Subscribe

Minyak Turun Barang Naik




by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Shah Rukh Khan Dapat Datuk

Tindakah Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan merupakan satu lagi perkara yang pelik tapi tak sepatutnya berlaku. Tun Dr M sepatutnya lebih terbuka dan logistik dengan menilai penganugerahan Datuk itu sendiri sebagai satu penganugerahan kehormat yang diiktiraf oleh Malaysia dan Rakyat Malaysia dengan mengambilkira pandangan dan penilaian semua pihak.

Industri filem Bollywood yang sememangnya terkenal itu telah maklum bahawa mereka akan membuat penggambaran di luar negara ( termasuk Malaysia) sekiranya mendapat sokongan dan support daripada kerajaan itu sendiri. Kata produser dan pengarah filem Anwardi Jamil, produksi filem Bollywood tidak akan mengeluarkan duit sendiri apabila melakukan penggambaran di Malaysia selain menggunakan duit kerajaan.Jadi sememangnya tiada kewajaran jika Shah Rukh Khan mendapat anugerah Datuk dengan hanya berlakon dalam enam klip video di Melaka sahaja.Sepatutnya Kerajaan Melaka faham strategi Bollywood membuat filem. Mereka akan membuat filem menggunakan lokasi di luar negara apabila dipanggil dan dibayar oleh sesuatu pihak itu

Seramai Kira-kira 20 artis yang melakukan bantahan dengan penganugerahan tersebut kerana mereka tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri Melaka di atas penganugerahan Darjah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena ulang tahun ke-70 hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob minggu lalu.

Satu penilaian semula hendaklah dibuat berhubung perkara ini. Penilaian tentang adakah wajar anugerah yang tidak setimpal kepada pelakon daripada luar yang bukanlah bersungguh-sungguh mempromosikan Malaysia seperti mana yang diwara-warakan.Dalam hal ini, rujukan hendaklah kepada mereka yang bersesuaian seperti FINAS yang mempunyai kelayakan dalam menilai penganugerahan yang diberikan kepada Shah Rukh Khan ini.

Menurut Datuk Aziz Sattar: "Isu memberi anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan ini ibarat kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

"Tiga tahun lalu, saya ada mengarah telefilem Father lakonan pelakon Bollywood Kabir Bedi yang sudah disiarkan. Dia begitu terkenal di sini. Barangkali pihak tertentu minat kepada Shah Rukh Khan. Saya akui itu hak kerajaan tetapi kami juga memperjuangkan artis kita."

Ahmad Idham: "Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama."

Arash Mohamad: "Memanglah orang yang menonton filem One Two Ka Four mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?"

Jalil Hamid: "Saya mewakili aktivis-aktivis yang aktif dalam industri ini terasa sangat seperti melukut di tepi gantang"

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Khairi dulu calon pilihan,sekarang serpihan.

Akhbar Utusan 15 Okt. 2008 melaporkan, calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.

1.Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno.

2.Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.

3.Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.

4.Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh.

5.Datuk Mukhriz dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Khairi kerana, arus sekarang ialah orang benci pada Pak Lah kerana gagal capai keputusan cemerlang dalam PRU 12. Kebetulan pula Datuk Mukhriz orang yang langtang kritik Pak Lah lepas pilihanraya, suaranya senada dengan bapanya.

6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Khairi inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Khairi baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.

7.Kita pun tidak nampak apa agenda Datuk Mukhriz hendak bawa dalam Pemuda Umno. Yang kita tengok ia lebih kepada emosi dan sentimen kemarahan pada Pak Lah, kerana bapa dia marah Pak Lah batal jambatan bengkok, tukar CEO Proton dan lain-lain isu peribadi yang melibatkan kepentingan dirinya. Kita tidak dengar agenda yang besar yang akan dibawa oleh Datuk Mukhriz. Dari segi pemikiran agama dan tindakan ia akan bersikap macam bapa beliau nanti.

8.Datuk Mukhriz patut kena ada wawasan untuk membetulkan sistem dan ekonomi yang rosak sejak bapa beliau memerintah 22 tahun. Sistem kehakiman, penggunaan dana awam, masalah sosial yang rosak teruk sekarang. Inilah yang beliau kena lakukan bukan agenda peribadi.

9.Saya yakin pemuda Pas dan pemuda Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang memimpin pemuda Umno, adinda-adinda saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti Umno yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negar ini. Khairi atau Mukhriz sama sahaja.

Penulis adalah AJK PAS Pusat.






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

916: Bahannya masih hangat ...

