Subscribe

Pro-Mahasiswa menang p'raya kampus UM

berita daripada Malaysiakini.

Kumpulan pro-Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspiras itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.

Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi.

Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah 10 lagi kerusi.

Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.

Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004


Berita daripada HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa menang dengan majoriti mudah satu kerusi menewaskan kumpulan Aspirasi dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya, yang diumumkan jam empat pagi tadi, apabila menguasai 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada sembilan kerusi umum yang ditawarkan, kumpulan Pro-Mahasiswa menang lapan kerusi. Di peringkat fakulti mereka menang 13 kerusi, iaitu Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti-fakulti Perubatan, Pendidikan, Sains, Linguistik, Perniagaan dan Pergigian

Pertandingan sengit itu menyaksikan pelbagai insiden menarik sepanjang kempen termasuk beberapa isu kontroversi yang menggemparkan

by Farhan Shah







1 comment:

Farhan Shah said...

Tidak sia-sia segala usaha Pro-Mahasiswa pada kali ini.Dan diharap kemenangan ini akan mengubah lanskap kepimpinan pelajar di Universiti Malaya.
Allahuakbar ~!!

Diharapkan UIAM yang mengadakan penamaan calon hari ini, akan mengikut rentak yang sama dengan universiti Malaya. Kita gegarrrr...

p/s : seorang calon Pro-Mahasiswa dari fakulti kejuruteraan UIAM telah menang tanpa bertanding selepas lawan daripada Pro-Aspirasi hanya menghantar seorang calon sahaja bagi kerusi fakulti tersebut.

Satu kerusi sudah kita dapat...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.