahsul!!!

Rakyat Malaysia tidak beruntung kerana mempunyai pemimpin yang tidak berkualiti, tidak berkredibiliti, dan tidak berintegriti. Lantaran itulah matlamat sesuatu dasar tidak dapat dicapai. Banyak contoh dapat diambil untuk membuktikan rentetan yang tidak berkesudahan tentang hal ini sejak dulu hingga sekarang. DEB, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan sebagainya telah dicemari pelbagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Orang Melayu tetap juga menjadi majoriti dalam kategori miskin tegar. Pelajar Melayu tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Jumlah taukeh besar Melayu boleh dibilang dengan jari. Belia Melayulah yang ramai menganggur, menagih dadah, merempit, terlibat dengan gajala sosial, dan sebagainya walaupun mengaku diri mereka beragama Islam.

Pemimpin-pemimpin UMNO terus beretorik dengan pelbagai rancangan yang gah untuk kepentingan diri serta kroni-kroni, sedangkan rakyat terbanyak dibiarkan berfatamorgana dengan harapan palsu. Jika kita masih memikirkan tentang masa depan yang membahagiakan, sesuatu yang bersifat semerta perlu diambil.

Kita perlu berubah. Perubahan perlu menjadi keutamaan kita. Akal fikiran kita perlu difokuskan kepada pembinaan rangkaian ekonomi, politik, dan sosial. Dengan membuang hasad dengki kita bekerjasama menjulang penguasaan dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita bentuk penguasaan jitu dalam bidang politik demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Kita bentuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira agama, kaum, atau bangsa. Kita perkasakan Islam sebagai tonggak pemikiran bagi melaksanakan tuntutan rohani dan jasmani yang menjunjung tinggi prinsip sebenar keadilan.

by RuHaN







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

GERAKAN Malu-malu Nak Keluar BN



by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Gerakan akan keluar BN?

UMNO semakin menuju kepada kepupusan yang nyata. Kerajaan Barisan Nasional tidak akan bertahan lama,mungkin tidak akan sampai sepenggal memandangkan satu demi satu parti komponen dibawahnya mula meninggalkan Barisan Nasional. Terbaru 60 peratus ahli-ahli mahukan Gerakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Pemangku Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam mengakui parti itu sedang menimbangkan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang media semalam Gerakan menjelaskan bahawa pada masa yang genting ini Gerakan menilai hala tuju parti tersebut sama ada menyertai Pakatan Rakyat ataupun kekal bersama BN atau keluar dan menjadi sebuah parti bebas tanpa sebarang pakatan."Kami tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa ini. Kami perlu menilai situasi (pada masa ini), tetapi kami tidak menutup sebarang pintu.Kami juga tidak mengatakan kami akan pasti keluar (BN). Ia adalah sesuatu yang perlu kami nilai tetapi kami tidak boleh melakukannya berdasarkan sentimen sahaja,"kata dr Koh.

Berita terbaru ini tentu sekali menyebabkan PakLah yang sudah tersedak semakin senak. Tidak sudah dengan tentangan daripada pemimpin atasan yang tidak setuju tentang tarikh peralihan kuasanya kepada Najib dan penundaan Mensyuarat Agung, berita ini sedikit sebanyak membuktikan BN semakin malap dan tidak akan kekal lama. Rakyat yang sudah boring dengan senario politik UMNO yang menghuru-harakan ini,mengharapkan satu harapan baru rakyat Malaysia, Kerajaan Baru Malaysia Baru tertubuh dalam masa terdekat menjadi kenyataan. Walaupun kekangan dan tribulasi untuk menghalang pelaksanaannya, kita tetap yakin bahawa Anwar Ibrahim mampu merealisasikannya dalam masa terdekat. Insyallah..

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Umno Tiada Perjuangan Jangka Panjang

Umno Selepas 50 tahun kemerdekaan Menelanjangkan Kelemahan Pentadbiran Negara Malaysia. Pemimpin Umno KesemuaNya tiada Ruh islam dlm diri mereka. Ekonomi bangsa Jatuh, tiada jati diri sebenar sebagai peniaga islam.

Dua puluh atau tiga puluh tahun dulu Kalau Pemimpin Umno mengenetepikan ego mereka dan dapat menerima idea-idea yang bernas dan di bincang dan dilaksanakan tanpa ada kepentingan peribadi, saya rasa umno akan di sanjung hingga kini.

Tetapi umno dengan penuh kesombongan di bawah pemimpin yang silih berganti gagal bersepakat untuk membawa berkat untuk umat melayu dan islam. Betul kata Tuan Guru Nik Aziz Mursyidul am pas."Pokok yang benih tidak baik untuk kita makan telah berbuah sekarang, tetapi sayangnya ia busuk dan membusukkan sekeliling kita".Mereka menambahkan lagi kebusukkan itu dengan fitnah. Bagaimana mengatakan islam hadhari sedangkan kita cakap tak serupa bikin. Sedangkan fitnah di biarkan jati mainan politik murahan.

Kes liwat Anuar Ibrahim. Menunjukkan dari zaman Mahathir hingga sekarang mereka tak mahu berubah.Mengawal media , berita benar tidak di siarkan,berita bohong disiarkan berulang-ulangkali macam iklan maggi.

Bacalah kisah nabi isa sewaktu menyampaikan kebenaran. Yang pandai siarkan tv jejakrasul tu pandai. Tengok tak mau. Yang paling patut tengok ialah menteri penerangan sekarang .Cakap sampai bebuih mulut pun tak pham-paham lagi

Ahli Umno lagi tiada prinsip perjuangan langsung! Kalau setakat nak jaga periuk nasi . Apa bezanya dengan lembu kira fikir makan sahaja. Umno punya trade mark sudah tak boleh di guna macam susu tepung dari cina sekarang.

by TodakTemasik66







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kerajaan semakin tenggelam punca -Tengku Razaleigh Hamzah

Kenyataan ini saya tulis sebagai warga Malaysia yang sudah empat puluh tujuh tahun berkecimpung dalam bidang politik.

Kerjaya ini meluangkan saya kesempatan istimewa untuk memainkan peranan kecil dalam pembentukan negara kita serta mengasaskan pelbagai institusinya, dan juga kejayaan kita mencapai kecukupan yakni ekonomi tidak tertakluk kepada ihsan negara luar.

Saya tergerak untuk membuat kenyataan ini atas keprihatinan yang mendalam terhadap keadaan negara saya yang kini dilanda, antara lain oleh kemelut yang mengharu-birukan keadaan.

Dalam kehidupan seseorang individu dan dalam tempoh sesebuah negara berkuasanya, ia pasti menghadapi detik-detik penuh kemungkinan apabila pilihan yang wajar perlu dibuat, terutamanya tatkala berhadapan dengan persimpangan keupayaan yang secara serentak berpotensi untuk sama ada membawa keunggulan atau kemusnahan diri.

Sewaktu menapak ke alam kedewasaan dulu, kita menempuh banyak persimpangan dan perlu membuat beberapa pilihan.

Begitu jugalah, kini kita peka betapa masa mendatang kita juga dalam tangan kita sendiri sekarang.

Sama ada kita bakal maju dan hidup dalam kegemilangan atau mundur serta senantiasa menanggung duka lara, kini bergantung pada cara kita bertindak dalam tetingkap masa yang singkat ini.

Sekarang ini, kita dalam kebuntuan politik yang seumpama barah berbahaya yang cukup mampu untuk merebak lebih parah menjadi krisis Perlembagaan.

Memang krisis politik perkara lumrah namun bertitik tolak daripada krisis yang kita hadapi kini mungkin tercetus rentetan pelbagai kegagalan yang menjurus kepada ketidakstabilan jangka panjang dan membawa kemusnahan, sebagaimana barah boleh membawa maut.

1. Kebuntuan kita ini tiba dalam senario di mana kita menghadapi cubaan hebat dalam bentuk keadaan ekonomi, politik dan keselamatan yang kian hari semakin mencabar. Ekonomi dunia bakal dirundung kemelesetan yang mungkin sehebat Zaman Meleset tahun 1930an dalam Abad ke 20 dahulu. Sebagai negara perdagangan, tentunya kita akan terdedah sepenuhnya kepada impak kemerosotan ekonomi global itu. Dalam masa yang sama, sewaktu kita alpa, ekonomi global mengalami ada transformasi besar-besaran. Maka, kita perlu mengambil langkah perlu dengan seberapa segera demi menyesuaikan diri dengan perubahan besar itu, seandainya kita tidak ingin terpinggir.

