Subscribe

Kelab Penyokong PAS Parit Buntar mula berkempen di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 Jan. : Jentera Piliharaya PAS Parit Buntar mula turun membantu kempen calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bagi PRK 036 Kuala Terengganu.

Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar telah menghantar sebuah bas dari kalangan ahli kelab penyokong kaum Tionghua untuk membantu jentera kempen. Mereka terdiri dari 16 orang dari Tanjung Piandang, 8 orang dari Kuala Kurau. Turut sama dengan rombongan ini ialah 8 ahli kelab penyokong dari Bagan Serai dan 2 orang dari Taiping.

Menurut Ketua rombongan yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional En. Hamdan Fadel, mereka sudah mula berkempen hari ini di komuniti orang Cina DUN Bandar.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jentera Pilihanraya PAS Terengganu yang menyediakan bahan kempen kepada mereka serta t-shirt merah Kelab Penyokong Terengganu.

"Kami akan guna pengalaman kami berkempen di Parit Buntar dan beberapa pilihanraya kecil menarik sokongan orang Cina di Kuala Terengganu. Kami juga bawa ahli kelab penyokong dari Bagan Serai dan Taiping untuk menimba pengalaman berkempen dalam pilihanraya" tambah En. Hamdan.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Parit Buntar untuk PRK 036 Kuala Terengganu En. Khairulzami Muhammad memberitahu petugas Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda seramai 40 orang akan mula berkempen di Terengganu pada 14 Januari.


LAMAN PAS PARIT BUNTAR

Daripada : WebMaster PAS Parit Buntar








No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.