Subscribe

Modal sama BN UMNO

Barisan Nasional ketandusan idea dalam menarik minat pengundi PRK Kuala Terangganu. Masih menggunakan modal sama. Masih menggunakan cara yang sama. Memperkudakan rakyat Terangganu yang bukan mudah untuk diperbodohkan. Dari dulu, sampai sekarang. hanya satu isu famous yang dijaja setiap kali pilihanraya. Tidak kira pilihanraya Umum atau pilihanraya kecil. Modal "Pembangunan" yang dibawa UMNO dijaja, disamping kutukan dan kritikan terhadap kepimpinan pembangkang yang dianggap tidak berjaya, memiskinkan lagi rakyat dan dalam erti kata menyeluruh, " lansung tidak membawa perubahan kepada rakyat"

Seperti kata Nurul Izzah, Terengganu telah memecah rekod terbaik semasa dibawah pemerintahan Pas, dimana negeri itu mencapai unjuran dan injakan dari negeri ketiga termiskin, menjadi negeri keempat. Ini sekaligus membuktikan bahawa pemerintahan pembangkang di Terangganu (PAS) mampu untuk mentadbir negeri, dan menolak kata-kata mulut celupar pemimpin BN yang mengatakan PAS tidak mampu memerintah negeri Terengganu dan tidak berjaya membawa kemajuan. Walaupun hanya tempoh satu musim kerajaan Terengganu dibawah PAS, ia sudah cukup membuktikan bahawa kepimpinan PAS tidak wajar sama sekali diperlecehkan.


Terbaru,Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam satu ceramahnya di Kampung Kuala Bekah malam tadi bahawa rakyat atau lebih khusus pengundi di Parlimen Kuala Terengganu tidak akan termakan dengan 'gula-gula' yang dijanjikan Umno/BN dalam kempen pilihan raya kecil di sini.Demikian Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman; Exco Kedah, Dr Ismail Salleh dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi (KeADILan).

"Rakyat di sini sudah matang dan tahu permainan yang dilakukan Umno/BN ini.Mereka hanya mahu menipu rakyat dengan janji-janji mereka, sedangkan selepas pilihan raya mereka akan hilang entah ke mana," kata beliau yang juga AJK PAS Pusat.Sebelum ini ketika PAS memerintah Terengganu, wang royalti minyak dirompak oleh kerajaan Pusat, katanya.Sebaliknya selepas BN memerintah semula Terengganu, wang tersebut diberi semula namun begitupun rakyat di sini tidak mendapat faedahnya, kata beliau.

Sebaliknya selepas BN memerintah semula Terengganu, wang tersebut diberi semula namun begitupun rakyat di sini tidak mendapat faedahnya, kata beliau."Rakyat Terengganu terus miskin sedangkan pemimpin BN kaya raya," katanya.Beliau yakin, rakyat di sini boleh menilai prestasi buruk yang ditunjukkan kerajaan negeri selain calon BN yang jarang sekali turun padang melihat kesengsaraan rakyat. Baginya, apa sahaja yang ditabur termasuk janji wang, projek dan kemudahan sudah tidak termakan oleh pengundi di Kuala Terengganu.

Sebaliknya, rakyat di sini sudah muak ditipu oleh BN di setiap kali pilihan raya berlangsung, katanya."Rakyat di sini tidak laparkan wang ringgit dan janji projek, tetapi mereka mahukan perubahan kerana berasa semakit terhimpit di bawah pemerintahan BN," katanya.

by Farhan Shah

Ref : harakahDaily






1 comment:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.