Subscribe

Kepala Babi di Surau Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM)

Pagi ini,saya telah dikejutkan dengan satu sms daripada seorang teman yang berbunyi
“Salam, Kepala khinzir di surau Ai ..Di letak sekitar jam 4-5 pagi tadi.. Namun tak dapat dikesan siapa yang meletaknya. Nastagfirullah ‘ala Khatiatina .. FWD ”

Saya yang ketika itu sedang bersiap, begitu terkejut dengan SMS yang diterima. Perasaan berbaur geram,benci terhadap sikap kurang ajar manusia binatang yang tergamak melakukan perbuatan syaitan ini, mula panas badan. Timbul 2 persoalan di benak saya.

Pertama : Ia adalah satu provokasi terancang yang dilakukan oleh pencacai yang anti PMI dan PAS, tali barut sama ada dikalangan pelajar Universiti Malaya sendiri. Menyebar berita yang tidak benar, terkandung tuduhan berat kepada pelajar Mahasiswa Islam (PMI) supaya disebarkan sedangkan ia adalah satu fitnah. Perkara ini tidak mustahil memandangkan pilihanraya kampus akan diadakan pada hari isnin ini (19hb/1/09) . Ia mungkin satu provokasi terancang untuk mencari modal, sebagai kekuatan untuk menentang Pelajar Mahasiswa Islam (PMI) yang mengfitnah Aspirasi mengenai isu ini. Dan sekiranya ia satu provakasi, memang PMI menjadi mangsa. Dan ia sangat bahaya kepada PMI itu sendiri kerana berita ini tersebar dengan cepat tanpa sebarang pengesahan.

Kedua : Perkara ini betul-betul berlaku. Dan dalang disebalik semua ini adalah mereka yang anti kepada PMI atau ISLAM itu sendiri. Dan sebagai orang Islam, kita wajib membenci dan memusuhi manusia binatang yang tergamak melakukan perbuatan ini, menghina rumah Allah dengan penghinaan yang berat.


Sejurus beberapa minit kemudian, saya menerima satu mesej bergambar . Sah, memang sah.. Ini adalah perbuatan khianat. Dan perbuatan khianat ini tidak bersifat perkauman tetapi bersifat kepartian. Kepala babi yang yang dibelah dua, diletakkan diatas bendera PAS, yang tertera PAS + PMI . Simbolik yang ingin menerangkan bahawa, PMI + PAS = BABI.Rasa seperti ingin mengalir air mata kerana rumah Allah dihina sedemikian rupa.

Siapa yang melakukan perkara ini? Kepada siapa yang kita ingin tuduh?? Siapa kambing hitam yang tergamak melakukan perkara ini? Secara teori dan logiknya,tidak lain dan tidak bukan, ia dilakukan oleh mereka yang benci kepada PAS dan juga PMI. Dan logiknya mereka yang benci kepada PAS dan PMI sahaja yang berani melakukan perkara sedemikian rupa. Siapa?? Mungkinkah mereka ini adalah daripada Parti Aspirasi ( parti Pro Kerajaan di peringkat Universiti) dan juga Barisan Nasional ( diperingkat nasional)..? Status pelaku? Adakah daripada kalangan Pelajar UM sendiri, atau orang luar? Yang penting mereka yang melakukan ini adalah sememangnya anti PMI dan PAS..Dan amatlah mustahil jika dilakukan oleh penyokong PMI dan PAS sendiri. Tidak masuk akal. Sangat tidak masuk akal. Saya bukan ingin melakukan tuduhan, tapi inilah kebarangkalian yang cukup besar.

Saya masih teringat,pada tahun 2002, pernah berlaku penghinaan yang sama tetapi tidaklah melampau. Kain rentang sahaja yang diletakkan dan tertera “Ulamak Babi” di depan Surau Ai. Namun perkara yang berlaku pada hari ini adalah perkara yang tidak pernah berlaku di UM, melampau, dan tindakan paling bodoh yang berlaku dalam sejarah UM.

by Farhan Shah







33 comments:

Pelajar said...

saya tidak rasa ni perbuatan budak2 melayu yg pro kerajaan.orang melayu wpun sejahil2 manusia,bagi mereka babi dan surau tu adalah perkara paling sensitif.paling nakal pun saya rasa kalau budak melayu yg berani nak buat letakkan ditepi surau.saya yakin ni perbuatan budak2 non muslim.saya amat sedih dan kecewa dgn penghinaan ni.semoga tuhan memberikan hidayah kepada mereka yg melakukannya.