2. Keputusan paling menggemparkan daripada Pilihan Raya Umum pada tahun ini memanifestasikan sentimen rakyat dan pilihan yang rakyat nyatakan itu memang tidak boleh diabaikan. Warga Malaysia mahukan perubahan fundamental, dan mereka menghendakinya dilakukan sekarang, baik oleh atau menerusi pihak kerajaan campuran yang berkuasa sekarang mahupun daripada pihak di luar kerajaan. Sepanjang tempoh lima puluh tahun nan lampau, susunan demografi penduduk Malaysia telah mengalami perubahan dramatik. Sudah nyata bahawa kita kini mempunyai kalangan pengundi yang lebih bijak membuat pilihan dan bersikap lebih mendesak. Bolehkah kita mempersalahkan mereka jika mereka sudah bosan dan mula hilang kesabaran dengan ketidakcekapan dan ketidakjujuran barisan pemimpin mereka?

3. Kilanan yakni ketidakpuasan hati dan rungutan warga Malaysia di Sabah dan Sarawak, yang tidak diberi penghayatan sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum itu, masih belum ditangani sampai sekarang. Ini merupakan risiko maha besar terhadap integriti hubungan antara tiga pihak yakni Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang bersekutu menjadi Persekutuan Malaysia.

4. Badi daripada salah faham dalam hal kaum dan agama memang 'retak mencari belah' yang siap sedia menjadi bahan eksploitasi dalam arena politik lantas mampu membahanakan kecelakaan yang maha dahsyat.

Tanpa mengambil kira segala janji pasca-PRU12, akhir-akhir kini, keyakinan rakyat terhadap pihak kerajaan merosot lebih jauh lagi berbanding keadaannya selepas tarikh 8 Mac itu.

Boleh dikatakan bahawa orang awam kini hampir-hampir putus asa untuk melihat perubahan dalam (barisan) parti yang memerintah. Kerajaan lebih cenderung untuk menggagalkan usaha ke arah perubahan malah berusaha mematikan segala kritikan terhadapnya walhal sepatutnya pihak yang berkuasa senada seirama dengan rentak tari atau sekurang-kurangnya memahami kegusaran rakyat. Maka jelaslah betapa lemahnya pihak pentadbiran dan betapa mereka langsung tidak bermaya atau berhajat untuk berubah.

Bolehkah kita menidakkan bahawa kerajaan sekarang, dalam bentuk dan kepimpinan yang sedia ada serta diterajui oleh parti yang menjadi tumpuan penuh kehidupan saya, kini tidak mampu, baik dari segi strukturnya mahupun dari aspek kewujudannya, untuk menyediakan hala tuju dan keyakinan yang negara ini perlukan, sama ada buat jangka panjang atau jangka pendek?. Tidak perlu bersuluh lagi sebab segala petunjuk dan petanda sudah jelas kepada semua:

1. Pihak kerajaan tidak berdaya bergerak balas terhadap krisis ekonomi dan tidak punya pelan tindakan asas untuk mengatasinya. Jauh sekalilah untuk setara dengan negara Asia Pasifik yang lain. Keyakinan kalangan perniagaan terus menjunam segandingan dengan modal yang meluru keluar daripada bank-bank negara kita. Dasar ekonomi terus tiada kelarasan, tanpa hala tuju dan masih berkeadaan sebagaimana keadaannya sewaktu pentadbiran sekarang mula memikul tanggungjawabnya.

2. Segala syor yang diketengahkan oleh dua Suruhanjaya Penyiasatan Diraja sama ada diabaikan sama sekali atau dilunakkan ke tahap saranan-saranan itu menjadi tidak signifikan dan tidak ampuh lagi.

3. Dalam konteks ini, peruntukan dalam perlembagaan Umno yang membolehkan pembaharuan/perubahan kepimpinannya setiap tiga tahun sepatutnya boleh diharap untuk mencetuskan perubahan. Sayang sekali, bukan sahaja mereka mensia-siakan peluang ini malah pihak kepimpinan parti memilih untuk mundur ke alam fantasi bernama "pelan peralihan" yang dengan sewenang-wenangnya mengetepikan perlembagaan parti dan hak para ahlinya. Lelucon berupa cubaan untuk menganggap jawatan awam dan amanah parti sebagai warisan yang boleh diwasiatkan antara dua individu � yang seorang mahu terus berwenang melewati tempoh mandat politiknya manakala yang seorang lagi ingin 'naik ke tampuk pimpinan' tanpa berlandaskan mandat tersebut. Yang lebih lucu lagi ialah kesungguhan usaha mereka berdua bertekad 'memaksa' rakyat menerima garapan dan gagasan mereka. Namun tiada siapa pun yang tertipu. Sebaliknya, senario di mana politik wang berleluasa, telah menguburkan terus harapan rakyat untuk menyaksikan sebarang pembaharuan yang diusahakan oleh atau menerusi Umno. Rakyat juga tahu betapa di sebalik hiruk-pikuk bergelar "pelan peralihan" itu, Perdana Menteri terus didesak oleh anggota kabinetnya sendiri yang menjalankan pelbagai taktik dan 'jarum' demi memaksa beliau melepaskan jawatannya.

Keputusan memilih "pelan peralihan" begini semata-mata membuka pekung pihak berkenaan yang langsung tidak faham erti dan tujuan jawatan awam. Adakah kita yang melarik impian menjadi negara maju tidak sedar yang masyarakat matang negara maju langsung tidak akan memberi muka apatah lagi tempat kepada sesiapa yang mengetepikan dan menularkan sikap tidak mengendahkan proses demokrasi dan perlembagaan sebegini? Mereka ini masih tidak faham-faham lagi bahawa rakyat menolak mana-mana pemimpin yang bukan sahaja mengelak daripada perlawanan terbuka mengikut lunas demokrasi malah lebih cenderung kepada wayang kulit yang mereka dalangi sendiri.

Memandangkan Umno merupakan teras politik kebangsaan, segala adegan yang plot ceritanya sudah terbentang untuk tontonan umum ini, memang mengundang bahaya besar. Dalam pada itu, bilangan Ahli Parlimen pihak Lawan kian meningkat. Tanpa mengambil kira kesahihan bilangan yang digembar-gemburkan itu dan sama ada Pakatan Rakyat kini benar-benar sudah ada "bilangan majoriti" dalam parlimen, tidak syak lagi, sokongan bagi barisan pemerintah semakin terhakis dan akan terus merosot selagi belum ada kejelasan dalam hal perubahan terhadap corak kepimpinan yang Umno sediakan kepada barisan parti pemerintah. Sudah ada 'kilat di air' bahawa, pada masa mendatang, kerajaan sedia ada mungkin tumbang bahana undi tidak percaya, atau kesahihan majoriti ahli parlimen menurut landasan dan peruntukan perlembagaan. Ini memang tidak mustahil. Namun bagi kalangan yang telah berkuasa selama lima puluh satu tahun, kemungkinan ini sukar difahami apatah lagi untuk diterima. Malah ia terlalu digeruni. Hakikatnya, menafikan kemungkinan itu tidak membantu sesiapa. Begitu juga halnya dengan mendakwa sesuatu yang jauh melebihi bilangan sebenar.

Baik disoroti dari sudut mana sekalipun, amat jelas betapa kita sudah mula tenggelam punca dan sudah sukar untuk berpegang pada kedaulatan undang-undang. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan terhadap individu tertentu hanya menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kita bukan sahaja tidak menenteramkan suasana malah kita mengapi-apikan ketakutan yang mampu mencetuskan sengketa, permusuhan kaum dan mengganggu-gugat ketenteraman awam. Berlatarkan pakatan lawan yang semakin kuat dan pergelutan kepimpinan dalam Umno, sukar hendak percaya bahawa langkah-langkah melampau yang dikuatkuasakan itu adalah untuk menangani 'ancaman terhadap keselamatan negara' dan bukannya bertujuan untuk mengekalkan penguasaan individu tertentu. Penganiayaan yakni ketidakadilan ialah perbuatan negatif yang paling berdaya kuasa untuk merobekkan dan menumbangkan kemandirian dan kesahan sesebuah kerajaan. Justifikasi karut-marut yang diberikan sebagai alasan bagi beberapa penahanan yang dibuat itu benar-benar telah melenyapkan langsung keyakinan umum � rakyat kini sangsi sama ada kuasa yang mereka berikan melalui peti undi masih berada dalam selamat, yakni dalam tangan mereka yang sewajarnya menjaga amanah itu.

