Subscribe

apa istimewanya artis hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN?

" Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!

Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.

Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:

"Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!"

"Artis mana, kak dengar dari sapa?", tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.

"Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan..." jawab wanita yang membahasakan dirinya sebagai kakak itu.

"Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"

"Kakak baca dalam surat khabar", jelas wanita itu, "Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?"

Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah campur lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?

Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:

i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;

ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan

iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.

Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?

Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!

Oleh: pendikar gunung kriang

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Sikap Pemimpin UMNO mengenai HUDUD

Kalau tengok sekarang dlm media massa, pemimpin2 umno hanya memberi komen yg bersifat 'menyerang', bukan kenyataan yg bersifat 'mempertahankan diri', atau 'perkenalkan diri'.Langsung tak hurai apa pandangan peribadi, apa pandangan UMNO dlm isu ini, apa pendirian umno mengenai hukum ini.Adakah ia akan diperjuangkan atau tidak? adakah hukum tersebut wajar dilaksana atau tidak..tidak ada ulasan..

Yang ada, seronok mengulas apa yg berlaku antara DAP dan PAS, PAS sukar sebab itu dan ini, DAP parti yg kurang ajar, pakatan yg tak bertahan lama, dan mcm2 lagi.Adakah umno tidak merasa mereka turut bertanggungjawab dlm isu ini?
adakah mereka merasakan itu bukan urusan mereka? Tidak sedarkan pemimpin atasan, terdapat penyokong bawahannya, yg berkobar2 darah melayu Islamnya, mahukan jawapan dari pemimpin mereka dlm isu ini?

Pembangkang tidak mampu ke mana - Rosnah

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Pertentangan yang jelas di antara parti pembangkang berhubung pelaksanaan hukum hudud membuktikan bahawa kerjasama pembangkang tidak akan dapat pergi jauh.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, malah jika mimpi pembangkang untuk memerintah negara menjadi kenyataan sekalipun, rakyat boleh menjadi hakim bagaimana percanggahan antara Pas dan DAP berhubung dasar mereka itu.

''Malah sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga hari ini masih membisu berhubung isu itu juga menyerlahkan realiti betapa gabungan pakatan pembangkang amat rapuh dan setiap parti hanya mementingkan agenda masing-masing,'' katanya di sini hari ini.

Isu mengenai hudud timbul kembali selepas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan bahawa Pas komited untuk melaksanakannya jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak.

Kenyataan itu bagaimanapun dikritik hebat oleh DAP yang merupakan sekutu Pas apabila dengan keras menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan menjadi agenda mereka.

Sehubungan itu, Rosnah berkata, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan menggunakan akal untuk menilai sejauh mana pakatan pembangkang mampu membentuk kerajaan yang adil terutamanya kepada umat Islam jika mimpi mereka itu menjadi kenyataan.

''DAP langsung tidak mahu membuka ruang kepada Pas untuk berbincang perihal pelaksanaan hukum hudud dan bermati-matian menolak cadangan tersebut.

''Sedangkan Pas seperti yang ditegaskan oleh Husam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut.

''Malah saya percaya semua ahli Pas mahu hukum hudud menjadi teras pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang kelak,'' jelasnya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, rakyat sepatutnya telah lama sedar perihal kekalutan antara Pas dan DAP yang tidak akan ada garis penamatnya.

Oleh itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat terutama yang beragama Islam untuk membuat penilaian terbaik tentang masa depan mereka dengan tidak membenarkan angan-angan pakatan pembangkang memerintah negara ini menjadi kenyataan.

''Jika pakatan pembangkang memerintah, pastinya akan wujud 'krisis' di antara DAP dan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud dan paling penting keadaan seperti itu akan menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

''Oleh itu setiap daripada kita mesti menggunakan logik akal supaya tidak menyesal di kemudian hari,'' ujarnya.

dari : Utusan Meloya





[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Persoalan Hudud : Hudud memang wajar dilaksanakan.

Satu debat secara ekslusif antara Husam Musa dan Khairy Jamaludin yang diadakan di Balai Islam Kelantan membuka ruang kepada kedua pihak berdiskusi secara ilmiah dengan disaksikan oleh ribuan rakyat majoritinya daripada anak Kelantan.Banyak persoalan didebatkan dengan profesional dan mampu memberi ruang kepada rakyat menilai siapa yang berjuang membela nasib rakyat atau sebaliknya.

Saya cuma tertarik dengan satu topik, sehari selepas debat berlansung, kita digegarkan dengan berita menakutkan rakyat oleh Utusan Meloya,Berita Hairan, Tv3Suku mengenai satu berita sensasi, "PAS akan tetap melaksanakan Hudud" .