Farhan Shah said...

Saya bukan ingin membela sesiapa.. Bagi saya ini bukan bersifat perkauman.. Tapi bersifat kepartian.. Dan tidak mustahil jika budak melayu sendiri yang melakukan.. Kalau penghinaan yg pernah di terima oleh Tuan Guru Nik Aziz (kain rentang di kedah yang ada gambar Tok Guru dgn babi ) berlaku, dan ini pun tidak mustahil.. Bukan ingin memuji, tapi org Cina India lebih menghormati Islam itu sendiri berbanding org Islam.

Ini bukan kes benci Islam, tapi kes benci Parti Islam... That's the point.. I think so..

Farhan Shah said...

Satu lagi.. Saya cukup sedih kerana masih ada mereka yg ingin menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan umum.. Semasa saya pergi ke surau itu, saya terdengar suara suara yg menyuruh supaya perkara ini dirahsiakan.. Dan jangan sampai mempengaruhi pilihanraya kecil di Terengganu.. Yang benar perlu didedahkan.. Tapi, kenapa kita takut?

MasKuLim said...

Astraufirullah hal azim!!@!! sy menyerulah kpd pihak (AIUM) buat solat hajat.. semoga tuhan bgi petunjuk Dan melaknat orng sebegini.. amin.

mexicogurl said...

orang makan babi x anggap babi hina...yang anggap babi haram je yang sanggup hina orang lain ngan babi...babi atas bendera parti tiada kaitan dengan kaum dan agama...jelas ia hanya berkaitan dengan kepartian...orang yang buat tu lebih hina dari babi itu sendiri!!

Anonymous said...

semoga mereka di laknat oleh Allah.Amin

Pelajar said...

ya ini bukan perkauman.saya tak kata ianya perkauman.ianya membenci parti islam.dan tidak semestinya orang umno melayu yg xsuka pas akan buat mcm ni..saya bukanlah baik sgt.tetapi sejahat2 kwn2 saya la mereka tidak akan gunakan babi esp yang melayu.paling kuat pun kalau diorg nk buat botol arak atau memaki hamun pmi bukan dgn letakkan kepala babi.jgn disebabkan ideologi anda tidak sukakan sesetengah pihak anda kaitkan dgn orng melayu.tapi kalau betul bdk melayu yg islam yg buat,saya mohon biar tuhan melaknati mereka.sbb babi ni,wpun sejahat bdk melayu saya sangsi mereka akan gunakannya esp dalam rumah tuhan..benda ni mungkin pro aspirasi yg mendalanginya..tp saya sangsi kalau yg menghantaryaa itu org melayu muslim.barangkali yg menghantarnya non muslim sama ada cina,india or budak non muslim borneo sbb muka mcm melayu jadi org xsyak..perjalanan anda masih jauh..jauh terlalu idealistik.that is my 2cent

Pelajar said...

kalau gambar nik aziz dgn babi di kain rentang itu tidak mustahil.apa yg jadi isunya disini kepala babi dalam surau umah Allah.Gambar Nik Aziz dgn kepala babi di surau adalah dua perkara yang berbeza..kalau setakat menghina ulama atau individu tertentu dgn babi,itu perkara biasa dibuat oleh sesetngah org tertentu..tapi kalau nk meletakkan kepala babi dalam rumah Allah,saya sangsi dilakukan oleh org Islam..unless mereka hendak dilaknat oleh tuhan.saya tidak suka kepada BN tapi saya sangsi ianya dilakukan oleh orang islam.

justicethroughlaw said...

mexicogurl said...

orang makan babi x anggap babi hina...yang anggap babi haram je yang sanggup hina orang lain ngan babi...babi atas bendera parti tiada kaitan dengan kaum dan agama...jelas ia hanya berkaitan dengan kepartian...orang yang buat tu lebih hina dari babi itu sendiri!!

the thing is pig and mosque are very sensitive issue.Non Muslim knows that by using pig and drop it in d mussala,it can insult Muslims or Islamic Party.This is not the matter of those who eat pork will appreciate it and vice versa.