Bolehkah kita biarkan trend ini terus menelusur liku-liku berbahaya menjurus kepada kemusnahan? Sanggupkah kita biarkan tampuk pimpinan kita tanpa seorang pemimpin de facto (yang berkuasa biarpun tiada mandat yang sah) bagaikan kereta api tanpa kepala sedangkan kedaulatan undang-undang terabai dan Perlembagaan tidak diendahkan?.

Maka, dengan ini, saya merayu dan berseru agar semua pihak, segera mendatangi meja perbincangan, untuk membicarakan secara jujur tentang apa yang sedang berlaku dalam negara kita dan apakah bentuk daya usaha yang boleh kita lakukan secara aman untuk memecahkan kebuntuan kita dan mengatasi kemelut ini. Maka kita perlu bertindak dengan segala rendah hati dan semangat warga negara Malaysia, tanpa mengambil kira kita daripada parti mana. Kita perlu bersepadu mencari hala tuju untuk keluar daripada kancah kekalutan dan kekeliruan yang berbahaya ini demi kesejahteraan negara Malaysia dan kesemua warganya. Semoga bertitik-tolak daripada perbincangan kita, kelak kita berjaya mengubah krisis menjadi pencetus kecemerlangan negara di mana rakyatnya mempunyai kesatuan hala tuju dan matlamat..

Tengku Razaleigh Hamzah

31 Jalan Langgak Golf





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Aduhai PakLah Aduhai Khairy -Sumber HarakahDaily

Malam tadi saya menyaksikan Buletin Tv3, perihal penundaan mesyuarat agung UMNO dan sedikit perbincangan mengenai pelan peralihan kuasa PakLah-Najib. Bila satu soalan ditanyakan kepada PakLah,adakah bangkangan daripada Ahli MT UMNO mengenai hal tersebut,tergagap-gagap PakLah menjawabnya .. " Tak ada..Sayaa.. apa.. sayaa..apa ni ..saya .. " hehehehe.. Tergelak jugak mulut jahat bila menyaksikan kegabrakan PakLah Perdana Menteri kita ni.Ya .. Memang tidak dinafikan. Kedudukan PakLah sekarang ni berada dalam keadaan kritikal. Tengok gaya percakapan dan riak wajah PakLah pun dah faham "Betapa PakLah sangat tertekan dan talian hayatnya akan ditentukan dalam 2 minggu ini"

Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010.Hal ini berlaku disebabkan desakan serius daripada pihak-pihak tertentu dalam UMNO supaya Abdulllah berundur segera,kerana pelbagai masalah yang timbul sepanjang musim pemerintahan dibawahnya,ditambah dengan kekalahan paling teruk UMNO dalam PRU-12 yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 51 tahun BN memerintah Malaysia.

Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi.Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian.Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.

Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal.Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya.

Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau.Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

by Farhan Shah




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tangguh Pemilihan Untuk Kepentingan Siapa?

Seperti yang dijangka, mesyuarat khas MT UMNO yang diadakan pada hari ini akan membuat keputusan yang mengejutkan kerana dengan penuh terdesak menangguhkan pemilihan parti dan Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac 2009.

Walaupun pada peringkat awalnya terdapat suara-suara yang membantah cadangan tersebut termasuk Najib Razak sendiri namun akhirnya seluruh ahli mesyuarat bersetuju dengan keputusan tersebut.

Keputusan tersebut dikatakan diambil kerana mengambil kira sentimen dan padangan serta hasrat akar umbi. Najib menyebut bahawa ia adalah keputusan yang ‘bijaksana’ kerana mengambil kira pandangan akar umbi.

Muhyidin yang sebelum ini dilihat cukup ‘kental’ menegakkan dan mempertahankan pandangannya juga menyebut bahawa keputusan tersebut mengambil kira pandangan akar umbi dan tidak akan menjejaskan kewibawaan PM

Ini bermakna, pada bulan Disember ini UMNO tidak akan mengadakan pemilihan parti dan seterusnya akan meredakan sedikit kegoncangan dalam UMNO.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa perkara yang masih belum selesai. Di antaranya,

1. Adakah Pak Lah akan berundur pada bulan Mac 2009?
2. Adakah ia membawa makna Najib akan pasti diberikan jawatan Presiden UMNO?
3. Adakah ia bermakna Muhyiddin Yasin akan dinaikkan taraf sebagai Timbalan Presiden UMNO?
4. Adakah penangguhan ini terpaksa dibuat kerana ingin membolehkan Pak Lah ‘menyelesaikan beberapa agenda peribadi’ sebelum melepaskan jawatan?
5. Adakah penangguhan ini dibuat untuk menyelamatkan masa depan politik Khairy Jamaludin yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Sebagai seorang pemimpin utama negara, apabila Pak Lah menyebut bahawa peralihan kuasa akan berlaku pada bulan Jun 2010, sudah tentu ia membawa maksud bahawa ada sesuatu ataupun pelan tindakan yang sudah difikirkan oleh Pak Lah untuk merencanakan sesuatu untuk kepentingan rakyat sebelum ia melepaskan jawatan PM dan Presiden UMNO tetapi Pak Lah mengambil keputusan 15 bulan lebih awal daripada tarikh asal.

Persoalannya,adakah Pak Lah yakin bahawa agenda yang dirancang selama 15 bulan tersebut dapat diselesaikan? Hakikatnya, tiada apapun yang ada di dalam fikiran Pak Lah bila diumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010.

Pak Lah yang sesuai dengan slogan ”Perancangan Hari Ini Adalah Untuk Hari Esok” tidak mampu untuk mentadbir negara ini. Sudahlah gagal memimpin, agama baru Islam Hadhari juga gagal dilaksanakan dan terus sepi daripada mulut pimpinan UMNO/BN.

Apa yang pasti, ‘rayuan’ Pak Lah agar MT dapat memberinya peluang untuk terus bertahan untuk bebarapa bulan hanyalah untuk memastikan bahawa beberapa kepentingan peribadinya dan keluarganya akan dapat diselamatkan terutamanya masa depan KJ yang semakin merudum selepas pilihanraya umum yang lalu.

Agenda rakyat bukannya menjadi keutamaan Pak Lah ketika ini tetapi yang paling utama adalah untuk kepentingan peribadi.

Inilah sebenarnya ‘wajah’ sebenar Pak Lah untuk kita tatapi.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/

26 September 2008, 7.37 malam



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Zaid Ibrahim join Pakatan Rakyat ?

Satu lagi berita mengejut diterima UMNO setelah krisis Melayu yang dibawa oleh Datuk Ahmad Ismail beberapa hari lepas. Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatannya dalam kerajaan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam!!

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri semalam.Surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira 2 petang semalam ekoran tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.Ahli politik BN yang lantang bersuara itu meletak jawatan mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

Walaupun Kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai alasan kuat untuk menahan mereka yang terlibat namun ia tetap tidak dipersetujui Zaid Ibrahim yang menyifatkan sebagai kerajaan yang menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan kepada rakyat.

"Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota 2 hari lepas.

Zaid juga berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa."Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan...komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu.Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya.

Sementara itu, dalam ceramah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim semalam di Kelana Jaya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zaid Ibrahim yang memahami prinsip keadilan terhadap rakyat dan cara penangkapan tanpa bicara di ISA merupakan satu cara yang zalim dan sewajarkan ditentang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Zaid Ibrahim kerana meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan penangkapan exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara..dan insyallah. Ada berita baik mengenai Zaid Ibrahim dalam beberapa hari lagi .."

Mungkinkah Zaid Ibrahim salah seorang MP UMNO yang akan melompat ?? Wallahua`lam.

by Farhan Shah



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kepala Paklah Pening

Jika sebelum ini PakLah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim cuba menipu rakyat dengan dongeng 16 September,maka sudah tiba masanya PakLah memikirkan kembali apa yang telah diucapkan Anwar Ibrahim itu. Kenapa? Kerrrranaaaaa… Paklah baru sahaja menerima satu perutusan keramat daripada Pakatan Rakyat, surat perutusan yang bakal meranapkan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah dan perutusan yang bakal merubah Malaysia kepada Malaysia Baru yang demokratik dan membela nasib rakyat setelah 51 tahun tersiksa di bawah Barisan Nasional yang berpenyakit.