Saya ingin bercakap sedikit mengenai hudud ini,sebenarnya hudud boleh dilaksanakan di mana-mana negara samada islam atau bukan.Sila baca keseluruhan artikel ini. Sebenarnya hukuman yang telah ditetapkan oleh pencipta maka itu yang terbaik. Dan inilah yang sewajarnya menjadi pegangan kita sebagai orang Islam. Terdapat satu perbezaan yang sangat ketara antara undang-undang Allah ini dengan undang-undang sekular yang dipakai masa kini.

Saya akan memberi gambaran kepada anda,perbandingan yang jelas agar pembaca memahaminya. Pertama,Undang-undang penjara yang dikenakan kepada pembunuh,perogol dan perompak merupakan satu undang-undang yang bukan sahaja merugikan,malah memberi kesedaran yang tidak optimum kepada mereka setelah mereka keluar daripada penjara. Antara contohnya kita boleh lihat adalah di Amarika Syarikat. Kos untuk menjaga tahanan di penjara-penjara bukanlah sedikit,malah menjangkau kos billion dolar amerika, dan duit ini dibelanjakan sepenuhnya untuk membina tempat yang selesa kerana berpegang kepada prinsip sekular iaitu "mengikut hak asasi manusia". Tahanan diberi keselesaan. Pihak penjara juga terpaksa memastikan kawalan keselamatan yang tinggi supaya banduan tidak terlepas.

Berbeza dengan hukum HUDUD, tiada pembaziran yang berlaku, dan tiada kawalan ketat yang diperlukan.Hukuman kepada pesalah diberikan secara terus,yang membunuh patut dibunuh, yang merompak dipotong tangan. Tiada penjara untuk mereka. Tiada keselesaan. Penyesalan pasti berlaku. Dan kesedaran kepada masyarakat diluar dipertingkatkan, yang ingin membuat jenayah pasti berfikir banyak kali. Tiada wang dan tiada masa dihabiskan untuk mengawal jenayah. Tiada ketakutan apabila pembunuh terlepas. hidup memang selesa jika ada undang-undang hudud dilaksanakan. manusia yang berfikiran tak waras sahaja yang mengatakan hudud tidak sesuai.

Secara telus,hukum hudud tidak ada masalah pun untuk dilaksanakan dalam negara Malaysia walaupun kita mempunyai pelbagai kaum, kerana ia satu undang-undang yang menjaga keharmonian semua melangkaui batas agama dan kaum. Cuba kita tanya pada kaum Cina dan India yang mana ahli keluarganya pernah dibunuh atau dipukul atau dirogol dan sebagainya. Kita dapat lihat reaksi mereka sendiri,dan perkara biasa terluah dari mulut mereka adalah:

"kalu aku dapat pembunuh itu, aku akan bunuh balik"

Bukankah ini salah satu hukum hudud???? Adakah zalim menghukum kpd org yang bersalah????Dan kenapa penjahat perlu dibela supaya hukuman yg dikenakan ringan????

Inilah yang perlu difikirkan. Islam bukanlah agama yang hanya tahu menghukum. Tetapi menghukum atas dasar keadilan yang sebenar. Perspektif inilah yg perlu diubah.Orang UMNO akan selamanya berdalih dalam segala bab dan perkara yang berkaitan dengan Islam. Sikap sekular dan liberal lebih diutamakan daripada hak undang-undang Allah yang wajar ditegakkan.

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kasut Terbang Di Kepala Bush… Bagaimana Malaysia?

" Ibnu Hasyim dalam coretan catatan Santai.


Sebelah kasut pertama terbang di atas kepala Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq 14 Disember, dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik.

“Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” Jerit Muntazer Al-Zaidi wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah, lalu membaling kasut yang dipakainya. “Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq”

Tetapi Bush berjaya mengelak menundukkan kepalanya dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin, manakala kasut kedua tersasar. “.. saiz no 10” Katanya sambil bergurau, walaupun disahut oleh beberapa orang saja.. dan akhirnya Muntazer segera dihukum oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. (Anda boleh lihat juga dalam Youtube..)

Apakah kata-kata ‘saiz no 10’ itu sebagai kata simbolik , di mana orang yang melempar itu adalah bukan kanak-kanak atau orang yang sudah besar? Apakah di Malaysia ‘orang no1’nya bagaikan dilempar dengan kasut, apabila dipaksa melatak jawatan, yang mungkin juga oleh kuncu-kuncu orang besar, orang no2 selepas beliau?