Anonymous said...

Hoi farhan,sapa kata orang kapiq menghormati Islam?orang2 cina komunis dgn india hindraf ni hang tak tau dok hina Islam secara diam2.tula jgn jadi katak bawah tempurung.jangn dok bergaul dgn budak2 akademi islam je.cuba bergaul sikit dgn geng2 komunis dgn hindraf ni.baru hang boleh tahu betapa busuknya hati mereka terhadap Islam.

salamgurl.. said...

salam

pada saya org kapiaq ni biar la nk hina islam..da memang terang lagi besluh depa tolak islam n xmau islam...tp yg islam sendri hina islam n xmo HUKUM ISLAM ni....ape kes?? same x 2 2 golongan ni?? HA.."lu pk la sendiri!!"

hmm sapa cakap hina ulama ngan babi dalam surau benda BIASA!???!! ulama 2 sapa?? dorg 2 pewaris nabi..nabi lak..sape?? MANUSIA PILIHAN ALLAH...kan???

so..sblm cakap pk panjg2 dulu...
waALLAHu a'lam..

Pelajar said...

salamgurl.. said...
salam

pada saya org kapiaq ni biar la nk hina islam..da memang terang lagi besluh depa tolak islam n xmau islam...tp yg islam sendri hina islam n xmo HUKUM ISLAM ni....ape kes?? same x 2 2 golongan ni?? HA.."lu pk la sendiri!!"

hmm sapa cakap hina ulama ngan babi dalam surau benda BIASA!???!! ulama 2 sapa?? dorg 2 pewaris nabi..nabi lak..sape?? MANUSIA PILIHAN ALLAH...kan???

so..sblm cakap pk panjg2 dulu...
waALLAHu a'lam..

salam gurl.ko belajar xabis lagi ke?jgn terlalu idealistik?baca betul2 yg aku tulis BODOH.aku ckp hina ulama tu kalau setakat ckp nik aziz atau sape dgn gelaran yg xellok tu perkara biasa bagi mereka.tapi meletakkan kepala babi dalam surau ni bagi aku benda yg luar biasa.xmungkin diorg buat.so itu perkara yg mustahil dibuat oleh orang melayu unless kalau la dia nak kene laknat dgn tuhan.lain kali belajar kasi abis dulu..jgn pandai cakap je.ni mesti budak akademi Islam ni.sebuk dgn hukum Islam?belajar kasi abis dulu.masa belajar mmg la bersemangat apa yg kerajaan buat semua xbetul xislamik.tapi bila dh masuk alam pekerjaan.masing2 menjilat membodek kerajaan.aku kenal la semua2 bdk akademi islam.yang semasa zaman pelajar terlalu idealistik.semua yg kerajaan buat xbetul..tapi bila mereka ni dh masuk alam kerja..apa yg diperjuangkan dulu ditinggalkan.aku bukan suka or sokong kerajaan umno pun.aku pun benci umno..tapi aku benci golongan mcm ko ni bodoh sombong.ingat ko sorang je yg pandai tapi pandir.lain kali baca betul2 statemnt aku tulis PANDIR.ianya perkara biasa dgn mereka tapi meletakkan kepala babi tu aku rasa benda yg luar biasa diluar jangkaan kalau mereka lakukan.kalian budak2 pmi jgn terlalu membela dan bersangka baik dgn non muslim sgt sampai mengenepikan org melayu muslim.kalau aku nk speculate benda ni,bole je aku cakap entah2 orang2 pas or pmi yg buat keje ni nak mohon ihsan sokongan.tapi korang mesti melenting kalau aku speculate yg korang letakkan kepala babi dalam masjid.akhir kata..aku nak ulangi balik baca blk statement atas tu.dan aku bukan sokong puak2 bn or aspirasi kerajaan yg mmg lagi bodoh.tapi aku xyakin yg benda ni org melayu Islam yg buat..