Dalam satu ceramah yang diadakan di MBPJ malam tadi, Anwar Ibrahim memberitahu bahawa 3 orang wakil dari PAS, PKR dan DAP mewakili Pakatan Rakyat telah menghantar surat perutusan tersebut ke Putrajaya di pejabat Perdana Menteri semalam.Pakatan Rakyat akan menunggu jawapan daripada PakLah, agar perundingan itu diteliti dengan serius dan disegerakan.Tuntutan dalam perutusan itu antara lain menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan tahanan ISA, ataupun dibicarakan di mahkamah dengan seadilnya dan MEMBINCANGKAN TENTANG BAGAIMANA SATU PERALIHAN KUASA DAPAT DIJALANKAN DENGAN AMAN,TANPA HURU HARA DAN SEBARANG KEKACAUAN DI DALAM NEGARA. Perutusan itu juga menyertakan bilangan ahli Parlimen yang akan berjuang dalam Pakatan Rakyat untuk memanifestasikan penubuhan kerajaan Malaysia Baru.

Surat perutusan itu akan menjadi barah yang tidak lagi mampu dirawat oleh PakLah sebagai Perdana Menteri, bahawa kapal Titanic Barisan Nasional yang berpenyakit akan karam dalam masa yang sangat-sangat terdekat ini. Kerajaan Barisan Nasional yang sangat bermasalah dengan isu dalaman dan luaran parti, kini umpama galah di tengah-tengah arus,terus dihantui igauan dan mimpi ngeri 16 September sebagai tarikh keramat yang akan menjadi realiti pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat pimpinan Ketua de facto Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Andaikata tarikh keramat ini tidak berjaya direalisasikan hari ini sekalipun, apa yang pasti, ia akan tetap berlaku ..Mungkin esok atau lusa atau pada masa akan datang….

Kepala PakLah semakin pening,perut pun semakin senak..Bila detik itu tiba, Barisan Nasional semestinya gulung tikar.. Tidak dikafakankan, tetapi bertukar menjadi pembangkang .. Pembangkang untuk selama-lamanyaa..

by Farhan Shah




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Majlis Sambutan Hari Malaysia ke-45: Mampukah Anwar Ibrahim mengotakan janjinya?

Malam tadi, satu perhimpunan perdana dengan permit sempena sambutan Hari Malaysia, julung kalinya diadakan di lapangan Stadium MBPJ anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya semalam. Perhimpunan kali ini memberikan satu pengharapan yang pasti mengenai status kerajaan yang bakal ditubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai satu realiti dan bukan satu bujukan dan omongan kosong semata-mata.

Di pentas stadium,disaksikan oleh ribuan penyokong Pakatan Rakyat tidak mengira kaum bangsa dan keturunan, dengan lantang Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa satu pertukaran kerajaan yang korup, berpenyakit, mengamalkan rasuah dan menindas rakyat akan bertukar kepada kerajaan baru yang bersih, mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, aman, berdaulat dan membela nasib rakyat serta menghormati The Rule of Law sebagai perundangan Malaysia. “ Pertukaran ini akan berlaku kerana kita sudah ada lebih kerusi di Parlimen untuk membentuk satu kerajaan Malaysia yang baru..Hari ini,satu perutusan khas telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menggesa agar tawanan ISA dibebaskan dan juga membincangkan bagaimana satu peralihan kuasa dapat dijalankan dengan aman tanpa sebarang huru-hara dan kekacauan dalam negara..” kata Anwar Ibrahim dalam ceramahnya.

Anwar Ibrahim juga menyebut bahawa beliau akan mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan di samping akan memberikan keadilan untuk kaum-kaum lain dan tidak mengambil hak mereka untuk kepentingan Melayu dan Islam. Pendekatan ini dilihat bakal membentuk satu premis baru perhubungan antara rakyat negara ini khasnya dan mampu menyatukan rakyat keseluruhan secara amnya.

Kita sebagai rakyat menunggu detik,masa dan ketikanya. Ketibaan Malaysia yang menjanjikan keamanan dan kesejagatan kaum yang sebenarnya akan bermula tidak lama lagi. Mampukah Anwar Ibrahim yang diwar-warkan bakal Perdana Menteri Malaysia ini mengotakan janjinya? Kita tunggguuu….

by Farhan Shah




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kerana Exco Nak Guna Mercedes, Pemilik Bengkel DiSeret Ke Mahkamah


"
http://buletinonline.net/images/berita11/kereta_terengganu.jpg
Kerajaan UMNO/BN Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said Julai lepas telah memutuskan membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor dengan kos RM3.43 juta.

(Gambar - Exco Terengganu terus menggunakan Mercedes walaupun Kabinet Pak Lah memutuskan Terengganu mesti guna Proton)


Kereta tersebut dibeli semata-mata untuk digunakan oleh exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang dibeli semasa zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.


Ternyata keputusan tersebut disambut negatif oleh seluruh rakyat, bukan sahaja di Terengganu, malah seluruh Malaysia tidak bersetuju dan terkejut dengan keputusan tersebut.


Justeru kerana terus mahu menggunakan Mercedes baru, beberapa justifikasi telah dibuat oleh kerajaan negeri antaranya mendedahkan kos penyenggaraan yang tinggi yang telah ditanggung oleh kerajaan negeri kerana menggunakan Perdana V6 Excutive pada sesi lalu.http://buletinonline.net/images/berita11/gambar_796.jpg


Dakwaan Menteri Besar dan juga Setiausaha kerajaan negeri berkenaan kualiti Proton Perdana dan kos penyenggaraan tersebut telah dibidas.


Penafian datang antaranya dari Kelab Pemilik Proton Perdana V6, V-Sixers.(Gambar kanan - Ahmad Said mendedahkan kos penyenggaraan Proton yang tinggi)


Pengerusinya Alex Yu menegaskan kelab tersebut telah melakukan kaji selidik dan mendapati sekitar 70% ahli kami tidak ada masalah dengan kotak ‘gear’ walaupun mereka telah miliki kereta antara 5 hingga 7 tahun.




Walaupun bantahan dibuat oleh pelbagai pihak dan cabinet memutuskan kerajaan Terengganu tetap tidak boleh menggunakan Mercedes, Ahmad Said telah menolak saranan Perdana Menteri supaya Mercedes tersebut hanya digunakan untuk tetamu VVIP.(Gambar kiri - seorang lagi Exco bergaya gunakan kereta Mercedes)




Akhirnya, dua pemilik bengkel akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini (14/9) berhubung kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah jumlah RM1.07 juta.


http://buletinonline.net/images/berita11/n_01razif.jpg
Bernama melaporkan Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Sharuddin Sapian berkata kedua-dua mereka dijangka dibawa ke mahkamah untuk didakwa kira-kira pukul 9 pagi melibatkan lima pertuduhan(Gambar kiri - seorang lagi Exco bergaya gunakan kereta Mercedes).


"Seorang daripada pemilik bengkel itu akan menghadapi empat pertuduhan berhubung kes berkenaan," katanya.


Namun apakah tuduhan yang akan dihadapi oleh pemilik bengkel tersebut tidak dinyatakan.


Pendedahan mengenai kos penyenggaraan kereta Proton bukan sahaja membongkar ‘keborosan’ kerajaan negeri menggunakan wang rakyat, malah ia turut mengheret Idris Jusoh serta projek-projek mewah yang dilaksanakan semasa beliau menjadi Menteri Besar.


Antaranya, Ahmad Said berkata kepada pemberita supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak meilih-milih dalam membuat penyiasatan dan meminta badan tersebut menyiasat penganjuran Piala Monsun dan juga pembinaan Taman Tamadun Islam.


Oleh kerana Exco dan pegawai kanan negeri Terengganu tetap mahu menggunakan Mercedes, pendapat seluruh rakyat ditolak, dan dua pemilik bengkel menjadi mangsa.


dari buletinonline.net
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pakatan Rakyat Bertambah Kuat



by Farhan Shah





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO parti perkauman?



by Farhan Shah





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

(Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.)

Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang

sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.

Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah ” Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.

Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.

Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.

1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?

2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi

3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.

4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.

5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?

6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.

7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.

by http://patek1472.wordpress.com





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO KOYAK GAMBAR TIDAK KURANG AJAR TAPI KALAU PEMBANGKANG KOYAK KURANG AJAR ~ Ref Malaysiakini

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

Inilah sikap 'double standard' yang menjadi amalan media pengampu ini yang langsung tidak mengikut etika kewartawanan. Apa yang penting bagi mereka ialah ampu sana ampu sini 'fulus masyuk' itu sahaja.

