Subscribe

Demi ketuanan Melayu~!!

kuota 90% bumiputera dikekalkan di Pusat serenti demi ketuanan Melayu..~!!

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sdr Ezam Calon MP Kuala Terengganu?


Simpati saya terhadap Sdr Ezam semakin mendalam semenjak Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang lalu. Saya dapati Sdr Ezam bersungguh-sungguh ingin berjuang membela orang-orang Melayu. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar Sdr Ezam menubuhkan satu parti baru yang mana parti ini nanti boleh memohon untuk terus bersama BN atau bergabung dengan Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat tergamak menerimanya.

Saya suka mencadangkan agar parti baru yang Sdr Ezam boleh tubuhkan dianggotai Majlis Tertingginya seperti berikut:

1. Presiden - Sdr Ezam Mohd Noor
2. Timb Presiden - Dato Nallakaruppan.
3. Naib-Naib Presiden:
a. Dato Paduka Ibrahim Ali
b. Roslan Kassim
c. Lokman Noor Adam
4. Setiausaha - Zahid Md Arip
5. Bendahari - Presiden PEWARIS
(tak tau nama pasal tak popular)

Manakala bagi jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda dan Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi, Sdr Ezam boleh pilih daripada mana-mana ahli yang ada di dalam Kumpulan `Reformis' yang terlibat semasa Demontrasi Bogel kat Selangor ini nanti. Kumpulan `Reformis Bogel' ini wajar diberi jawatan kerana `keberanian' dan sifat `kemelayuan' mereka yang tinggi. Ini merupakan cadangan saya sahaja untuk membantu Sdr Ezam yang saya lihat umpama `ada tidak menambah, tiada tidak mengurang' di dalam UMNO sekarang.

Percubaan pertama, Sdr Ezam boleh mencuba lagi menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon MP yang kosong di Terenggganu sekarang. Di Terengganu nanti, Sdr Ezam boleh berkempen dengan lebih berkesan. Cuma, jangan pula Sdr Ezam berkempen di Terengganu mengatakan PAS lebih layak memerintah di Terengganu dari UMNO seperti yang baru-baru ini Sdr Ezam katakan terhadap PKR di Selangor. Semoga Sdr Ezam berjaya, jika tidak menjadi calon MP di Terengganu sekurang-kurangnya Sdr Ezam boleh menjadi Presiden parti barunya sendiri.

by WFAUZDIN NS







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pemimjam PTPTN akan disaman

Berbahagialah mereka yang mendapat biasiswa semasa pernah belajar di IPTA dahulu. dan berdukacitalah mereka menjadi pemimjam PTPTN kerana bakal menerima surat saman tidak lama lagi. Sekiranya anda gagal menjelaskan pinjaman PTPTN, maka anda diundang ke mahkamah dan mungkin merengkok dalam penjara kerana tidak membayar PTPTN.Kasihan anak bangsaku,walaupun belum memulakan pekerjaan tapi sudah menanggung hutang sekitar RM30,000 dengan kerajaan selepas habis belajar.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya menyusahkan anak bumiputera sendiri. Tahniah kepada pemimpin melayu yang duk melaungkan Hidup Melayu tapi telah berjaya menyusahkan hidup majoriti anak-anak Melayu.Berbahagialah Pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan Melayu telah berjaya menyusahkan anak bangsa Melayu sendiri,walhal duit kerajaan itu adalah hasil cukai rakyat. Kalau dulu kita dengar pelajar Melayu mendapat biasiswa, sekarang hanyalah pinjaman yang menyusahkan.Hai anak bangsaku,bersabarlah.

Kepada penyokong BN khususnya UMNO,berseronoklah dengan kerajaan kesayangan anda. Jangan nak mengeluh macam si Labu Labi, "Nasibb badannnnnn.....".Anda yang telah membuat pilihan dan anda menerima balasannya.Bak ibarat kata "Menang sorak kampung tergadai.".

