"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali".
Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"
Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:
1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan
Ketika kes Kugan Ananthan masih lagi belum selesai, timbul lagi cerita penyiksaan pegawai penguatkuasa ke atas orang yang disiasat. Apa ni? Aku tau la Halimi dan Norza tu orang Umno. Aku ni penyokong PAS. Peduli apa aku. Kalau babi pun hampa dera tak tentu hala, aku lawan. Jangan la buat perangai lebih hina dari taik babi.
Perangai kurang ajaq tak habis-habis. Bila kita lawan, ikut sedap mulut ja Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kata dia tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.
"Tidak timbul isu menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero. Isunya ialah kita membantah tindakan menyiksa dan membunuh orang yang disyaki. Saya ulangi, orang yang disyaki," kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana mengakibatkan terbunuhnya orang kena tahan (OKT) adalah antara rakan sepenjara Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz ketika mereka dipenjarakan bersama-sama Haji Jalaluddin Abdul Manaf (Haji Amjal) di penjara Kajang pada tahun 2000 setelah didapati bersalah bersalah menyertai demonstrasi pada 4 April 1997membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini.
Aku pun masuk lokap masa tu. Nasib baik takat lokap ja, tak masuk jel la sebab aku kutu ja. Buat rugi beras ja dok bela aku, bagi makan aku dalam jel tu.
Menurut Salahuddin dan Mahfuz, dua anggota polis rakan mereka di penjara Kajang itu dipenjarakan apabila seorang OKT yang didera mati.
Kedua-dua mereka disabitkan kesalahan yang menyebabkan OKT itu terbunuh.
"Apa yang menyedihkan, kedua-duanya mengadu bahawa mereka melakukan tindakan itu atas arahan pegawai atasan mereka.
"Bagaimanapun, apabila tiba menghadapi hukuman, mereka tidak puas hati apabila hanya mereka sahaja yang menerima hukuman manakala pegawai yang mengarahkan penderaan itu terlepas begitu sahaja," kata Mahfuz.
Salahuddin pula mempertikaikan, mungkin pegawai-pegawai yang mengarahkan anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana menyiksa OKT itu telah naik pangkat dan kini menjadi pegawai besar dan hidup senang-lenang.
"Sebab itulah kita mesti memperjuangkan supaya penyiksaan tidak berperikemanusiaan ini dihentikan," katanya.
Dipetik daripada PenarikBeca a.k.a Bakaq
[Baca Selanjutnya dan Share di Facebook...]