salamgurl.. said...

thanks kat pelajar...

ok betul aku salah..tp skali g aku nk g tau..apa2 jer yg hina ulama still benda yg xbermoral..

n aku nk ko tau aku sama skali bukan budak pengajian Islam..2 la ko pon 2 kali 5 gak la ngan org kat luar 2..asal cakap HUKUM ISLAM jer..mesti pengajian Islam...

jgn sbb aku ko salahkan budak pengajian ISlam..apa pon fakulti aku..aku tetap ngan ISLAM..mesti akan tegakkan hukum ISLAm...

hmmm jgan dok kelentong org kat dlm ni..cakap ko bukan penyokong aspirasi(pengerak)n bn..da sah2..

lg..xyah la cakap ko 2 kenal suma budak pengajian ISlam..hebat sangat la ko ni...bes plak jumpa org cam ko..aku tegaskan di sini..org yg macam aku..walau dlm apa pun keadaan aku aku still xkan jd cam ko cakap ..bodek kerajaan la..itu la...rezki bukan KERAJAAN UMNO YG BAGI!

anyway..thanks atas pujian ko yg berbukit2 kat aku..hhahahaa...

Anonymous said...

Hehehe.. Pelajar tu takkan mengaku dia budak aspirasi atau pro BN .. Mana nak mengaku beb.. dia takleh la dengar perkataan Islam.. Sebut Islam je die tuduh budak PMI ... Woi.. Islam tu untuk semua .. dan penulis bukan menuduh, tapi mengandaikan perkara ini.. sbb yang anti kepada PMI dan PAS sahaja akan buat perkara ni.. adakah orang PAs atau PMI yg buat?? Tak masuk akal.. dibanding pahaman Islam budak PMI dengan budak aspirasi jauh lebih elok budak PMI.. dibanding orang pas dengan orang BN jauh lebih baik PAS.. benda ni terang lagi bersuluh .. kita je nak butakan mata pekakkan telinga.. sudahlah pelajar..

Farhan Shah said...

[[Hoi farhan,sapa kata orang kapiq menghormati Islam?orang2 cina komunis dgn india hindraf ni hang tak tau dok hina Islam secara diam2.tula jgn jadi katak bawah tempurung.jangn dok bergaul dgn budak2 akademi islam je.cuba bergaul sikit dgn geng2 komunis dgn hindraf ni.baru hang boleh tahu betapa busuknya hati mereka terhadap Islam. ]]

Adakah semua cina itu adalah komunis dan semua india itu adalah hindraf ?? dan sekiranya orang india dan cina sekalipun yang meletakkan kepala babi ini, masterplanning nya tetap orang melayu.. Sbb itu saya katakan ini bukan bersifat perkauman tetapi bersifat kepartian..

Tiada sebab orang Cina membenci PMI dan PAS.. Tidak ada sebab orang India membenci PMI dan PAS.. yang membenci PMI dan PAS adalah orang Melayu kita sendiri.. Dan penentang dan anti kepada PAS dan PAS, seperti yang saya terangkan dekat atas.

Saya seorang blogger bebas. Dan saya bergaul dengan ramai orang.. Dan anda jangan menilai saya hanya bergaul dengan budak PMI. Kalau itu andaian anda anda silap.

Masalah di sini adalah anda yang terlalu prejudis, fobia dengan budak cina dan india..Yang baik kita boleh bersahabat dan yang jahat kita hindari daripada bersahabat.. Dan kita tidak boleh pukul rata mengatakan orang cina dan india itu jahat.. SBb itu persoalan saya akan kembali " Berapa ramai orang cina itu komunis dan brape ramai orang india itu hindraf?? "

Hehehe.. Jangan jadikan kejahilan kita sebagai penghukum.. Wassalam..

Farhan Shah a.k.a Jilfityan

Farhan Shah said...

Saya sangat yakin, perkara ini di dalangi oleh orang Melayu sendiri..