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga Oktober lalu telah menyaman 18,532 peminjam tegar kerana tidak mengendahkan arahan supaya membayar balik pinjaman pelajaran.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah terbanyak ialah peminjam Melayu seramai 15,457 orang atau 83.41 peratus.
``Turut disaman ialah peminjam kaum Cina seramai 1,433 orang; India (991 orang) dan kaum lain (651 orang),'' katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Amran Ab. Ghani (PKR-Tanah Merah) pada sidang Dewan Rakyat hari ini."


by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bukti yg tk dapat di sanggah bahawa PAS ialah parti kufur..! [ Thread Panas di TranungKite ]

Tergelak saya bila membaca satu thread panas di forum TKO. Betul apa yang disampaikan oleh forumer yang buka thread yang bertajuk "Bukti yg tk dapat di sanggah bahawa PAS ialah parti kufur..!". Saya bersetuju seratus peratus dengan apa yang dikatakan oleh beliau. Cuma kita kena panjangkan akal,lebihkan berfikir dan matangkan kefahaman kita agar tidak tersalah faham.. hehehe.

Kata kata yang membuktikan Pas adalah parti kufur adalah seperti yang dipetik : -

Salam...sy amat yakin bahawa pas adalah sebuah parti kufur...sy harap saudara sekalian merenung segala hujah mantap saya ini sbg seorg pencari kebenaran yg ikhlas...

berikut sy senaraikan d anatara bukti kekufuran PAS:

1)pas kufur dengan agama yg d bawa oleh imamul hadhari iaitu islam hadhari...ini jelas apabila pemimpin2 agama dlm pas dgn terang2 mengatakan islam hadhari adalah bidaah..

2)pas juga kufur dgn undang2 negara yg bercanggah dgn islam khususnye dlm bab jenayah..pas dgn terang2 menentang perlaksanaan hukum2 yg bercanggah dgn islam spt ISA dan sbgnya..

di atas adalah antara bukti kekufuran pas...

kesimpulannya PAS adalah sebuah parti yg kufur dgn segala syariat2 setan dan taghut...maka tergolongalah mrk d dlm golongan yg d sebut 'dan barangsiapa yg kufur dgn taghut dan beriman dgn allah'..
...renung2kan kebenaran ini...berbahagialah golongan yg kufur dgn taghut!!

Firman Allah : -

"Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya KUFUR ingkar kepada TAGHUT  itu, dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah An-Nisa: 60)


Klik DISINI untuk terus ke forum

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Ketua Wanita Umno Yang ANGKUH !!!



takper it's ok no problem. Saya dah kata sari pun leh kalah menang dalam pilihanraya.Apa pulak 3 hari 3 bulan.Panjang tu bagi saya kalo kerja betul-betul.Jadi.. Itulah.. dan sampai saat akhir itulah saya punya pendirian. Tetapi bila sudah dii.. di cabar, kata nak bertanding dengan saya, saya dapat pencalonan 118 (nada sinis) dan saya,demokrasi kan.. dengan yang banyak, dengan yang kurang.. Dan saya lebih banyak, nak kata apa pun katalah pencalonan telah dibuat.. maka saya terimalah, untuk mempertahankan jawatan saya.. saya tidak mencabar orang,saya mempertahankan jawatan.. dan kalo dah bertanding jawabnya saya akan bertanding untuk satu penggal lah. kerana peralihan itu dengan sendirinya akan terbatal kerana dia engkari oleh parti yang satu lagi..



by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Salah BABI atau salah kita..?

Sebelum ini, isu ternakan babi di Selangor mendapat liputan yang meluas daripada media arus perdana sehinggalah ke ruangan blog.

Dan kini, isu tersebut merebak ke Kedah pula bila kerajaan negeri yang diterajui PAS telah bersetuju untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.

Mengikut rekod, projek ternakan babi secara bersepadu di Selangor dan Kedah merupakan projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin disebabkan projek ini tidak ada papan tanda “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” seperti projek-projek yang lain, maka ianya tidak disedari oleh rakyat.

Pertikaian mula timbul bila kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil-alih kepimpinan negeri Selangor dan Kedah telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek ternakan babi tersebut. Maka, isu ini pun disensasikan dengan tujuan untuk memperlekehkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika difikirkan, ada buruk dan baiknya isu ini diketengahkan.

Apa kebaikannya?