"Assalamu alaikum,,.. 916 telah berlalu pergi.Kerajaan masih belum bertukar, PR masih menjadi pembangkang.DSAI dilihat sebagai pembohong, angkuh, sakastik dan berangan angan serta PR masih dikatakan tidak akan mampu menggugat BN.

Ekonomi negara tidak perlu diselamatkan kerana negara tidak terjejas oleh krisis ekonomi global sekarang. Saranan mengemukakan bajet alternatif 2009 hanyalah saranan yang angkuh dan sakastik. Tidak perlu bajet yang baru kerana bajet yang dibentang oleh Menteri Kewangan yang bertemakan kerajaan prihatin serta dibentang selama satu jam setengah itu sudah memadai.

Hujah ketua pembangkang bahawa angka angka dalam bajet 2009 sudah berubah dan tidak dapat dihujah sedangkan ketua pembangkang mengambil masa 6 jam membahaskan bajet dipersoalkan.Demikianlah antara Maklum balas yang boleh kita dengar sepanjang persidangan Parlimen terkini.Namun ada beberapa perkara lagi yang menarik serta perlu diambil perhatian oleh segenap lapisan rakyat.Antara yang paling menonjol ialah komen komen mengenai 916 yang masih kedengaran di Parlimen.

Beberapa MP dari BN telah membangkitkan mengenai 916.Umumnya kesemua mereka cuba menunjukkan kegagalan PR.Ada yang mempersendakan pemergian beberapa pemimpin PR ke Taiwan kerana gagal menemui mereka.MP batu di lebel sebagai pembohong dan tindakan pemimpin PR ini dianggap satu pembaziran.

Lebih dasyat dari itu,pemimpin PR yang ke Taiwan dikatakan menangis nangis memujuk beberapa MP BN untuk menandatangani pengakuan "lompat".Pendek kata, PR digambarkan hanya berangan angan dengan 916.Persendaan ini kedengaran beberapa kali bergema di Parlimen.Namun tiada seorangpun MP PR memberi respon kepada persendaan ini.Satu gambaran bahawa memang benar apa yang didakwa mereka.

Persoalan maruah juga kedengaran dengan jelas dengan MP Batu Pahat kelihatan menjadi juara kepada keteguhan maruah yang dilaungkan.MP Batu Pahat sering menggunakan kesempatan yang diperolehinya untuk melaungkan betapa tidak bermaruahnya PR dalam usaha 916 ini.

Hebat sungguh para MP BN mempertahankan maruah mereka.Tetapi dalam usaha mempertahankan maruah mereka,tanpa disedari salah seorang dari mereka ia itu MP Jaya Gading telah melondehkan kebimbangan serta fobia mereka kepada 916.Rupa rupanya MP BN berlindung disebalik kegagalan PR dan maruah dari fobia mereka kepada 916.MP Jaya Gading dalam hujah panjang sambil cuba memperlihatkan keburukan ketua pembangkang(tetapi dengan bahasa yang lebih baik dari si katak) akhirnya mendedahkan fobia mereka kepada 916.

Kata MP Jaya Gading, mereka ada maruah untuk dipertahankan.Kalau mereka lompat mereka akan digelar pengkianat oleh rakyat.Isteri mereka juga akan mendapat gelaran yang sama, anak anak mereka juga akan turut digelar pengkianat.Mereka memikul tangggungjawab yang diamanahkah oleh rakyat yang mengundi mereka dan dengan hujah ini MP Jaya Gading merayu kepada DSAI dan PR supaya menghentikan segala usaha memujuk mereka untuk melompat.Rahsia akhirnya terdedah.Mereka takut atau mungkin ditakut takutkan oleh "bos" mereka.Pada tahap ini sebahagian MP BN yang ada boleh dianggap pengecut untuk membawa perubahan yang menjadi aspirasi rakyat di kala ini.

MP BN juga kelihatan bersubahat untuk terus berketuakan seorang yang juara dalam skandal.Ini boleh didengar dengan ucapan mukkadimah MP Muar ketika membahaskan bajet bilamana beliau memuji bakal PM serta tindakan MP Jaya Gading bertanya DSAI kenapa masih menalipon MP Batu Pahat bertanyakan isu lompat?Keengganan mereka untuk melompat boleh difahami sebagai persetujuan menerima PM baru yang paling banyak skandal di belakangnya.

Inilah harga sebuah maruah yang dipertahankan oleh setengah MP BN.Mereka bimbang digelar pengkianat kalau melompat tetapi langsung tidak bimbang dipanggi pencacai atau penjilat bontot dengan persetujuan menerima PM baru nanti.Mereka melalui MP Jaya Gading merayu rayu DSAI supaya tidak meneruskan usaha memujuk tetapi mereka langsung tidak berbuat apa apa dengan pelan peralihan kuasa yang nampaknya semakin menjejaskan negara di mata dunia luar.