Pelajar said...

salamgurl.
ko ni bodoh sombong.aku bukan bdk pro aspirasi kerajaan Bodoh.aku bukan pelajar kat insitusi dlm negara yg korang bangga banggakan.dan aku xsokong pun kerajaan umno yg korup.aku benci kerajaan BN yg penuh dgn korupsi.
permulaan isunya disini aku cakapkan di atas besar kemungkinan ianya didalangi oleh non muslim.itu sahaja.kan aku dah tulis kalau ianya dibuat oleh org melayu Islam maka kita pakat2 doalah moga mereka dilaknat tuhan sbb menghina rumah Allah..apa la ko bodoh sgt xbaca statemnt aku sampai abes.dan aku sgt kesal dgn apa yg terjadi kat surau Um tu.kalau aku ni nk sokong aspirasi,aku bole cakap teori yg entah2 budak2 PMI yang letakkan kepala babi dalam surau utk burukkan bdk2 aspirasi dan kerajaan utk dapatkan simpati.tapi aku yakin ianya tidak akan dibuat oleh bdk2 pmi.kan aku dh ckp ianya agak luar biasa kalau dilakukan oleh bdk melayu.aku sokong perjuangan pmi cuma itu saja pandangan aku.point kat sini agak luar biasa jika ianya dilakukan oleh bdk melayu.
farhan apa2pun siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan.kalau ianya dibuat oleh bdk melayu kita pakat2 doa moga ianya dilaknati tuhan.kepada salam gurl dgn yang xde nama tu..yer memang menghina ulama perkara yg xbetul xbermoral.sapa kata ianya digalakkan.lain kali baca statement aku yg pertama dulu elok2.sbb aku tulis statemnt pada mulanya dgn niat yg baik..korang yg memprovoke.

Pelajar said...

aku tahu apa kegiatan pmi pma buat.dari tamrin rahsia di nilam puri dan di main kampus yang didalangi oleh pemimpin politik parti tertentu.membrainwash pelajar2 baru dan aktiviti2 yang lain.tapi aku perhatikan dari jauh.kalau aku ni pro aspirasi atau pelajar yg sokong kerajaan umno korup,benda ni dah lama sampai ke pengetahuan Bukit Aman.aku boleh sebut kawasan2 mana kat kl dgn kelantan yg geng2 pma pmi selalu buat tamrin latihan rahsia..sapa antara pemimpin parti politik yg menjadi penceramah, apa pengisian dan etc.xperlu nafikan sbb aku tau details kegiatan korang.kebanyakannya pemimpin pmi kawan baik aku..benda ni kalau aku nk bocorkan anytime sahaja.tapi aku ni bukan talibarut kerajaan,so aku xberminat untuk jd mata telinga diorang.biarlah pmi dgn perjuangan dan niat baik mereka.

Pelajar said...

Nazri Chik,Izwan Yusuf,Hisomuddin Bakar,Khairul Anwar Mat Zuki (Mat sabu),Ramadhan Fitri dan exco2 batch2 atas yg lain.semua ini sahabat2 aku masa belajar dulu..aku menyokong pmi cuma hangpa kdg2 jgnla terlalu idealistik dan fanatik.baca 1st statement aku dulu.farhan saya tidak bertelagah dgn balasan statement anda cuma posting salamgurl punca bermula pertelagahan.

perjalanan anda masih jauh lagi.just my 2cent

pelajar said...

owh yer.bila aku kata jgn terlalu fanatik dan idealistik tu bukan bermaksud aku aku suruh sokong kerajaan BN yg korup.tetapi aku maksudkan gunakanlah pemikiran yang matang dan jgn terlampau taa'sub.apa yg baik kita sokong yang xbaik xbtul kita tentang.jgn kalau ade benda yg tak baik dilakukan dipihak kita sokong,kita senyapkan pendirian kita disebabkan mereka sehaluan dgn pemikiran kita.

Anonymous said...

Hari ini ada plak kain rentang ... PMI ISRAEL kat kolej 11 .. Apa kes ni?? Takkan budak PMI kot ?? muka depan pukul 11 tadi kat Malaysiakini Shah Rizal Ayuni dirasuah oleh Aspirasi supaya bertanding bawah diorang .. Dan last minit ditukar kedudukan dalam list undi padahal surat hitam putih secara rasmi tidak boleh diubah selepas penamaan calon. Ini apa cerita?