Bila isu ini dibangkitkan, secara tidak langsung penternak babi di negara ini akan lebih berwaspada dengan aktiviti penternakan mereka. Jika sebelum ini aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar tidak menjadi keutamaan bagi mereka, mungkin selepas ini, para penternak babi terpaksa memberi keutamaan kepada aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan penternak babi mula mengubah kaedah ternakan mereka ke arah kaedah yang lebih moden, bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Apa pula keburukannya?


Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum perlu menghormati tradisi dan cara hidup kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, orang bukan Islam di negara ini mesti menghormati pandangan orang Islam di negara ini tentang pengharaman babi.

Dan orang Islam juga harus menghormati cara hidup bukan Islam di negara ini yang masih menjadikan babi sebagai sumber makanan mereka.

Bila isu ternakan babi ini dijadikan isu di sebelah pihak sahaja, ianya akan dipandang sebagai penindasan kaum tertentu kepada kaum tertentu. Keadaan ini boleh menyebabkan jurang perpaduan antara kaum di negara ini akan menjadi semakin melebar dan bukannya bertambah baik.

Apa yang perlu dilakukan berhubung isu ini?


Pertama, semangat toleransi perlu dikekalkan. Hubungan kaum perlu dijalinkan melalui semangat saling menghormati antara hak dan tradisi kaum-kaum yang wujud di negara ini. Misalnya, babi antara perkara yang diharamkan oleh Islam sebagaimana arak, judi, zina, riba dan lain-lain lagi.

Justeru orang bukan Islam harus menghormati pandangan umat Islam berhubung pengharaman ini.

Dalam masa yang sama pula, orang Islam harus menghormati tradisi penganut lain yang memakan daging babi. Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak, ternakan babi seharusnya dibenarkan tetapi mestilah berpandukan kepada syarat dan peraturan tertentu. Misalnya, aktiviti ternakan tersebut mestilah menepati piawai alam sekitar, tidak menganggu ketenteraman penduduk dan mengikut kuota yang telah ditetapkan.

Isu ini tentunya tidak menjadi isu jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Malangnya, terdapat segelintir pengusaha dari bukan Islam yang tidak menghormati peraturan dan hanya mementingkan keuntungan.

Misalnya, arak tidak boleh dijual kepada orang Islam-dijual juga, bilik hotel tidak boleh disewakan kepada pasangan Islam yang bukan muhrim-disewakan juga, transaksi riba tidak dibenarkan kepada orang Islam-dibenarkan juga dan nombor ekor tidak boleh dijual kepada orang Islam-dijual juga.

Tidak dapat dinafikan, umat Islam di Malaysia begitu jijik Lebih menyedihkan, ada pula di kalangan umat Islam sendiri yang begitu melenting bila berbicara isu babi tapi dalam masa yang sama, mereka ini tidak kisah bila melihat kegiatan haram lain yang berlaku depan mata mereka.

Tidak dapat dinafikan, umat Islam di Malaysia begitu jijik dengan babi tapi meleleh air liur bila melihat peha dan betis anak dara sunti yang gebu, tertelan air liur bila melihat botol Jack Daniel dan Carlsberg serta tak senang duduk bila melihat rakan lain kena nombor ekor.

Persoalannya, apakah kita benar-benar melihat sesuatu yang diharamkan itu sebagai dosa ataupun hanya melihat yang diharamkan itu sebagai tegahan tradisi dan kepercayaan turun-temurun?

Tulis sambungan post di sini

by Nur Aflah




http://www.sabahdaily.com/2008/11/salah-babi-atau-salah-kita/






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Apakah Hukum Perniagaan FOREX



by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Jabatan Mufti Perak: Gelang Magnetik Harus



Petikan Buletin Utama TV3 25 Mei 2008

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Mufti Perak - Insurans adalah HARAM


Penerangan dari Mufti Perak, Dato' Harunsani Zakaria dalam membicarakan HARAMnya insurans konvensional yang ada di malaysia



by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Isu bogel: respons kepada Ramlan Abu Bakar

" Merujuk kepada artikel "Isu Demostrasi Bogel" oleh saudara Ramlan Abu Bakar, Presiden Reformis yang disiarkan di Tranungkite pada 19 November 2008. Terlebih dahulu terima kasih kepada saudara Ramlan yang telah menjelaskan bahawa cadangan berbogel itu hanya sebagai simbol kemiskinan sesetengah rakyat di Selangor hinggakan tak mampu membeli pakaian.