Pun begitu, jelas fobia mereka kepada 916.Semakin mereka bercakap mengenai kegagalan PR, semakin mereka melondehkan fobia mereka.Perkara ini diburukkan lagi dengan kualiti hujah yang didengar di Parlimen.YB Azmin Ali paling bijak untuk menunjukkan kedangkalan hujah para MP BN ini.MP Lahad Datu memalukan dirinya sendiri apabila bertanyakan soalan kenapa pada tahun 1998 ketika DSAI menjadi menteri kewangan tidak ada bajet tambahan sedangkan ketika itu negara juga melanda krisis ekonomi.Satu soalan yang tidak berdasarkan kepada kerja rumah yang mencukupi.Akhirnya diri sendiri dimalukan di Parlimen.YB Azmin Ali diberi ruang yang cukup luas untuk menghentam sehingga akhirnya beliau mencadangkan satu kuliah ekonomi diberikan kepada beberapa MP BN yang kelihatan tidak tahu ekonomi serta mencadangkan MP PR dari PJ utara sebagai pemberi kuliahnya.

Begitu juga MP Jaya Gading dan Batu Pahat yang cuba memerli PR dengan isu maruah dan 916, akhirnya mereka terperangkap dengan soalan soalan bijak dari MP PR.Paling menarik ialah soalan YB Dr.Hatta yang menyusun soalannya mengikut format soalan MP Batu Pahat serta komen YB Khalid Samad bahawa 'itulah jawapan paling baik kepada soalan yang tidak dapat dijawap".Inilah yang ketara sekarang di Parlimen, jurang kualiti semakin jauh antara MP BN dan PR.Dan ini patut kita semua ambil sebagai signal bahawa 916 sudah semakin hampir serta PR sedang mengatur langkah berhemah dan bijak kearah itu."

by Ning







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

awas!!!! hantu bisa berubah wujud jadi anak kecil



Relax sekejap. Tergelak tengok video ni.

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Apa pun keputusan Abdullah hari ini, Umno akan terus bergolak?

Awal September hingga ke hari ini, rakyat dan ahli Umno disajikan dengan segala macam gelagat dalam isu pemilihan jawatan tertinggi Umno. Iklan

Dari jawatan peringkat Majlsi Tertinggi hinggalah sayap-sayap Umno, semunya menyaksikan perbalahan antara kelompok anak menantu dan gerakan perubahan.

Walaupun pemilihan telah ditangguh kepada Mac 2009, namun kegilaan pelbagai lapisan pemimpin mengadu-domba selain membuat kejutan berhubung pemilihan memberikan satu lagi dampak baru yang lebih 'kalut' dalam politik Umno.

Sementara Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula masih terus berteka-teki mengenai kedudukannya yang diidamkan Najib Tun Razak.

Kelemahan Abdullah menyelesaikan 'birokrasi dalaman dirinya' menyebabkan pelbagai lapisan pemimpin Umno mula bertindak agresif menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti walaupun berdasarkan warisan 'merit' dalam Umno mereka tidak layak untuk bertanding jawatan terbabit.

Paling mengejutkan Ahli Parlimen Pulai, Dato' Nur Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat sekonyong menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Beliau mengiringi Naib Presiden Umno Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan MT Umno, Dato' Zahid Hamidi serta beberapa orang lagi yang 'mengintai' peluang menduduki jawatan nombor dua parti.

Senario itu antara lain mampu membuatkan Umno semakin parah dan terus berpecah yang mana jika diamati kalangan mereka yang menawarkan diri ada antaranya terdiri daripada golongan anti bekas Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka ini dianggap boleh memecahkan undi yang boleh dimiliki oleh calon senyap ' Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mendapat perhatian Mahathir dan calon Presiden, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Sementara kegopohan Nur Jazlan untuk mendaki tangga secara 'pantas' dengan alasan orang muda boleh menarik sokongan semula akan hanya menyebabkan undi Muhyiddin di Johor 'sedikit' goyah.

Keghairahan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Taib pula untuk turut serta bertanding (yang menanti keputusan Abdullah hari ini) akan memberi kesan kepada undi Umno di Selangor.

Abdullah pula dilihat sesetengah pemimpin bawahan cuba mengatur strategi baru untuk melumpuhkan usaha pihak tertentu menentang beliau jika pelan peralihan terus dijalankan.

Malangnya, hingga kini kemelut dalaman Umno ini hanya menjadi hidangan 'pembuka selera' sahaja kepada Abdullah sementara beliau terus meratah 'poket' wang negara melalui sanak saudaranya.