Malah pemimpin-pemimpin Umno juga langsung tidak memberikan kenyataan menasihat atau meminta maaf dalam hal ini. Keegoan mereka ini memang tidak dapat disangkal lagi seolah-olah dunia ini mereka yang punya dan seolah-olah mereka akan hidup menongkat langit tidak mati-mati.

Insya Allah tuan-puan keegoan dan kebongkakan pemimpin Umno ini lambat laun akan diajar oleh rakyat Malaysia.

Sudah sampai masanya golongan yang berhidung tinggi berdada lebar dan berhidung 'cegeng' ini akan tahu suatu hari nanti langit itu tinggi atau rendah. Mereka lupa bahawa di sana ada Allah S.W.T yang maha berkuasa yang berkuasa untuk menghukum sesiapa sahaja hatta Firaun yang tidak pernah sakit dan Namrud yang membina istana dari batu, sekelip mata sahaja dimusnahkan oleh Allah. Inikan pula BN yang tidak langsung layak untuk dibandingkan dengan kebongkakan Namrud dan Firaun.

Dipetik dari : Mutaligat





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Puteri UMNO apologising to Anwar Ibrahim



perjuangan reformasi'98 rakyat malaysia d kenang ... izinkan peralihan kuasa 16sept aman damai demi kesejahteraan seluruh rakyat malaysia yg terdiri dari pelbagai bangsa & agama :)


by Farhan Shah





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Menuju 16 Sept, pimpinan Pakatan Rakyat adakan mesyuarat hari ini

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Harakahdaily dimaklumkan pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP kini sedang memulakan mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat KeADILan, di Mercant Square dekat sini bermula jam 10.00 pagi tadi.

Antara yang kelihatan memasuki pejabat KeADILan bagi menyertai mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad; Dr Zulkifly Ahmad; Bendahari KeADILan, William Leong.

Harakahdaily difahamkan Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub turut akan menyertai mesyuarat bersama kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Antara isu yang bakal dibincangkan hari ini ialah isu perpindahan anggota Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat yang kini menjadi isu besar yang memberi tekanan kepada BN.

Sebelum ini Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pihaknya mampu mengambil alih pemerintahan negara dan beliau meletakkan 16 September sebagai tarikh penubuhan kerajaan baru.

Hingga kini ia masih menjadi teka-teki, namun Anwar menegaskan bahawa usaha itu sedang berjalan seperti yang dirancangkan. _

by Farhan Shah



[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

16 September 2008 (8 Hari Lagi) Anwar Mula Maklumkan Pemimpin Pakatan Rakyat

"16 September, 2008...

Apakah yang terkini, terbaru?
Sekembalinya dari Jakarta, Anwar Ibrahim bertemu dengan para pemimpin Pakatan Rakyat, di Kuala Lumpur, selama 3 jam.

Demikian dilaporkan oleh G. Manimaran, mSTAR OnLine.
Kesemua para pemimpin Pakatan Rakyat, yang berkenaan, hadir, kecuali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Ini adalah satu pertemuan informal untuk membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini oleh Anwar Ibrahim dan pasukannya dengan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Fokus pertemuan informal ini ialah pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September, 2008, dengan membawa masuk Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat.

Usaha Anwar Ibrahim masih tidak berubah, dan masih tetap berjalan dengan lancar, sebagaimana yang telah dirancangkan. Sambutan adalah positif.

InsyaAllah, para pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi Isnin.

Terdahulu kedengaran suara Lim Kit Siang mewakili DAP, yang menegaskan ia tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Tambah Lim Kit Siang lagi, DAP hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.

Seterusnya Lim Kit Siang berkata, jika wakil rakyat Barisan Nasional keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

Suara ini ialah petanda baik kepada Rakyat Malaysia. Sebelum ini DAP dikaitkan tidak akan menyokong sebarang tindakan melalui jalan yang tidak demokratik. Bagaimana pun, penerimaan DAP terhadap langkah yang dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim ini, difahami masing-masing pihak telah dapat rasionalnya.

Suara ini juga bermakna, kemasukan Ahli Parlimen yang berniat busuk dan membawa segar budaya lama, ke dalam Pakatan Rakyat, tidak memberi makna yang diharapkan semua yang terbabit.

Pun, begitu Lim Kit Siang dan Nik Aziz Nik Mat, khususnya molek mendidik mereka yang menyertai Pakatan Rakyat dari Barisan Nasional. Pengalaman mereka diperlukan, dan adalah lebih buruk jika Ahli Parlimen ini terus bergelumang dan tenggelam dalam budaya UMNO dan Barisan Nasional secara berterusan. Pakatan Rakyat adalah platform untuk menyelamatkan mereka.

Tambahan lagi, Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Pakatan Rakyat tidak sama dengan Barisan Nasional, dari aspek keprihatinan mereka terhadap Rakyat. Namun, selagi belum mencapai pembentukan kerajaan Malaysia baru, Pakatan Rakyat masih belum dapat melenyapkan Barisan Nasional dan segala keburukannya.

Ini adalah perkembangan terbaik. Amat dinanti-natikan oleh Rakyat Malaysia.

Sementara itu, 50 daripada 78 Ahli BN-BBC yang membuat lawatan sambil belajar ke Taiwan, telah memendekkan tempoh lawatan ke 8 hari sahaja, dan dijangka kembali ke tanahair pada, InsyaAllah, pada 15 September, 2008.

Bagus! Masing-masing dapat menyambut keraian pada 16 September, 2008.

Rujukan:

Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL
08-09-2008 12:56:17 AM
Oleh G. MANIMARAN

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_3ad6ad5d-c0a85062-14d774f0-24077448






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Superman berkeris telanjang

Tanpa perkauman, UMNO dah lama bergelar"mendiang" dan ber"jirat". Kali ini "superman berkeris telanjang" yang menyelamatkan UMNO bernama Mat Mael. Mat Mael tokey Bukit Bendera tetap mempertahankan pendapatnya bahawa " Cina adalah Pendatang". Beliau disokong oleh semua 13 tokey UMNO Pulau Pinang termasuk tokey UMNO Kepala Batas.

Dalam keadaan tinggal nyawa-nyawa ikan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Mat Mael memberikan talian hayat untuk UMNO untuk terus hidup.

Sasaran UMNO selepas ini ialah untuk mengalihkan fokus kepada wartawan dan surat khabar yang menyiarkan berita ucapan Ahmad Ismail. Wartawan dan surat khabat Cina ini akan diserang habis-habisan. Mungkin wartawan dipenjarakan kerana menyiarkan "fitnah" manakala permit akhbar ditarik balik. Semuanya adalah kemungkinan yang tidak mustahil.

Masihkah kita ingat kes Tamby Chik dan Ezam? Kerana membela budak Melayu, Eng Guan jadi banduan. Begitu juga kerana membongkarkan rasuah, Ezam menghuni sel. Bukan suatu yang pelik di Malaysia jika yang membongkarkan kezaliman, kejahatan dan penyelewengan UMNO akan dipenjarakan manakala yang jahat, zalim, rasuah dibiarkan bebas sebebasnya bahkan dianggap hero dan wira! Itulah Malaysia.

Begitu juga dengan kebocoran laporan kesihatan PUSWARI tentang Saiful. Polis begitu bersungguh-sungguh menyiasat siapa yang membocorkan laporan bukannya mendakwa orang yang membuat fitnah. Belum lagi nasib bakal menimpa Balasubramaniam dan Romlang.

Rakyat Malaysia perlu waspada dengan nyalaan obor perkauman yang sedang dihidupkan oleh UMNO. Ingatlah 13 Mei 69 adalah hasil kerja jahat UMNO. Tidak mustahil ianya berulang kembali. PR perlu pastikan agar ahli-ahli mereka tidak terikut-ikut rentak gendang tari UMNO.

Apapun yang malu sebesar-besarnya berukuran 9.99 richter dalam isu ucapan Mat Mael ialah TPM Najib. Dalam masa 2 minggu ini, TPM Najib terkena 2 kali tumbukan TKO Pak Lah. Pertamanya kekalahan UMNO di Permatang Pauh. Najib adalah tokey untuk kempen UMNO di situ. Pak Lah berlepas tangan. Tumbukan padu TKO Pak Lah kali kedua mengenai bibir merah Najib apabila Najib minta maaf atas ucapan Mat Mael tetapi Pak Lah bersikap lewa atas perbuatan Mat Mael. "...Nanti saya pi Penang, saya tanya dia sendiri, saya telefonpun tak dapat....." Itulah ucapan Pak Lah yang memperlekehkan Najib. Merah padam muka Najib semerah bibirnya!