Saya juga ingin ucapkan tahniah kerana cara yang mengemparkan yang saudara gunakan itu telah berjaya menarik perhatian ramai terhadap masalah rakyat miskin di Selangor. Tapi saya rasa amat perlu ditegaskan bahawa pemerintahan YAB Tan Sri Khalid hanya baru lebih kurang 7 bulan, maka terdapatnya kemiskinan di kalangan sesetengah rakyat Selangor sebenarnya adalah hasil dari pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun.

Yes sir, kemiskinan yang masih ada adalah hasil 50 tahun BN memerintah. Tolong jangan salahkan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid yang baru 7 bulan berkuasa.

Seharusnya saudara Ramlan tanya apakah telah dilakukan oleh Khir Toyo dan Menteri-Menteri Besar Selangor dari parti BN yang lain seperti Dato Harun Idris, Tan Sri Mike Tyson (one million dollar man), Dato Seri Abu Hassan Omar untuk membasmi kemiskinan di Selangor. Zaman pemerintahan mereka secara terkumpul adalah selama 50 tahun. Jangkamasa 50 tahun itu amat lama sekali. Kalau diibaratkan dengan umur manusia, bila dah umur 50 tahun itu rambut yang dulu hitam dah mula putih atas bawah.

Yes, 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional di Selangor telah ditamatkan oleh rakyat pada PRU ke-12 pada 8 Mac 2008. Yes pemerintahan kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor baru berusia 7 bulan, maka hampir segala masalah yang dihadapi rakyat di Selangor adalah hasil terkumpul 50 tahun pemerintahan corrupt Barisan Nasional. Malah kerajaan campuran PKR-DAP-PAS boleh diibaratkan sebagai mencuci mangkok kotor penuh taik yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Kenapa rakyat Selangor terajang BN di Selangor? Jawabnya mudah sekali - sebab Barisan Nasional bergelumang dalam taik rasuah, pecah amanah, salahguna kuasa dan bermacam-macam lagi penyelewengan selama 50 tahun memerintah hinggakan ada rakyat Selangor yang saudara Ramlan baru sekarang ini sedar berada dalam keadaan terlalu miskin sampai tak mampu membeli pakaian.

Kenapa selama ini saudara Ramlan Abu Bakar tak bersuara tetapi diam membisu. Yang diam membisu tidak mahu dengar rintihan kesengsaraan rakyat adalah UMNO dan BN - selama 50 tahun pulak tu.

Isu roboh rumah tanpa notis dan tanpa pampasan bukan perkara baru, tetapi telah banyak dilakukan di zaman pemerintahan Khir Toyo dan lain-lain MB dari BN.

Di mana saudara Ramlan waktu dirobohkan dua tiga tahun yang lalu beberapa kawasan perumahan rakyat berpendapatan kecil di Ampang, di tebing sungai di Ulu Kelang dan di lain-lain tempat di Selangor. Saya ingat lagi kerajaan Khir Toyo yang corrupt dan zalim itu telah tergamak merobohkan rumah-rumah rakyat jelata di Ulu Kelang semasa perperiksaan SPM diadakan hinggakan pelajar-pelajar yang mengambil perperiksaan tersebut terpaksa mengulangkaji di dalam khemah-khemah. Seksanya dan sedihnya perasaan pelajar-pelajar tersebut. Di mana kamu waktu itu wahai Ramlan, Presiden Bogel.

Kenapa dulu kamu berdiam diri wahai Ramlan. Maka timbul persoalan, adakah kamu ikhlas. Adakah kamu diperalatkan oleh golongan BN yang kini frus tertonggeng? Adakah kamu diupah? Saya bukan menuduh, hanya mahu bertanya.

Baiklah. Mungkin apa yang saudara Ramlan bangkitkan itu ada sedikit sebanyak kebenarannya. Maka saya kira eloklah PR mengadakan penyiasatan, dan elok kiranya kerajaan campuran PKR-DAP-PAS di Selangor mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan itu.