Maaf, hanya gurau sikit-sikit, dari catatan santai kali ini. Sekian, wallahu aklam.

Dari

Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Disember15, 08. KL"

Tulis sambungan post di sini

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Bush di Baling Kasut oleh Wartawan Iraq



Bush di baling kasut .. Akhirnya engkau dimalukan juga Bush walaupun engkau sempat mengelak..




Iyyahh~!!










[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Tanah Runtuh : Kenapa PR dipersalahkan?

Sikap pak menteri yang mengeluar kenyataan menyalahkan pembeli kediaman lereng bukit adalah satu tudingan yang melampau dan tidak wajar sama sekali. Menyalahkan pembeli semata-mata adalah menampakkan kecetakan akal pak menteri, mengiyakan kedunguan sendiri kerana segala projek tidak dapat dilaksanakan andai tiada sebarang projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Persoalan yang timbul di sini bukanlah mempertikaikan pembeli kediaman, tapi pertikaian yang sewajarnya adalah mengapa pihak pentadbiran meluluskan projek tersebut.

Maka adalah pihak yang menyalahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan menyalahkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Rasionalnya, kita sebagai rakyat tidak perlu menyalahkan mereka. Rakyat kena bijak dalam menilai. Kerajaan mana yang dah lama memerintah Selangor itulah yang kita wajar persoalkan dan bukanlah kepada kerajaan yang baru setahun jagung memerintah. Adakah betul projek-projek lereng bukit ini diluluskan pada zaman PR memerintah? Ini persoalan yang sepatutnya, persoalkan mereka yang bertanggungjawab. Khususnya dato Khir Toyo yang telah banyak meluluskan projek lereng bukit. Buktinya Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu

Azmin Ali berkata :

“Saya ingin ingatkan Khir Toyo, jangan melampau membuat kenyataan dan jangan cuba menyembunyikan kesilapan yang beliau lakukan dengan mencari salah Tan Sri Khalid. Seperti yang saya sebutkan tadi, undang-undang sudah diluluskan pada tahun 2001 tetapi kenapa dari tahun 2004 hingga 2007 terdapat 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan?

Dan kalau kita lihat, pemaju terus berani membuat projek-projek ini kerana mereka tahu tidak ada tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Kenapa mereka sebegitu berani? Kerana mereka inilah yang menyalurkan dana kepada Umno.

Sebab itu, biarpun undang-undang sudah ada tetapi sanggup dilanggar kerana ada pihak yang akan mengaut keuntungan. Ini juga boleh dikatakan telah berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam meluluskan projek-projek ini kerana sanggup melanggar undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan pusat.”

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO yang JiJik~

Alhamdulillah aku masih diberi akal yg waras, memilih parti Islam. Dan semakin ramai yang respek dgn PAS dan menjauhi Umno.

Realiti yg sebenar semakin ramai tidak memilih parti yg berpemimpinkan PERASUAH, berskandal, berebut jawatan, jatuh menjatuh. Semuanya semakin jelas, pemimpin Umno semakin kronik berbalah sesama mereka merebut jawatan, jalan utk menjadi jutawan segera. Hasil dari rompakan wang rakyat secara terhormat.

Sorang kawan aku hadiri majlis suami kpd calon Ketua Wanita Umno (CKWU). Dia bekerja dgn suami CKWU tersebut. Majlis tersebut dipenuhi arak utk meraikan Non Muslim. Tak sangka suami dan bakal CKWU pun sama-sama minum arak.

Kawan aku seorang atas pagar, tak sangka pemimpin yg dok sibuk sebut Islam ketika nak buruk-burukkan PAS rupanya seorang hipokrit!

Patutlah pun dia pertahankan Kelab Malam dan tempat berpeleseran kat Bangsar tu! Rolling Eyes

Inilah pemimpin parti Umno yg kononnya bawa kebenaran. kalau kita selongkar satu persatu cara hidup pemimpin Umno, ia amat menjijikkan!

Pengakuan dari Keris Hijau







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Persoalan demi persoalan kes Altantuya

1) Kenapa Raja Petra sanggup berdepan dengan risiko maut bila mencabar Najib dan Rosmah dalam kes ini dan kenapa kah mereka tidak saman beliau dan lari dari topik ini dan tahan dia atas kesalahan ain.

2) Mengapakah Penyiasat peribadi BALA tu memberi akuan sumpah dan tiba2 hilang hari keesokkannya dan kenapakah sampai sekarang tidak muncul2 lagi.