Hikmat isu perkauman oleh Mat Mael kepada PAS ialah orang-orang Non Muslim dapat mengenali dan mendekatkan lagi hati mereka kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sudah tiba masanya Non Muslim mengenali Islam yang sebenarnya melalui PAS. PAS FOR ALL!

tokpepijat@blogspot.com
http://tokpijat.blogspot.com/




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kita Menang walaupun 16 Sept Gagal !

" Kita Menang walaupun 16Sept Gagal ! Tanggal 16 September hanya tinggal 8 hari sahaja lagi. Bersediakah kita untuk melalui saat manis setelah sepuluh tahun berjuang, atau setelah lebih 50tahun berjuang?

Saya tahu ada di antara kita yang resah menanti, memikirkan apakah yang bakal terjadi sekiranya tiada apa-apa yang berlaku pada 16September dan seterusnya, kerajaan Barisan Nasional masih lagi memerintah sehingga ke akhir penggal.

Apa yang terjadi kepada Anwar, apa yang terjadi kepada pendukungnya, apa yang terjadi kepada rakan karibnya iaitu PAS? Ingin saya tegaskan di sini, janganlah kita resah dan khuatir. Tiada apa yang hendak dirugikan dan tiada apa yang hendak dikecewakan kerana di dalam situasi sekarang ini, kita rakyat dan juga Pakatan Rakyat telah menang dalam setiap sudut. Yakni secara zahir, moral, secara psikologi dan juga secara praktikalnya kita telah menang. Kita menang walaupun tiada perubahan pada 16 September.

Saya katakan kita menang kerana kita dapat membuktikan betapa korupnya kerajaan Barisan Nasional. Kita berjaya menyedarkan rakyat kebanyakkan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang dan yang terdahulu adalah kemungkaran semata-mata. Kita telah membuatkan sebuah kerajaan yang begitu kuat menggelupur untuk mendapatkan tandatangan dari Ahli Parlimen miliknya. Menggelintin bagi cepat-cepat menganjurkan lawatan sambil belajar para YB ke Taiwan selama 8 hari secara tergesa-gesa.

Sedar atau tidak, ini adalah tindakkan yang klimex kepada kebodohan dan ketakutan yang amat ketara tatkala setiap hari melaungkan "Mustahil Anwar berjaya pada 16 September". Wakil-wakil rakyat ini telah dipaksa meninggalkan rakyatnya di bulan Ramadan yang mulia ini. Ahli-ahli parlimen dikerah untuk turut menyertai pembaziran seumpama lawatan ini dengan meninggalkan rakyatnya dalam musim tengkujuh.

Apalah nasib rakyat yang mengharungi musim banjir tanpa Ahli parlimen di sisi, atau sememangnya ahli parlimen itu memang selalu tiada di sebalik kesusahan rakyat. Persoalannya, jika bukan kerana 16September, mengapa lawatan ini secara tiba-tiba hadir pada bulan puasa? Ingin jadi musafir? Langkah ini adalah salah satu perkara yang membawa kepada kemusnahan kepada BN dan UMNO.

Percayalah. Dari sudut ini kita telah menang walaupun sekiranya Anwar gagal. Tapi saya tidak kata Anwar akan menempuhi kegagalan. Saya tidak kata gagal, bermakna saya menyimpan keyakinan dan saya juga menaruh harapan. Difahamkan hanya 48-50 ahli parlimen yang mengikuti rombongan ke Taiwan ini.

Selebihnya masih di sini, bersedia. Minggu ini dikatakan minggu penentu. Jangan kita lupa, tanggal 10hb September Anwar bakal dibicarakan di mahkamah. Minggu ini minggu penentu, mungkin sudah ada clue, sama-sama kita lalui."

by edyesdotcom





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PAS Muqabalah, Saiful Mubahalah, BN Munggalabah

Bila Hang Lah sedar Anwar bagi masalah
Dia istihar UMNO dan PAS bermuzakarah
PAS kata sebenarnya ia adalah muqabalah
Lalu tersepit dia suruh si Saiful mubahalah
Semuanya tak menjadi maka P44 BN jatuh kalah
Anwar kata 16 September tak ada masalah
BN tenggelam punca dan mula menggelabah
Dihantar 51 MP BN ke Taiwan oleh Hang Lah
Betui-betui punya dongoi cara BN memerintah
Apa punya haprak mentaliti BN dan Hang Lah
Aku rasa BN dah masuk kategori Mughalazah

Perabis duit hantar MP BN ke Taiwan
Misinya ialah belajar sambil berjalan
Malam boleh berseronok di kelab hiburan
Sepatutnya beramal lebih di bulan Ramadan
Macamlah tak boleh jalan lain-lain bulan
Hang Lah dan NorJeep kata ianya kebetulan
Hangpa ingat rakyat bodoh tak guna fikiran
Kalau tersepit eloklah hangpa dua letak jawatan

Mufti Perlis pun dah tulis pantun cari ganti
Kalau negara kacau eloklah hangpa dua berenti
Mana boleh Perompak ganti Pencuri
Perompak tu NorJeep Pencuri tu Bedwi
Ulama berhikmah bukan hentam peribadi
Itu mesej supaya Hang Lah sedar diri
Nak kawai Mat Semail pun tak reti
Alasan dia Ahmad tak dapat dihubungi
Apa punya haprak kita punya Perdana Menteri
Ya Allah awat teruk sangat si Dol sorang ni

Keris Silau
8 September 2008




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


UIKSSS...BEST WEI AHLI KELAB BNBBC...PUASA2 NI SEMPAT LAGI GI LAWATAN SAMBIL BELAJAR....BUDGET DAH LULUS....SEBUT JE NAK GI MANA....PASPORT DAH KASIK KAT NAJIB....PAS TU TERBANG LA MEMANA YANG SUKA.....DENGAN SYARAT KENA TERBANG KELUAR DARI MALAYSIA...INGAT!!! TERBANG TAU...JANGAN LOMPAT....KANG TERLOMPAT KE PKR NAYA....
KHABARNYA AHLI2 PARLIMEN NI AKAN PERGI BELAJAR ILMU PERTANIAN DAN MENEROKA ASPEK2 BARU...ENTAH LA ASPEK MENDANYA...
YANG BUAT RAKYAT HERAN DAN RASA CAM ADA SOMETHING WRONG SOMEWHERE NI.....DESTINASI LAWATAN BELUM DIPUTUSKAN....TAPI TARIKH DAH ADA....TARIKH TU PLAK TARIKH YANG TETIBA....DAN MEMUSYKILKAN .....DAN BUDGET KE DESTINASI YANG TAK TAU KE MANA NI BLEH LAK LULUS....PENAH DIBUAT ORANG KE..???
DEN PENAH LA MASA SKOLAH2 DULU NAK WAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR NI....JANGAN HARAP LA NAK LULUS KALAU DESTINASI TAKDE....KALAU DESTINASI DAH GITAU SIAP2 PUN....PUAS LA BERDEBAT NAK KENA GITAU NAPA NAK GI SITU...NAPA NAK GI SINI....TU YANG DEN HERAN TU....CAMANA BUDGET LEH LULUS, DESTINASI TAK TAU KE MANA....DAH LA SAMPAI LEBIH 10 HARI.....PELIK TUL
PADAHAL BULAN PUASA NI LA RAKYAT YANG DAH UNDI DEPA TU KENA TURUN PADANG...SEDEKAH MANA YANG PATUT....BERBUKA DAN TERAWIH NGAN RAKYAT....INI GI MELAWAT2 PULAK...
APA PUN...MEMANG GENTLEMAN LA DEPA NI...KENA GERTAK JER TERUS LARI....LASTLY...ENJOY YOUR JOURNEY DEAR MPs.....BEST NYE LEH JALAN2 BULAN POSE NI...NAK IKUT!
P/S: BUKAN MP X LEH KE JADI AHLI KELAB PENYOKONG KERAJAAN???DEN PENYOKONG KUAT KERAJAAN..AGAK2 LEH TAK DAPAT SEAT FREE LAWATAN BULAN PUASA TAHUN DEPAN????DESTINASI TAK PIKIR LAGI...



by UMMI ABRAR





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

BN yang sedang nazak!