Jangan PR ikut jejak Barisan Nasional yang dengan bongkak dan sombong selama 50 tahun tidak menghiraukan masalah yang dihadapi rakyat. Kerajaan Barisan Nasional hanya mahu dengar puji-pujian tapi pekakkan telinga terhadap masalah rakyat. Jangan kita ikut cara BN yang tidak amalkan ketelusan. Kerajaan BN selama ini tidak amalkan ketelusan sebab banyak pekong dan taik yang hendak disembunyikan.

Antara sebab rakyat di Selangor, Perak, Kedah dan Penang menerajang keluar kerajaan BN adalah kerana mahukan perubahan. Rakyat inginkan perubahan dari kekotoran BN kepada yang bersih. Rakyat mahukan perubahan dari BN yang nyata corrupt dan telah salahgunakan kuasa kepada kerajaan alternatif yang berintegriti serta beramanah. Maka PR jangan pula ikut cara-cara haprak BN yang corrupt, pecah amanah, sombong dan bongkak itu. Kita perlu amalkan ketelusan dan respons kepada rintihan kesengsaraan rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan PR hendaklah bermatalamatkan kesejahteraan rakyat. Kita telah melihat bagaimana kerajaan Barisan Nasional telah sering melaksanakan projek-projek yang sebenarnya bukan untuk menafaatkan rakyat tetapi untuk kayakan pemimpin BN anak beranak dan kuncu-kuncu. Janganlah kita pula ikut jejak kotor BN yang menyalahgunakan kuasa untuk kayakan diri sendiri.

Tarabulsi







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kerajaan yang tidak ikhlas

Kerajaan Persekutuan seharusnya mencontohi kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang sedikit sebanyak telah menjalankan manifestonya yang berteraskan kebajikan kepada rakyat di negeri masing-masing. Tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing wajar dicontohi dan dipuji kerana keikhlasan kerajaan negeri membantu rakyat. Berbanding kerajaan BN yang bermuka-muka, dilihat seolah-olah ikhlas membantu mengurangkan bebanan rakyat dengan pengurangan tol (diskaun 10 peratus) yang bermula dari tujuh jam selepas tengah malam hingga pagi keatas kepada pengguna lebuhraya Utara- Selatan dan Elite. Walhal Cara kerajaan menetapkan kadar tol yang rendah pada waktu tertentu berbanding waktu siang memberi gambaran bahawa kerajaan terajuan UMNO tidak bersedia untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

Sekiranya kerajaan ikhlas membantu rakyat,maka tak perlulah ditetapkan masa kepada pengguna jalanraya untuk menerima penuh diskaun yang diletakkan oleh kerajaan. Tak perlu hanya untuk waktu tertentu. Inilah keikhlasan yang sebenar yang wajar dilakukan. Bila kerajaan negeri Perak, Selangor dan Penang telah meringankan bebanan rakyat dinegeri masing-masing para pemimpin UMNO masih mengutuk dan mengatakan kerajaan Negeri ini tidak melaksanakan manifesto dan gagal walaupun pelaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat ada di depan mata.

Berhubung kenaikan harga tol,tidak pula ditentukan masa tetapi apabila penurunan harga tol, pandai pula nak tetapkan masa dan mesti tertakluk pada masa.Cara kerajaan menetapkan tempoh masa yang terhad kepada pengguna jalanraya hanyalah memberi manfaat kepada pihak yang tertentu khususnya pengguna kenderaan berat seperti lori dan kontena yang lebih banyak beroperasi dan menjalankan kegiatan pada waktu malam di jalanraya.Jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa.

Maka kesimpulannya,kerajaan BN memang tidak ikhlas membantu rakyat dan hanyalah sekadar mahu mengaburi rakyat agar berfikir kerajaan telah berupaya membantu rakyat. Kerajaan BN sememangnya gagal dan tiada pujian pun yang layak diberikan.

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Generasi Sekarang



Tabik respek kepada Makcik.!!