Anonymous said...

Ini semua didalangi oleh aspirasi .. Tindakan bodoh hanya terkenal dikalangan puak aspirasi dan BN. Kes babi pun saya percaya didalangi oleh orang Islam sendiri iaitu orang Melayu. Saya bersetuju dengan kata-kata penulis, perkara ini didalangi oleh orang Melayu sendiri walaupun yang meletakkan adalah non-muslim. Mastermind orang melayu. Dan besar kemungkinan Pro- Aspirasi

Anonymous said...

Dan kepada Pelajar, andainya anda seorang yang berniat baik, tidak perlulah menggunakan kata-kata yang tidak elok seperti Bodoh kepada salamgurl. Tidak perlu anda banggakan dengan mengenali geng PMA dan PMI. Dan tidak perlu banggakan anda tahu segala aktiviti rahsia mereka. Sekiranya mereka salah dan terlibat politik,saya cabar anda laporkan kepada pihak berkuasa. Kepada polis. Seperti anda katakan anda boleh repot kepada Bukit Aman pada bila bila masa. Jangan sekadar cakap itu dan ini tapi semuanya kosong.

"aku boleh sebut kawasan2 mana kat kl dgn kelantan yg geng2 pma pmi selalu buat tamrin latihan rahsia..sapa antara pemimpin parti politik yg menjadi penceramah, apa pengisian dan etc.xperlu nafikan sbb aku tau details kegiatan korang.kebanyakannya pemimpin pmi kawan baik aku..benda ni kalau aku nk bocorkan anytime sahaja" <-- kata-kata anda.

Saya harap sekiranya anda rasa anda hebat,tahu itu dan ini, dedahkan saja. Biarlah sampai Bukit Aman. Jika anda benar mengetahui dan anda rasa anda hebat.

Pening said...

Betul tu Anonymous. Pelajar ni cakap pandai. Macam otai tahu itu dan ini. tapi habuk pun tarakkk! kah kah kah

pelajar said...

aku minta maaf kalau aku gunakan kata2 kasar.mungkin disebabkan provokasi mereka.itu mmg aku silap.ya kalau kain rentang tu besar kemungkinan kerja pro aspirasi yg cuba provoke.maaflaha kalau posting aku kasar.saya tidak cakap kosong,saya boleh je kalau nk report ke SB tapi mcm saya cakap saya rasa xperlu sbb ianya perjuangan Islam.saya tidak berminat dgn politik kampus terus terang.niat saya hanya nak menegur kalian sahaja.itu sahaja.tamrin sir yg dibuat tu morally mmg tidak salah tetapi kalau ikut peraturan universiti salah sbb ianya melibatkan parti politik wpun kita tahu parti umno yg korup pun mungkin ade buat benda ni.


Pening said...
Betul tu Anonymous. Pelajar ni cakap pandai. Macam otai tahu itu dan ini. tapi habuk pun tarakkk! kah kah kah

-kalau anda berani mari kita jumpa berbicara di UM kalau nak di apium pun bole.mari kita nak tgk sapa yg cakap kosong sapa yg haprak habuk?saya boleh beri number mobile saya.

Anonymous said...

pelajar semakin panas. Relax,usah provoke di sini.Takde untung ape-ape.Pro-M dah menang. Aspirasi dah kalah.8 kerusi daripada 9 kerusi umum.Kemenangan cukup besar.Bagi saya sendiri,kalo PMI terlibat dengan politik luar kampus pun itu tidak ada masalah. AUKU hanya menyusahkan dan dirangka utk mengelak kemaraan mahasiswa yang semakin cerdik berpolitik. Dan kita kena sedar,perkara ini bukan sahaja kemaraan mahasiswa, malah kemaraan rakyat diluar. Ini adalah bom jangka yang sudah dijangka. Mengejutkan Malaysia bahawa rakyat dan mahasiswa sudah pandai memilih pemimpin yang benar dan menolak pemimpin yang salah. Adakah hanya terlibat dengan politik luar kampus maka dinyahkan dan disalahkan? Pemikiran kolot dan kuno ini hanya merugikan bangsa sahaja wahai saudara pelajar. Kalo di peringkat universiti ada AUKU, bila bekerja pula disekat,dihantar jauh pedalaman,sekiranya tidak memberi sokongan kepada kerajaan. Pemikiran jumud ini hanyalah ada pada penyokong kerajaan. Kerajaan UMNO yang nazak, menunggu saat mati dikuburkan bangsa sendiri yang semakin cerdik. Kita tidak payah mengikut rentak mereka yang berhaluan kiri ini.