Jika BN itu boleh diumpamakan seperti seorang manusia nyatalah manusia itu kini sedang nazak di ambang maut. Usia seawal 50 an bukanlah terlalu tua namun disebabkan `cara hidup’ yang tidak sihat berbagai penyakit membarah hingga ke urat-sendinya.

Rasuah,politik wang dan salahguna kuasa semakin kronik. Jika 20 tahun lepas mereka boleh lagi dirawat sebagai pesakit luar kini tidak lagi. Mereka barangkali sekali lagi memerlukan `jantung ‘baru untuk terus hidup!Jantung peninggalan Tun menjelang PRU 2004 dulu nyata bertahan sekejap saja dengan konsep hadharinya. 2008 dipukul pula oleh rakyat.

Mengapa Tun kini merayu-rayu kepada ahli UMNO agar menyelamatkan UMNO `as while as’ menyelamatkan negara dari tangan yang beliau lantik sendiri.(Mstar)“ Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.”Apakah beliau fikir jika Pak Lah berundur Najib boleh menyelamatkan UMNO dari kehancuran?Apakah najib boleh menjadi `jantung’ baru dan menyambung hayat UMNO?Tidak!Jika satu organ yang rosak boleh dipotong bagi menyelamatkan seluruh badan,tapi UMNO sudah mereput hingga ke akar umbi.Jika dimesyuarat cawanganpun kerusi berterbangan apatah lagi diperingkat atasan.Pelik! apalagi yang diharapkan Tun dari UMNO .Adakah kerana sayangnya beliau pada UMNO hingga beliau tidak nampak ada parti lain yang boleh mengambil-alih fungsinya.?

Kerisauan Tun ini sebenarnya bersebab.16 september yang dijanjikan Anwar semakin hampir sementelah pelbagai peristiwa akhir-akhir ini seakan menjurus kepada berlakunya perubahan drastik dalam politik negara.Keengganan sebahagian MP Sabah dan Sarawak memeterai Akujanji,desas-desus ada parti komponen yang bakal beralih arah,insiden ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang,belanjawan gula-gula buat rakyat dan kemurahan hati kerajaan ingin menurunkan harga minyak buat kali kedua dalam masa sebulan seakan ada sorong tarik antara kerajaan dengan PR.

Pak Lah seakan cuba memujuk hati rakyat agar tidak bersetuju dengan peralihan ini.Dengan alasan BN mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya yang lalu bukanlah dalih terbaik.Ada pihak berpendapat jika tidak kerana peggunaan media dan jentera kerajaan yang keterlaluan BN sudah lama berkubur dalam PRU Mac lalu.

Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas menyifatkan perubahan yang bakal berlaku itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya kerana dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. "Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam. "Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit,".

Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga setiap yang bermula pasti akan berakhir dan UMNO tidak terkecuali daripada hukum alam ini.Antibodi `sekular’ mereka yang sudah luput tarikh gagal menjadi vaksin kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih adil amanah.

dari : jinbukitridan

http://pemudamuadzam.blogspot.com//




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

16 September: PAS Tidak Hipokrit?

"Saya tertarik mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan -yang tewas dalam perdebatan isu minyak- di Buletin Pagi TV3, 3 September yang menyatakan PAS khususnya kerajaan Kelantan telah bersikap hipokrit apabila menyokong 16 September dijadikan cuti umum seperti yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sejarah menyaksikan bagaimana PAS telah menentang usaha pembentukan Malaysia ini sehingga membawanya ke mahkamah yang akhirnya ditolak. Lantas katanya, PAS langsung tidak layak untuk berbicara mengenai 16 September.

Memang seronok berhujah dengan menggunakan fakta sejarah yang sekerat. Apatah lagi kalau anda merupakan Menteri Penerangan yang menguasai segenap media. Sekalipun anda kalah berdebat dan berjanji untuk meletakkan jawatan sebelumnya, tiada siapa yang akan mengingati janji anda kerana anda seorang Menteri Penerangan. Cuma, berbanding dengan Menteri Penerangan sebelum ini –yang menterjemahkan pilihan raya sebagai erection-, anda sedikit lebih baik daripadanya.

PAS tidak hipokrit di dalam soal cuti 16 September ini. Di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, hipokrit diertikan sebagai (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik. Adakah PAS sedemikian?

PAS Di Era Pembentukan Malaysia

Benar, Parti Islam Se-Malaya (PAS) mengambil pendirian untuk menentang gagasan pembentukan Malaysia yang dijadualkan pada 31 Ogos 1963 yang akhirnya ditangguhkan ke 16 September 1963. Betulkan saya kalau silap, namun seingat saya, sejarah mencatatkan, bukan sahaja PAS yang tidak bersetuju dengan gagasan Malaysia, bahkan kesemua parti-parti pembangkang di kesemua wilayah yang terlibat bangun menentang. Gagasan Malaysia menyaksikan penentangan hebat Partai Rakyat dan Parti Buruh Malaya yang bergabung dengan Front Socialist Rakyat Malaya, Parti Progresif Rakyat (PPP) dan Parti Konvensyen bersama-sama dengan PAS. Di Singapura, Barisan Sosialis, Partai Rakyat Singapura dan Parti Pekerja juga menentang. Di Brunei, Sabah dan Sarawak, Partai Rakyat Brunei bergabung dengan Parti Pasok Momongun di Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) turut sama menentang gagasan ini.

Tokoh-tokoh yang terdiri daripada Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman, Lim Kean Siew, S.R Seenivasagam dan Abdul Aziz Ishak ialah di antara nama-nama yang masyhur di Malaya sebagai penentang kuat kepada gagasan pembentukan Malaysia. Kenapakah mereka mengambil sikap sedemikian?

Hakikatnya, idea pembentukan Malaysia tidak lain hanyalah merupakan strategi British yang ingin mengekalkan penguasaan di Asia Tenggara selepas bagi mereka Indonesia telah dikuasai komunis melalui Seokarno. Mimpi yang dicipta oleh British inilah yang akhirnya ditelan oleh sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang merupakan anak didik penjajah.

Ia bermula selepas Perang Dunia Kedua di mana kuasa-kuasa Barat mula bimbang akan kehilangan kepentingannya di rantau Asia Pasifik. Ekoran itu, mereka mencipta satu teori yang dinamakan teori domino. Teori yang cepat merebak dan menghantui kepala sebahagian pemimpin di Asia Tenggara ini mengandaikan kemaraan komunis dari utara. Kalau Vietnam ditakdirkan menjadi komunis, Kampuchea dan Laos juga pastinya akan turut sama menjadi komunis. Thailand pula akan turut sama menjadi komunis dan akhirnya akan merebak ke Selatan dengan Malaya dan Singapura juga pasti menjadi negera komunis. Teori domino ini diperkuatkan dengan tanggapan bahawa Indonesia pada masa itu sendiripun sudah menjadi negara komunis.

Oleh yang demikian, British melihat perlunya wilayah-wilayah yang di bawah takluknya bersatu di bawah satu panji-panji agar mudah dikendalikan. Dengan pengkalan tentera British masih megah berdiri di Singapura, Malaysia yang dirancangkan itu akan lebih mudah dikendalikan terus di bawah pengaruh British. Lalu terbitlah cadangan pembentukan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Sekalipun PBB telah menetapkan bahawa pungutan suara di kalangan rakyat yang terlibat perlu dijalankan terlebih dahulu, British awal-awal lagi menyatakan, Malaysia tetap akan lahir pada 31 Ogos 1963 walau apa pun yang terjadi!

Inilah yang ditentang oleh PAS dan barisan pembangkang yang lain. Bukan penyatuan Malaysia yang menjadi isu, isu yang sebenar bagi PAS ialah penguasaan yang berterusan oleh British ke atas Tanah Melayu. Dengan menjadikan komunis sebagai mimpi buruk, British telah berjaya mempengaruhi Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew untuk bergabung seterusnya berada di perlindungan British bagi menghindari merebaknya fahaman komunis.

Penentangan PAS terhadap gagasan Malaysia bukan bermakna menyokong komunis. Tetapi ancaman yang dikatakan itu masih terlalu awal untuk ditangani dengan pembentukan Malaysia. Bahkan lebih jauh lagi sebenarnya dakwaan komunis itu hanyalah satu tuduhan sebenarnya bagi menidakkan kebnagkitan nasionalis Melayu yang dipimpin oleh Seokarno. PAS dan barisan pembangkang lebih menggemari konsep Melayu Raya yang akan menggabungkan seluruh Kepulauan Tanah Melayu. Bukan sahaja wilayah yang dikatakan akan membentuk Malaysia, bahkan ia termasuk Indonesia, melebar sehingga Filipina. Bahkan, pada masa itu, idea pembentukan Maphilindo (Malaya-Philipina-Indonesia) sedang hebat dibicarakan.