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Pelik tapi benar: Parti perkauman seru hentikan perkauman

"Apabila dunia hampir kiamat pelbagai kepelikan yang akan muncul. Di zaman mutakhir ini, satu lagi berita pelik telah muncul di Malaysia, yang sekarang sedang hangat diperkatakan

Bermula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang menyatakan bahawa berdasarkan sejarah, kaum Cina adalah kaum pendatang di Malaysia. Kenyataan ini tidaklah pelik, namun yang peliknya adalah respons yang terus bermunculan dari kalangan pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan PresIden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengambil langkah awal menyatakan bahawa UMNO memohon maaf atas apa yang dilakukan oleh Ahmad Ismail, manakala Ketua UMNO Bukit Bendera tersebut tetap bertegas dengan keputusannya untuk tidak memohon maaf, kerana yakin beliau tidak bersalah. Najib bagaimana pun menyatakan pula bahawa pendirian Ahmad Ismail yang disokong oleh 13 Ketua UMNO Bahagian yang lain tidak mencerminkan dasar UMNO. Peliknya, kalau begitu kenapa Najib memohon maaf bagi pihak UMNO, kerana UMNO tidak melakukan sebarang kesalahan?

Ada yang lagi pelik, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan semua perbincangan yang menjurus kepada sensiviti perkauman perlu dihentikan segera. Tidakkah pelik, Hishamuddin yang terkenal lantang dengan semangat keMelayuan dan hunusan keris UMNOnya, menyeru agar dihentikan isu perkauman. Bukankah menyeru kepada bangsa dan berjuang untuk bangsa hingga sanggup menghunus keris itu adalah ‘perkauman’? Atau, tidak mengapa jika perkauman yang diseru berapi-api itu adalah perkauman Melayu semata-mata, namun yang tidak bolehnya adalah mengaitkannya dengan bangsa lain?

Pak Lah sendiri, selaku ketua parti Melayu terbesar menyeru agar menghentikan sensasi isu perkauman. Bukankah menyeru kepada Melayu itu sendiri merupakan seruan perkauman, yang sekali gus merupakan seruan Jahiliyyah? Sungguh pelik apabila mereka yang selama ini menyeru kepada kaum masing-masing, sekarang menyeru agar dihentikan seruan perkauman. Ada yang lebih pelik, bukankah UMNO itu sendiri parti perkauman. Bukankah ia untuk kaum Melayu dan bukankah perbincangan di dalam mesyuarat Agung UMNO adalah perbincangan yang senantiasa dipenuhi perkauman?

Kalau sudah UMNO adalah untuk bangsa Melayu, MCA pula untuk bangsa Cina dan MIC adalah untuk bangsa India, dan ketiga-tiga parti terbesar ini berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing, bukankah ini semua perkauman?

Inilah hakikat apabila dunia sudah menghampiri kiamat, undang-undang dan pemikiran Jahiliyyah menyatakan bahawa, tidak mengapa untuk menyeru kepada perkauman hanya kepada kaum masing-masing, namun jangan sekali-kali dikaitkan dengan bangsa lain. Jika dikaitkan dengan bangsa lain, maka barulah dikatakan ‘perkauman’, dan hal ini tidak boleh. Namun jika tidak mengaitkannya dengan bangsa lain, maka ini bukan perkauman, dan hal ini diperbolehkan, malah mesti diperjuangkan!

Bagi sesiapa yang berjuang untuk kaum masing-masing, sama ada mengaitkannya dengan bangsa lain atau tidak, maka dengan ingin mengingatkan mereka akan sabda Rasulullah SAW,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud]

Terdapat banyak peristiwa di dalam sirah di mana Rasulullah mencela mereka yang cuba mempertahankan sikap assabiyyah ini. Dalam satu kejadian, sekumpulan Yahudi merancang untuk memecahkan kesatuan kaum Muslimin setelah dengki melihat bersatunya Auz dan Khazraj atas dasar Islam. Mereka menghantar beberapa orang pemuda untuk melaga-lagakan Aus dan Khazraj dengan mengungkit semula kisah Perang Bu’ath di mana golongan Aus berjaya mengalahkan Khazraj. Hasilnya terjadilah perkelahian antara Aus dan Khazraj dan hal ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah. Nabi dengan tegas lalu bersabda,

“Wahai kaum Muslimin, ingatlah kalian kepada Allah, ingatlah kalian kepada Allah! Kenapa kalian mengikuti seruan Jahiliyyah, padahal aku masih berada di tengah-tengah kalian. Dan Allah sebelumnya telah memberi petunjuk kepada kalian dengan Islam, memuliakan kalian dengannya, memutuskan segala kejahiliyyahan dari kalian, menyelamatkan kalian dari kekafiran dan menyatukan hati kalian.”

