Subscribe

“Hijrah”: Idealisme Perjuangan atau Rasuah Ugutan? =DSAI

Ashvin Raj menulis pandangannya di laman Malaysiakini:

I would like to highlight a main difference between Anwar’s attempt of Sept 16 to form a new government and what’s going on in Perak. Anwar said that he had the numbers. He did not say that he ‘bought them’ for a price.

Anwar only gave a call but no money was offered. In this Perak case, a statutory declaration made by a PKR member strongly alleges that money ranging in the millions was offered to Pakatan YBs in order to entice them to crossover.

In this sense, money is the main difference here. I doubt PKR offered any sum of money to BN reps to join Pakatan, as they don’t have access to huge federal funds, unlike BN which has millions of ringgit as the federal government of the day.

What has happened in Perak is cowardice to say the least. The people’s mandate had not been given to BN to rule Perak, but to Pakatan.

I don’t blame the Sultan of Perak, but Najib and his cronies for enticing politicians from Pakatan to join them. This is most shameful and cowardly in that they used a bait of millions of ringgit to lure them.

Were there any monies offered by Pakatan to any BN rep before Sept 16 to join Pakatan and form a new federal government?

Of course, it is ethically wrong to hop from one party to another. But my point here is this, who has the stronger bargaining power when it comes to enticing YBs to crossover?

Certainly it is the one with the most funds and assets accumulated over the past 50 years and that is none other than the corrupt BN regime led by Najib.


—-

Terima kasih saudara Ashvin kerana prihatin sekali. Malah saya sedia meneliti hujah pengunjung meskipun kritikal terhadap pendirian kami. Sayugia diulangi peringatan mengenai singgungan lucah, fitnah dan rendah akalbudi. Saudara-saudari dipohon mengenepikan saja luahan sengsara dan bebal seperti ini dengan mempertahankan akhlak dan budi pekerti.

Percubaan meleset para soldadu tua dan muda yang mendakwa mirip persamaan adegan “lompat” UMNO-BN dengan saranan saya sebelum ini! Dan sepertimana yang dihebah oeh TV3 umpamanya ternyata hambar kerana mempertahankan adegan ala penculikan, rasuah dan ugutan dengan arahan Dato’ Seri Najib.

Pelawaan saya adalah secara terbuka dan sambutan juga harus telus. Tidak ada yang dilari atau disembunyikan dari keluarga sendiri, diugut atau disogok. Kalangan yang memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat harus akur dengan agenda perubahan serta menolak kerakusan kuasa dan rasuah.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com

2 comments:

Anonymous said...

matlamat tidak menghalalkan cara bai.lompat parti xkira la dari pihak mana adalah satu perbuatan menjijikkan dan tidak bermoral.menipu dan mengkhianati pilihan rakyat.jgn sbb umno masuk ke pr dikatakan ianya hijrah,he he he.kalau berani lawan masa pilihanraya.xperlu pelawa2.mmg kita semua akui anwar ni lah pakar memujuk utk wakil rakyat melompat masa dalam umno dulu.tidakkah saudara tahu dia ni jugalah yg offer duit kpd wakil rakyat sabah pbs dulu utk lompat ke umno.maybe skang dia dh insaf tu dia kata hijrah.

Anonymous said...

Jgn kita tertipu dan mengalah dgn agen BN. PR perlu diperkuatkan. Tanpa PR, masing2 bergerak atas platform sendiri, tidak mungkin BN dpt ditumbangkan. Sejarah sudah membuktikan. PAS & DAP telah lama bergerak sendirian dahulu kala, cuma mampu menawan Kelantan dan memenuhi kerusi pembangkang 2, 3 kerat sahaja.

Anwar pencetus reformasi. Kalau dulu ramai yg tidak pernah atau ingin mengenali PAS, selepas ledakan reformasi 1998, Harakahlah tempat rujukan. Ceramah PAS & DAP lah media rasmi. Intelektual2 muda mula mendekati PAS dan mula membenci BN/Umno. PKR muncul dan menjadi penghubung antara PAS & DAP agar kita dapatkan tumbangkan musuh no 1 rakyat iaitu UMNO/BN.
UMNO sebenarnya amat takut dgn bayang2 Anwar yg dapat menyatukan PAS, DAP & PKR dalam 1 pasukan. Pakatan Rakyat inilah musuh utama UMNO dan PR inilah yang akan membunuh UMNO bila rakyat mendapat peluang nanti. Kalau Anwar dihancurkan atau diperlekehkan, BN akan senyum kerana ledakan Anwar selepas Reformasi 1998 dulu amat kuat gegarannya dan bukannya semakin mengendur tetapi semakin matang dan dewasa.
Ayuh, PR rapatkan hubungan dan rancang untuk merampas Malaysia pada PRU ke 13 nanti.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.