3) Kenapa Razak Baginda tak pasal2 muncul ke media dan meminta jangan libatkan Najib dan kenapakah Razak Baginda boleh dibebaskan dan kenapakah baki tertuduh tu di tutup kepala atau tak mau dipamerkan muka mereka kepada umum semasa setiap perbicaraan.

Tulis sambungan post di sini

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

UMNO : DULU KINI DAN SELAMANYAAA...


Klik pada gambar utk besarkan dan baca isi kandungan.


by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Minyak Turun lagi.. Malaysia ohh Malaysia...


BERITA GEMPAR USD 25 oil forecast for 2009 Sat, 06 Dec 2008 03:32:28 GMT

Kita di Malaysia turun 10sen,10sen,15 sen .. Sebenarnya minyak di Malaysia tidak turun lagi. Dari harga dulu rm1.92, ia masih ditahap itu. Tidak turun lagi..Kita hanya tertipu dengan istilah turun setelah naik mendadak (78 sen).Minyak hanya kembali kepada sediakala sebelum naik 78 sen.

Bila minyak akan turun? atau bila Kerajaan Malaysia akan turunkan harga minyak?? Kerajaan Malaysia tidak akan menurunkan harga minyak.. Walaupun Kerajaan Malaysia untung 16 Juta sehari dengan penurunan harga minyak dunia ini,tapi kita tidak akan terasa apa-apa dengan penurunan ini. Sebab apa?? Sbb BN memerintah.. BN.. BN tetap BN..


sumber : Press Tv

by Farhan Shah







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

PAS tidak sempit pemikiran kerana mahukan PM seorang Melayu atau Islam atau baga

"Hadi's thinking narrow and outdated" atau "Pemikiran Hadi sempit dan ketinggalan zaman", demikianlah bunyi tajuk kecil muka 11 akhbar The Sun hari ini. Ia melaporkan darihal kenyataan Presiden Hua Zong yakni Persekutuan Persatuan-persatuan Cina se Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong di dalam akhbar Cina ,The Oriental Daily News.

Lim marah dan tidak dapat menerima kenyataan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, di dalam temuramahnya bersama Harakah, yang menyebut bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu atau Muslim.Tambah Lim pandangan Tuan Guru itu menunjukkan yang beliau seorang yang berfikiran sempit dan ketinggalan zaman serta tidak layak memimpin PAS.


Kata Lim lagi menurut perlembagaan Malaysia, mana-mana ahli parlimen yang menerima sokongan majoriti ahli-ahli dewan rakyat dan diperkenankan oleh Agung, layak menjadi PM tanpa mengira kaum atau agama. (dan rasa saya kenyataan Tuan Guru itu tidak pun bertentangan dengan peruntukkan perlembagaan ini kalau mahu dilihat dari realiti semasa yang ada).

Apa pandangan anda?

Bagi saya sebagaimana Lim layak untuk memberikan pandangan dan ulasan darihal satu-satu isu, maka demikianlah juga Tuan Guru, berhak memberikan pandangan dan ulasan berkenaan satu-satu isu. Tak perlulah kita melabel seseorang itu sempit pemikiran atau ketinggalan zaman, semata-mata kerana pandangan dan pendiriannya berlainan atau tidak dapat kita terima. Apakah pada sangkaan Lim pandangan beliau itu hebat dan dapat diterima semua?

Sebagai Presiden Parti Islam Se Malaysia, saya percaya apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru itu adalah selari dan berkait rapat dengan dasar dan prinsip perjuangan partinya. PAS berjuang untuk memartabatkan Islam di Malaysia, itulah PAS apabila ditubuhkan pada tahun 1951 dahulu dan itulah PAS pada hari ini.

Kalau Lim tidak tahu, PAS yang sudah berkecimpung dalam kancah politik tanahair lebih setengah abad ini, menjunjung Islam sebagai dasar perjuangannya. Tujuan PAS sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya adalah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalasmnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

Lalu sempit dan ketinggalan zamankah Tuan Guru jika beliau menyatakan bahawa PM Malaysia mestilah seorang Melayu atau Islam? Jika bagi Lim kenyataan itu sempit dan ketinggalan zaman, maka sempit dan ketinggalan zamanlah seluruh pemimpin dan ahli PAS kerana semua kami berpegang pada perlembagaan yang sama.

Kalau dilihat sejarah PAS, pandangan Tuan Guru itu sesungguhnya adalah pegangan dan pendirian parti sejak penubuhannya.