Apabila mendengar sabda Nabi ini, kaum Aus dan Khazraj terus sedar bahawa seruan Jahilliyah adalah tipuan syaitan, dan salah satu dari makar musuh Allah terhadap mereka. Mereka terus menangis dan berpelukan antara satu sama lain. Peristiwa ini merupakan asbabun nuzul Surah Ali Imran (3):102-103.

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (dengan Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu berpetunjuk.”

Justeru, jika pemimpin Malaysia benar-benar ingin menyeru agar dihentikan seruan perkauman ini, maka merekalah yang sewajibnya terlebih dahulu menghentikan perjuangan assabiyah (perkauman) mereka. Mereka wajib berpaling dari perkauman dan wajib mengambil “Islam” sebagai perjuangan, bukannya “bangsa”. Bagi mereka yang kononnya menyeru agar ditinggalkan perkauman, walhal dalam masa yang sama masih berpegang erat kepada perkauman, menyeru dan memperjuangkannya, maka ingatlah akan firman Allah,

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kemurkaan di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. [TMQ as-Saf (61):2-3].

Na’uzubillah min zalik.

by SueKeb







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO yang rakus

"Ketika Najib mengambil alih kementerian kewangan dari pak lah, tidak lama dalam tempoh tidak sampai pun 1 minggu sebelum beliau dilantik menjadi menteri kewangan telah menjadi rakus. Sebab dalam tempoh yang pendek itu beliau telah efisien dan cepat melulus projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB). Sebab itu DSAI kita panjang lebar membangkang rasional projek ini.

Apa yang rakusnya? Rakus kerana projek IT itu diluluskan dan duit rakyat diambil sebanyak 2.4 billion. Sebelum itu pada 16 Sept 2008 lebih kurang 11.3 billion duit rakyat telah diluluskan untuk tender projek HSBB ini.

Apa yang rakusnya? Perlu diingat beberapa negara lain seperti Malaysia juga mengambil inisiatif memperluaskan keperluan teknologi IT jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar ini juga. Bezanya mereka tidak mengambil wang rakyat dan dibazirkan untuk tujuan semata-mata atas nama pelaburan dan memperluaskan teknologi ini. Contohnya Singapura, Korea, Taiwan dan Hong Kong. Tetapi mereka tidak mengambil wang rakyat kerana pada akhirnya nanti perkhidmatan tanpa wayar ini dilanggan oleh penggguna IT yang perlu membayar caj bulanan.

Apa yang rakusnya? Sasaran atau pengguna yang bakal menggunakan keperluan jalur lebar ini juga tidaklah besar kerana sasarannya hanya 50 peratus sahaja menggunakan HSBB menjelang tahun 2010 kelak. Nampak jelaslah kawasan bandar sahaja yang akan menikmati faedah HSBB ini. Kalau anda tinggal di Lembah Kelang tahniahlah. Tapi kalau anda tinggal di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Jitra, Kuala Berang, pedalaman Sabah dan Sarawak saya ucapkan takziah dan tumpang sedih. Kita semua tidak kira tinggal di bandar atau desa berhak mendapat hak kesamarataan. Sasaran 50 peratus agak kecil tambah lagi ianya hanya disasarkan kepada mereka yang tinggal di bandar sahaja.

Najib yang memegang kuasa persekutuan harusnya belajar dari Lim Guan Eng yang memegang hanya kuasa negeri. Lim Guan Eng juga meluluskan projek HSBB ini untuk Pulau Pinang dan iannya dinikmati semua penduduk negeri itu termasuk Balik Pulau dan Seberang Perai juga. Tiada wang rakyat diambil untuk membeiayai projek ini. Kalau kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Mahathir pernah menyatakan projek itu kempen itu kempen ini seperti celik IT, kempen komputer setiap isi rumah, projek Cyberjaya dan Multimedia Super Corridor. Di sini saya kira tentu ramai dari kita hampir sudah lupa dengan istilah Multimedia super Koridor atau koridor raya diwujudkan oleh DR M.