Jawatan-jawatan penting dalam GLC, kementerian tertentu dan pertubuhan tertentu semuanya kini sedang mula dicaturkan untuk diisi oleh proksinya sebagai langkah keselamatan jika berundur, beliau masih boleh meratah wang rakyat.

Namun ada yang melihat, biar apapun keputusan Presiden Umno, pastinya parti nasionalis itu akan terus bergolak kerana perebutan bukan hanya atas dasar jawatan, sebaliknya menguasai 'kekayaan' kantung negara.

Petang ini, Abdullah dijangka akan mengumumkan kedudukannya sebagai Presiden Umno, ada yang membuat ramalah Abdullah akan mengakhiri zaman pemerintahannya dan tidak kurang yang memberi rumusan Abdullah akan pertahankan jawatan itu.

Bagaimanapun keputusan Abdullah, Umno akan terus bergolak dengan gelodak yang lebih hebat sebagaimana kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang mengungkap dalam persoalan kekalutan dalam perebutan jawatan Umno.


by Wan Nordin Wan Yaacob





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Politik Wang = Rasuah = UMNO

Setiap kali menjelang pemilihan UMNO, perkara yang menjadi salah satu perkara yang cukup penting untuk diperingatkan kepada semua ahli UMNO sama ada mereka akan bertanding atau tidak adalah berkaitan dengan amaran bahaya politik wang.
Dalam utusan online hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail sekali lagi memberikan amaran tegas kepada bahagian UMNO yang akan memulakan persidangan Khamis ini agar tidak mengamalkan politik wang dan terlibat dalam salah guna kuasa kerana ia melanggar peraturan parti.

Dalam utusan online hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail sekali lagi memberikan amaran tegas kepada bahagian UMNO yang akan memulakan persidangan Khamis ini agar tidak mengamalkan politik wang dan terlibat dalam salah guna kuasa kerana ia melanggar peraturan parti.

Lebih menarik, ketegasan ini disebut akan dilakukan sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku pada masa depan.

Harapan beliau bahawa pemilihan kali ini mencatatkan lembaran baru bagi UMNO supaya parti tidak lagi berdepan dengan kes politik wang seperti yang berlaku pada pemilihan lepas.

Beliau juga berharap agar individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang undang-undang seperti majistret dan peguam dapat bersama-sama memperkukuhkan kredibiliti Lembaga Disiplin yang kini berjumlah kira-kira 18 anggota.

Sejauh manakah UMNO akan berjaya menghindarkan diri daripada rasuah politik dalam UMNO? Lebih-lebih lagi Malaysia yang sedang berusaha untuk mencapai ke tahap Negara yang bebas rasuah menerima tamparan hebat apabila diletakkan dalam kategori sederhana pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International dan menduduki tempat ke-47 daripada 180 negara yang mengambil bahagian tahun ini. Malaysia yang memperolehi mata 5.1 markah masih kekal dengan mata yang sama pada tahun lalu tetapi merosot empat anak tangga.

Ditambah pula, calon Ketua Bahagian Kota Tinggi yang dilhat mampu mengalahkan Syed Hamid Alba iaitu A. Malek A. Rahman telah digantung keahliannya kerana terlibat politik wang sehingga menyebabkan Syed Hamid menang percuma. A. Malek digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan.

Hukuman itu berdasarkan Perkara 5 Tataetika Ahli dalam Perlembagaan UMNO terhadap A. Malek yang sebelum ini mendahului 23 pencalonan berbanding Syed Hamid sebanyak 21 pencalonan bagi persaingan jawatan nombor satu bahagian itu. Turut digantung adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Mohamadon Abdu Bakar dan ahli biasa, Musa Ngaman, 48, dan Muszaide Makmor.

Apa yang pastinya, politik wang ataupun rasuah politik di dalam UMNO masih lagi berleluasa dan memang payah untuk dihapuskan. Ahli UMNO sudah lama diajar untuk menerima suapan daripada pimpinan atasan, maklumlah sekarang ini harga barangan sudah pun meningkat naik hasil daripada tangan-tangan pimpinan UMNO juga.

Setiap calon dalam bahagian sedang menunggu-nunggu peluang untuk mencari apa jua tindakan yang dilakukan oleh lawan masing-masing yang boleh dijadikan bukti bahawa politik wang telah pun berlaku maka mereka akan diistiharkan menang tanpa bertanding seperti mana yang telahpun dialami oleh Syed Hamid Alba.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/








[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kes Raja Petra hari ini: Kes paling lawak di dunia!