Inilah yang dibenci oleh British. Membenarkan nasionalis tulen menguasai bekas tanah jajahan bererti menidakkan terus kawalan langsung dari penjajah. British lebih gemar agar anak didik mereka sendiri yang menjadi pemerintah. Justeru itulah, saya berpandangan sebenarnya UMNO yang menerima kemerdekaan daripada British bukanlah nasionalis yang sebenar. Islam pun tidak, nasionalis pun tidak… entah apa sebenarnya status surat beranak UMNO ini.

Sokongan terhadap gagasan Melayu Raya dan penentangan terhadap pembentukan Malaysia ini sebenarnya satu bukti jatidiri Melayu sejagat. Penentangan ini bersatu dengan orang-orang bukan Melayu yang membenci boneka-boneka penjajah. Implikasinya, Dr Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman dan Aziz Ishak di Malaya serta Lim Chin Song, Lim Hock Siew dan Poh Soo Kai di Singapura disumbat ke dalam penjara. Tidak termasuk di dalam senarai pemimpin-pemimpin UMNO kerana mereka bersedia sahaja menjadi alat kepada penjajah meneruskan dominasi penguasaan politik di tanah bekas jajahan.

Malaysia terbentuk jua akhirnya. Walaupun Seokarno melancarkan konfrontasi Ganyang Malaysia, ia berjaya ditumbangkan dengan bantuan seluruh jentera perisik, politik dan ketenteraan milik British, Amerika dan Australia. Beratus-ratus ribu rakyat Indonesia diborong bunuh di atas alasan memerangi komunisa hanya kerana menyokong Seokarno. Pergolakan yang menyaksikan Seokarno tumbang akhirnya dan tertegaknya sebuah kuasa neokolonialisme pimpinan Suharto.

Sejarah Telah Terlakar

Malaysia telah terbentuk dengan kegagalan Melayu Raya dan gagasan Maphilindo. Hari ini kita menyaksikan tumbuhnya negara seperti Singapura yang lahir ekoran kegagalan umat Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia bersatu. Sejarah mungkin berubah sekiranya Tanah Melayu dan Indonesia disatukan, hari ini mungkin kita tidak mendengar sebarang ancaman atau masalah dengan Singapura yang tentunya termasuk di dalam gugusan negara besar ini.

Apapun, sejarah telah terlakar. Penentangan PAS terhadap gagasan Malaysia telahpun tinggal sejarah. Ia merupakan penentangan yang berprinsip. Apapun, tarikh 16 September 1963 tetap dianggap sebagai sebagai tarikh bersejarah yang menyaksikan Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu. Apa yang ditentang PAS bukannya penyertaan dua buah negeri ini, tetapi agenda di sebalik pembentukan Malaysia pada masa itu.

Lantas, sikap YAB Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong 16 September dijadikan cuti umum sama sekali bukan sikap hipokrit. Ia merupakan satu bentuk solidariti dan sokongan serta penghargaan kepada Sabah dan Sarawak yang tidak pernah PAS menjadi anti kepada keduanya. Sewajarnya Shabery Chik perlu mememahami susur galur ini sebelum melemparkan tuduhan sebarangan.

PAS mempunyai prinsip dahulu dan kini. Kalaupun Shabey Chik ingin mencari ornag yang hipokrit, mungkin kita boleh tunjukkan individu-individu yang dulunya kuat berjuang menentang kerajaan dalam Semangat 46 tetapi kini sudah menjadi menteri..

http://ahmadfadhli.wordpress.com



by : muhammadhanif
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Teori 916 realiti atau fantasi

DR Mahathir berkata " BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN" ( ucapan Dr M ,dalam mstar 3.09.2008 ).

Penulis sengaja memetik ucapan Dr M diatas untuk mengambarkan fenomena politik semasa Malaysia kini. Daripada luahan hati bekas PM ini jelas " Titanic BN " akan karam.

Tambahan lagi asakan demi asakan dari bekas seterus Dr M yang kini mengetuai Pakatan Rakyat meresahkan lagi BN.Jika BN digambarkan sebagai "Titanic " , PR pula adalah " Iceberg" yang akan menahan rempuhan kapal raksaksa BN yang sudah tua , rapuh namun angkuh itu.

16 september 2008 yang penulis sendiri termimpi - mimpi apakah benar akan berlaku "tsunami politik " dikatakan BN akan " tersembam menyembah bumi ".

Ada pihak yang berkata ini adalah pembohongan Anwar Ibrahim . Malah riuh rendah UMNO dan pimpinan mereka menafikan .Tetapi suara - suara dari komponen mereka agak perlahan seolah - olah mengiakan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu .

Lebih menghairankan lagi didalm laporan bajet 2009 tempohari , kerajaan telah mencadangkan lebih kurang 3.3 bilion diperuntukan untuk Sabah / Sarawak.

Apakah kerajaan tiba - tiba terprihatin ? .Apakah setelah Anwar mengumumkan bahawa ahli -ahli parlimen Sabah/Sarawak akan menyeberang kedalam Pakatan ?.

Penulis percaya tindakan kerajaan BN membuat pelbagai tawaran baru kepada rakyat membuktikan 16 sept 2008 ini adalah benar dan bukan retorik politik Anwar.

Secara logiknya mana mungkin seorang yang seperti Anwar boleh mereka - reka cerita.Dunia sedang memerhatikan setiap perkara yang berlaku keatas beliau .Jika benar dia berbohong sudah pasti beliau menggali liang lahat karier politiknya sendiri.Apakah mungkin ini suatu pembohongan ?.

Dalam politik segalanya mungkin , memang benar ada pendapat tidak perlu tergesa - gesa dalam mendapatkan kuasa kerajaan pusat.Saya yakin rasionalnya ialah jika dibiarkan sehingga Pru 13 negara kita mungkin hampir nazak jika dilihat kepada prestasi kini.

Jika berlaku atau pun tidak teori 16 sept 2008 ini rakyat pasti akan membuat pilihan dimasa hadapan .Tiada satu kerajaan diatas dunia ini yang tidak tumbang semua terlipat dalam sejarah.Lambat laun pasti menyembah bumi maka akan diganti dengan kerajaan yang lain.
Sept 16 apakah realiti atau pun fantasi sama- sama kita nantikan .
Anwar , ayuh buktikan janji - janji mu !!!

katakanlah: " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Ditangan Engkaulah segala kebajikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas segala sesuatu.( Al quran surah al - imran 26 )

Semoga ayat ini memberi kekuatan kepada kita semua.
Petikan dari : Sang Kelulut
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

AHALAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Datang Ramadhan
Bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Rabbuljalil
untuk kita hirup udara Ramadhan yang penuh keberkatan.

Bersyukur kerana dikurnia-Nya usia
agar kita tambah pahala berganda, mohon hapuskan petaka dosa2.

Bersyukur kerana dianugerah-Nya Malam Qadar
yang melebihi nilai kebaikan amalan seribu bulan / 83 tahun.

Datang Ramadhan
Awalnya / 10 hari pertama adalah kasihan belas Allah
Pertengahannya /10 hari berikutnya adalah keampunan

Akhirnya / 10 hari berikutnya hingga berakhir bulan ini adalah perlepasan dari azab nereka.
Subhanallah!


" Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepada-Nya. Bersolat dengan penuh khusyu' dan tawadhu' menghambakan diri pada-Nya menangisi kecurangan janji, takkan siakan walau sesaat kecuali mendendangkan al-Quran & memenuhi malam dengan bertahajjud memohon kasih dan belas-Nya & mempersiapkan diri menanti Izrail menjemput... Namun kita tak pernah mengetahui...salam kemaafan dan awal Ramadhan".
(SMS from anakanda Azizah bt Aling - Putrajaya. 10:19 pm, 31/08/2008).

DATANG RAMADHAN 1429H SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH RAHMAT ALLAH, KEAMPUNAN-NYA DAN MELEPASKAN KITA DARI AZAB NERAKA.

selamat berpuasa dan memerdekakan diri dari nafsu mazmumah zahir dan batin

by Ayahandaku Abdulhadi Muhamad
http://abdulhadimuhamad.blogspot.com/




[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]