Tentu banyak kaitan projek HSBB ini dengan lain-lain perkara demi kepentingan celik IT dan keperluan masyarakat Malaysia yang maju menjelang tahun 2020 nanti.

Tapi, Malaysia di bawah pimpinan Najiboros yang memang boros nanti gagal mendapat faedah HSBB secara optimum. Selain hasrat Malaysia menjadi negara yang rakyatnya celik IT dan menggunakan komputer pada kadar yang tinggi akan menjadi harga yang mahal untuk dibayar oleh semua pembayar cukai.

Jadi kalau Orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak marah jgn tangkap mereka dan sumbat dalam kem tahanan Kamunting kerana mereka berhak tahu dan persoal wang mereka.

By Tempe Goreng






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Menanti Kejatuhan Kerajaan BN

Kerajaan yang dipimpin oleh BN bakal tumbang sama ada dalam masa terdekat mahu pun dalam pilihan raya ke 13 nanti hasil daripada keputusan yang dibuat oleh kerajaan sekarang tidak langsung menyebelahi rakyat. Begitu juga dengan isu semasa sekarang yang dilihat oleh rakyat satu penipuan yang diada-adakan untuk mengaburimata rakyat.

Isu semasa kini semakin hangat dengan pelbagai isu. Isu pembebasan Rajak Baginda (RB) daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, penurunan harga minyak yang terlalu sedikit, penurunan harga beras sekadar 20 sen sahaja dan lain-lain lagi.

Isu pembebasan RB yang dipersoalkan keputusan mahkamah yang selari dengan sms Najib cukup menampakkan semacam ada mainan politik (tangan-tangan ghaib) yang membolehkan pembebasan itu dibuat. Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu “Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost”.

Isu penurunan harga minyak sekadar 15 sen amat menduka citakan hati rakyat yang mengharapkan harga minyak diturunkan sehingga RM 1.60 sesuai dengan harga minyak dunia sekarang dalam lingkungan USD 68 setong.

Hasil daripada penurunan harga minyak yang sudah beberapan kali turun tidak menampakkan keberkesanan penurunan harga barangan di pasaran. Hanya pasaraya-pasaraya besar sahaja membuat penurunan harga barang yang terpilih.

Cuba saudara bayangkan, berapa ramai kita nak boikot peniaga yang tidak menurunkan harga barang. Saya ambil contoh rakyat di kampung-kampung yang mempunyai beberapa kedai sahaja di kampung mereka, takkan mereka nak boikot semuanya dan pergi membeli jauh sedikit daripada kampung mereka. Tentu kosnya sama sahaja walaupun harga barangan di kedai kampung lain agak murah, tetapi bila dicampur dengan kos perjalanan dan masa, tentunya kosnya sama sahaja dengan membeli di kedai di kampung mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri berkaitan agak nampak ada kebodohannya. Kan kerajaan memiliki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang ada cawangan disetiap jajahan, takkan tak boleh guna untuk pantau kedai-kedai yang tidak menurunkanharga barang. Apa guna kalau tak guna untuk kesenangan rakyat.

Itulah sebab kerajaan perlu berfikir panjang sebeluim menaikkan harga minyak. Akibatnya rakyat yang menanggung keperitannya. Meraka hanya pikir untuk kesenangan mereka sahaja (BN) dan kroni-kroni mereka. Rakyat menderita tak apa asal kerajaan pimpinan BN terjaga sudah la.

Begitu juga dengan penurunan harga beras yang terlalu kecil iaitu 20 sen. Dek kata orang, lekat celah gigi jer. Betullah orang kata Dato' nie kedekut (kupit dalam loghat kelate).

Kita tunggu 4 dan 5 November ni kut-kut ada perubahan kerajaan akan berlaku hasil daripada tiada sokongan daripada parti BN untuk menyokong bajet 2009 yang sedang hangat dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat.

Insya Allah, kita sama pakat-pakat berdoa ke arah pembetukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat yang diimpi-impikan oleh segenap rakyat jelata Malaysia.

Muhamad Hanif






[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Norman Hakim VS Ebby VS Memey




by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]