UMNO mengganas lagi. Penulis laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, di sini, pagi ini bagi perbicaraan terhadap tuduhan mengikut Akta Hasutan. Beliau adalah penulis blog pertama di negara ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Yang melucukan ialah sekiranya dibebaskan dari pertuduhan pun, Raja Petra tetap akan terus merengkok di penjara kerana sudah di ISA! Memang la buang masa mahkamah!

Raja Petra, 58, yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didakwa atas artikel yang disiarkan mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sikap pondan UMNO terserlah apabila menggunakan ISA ke atas Raja Petra.

Tiada bezanya Raja Petra mengaku salah atau minta dibicarakan kerana tetap akan dipenjara. Lebih malang lagi, Raja Petra boleh diseksa sepuas-puasnya di ISA. Masyarakat maklum bahawa penyeksaan di ISA memang dahsyat. MAngsa dilaporkan dibogelkan, dipaksa minum air kencing, dipukul, dimalukan dan pelbagai lagi. Kem Guantanamo di Amerika juga menggunakan konsep yang sama. Tahanan diseksa dan dimalukan dengan pelbagai cara.

Tindakan menggunakan ISA ke atas Raja Petra dan kemudian mendakwa pula di mahkamah cukup tidak bijak. Keadaannya samalah seperti mendakwa seseorang dengan kesalahan menjual dadah. Kemudian, tertuduh dimaklumkan bahawa sekiranya tertuduh didapati bersalah atau didapati tidak bersalah, tertuduh akan tetap dihukum gantung!

by MelayuNeTT








[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !!

Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang.

Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada "komen artikel" adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa "komen artikel" boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing?. Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.

Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. Mengapa pulak "Ayah Pin" tidak ditangkap dan ditahan ISA? Umum mengetahui bahawa kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Begitu juga dengan laporan bekas Ustazah yang murtad iaitu Kamariah Ali, 54, yang berkelulusan pengajian agama dari Asia Barat. Beliau merupakan anak buah ayah Pin yang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan tersebut. Ini belum lagi kes yang melibatkan artis Rosnah Mat Aris yang dihebohkan dimedia baru-baru ini. Bahkan apa yang dilakukan oleh Rosnah itu jelas sekali "menghina" Nabi dan Islam? Mengapa beliau tidak didakwa dan ditahan ISA. Walhal apa yang dilakukan oleh mereka ini lebih jelas dan nyata dan ada faktanya. Bahkan kenyataan Rosnah pula disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ribuan penonton. Begitu juga dengan Ayah Pin, perbuatan beliau jelas "menghina Islam" dan telah menarik ramai pengikut untuk mendalami ajaran sesatnya itu. Tetapi mengapakah mereka semua terlepas dari hukuman dibawah akta ISA?. Apa bezanya Raja Petra dengan mereka-mereka itu? Inilah yang dikatakan undang-undang "double standard" yang diamalkan oleh kerajaan kita.

Bila disiasat semula kes ini, sedarlah kita bahawa Raja Petra ditahan atas "satu sebab lain" sebenarnya. Ini kerana sebelum ini beliau pernah berkata akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak. Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang. Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis. Oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis. Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu. Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan :-

* Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (Pakar Letupan C4 orang yang bertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.

* PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.

* Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.

Memandangkan keputusan kes tersebut akan diumumkan sekitar penghujung bulan Oktober ini, maka peluang untuk Raja Petra mengeluarkan lebih banyak bahan bukti akuan berkanunnya "terhalang". Dengan itu, proses keadilan akan gagal ditegakkan bila perkara sebenarnya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mungkin atas alasan inilah agaknya, Raja Petra akhirnya ditahan atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal kes yang sama melibatkan orang lain dibiarkan bahkan hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah sahaja. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi gambaran tentang betapa lemahnya sistem undang-undang di negara kita. Bila individu itu dikatakan boleh mengancam negara hanya kerana mereka memegang dan mempunyai bukti kukuh tentang penyelengan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kita tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Namun tiada pihak pula yang mengambil tindakan "saman" terhadap Raja Petra selepas akuan berkanunnya itu dilaporkan kepada pihak polis. "Hina Nabi: Bicarakan Raja Petra Di Mahkamah Terbuka !"

[Sebenarnya ini jelas sekali membuktikan kepada kita betapa pincangnya amalan undang-undang di negara kita sebenarnya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Bahkan ISA itu sendiri sepatutnya dihapuskan demi memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Kiranya akta itu terus dipertahankan maka selagi itulah amalan undang-undang negara kita akan ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa].

by CucuMatKilaU







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]