Pada pilihan raya umum 1990 umpamanya, ketika itu menyaksikan PAS bersama membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Persefahaman yang dipegang ketika itu, jika gagasan ini ditakdirkan menang maka PM yang disepakati adalah Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Presiden Parti Melayu Semangat 46). Dalam PRU 1999, semasa membentuk Barisan Alternatif (pakatan bersama PKN (kini PKR), DAP dan PRM) PAS bersedia menerima Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM jika pakatan ini menang. Dan demikianlah juga seterusnya sehingga kini melalui Pakatan Rakyat.

Adakah persefahaman itu membuktikan yang semua kita sempit pemikiran dan ketinggalan zaman? Tanyalah Lim Kit Siang atau Karpal sekalipun, jika Pakatan Rakyat menang siapakah yang layak jadi PM? Maka jawapannya: Dato Seri Anwar iaitu seorang Melayu (atau) dan Islam.

PAS berpendirian demikian bukanlah bermakna PAS menolak kehadiran kaum dan penganut lain. Pengalaman yang lalu membuktikan yang PAS boleh bekerjasama dan menerima kehadiran mereka ini, samada sebagai rakan politik mahupun sebagai Menteri (ketika dalam BN dahulu), EXCO (di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang) atau pegawai-pegawai lantikkan kerajaan. Malah di Pulau Pinang sebagai parti penyokong kerajaan PAS menerima Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Cuma kerana menjunjung dasar perjuangan yang jelas termaktub dalam perlembagaannya, maka PAS sejak dari dahulu dan insyallah sampai bila-bila akan terus menuntut agar PM Malaysia jika ditakdirkan ia berkuasa bersama rakan-rakan lain, wajarlah seorang Melayu atau Islam. Diharapkan sesiapa sahaja yang berkawan dengan PAS dapat menerima dan menghormati hakikat ini.

http://n32.blogspot.com







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

Kempen Che Det

Mesej yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir sangat jelas,bahawa rakyat akan terus berada dalam kerugian dan nasib buruk rakyat akan terus-menerus menimpa mereka sekiranya rakyat tidak menolak para pemimpin UMNO yang diketahui umum terlibat dengan rasuah, namun dipilih sebagai pepimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009.Para pemimpin UMNO yang terang-terangan seorang perasuah dan parasit ini tidak harus dibiarkan berkuasa memerintah negara.Seorang yang berwibawa dan layak sahaja yang mampu mengeluarkan UMNO sendiri sebagai parti yang bersih dan mampu memberi keyakinan rakyat semula kepada UMNO. Keh Keh Keh~!!

Che Det :

"Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang akan memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu," kata bekas Presiden Umno itu.

Demikian juga, kata Dr Mahathir, jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "cuba terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009, rakyat harus beri mesej yang jelas yang Umno serta BN akan dikalahkan.Kerosakan yang telah dilakukan selama lima tahun Abdullah menerajui Kerajaan Malaysia sudah cukup buruk.

"Fikirkanlah akan keburukan yang akan dilakukan kepada Umno dan negara apabila seluruh kepimpinan Kerajaan terdiri daripada perasuah," kata beliau yang sebelum itu mendedahkan berita angin yang berkembang bahawa walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Presiden Umno, beliau tidak semestinya akan menjadi Perdana Menteri dan Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

Dr Mahathir mendedahkan, dalam Umno sekarang sudah ada orang yang berpendapat kalau ini adalah kali terakhir mereka akan dapat sogokan, lebih baiklah mereka menerima.

"Sekurang-kurang mereka akan kecapi "nikmat" sekali. Mungkin tidak akan ada peluang lagi. Apa jadi kepada Umno, bangsa dan negara adalah masalah lain, bukan masalah mereka. Bagi mereka "nikmat" tidak boleh ditolak, walaupun hanya RM100," katanya


Tapi siapakah sekarang boleh ditabalkan sebagai Mr Clean dalam UMNO ?? Mukhriz ?? Keh keh keh..~!! Ada udang di sebalik Mee lah Che Det ni.
by Farhan Shah

Ref HarakahDaily







[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]

TV3: MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu

Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak perasan apabila Buletin Utama TV3 29 Nov 2008, menyiarkan laporan berhubung kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail, disusuli dengan ulasan PRU2008 yang dimenangi Razali, TV3 menyiarkan gambar Razali, Md Isa Sabu dan Maimun Ali.

mb-perlis-tanding-kuala-terengganu
Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar orang Md Isa Sabu untuk Md Sabu.

mdsabu-pasMAD ISA SABU /MENTERI BESAR PERLIS
isk isk … kan lain tu.

Sekian, IB

Ibrahim Baba









[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]