Isu kepala babi, isu kain rentang PRO-M Israel, semua ini sudah terang lagi bersuluh.Isu ini sudah cukup beri iktibar kepada kita semua.

Anonymous said...

(7) Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. (11) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).

GMUKMboy said...

i hav same opinion with pelajar!
jgn cpt m'hukum ssuatu phak..

salamgurl.. said...

salam...
pada pelajar...kan aku da cakap kalu aku silap .aku minta maaf..napa yg bisingg2 aku punca pertelagahan? Y?? salahkah aku bersuara?? =)

"tamrin sir yg dibuat tu morally mmg tidak salah tetapi kalau ikut peraturan universiti salah sbb ianya melibatkan parti politik wpun kita tahu parti umno yg korup pun mungkin ade buat benda ni" - ni kata2 pelajar.

untuk pongetahuan pelajar yg tahu segala ni...dalam UMNo bukan "MUNGKIN" ada..tapi "MEMANG" ada..

sejak aku sekolah bukan sekali aku p kursus BTN. pastu masuk U kene p lagi..so..dalam BTN ni memang suma modul UMNO..suma pasal politik UMNO n fc BTN 2 sendiri cakap BTN ni memng medan UMNO nk brainwash budak2 sek n u.. so??HMM

n pd sy...progrm pMA n pMI sekurg2nya ada morallynya(kata2 pelajar la sbb sy xpenah ikut)...tp program seperti BTN n xtvt org UMNO ni...moral pon xda..pergaulan bebs jer..hmm tah mana la silapnyerr eh...

lg, skali lg nk tegaskan buat sesape yg xjelas lg...penulis bukan Menghukum r menuduh sesuatu pihak buat jahat kat surau API 2..tp mengandaikan, dan of coz andaian yg d buat bukan andaian kosong..pasti ada bukti yg menjurus ke arah 2..


than pasal PRK UM...TAHNIAH PRO-M..
kita memang mmpu mengubahnya...KEBENARAN, KEADILAN PASTI AKAN TERUS DIHADAPAN...STUDENT POWER!

last...mintak maaf skali lg kalu ada yg ter'kecik' ati ngan kata2 saya..xnk gadoh2..macam budk kecik..kita msing2 bleh pk kan... (n_n)

Pelajar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

pelajar komen ape tu?

kingpahat a.k.a zaimi said...

Melampau tul geng kafir nie,agak2 laaaa woi.jgn sampai keris yg dh lamer tak di basuh dgn darah bangkit kembali.

honeyydeww said...

salam gurl, pelajar n sesapa yang x bernama...x salah meluah pendapat tapi tolonglah jgan melampaui batas dalam berbahasa...kita sesama melayu islam.. seharusnya bijak menangani amarah dan provokasi...di sini kita menaip, bukan bercakap...jd akal masih di depan emosi...
pasal tamrin rahsia kita semua tau wujudnya jd rahsia kerana ia tidak dihalalkan secara terbuka,dan kerana melibatkan parti yang bukan pro kerajaan...kalau kepartian dan penuh unsur politik tp dibuat oleh Umno, maka ia tidak menjadi salah...hakikatnya kepartian itu hanya merujuk kepada parti pembangkang, kalau melibatkan parti kerajaan namanya patriotik...
walaupun saya bukan pelajar pengajian islam, dan bukan dr univ tempatan, saya amat respect dengan politik kampus d uia...tiada hal yang tidak menyenangkan, tetapi kebijaksanaan jamaah yang sentiasa menunjukkan teladan dan kepimpinan yang baik yang menyebabkan parti pro islamnya kukuh bertapak...sebagaimana kuatnya sinaran bulan d serambi mekah kelantan....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.