Subscribe

Tuduhan Pro Israel: Apa Jawapan Pro M?

Kuala Lumpur, 18 Jan - Pilihanraya Kampus Universiti Malaya hari digemparkan dengan kain rentang di Kolej Kediaman Ungku Aziz yang tertulis perkataan ‘Pro M = Pro Israel’ yang digantung di hadapan kolej tersebut.

Kain rentang berwarna kuning itu dipercayai milik pihak Aspirasi atau Penggerak Mahasiswa digantung di hadapan pintu masuk kolej berkenaan disamping saranan ‘Sokonglah Penggerak Mahasiswa’.

Tertera juga di atas kain rentang itu perjuangan aspirasi pada kali ini iaitu ‘Ilmu, Agama dan Kebajikan Mahasiswa Terjamin’ disamping ayat provokasi ‘Say No To Pro M’.

Menurut salah seorang pelajar yang menghuni di kolej tersebut, beliau sebelumnya berpendirian atas pagar, namun apabila tertera perkataan Pro M ialah Pro Israel, beliau bertekad untuk mengundi Aspirasi pada kali.

“Saya bertekad akan mengundi Aspirasi sebab disaat seluruh dunia mengutuk Israel atas kekejamannya, Pro M pula menjadi tali barut kepada Israel, ini saya tidak dapat terima,”tegas beliau.

Persoalan ditimbulkan oleh beberapa penganalisis politik dan penyokong Pro Mahasiswa berkenaan tuduhan dan andaian pihak Aspirasi ke atas Pro Mahasiswa berkenaan isu ini.

“Adakah mereka betul-betul ada bukti atau sekadar mencetuskan provokasi murahan setelah habis idea dalam beberapa isu yang dibongkarkan oleh Pro Mahasiswa?.

Selepas itu, adakah isu ini sama seperti isu Anwar Ibrahim Pro Israel seperti yang dicetuskan oleh UMNO?,” ujar seorang penyokong kuat Pro Mahasiswa.

Pilihanraya kampus Universiti Malaya terus panas dengan isu yang pelbagai. Bermula dengan dakwaan Pro M atas salahguna wang oleh Aspirasi Penggerak Mahasiswa. Selain itu, dakwaan beserta bukti ke atas TNC HEPA dalam isu rasuah dan pembelian calon.

Isu terpanas tentang kepala babi yang diletakkan di dalam surau APIUM masih lagi tidak selesai, dan yang terbaru ialah tuduhan kritikal ke atas Pro Mahasiswa yang mempunyai kaitan dengan Israel.-mahasiswakini

Dipetik daripada Mahasiswakini.com







1 comment:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.